Categories
Berita Semasa

Hamas, Fatah Tandatangan Perjanjian Perpaduan

Khamis , 05/05/2011 – Paksi Palestin menandatangani perjanjian penyatuan di Kaherah pada Selasa untuk mengakhiri pemisahan antara Tebing Barat dan Gaza serta akan mengadakan pilihanraya dalam masa setahun. Israel menyatakan perjanjian ini akan meranapkan kedamaian serantau.

Wakil daripada 13 paksi termasuk presiden Palestin, Mahmud Abbas (Fatah) dan pesaingnya Hamas, serta wakil politik bebas bersetuju atas perjanjian itu berikutan perbincangan dengan pegawai Mesir.

“Semua paksi Palestin menandatangani dokumen itu dalam pertemuan dengan pegawai perisikan Mesir,” Bilal Qassem, ahli Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) memberitahu AFP.

Dia berkata bahawa semua paksi diberikan peluang untuk berbincang dan menimbulkan cadangan. “Kami menandatangan perjanjian walaupun ada sedikit ketidaktentuan. Tapi kami memikirkan kepentingan negara tertinggi,” kata Walid al-Awad, ahli haluan kiri Parti Rakyat Palestin.

“Kami membincangkan semua cadangan. Semua bersetuju untuk membawa cadangan ini untuk ditimbang tara,” katanya kepada televisyen Mesir tanpa mengulas lanjut. Perjanjian ini telah dikutuk oleh Perdana Menteri Rejim Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘usaha meranapkan proses kedamaian’.

Netanyahu menyeru Abbas untuk membatalkan perjanjian yang dikatakan ‘penghalang yang tidak boleh dielakkan’ oleh ketua delegasi Fatah Azzam al-Ahmed.

Ahmed berkata bahawa paksi itu akan bekerja membentuk kerajaan selepas majlis rasmi di Kaherah pada Rabu yang akan dihadiri oleh Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi, dan Ketua Liga Arab, Amr Mussa. Abbas yang tiba di Kaherah pada petang selasa dan ketua Hamas, Khaled Meshaal juga akan hadir.

Perjanjian itu yang diumumkan minggu lepas, hadir setelah 18 bulan perbincangan yang tidak memberikan hasil. Perjanjian itu mengumumkan pembentukan kerajaan bersama, dan akan melaksanakan pilihanraya presiden dan tempatan dalam setahun.

sumber : The Nation
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel Serbu Bandar-bandar Tebing Barat dan Tangkap 6 Penduduk

Khamis , 05/05/2011 – Pasukan penjajah Zionis Israel Selasa (3/5) pagi menyerbu bandar dan kampung-kampung Palestin di Tebing Barat dan menangkap 6 pemuda Palestin kemudian membawa mereka ke lokasi yang belum diketahui.

Sumber setempat menyebutkan militan Zionis Israel melakukan operasi penyerbuan ke kota Nablus dan kampung-kampung serta melakukan penangkapan terhadap sejumlah pemuda sebelum meninggalkan lokasi. Pasukan yang sama juga menyerbu kota Betlehem dan kianem pelar Ayida kemudian menangkap dua orang pemuda Palestin dan membawanya ke pusat penahanan terdekat di kota Betlehem.

Sementara itu pasukan militan penjajah Zionis Israel dilihat begitu ramai berlegar di perkampungan Nabi Shaleh. Mereka juga menutup pintu gerbangnya. Selain itu mereka turut melarang aktiviti penduduk dan meningkatkan pemantauan di wilayah-wilayah Palestin terjajah tahun 1948 dan di kota-kota Tebing Barat. Alasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan serangan balas berkait dengan pembunuhan pemimpin jaringan Al Qaeda, Osama ben Ladin, demikian menurut media massa Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF memusnahkan tanah rakyat Palestin di Lembah Jordan

Rabu , 04/05/2011 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menghancurkan puluhan dunums(ekar) tanah pertanian di Wadi Al-Malih di utara Lembah Jordan pada hari Ahad malam, menurut sumber-sumber tempatan.

Mereka menambah bahawa askar sengaja menghancurkan 30 dunums(ekar) tanah yang dimiliki oleh Mahmoud Anis. Dia menambah bahawa setiap tahun para askar kali ini merosakkan tanaman di daerah yang sama dengan harapan untuk meyakinkan para petani agar mereka tidak dapat memproses tanaman mereka lagi.

Sumber mencatatkan bahawa pasukan itu tidak meninggalkan daerah itu setelah menghancurkan itu sejak malam tadi.

Petani di daerah Burj Al-Malih Wadi adalah sasaran tetap serangan oleh tentera IOF dan penduduk Yahudi yang membakar atau merosakkan tanaman mereka secara sistematik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah: Perjanjian Kaherah patut melindungi kestabilan rakyat Palestin

Rabu , 04/05/2011 – Ketua gerakan Islam, Sheikh Ra’ed berkata bahawa perjanjian antara Hamas dan Fatah wajar memelihara keharmonian rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar kepada akhbar Addoustor dari Jordan, Sheikh Salah menyuarakan harapannya agar perjanjian damai tersebut akan menuju ke arah perpaduan yang ikhlas dan serius dalam memelihara kestabilan negara. Beliau berkata, kesatuan harus merangkumi semua rakyat Palestin, dari Gaza, jajahan Baitulmuqaddis dan juga Tebing Barat dalam usaha mengumpulkan sebarang bentuk usaha untuk membebaskan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Baher : Tugas pertama Majlis Legislatif pasca rekonsiliasi adalah bina kepercayaan terhadap pentadbiran baru.

Rabu , 04/05/2011 – Dr. Ahmad Baher Timbalan Presiden Satu untuk Majlis Legislatif Palestin, menyatakan bahawa Majlis akan meneruskan tugas legislatif dan pemantauan di dalam parlimen terutamanya selepas rekonsiliasi negara ini.

Baher berkata dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (2 Mei) : “perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Majlis Legislatif selepas rekonsiliasi adalah untuk memberi keyakinan kepada kerajaan yang baru dibentuk ini berpandukan dasar-dasar konstitusi negara.”

Baher juga menyeru agar setiap biro-biro bersatu di bawah parlimen dan menumpukan seluruh usaha dan tenaga dalam berkhidmat untuk rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kementerian Agrikultur Menyeru Perlindungan Untuk Petani dan Nelayan dari kekejaman Israel

Rabu , 04/05/2011 – Kementerian Agrikultur Palestin meminta semua organisasi yang berkaitan dengan perladangan untuk mempertahan hak asasi nelayan dan petani Palestin di Tebing Barat yang menderita akibat kekejaman Israel.

Dalam satu kenyataan Media yang dikeluarkan pada hari Buruh, kementerian menyatakan bahawa petani di Tebing Barat menderita akibat tembok pemisah Israel, serangan ke atas harta mereka oleh pendatang haram yahudi dan pembesaran kediaman Israel.

Mereka juga menunjukkan bahawa penderitaan petani dan nelayan Gaza yang terancam dengan serangan dan penghinaan berterusan daripada tentera rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

PA akan adakan pilihanraya umum walaupun perbincangan ke arah perpaduan masih tertangguh

Rabu , 04/05/2011 – Jawatankuasa Pusat Pilihanraya pihak berkuasa Palestin (CEC) berkata bahawa pihaknya akan tetap membuat persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum yang dijangka berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang walaupun perbincangan ke arah perpaduan Hamas-Fatah yang sepatutnya menentukan bagaimana pilihanraya patut diadakan, sedang tertangguh.

CEC berkata bahawa pihaknya belum menerima sebarang keputusan baru daripada kerajaan di Ramallah untuk menghentikan persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang telah dirancang beberapa bulan lalu.

Menurut sumber CEC, persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum sedang berjalan seperti yang dirancang, manakala penamaan calon akan diadakan pada bulan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tawanan dirawat di hospital selepas kesihatan menurun secara mendadak

Rabu , 04/05/2011 – Tahanan bernama Abdul-Salam Bani Odeh dari Tamoun, Tebing Barat berhampiran Tubas akan dibawa ke hospital penjara Ramle setelah kesihatannya tiba-tiba merosot diikuti krisis kesihatan yang teruk beberapa hari sebelumnya.

Tahanan lain berfikir pada awalnya Bani Odeh telah meninggal dunia setelah dia mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir sesuai dengan pegangan mereka, lapor Pertubuhan Tawanan Palestin dalam sebuah kenyataan Isnin lalu.

Dia kemudiannya dibawa dengan ambulans ke hospital Aqula untuk menjalani pemeriksaan. Doktor belum mendiagnosis penyakitnya, tetapi mereka jangkakan dia mengalama radang paru-paru yang teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Misy’al Bertemu Pengarah Perisikan Mesir

Rabu , 04/05/2011 – Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Misy’al, Isnin (2/5), bertemu dengan Pengarah Perisikan Mesir, Murad Muwafi dan sejumlah pegawai bahagian perisikan Mesir yang lain.

Sebelumnya, Ahad (1/5), Khaled Misy’al tiba di Kaherah bersama para pemimpin Hamas yang lainya dalam rangka untuk melakukan pertemuan dengan sejumlah pemimpin Mesir dan para pemimpin fraksi Palestin, termasuk Mahmud Abbas untuk menandatangai perjanjian perdamaian antara fraksi-fraksi Palestin lanjutan dari persepakatan yang dicapai antara Fatah dan Hamas Rabu lalu.

Anggota Biro Politik Gerakan Hamas, Izet Rasyq, dalam satu pernyataan akhbar menyatakan, “Kedua belah pihak (Misy’al dan Murad), membahas masalah Palestin dan perkembangannya serta jalan untuk mengukuhkan perjuangan rakyat Palestin, di samping isu-isu semasa.”Izet menjelaskan, di samping Ketua Biro Politik, Khaled Misy’al, turut hadir daripada pihak Hamas ialah beliau sendiri, Dr. Musa Abu Marzuq dan Muhammad Nashr.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Al-Arabi berikrar tamatkan kepungan Gaza dalam masa 10 hari

Selasa, 03/05/2011 – Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

AS optimis dengan proses ke arah perpaduan Palestin

Selasa, 03/05/2011 – Pentadbiran Obama optimis berhubung laporan yang mengatakan bahawa Fatah dan Hamas yang saling bermusuhan telah pun mencapai kata sepakat. Tommy Veitor, seorang jurucakap di Majlis Keselamatan Kebangsaan menegaskan bahasa AS masih menganggap bahawa Hamas adalah kumpulan pengganas.

“Hamas….adalah kumpulan pengganas yang mensasarkan orang awam sebagai mangsa,” kata Veitor.

“Seperti yang kita telah katakan sebelum ini, AS hanya akan menyokong proses perpaduan dalaman Palestin dengan syarat keamanan diutamakan. Untuk memainkan peranan membina keamanan, mana-mana kerajaan Palestin mesti menerima “4 Prinsip” dan menolak sebarang bentuk keganasan yang telah digariskan dalam perjanjian-perjanjian sebelum ini serta menerima kewujudan Negara Israel,” kata Veitor lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rencana baru Israel untuk membina 386 unit penempatan di Sheikh Jarrah didedahkan

Selasa, 03/05/2011 – Sebuah sumber bandar Israel mendedahkan bahawa jawatankuasa daerah untuk perancangan dan pembangunan akan mengadakan perbincangan pada Selasa depan. Rancangan itu adalah untuk membina 386 unit rumah di kawasan perumahan rakyat Palestin di persekitaran Jarrah Syeikh di Baitulmuqaddis.

Sumber tersebut menegaskan bahawa agen real estat Zionis yang dikenali sebagai Raja Arieh bekerjasama dengan persatuan sayap kanan Yahudi-menyampaikan rencana ini ke jawatankuasa daerah untuk diluluskan.

Sumber-sumber Palestin memberi amaran bahawa jika rancangan ini dilaksanakan, lebih daripada 30 keluarga Palestin terdiri daripada 280 orang akan dihalau dari rumah mereka di persekitaran Sheikh Jarrah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Fatah Menandatangani Persetujuan Persefahaman di Kaherah

Selasa, 03/05/2011 –Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.

Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.

Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.

“Kami sangat menerima perkembangan yang penting dan pantas ini dan menghargai usaha yang telah dibuat untuk menamatkan perpisahan dalaman dan membuang penderitaan besar yang ditanggng oleh rakyat Palestin kerana perpecahan ini,” kata pegawai tinggi Jihad Islam Khaled al-Batsh kepada Pusat Info Palestin (PIC)

“Kami menyeru penggabungan berlaku dengan cepat atas dasar mengekalkan pergerakan negara, meluruskan perjuangan rakyat palestin dan melindungi penentangan dan menutup kes penahanan politik antara kedua pihak,” tambah Batsh lagi.

Beliau juga menekankan kepentingan mempertahan dasar-dasar dalam perjanjian penggabungan itu.

Pegawai tinggi Pasukan Pembebasan Popular Palestin, Rabah Muhanna berkata bahawa Kaherah akan menjemput paksi itu berbincang dalam masa dua hari dan bersetuju dalam pembentukan kerajaan yang bersatu dan persediaan untuk pilihanraya dalam masa setahun.

Khaled Abu Hilal, ketua Pergerakan Pembebasan (Ahrar Movement), menyatakan keyakinan dalam kemampuan Hamas untuk mencapai persetujuan ke atas persefahaman itu dan melindungi pergerakan penentang dan memenuhi aspirasi penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

PPS isytihar 2010-2011 tahun perubatan terburuk setakat ini

Selasa, 03/05/2011 – Satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Penjara Palestin (PPS) mengisytiharkan tahun 2010 dan suku pertama tahun 2011 sebagai tempoh terburuk penafian pihak berkuasa penjara rejim Zionis terhadap keperluan tahanan penjara warga Palestin untuk mendapat khidmat perubatan.

Seramai lebih kurang 20 orang tahanan penjara warga Palestin yang telah disahkan menghidap kanser, 88 orang menghidap diabetes dan 25 orang lagi mengalami kegagalan buah pinggang. Manakala, lebih kurang 20 orang tahanan lagi mengalami kegagalan fungsi saraf motor sementara 10 orang lagi kini tinggal secara tetap di Hospital Ramle. Mereka termasuklah 3 orang yang mengalami lumpuh separuh badan.

PPS turut menyentuh tentang kematian seorang tahanan penjara baru-baru ini yang bernama Saytan al-Wali of Golan Heights, 45. Mangsa sebelumnya telah dikesan mempunyai tumor dalam buah pinggang dan perlu dibebaskan dengan segera bagi membolehkannya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Tetapi pihak berkuasa penjara rajim Zionis tidak mengendahkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Aktivis perpaduan asing turut serta dalam pembinaan sekolah di Lembah Jordan

Selasa, 03/05/2011 – Bermula hari Selasa, aktivis perpaduan asing dan warga Palestin bersama-sama membina sebuah sekolah di tenggara Al-Oje Ras dari Tobas di Lembah Jordan.

Warga di daerah tersebut berkata kepada wartawan PIC melalui telefon bahawa lebih dari 70 warga Palestin dan aktivis perpaduan asing meletakkan batu asas sekolah.

Mereka berkata bahawa sekolah itu akan dinamakan sempena memperingati pembunuhan aktivis Itali, Vittorio Arrigone. Ia sebagai lambang bahawa pembunuhan aktivis Itali tidak akan menghalang simpati warga asing dari memberi sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada