Categories
Berita Semasa

Ashkenazi : Situasi di sempadan Gaza goyah

Jumaat , 24/12/2010 – Ketua Staf Ketenteraan Israel, Gaby Ashkenazi memberi amaran pada Selasa bahawa situasi terkini di sempadan Gaza adalah tidak menentu dan sukar dijangka.

Tahun ini menyaksikan peningkatan mendadak dalam serangan penentangan dari Semenanjung Gaza, kata Ashkenazi. 118 kejadian penentangan dilaporkan. Ashkenazi mengaku bahawa tentera-tenteranya membunuh lebih kurang 60 warga Palestin dalam serangan di kawasan tersebut.

Pada malam sebelumnya, Ashkenazi telah mengarahkan tentera-tenteranya menyasarkan sekumpulan penentang dari Hamas menerusi satu siri serangan udara yang paling dahsyat, seorang tentera Israel memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penangkapan Bekas Tawanan Hanya Untungkan Israel

Jumaat , 24/12/2010 – Persatuan Pembela Tawanan dan Bekas Tawanan (WAID) mengecam penangkapan yang dilakukan polis Abbas terhadap ratusan bekas tawanan, pejuang Palestin dan pimpinan gerakan tawanan yang terperosok puluhan tahun di balik jeriji penjara Israel.

Dalam satu pernyataan akhbarnya, Selasa (21/12) WAID menganggap tindakan polis Abbas tersebut sebagai kerjasama dengan penjajah Israel dalam memerangi pejuang Palestin terutama gerakan tawanan yang mempunyai peranan dalam melawan dan menentang penjajah Israel.

Tindakan menangkap terus bekas tawanan setelah mereka keluar dari penjara Israel sangat mencoreng sejarah perjuangan gerakan tawanan yang tidak mungkin dilakukan para pejuang pada tahap manapun.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kempen Solidariti untuk tahanan hantui pemimpin militan

Rabu , 22/12/2010 – Sumber sandaran Pusat Informasi Palestin menyatakan bahawa para pemimpin senoir militan di wilayah Mahmoud Abbas sangat-sangat terganggu dengan kempen yang dijalankan oleh pihak media dan pusat-pusat hak asasi manusia untuk membantu para tahanan di penjara Fatah dekat Tebing Barat.

Sumber menegaskan pada hari Isnin (20 Disember), bahawa para pemimpin militan memaksa sebahagian tahanan untuk menghubungi keluarga mereka untuk memberitahu bahawa segala apa yang dilaporkan oleh pihak media adalah satu penipuan dan khabar angin, tetapi sebulat suara ditentang oleh para tahanan tersebut.

Operasi keselamatan militan Fatah menentang warga Tebing Barat dan terutamanya para pendukung dan penyokong Hamas semakin menggiat sejak akhir-akhir ini, yang sememangnya selari dengan koordinasi keselamatan penjenayah Zionis dan bertujuan untuk menghapuskan suara-suara Hamas di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Al Misri: Dakwa Pemimpin Abbas Ke Mahkamah Antarabangsa

Rabu , 22/12/2010 – Tokoh Hamas, Aleg Musyir Al Misri menuntut para pemimpin tentera Abbas dibawa ke mahkaman antarabangsa atas kejahatan mereka terhadap para tawanan politik di penjara Tebing Barat.

Dalam pernyataannya kepada TV Al Aqsa, Isnin (20/12) Misri menegaskan bahawa apa yang berlaku di penjara autoriti Mahmud Abbas di Tebing Barat telah melanggar Hak Asasi Manusia (HAM) dan perlu perhatian semua pihak.

Misri mendakwa pihak autoriti Abbas dengan sengaja melakukan penyeksaan berat di dalam penjara. Penyeksaan ganas pegawai penjara sehingga membawa kepada kematian. Penyeksaan Israel dan Fatah seolah-olah penyeksaan yang berlaku di penjara Guantanamo dan Abu Ghraib. Misri menyeru organisasi HAM untuk menyoroti pelanggaran autoriti Abbas, mengenalpasti pegawai terlibat dan mengungkapkan kebenaran.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pasukan IOF musnahkan 5 buah kedai di Al-Khalil dan menyerbu hospital di Baitullaham

Rabu , 22/12/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah memusnahkan 5 buah kedai di Kampung Baka’a yang terletak di timur wilayah Al-Khalil. Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu dikatakan berpunca kerana kononnya kedai-kedai tersebut tidak mempunyai permit untuk dibina di situ, kata sumber tempatan.

Sa’eed Jaber, pemilik kedai-kedai tersebut berkata bahawa dia telah banyak kali memohon permit pembinaan kedai daripada pihak berkuasa rejim Zionis tetapi mereka tidak meluluskannya dengan alasan kawasan itu terletak begitu dekat dengan kawasan penempatan haram Yahudi, Kiryat Arba.

Menurut sumber tempatan itu lagi, IOF telah membuat sekatan di seluruh kawasan terbabit dan menghalang penduduk tempatan menghampirinya sebelum kerja-kerja memusnahkan kedai-kedai tersebut dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Barhoum: penyeksaan PA terhadap anggota Hamas hanya masalah waktu

Rabu , 22/12/2010 – Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan pasa Isnin lalu mengatakan penyeksaan pihak berkuasa Palestin dari partinya hanya masalah waktu. “Gerakan Hamas lebih besar dari penjara anda,” kata Barhoum, sambi menyikapi parti Fatah. “Waktu untuk pahlawan Hamas pasti datang, dan kesenangan anda ketika menyeksa orang-orang kami hanyalah masalah waktu saja. Akhirnya, keinginan dan perjuangan akan menang. ”

Barhoum menyeru penyokong Hamas di Tebing Barat agar berhadapan dengan pegawai perisikan Fatah. “Bangsa dan agama kita menyeru agar meneruskan cabaran tidak menyerah kalah.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Lebih daripada 2,000 pekerja warga Palestin protes terhadap penghinaan yang dilakukan IOF

Rabu , 22/12/2010 – Lebih daripada 2,000 orang pekerja warga Palestin di Tulkarem telah pulang ke rumah masing-masing dari kawasan sekatan tentera Ertah yang dikawal oleh tentera rejim Zionis (IOF). Kawasan sekatan itu terletak di antara bandar mereka dengan wilayah Palestin yang dirampas rejim Zionis pada tahun 1948.

Pada Ahad lepas, para pekerja warga Palestin tersebut telah memutuskan untuk pulang ke rumah masing-masing kerana tidak sanggup lagi menghadapi provokasi dan penghinaan yang
keterlaluan oleh IOF semasa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja mereka yang terletak di wilayah yang telah dirampas rejim Zionis itu.

Sebahagian diantara mereka memberitahu bahawa mereka dipaksa menjalani pemeriksaan badan secara berbogel. Manakala sebahagian yang lain dikurung beramai-ramai di satu tempat yang sangat sempit sehingga ada yang sukar untuk bernafas. IOF juga tanpa sebarang sebab telah menembak peluru ke udara bagi menakutkan-nakutkan warga Palestin itu dan memisahkan mereka. Mereka turut dimaki hamun oleh IOF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis serang timur Gaza, pejuang balas dengan melancarkan roket

Rabu , 22/12/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) maju ke bahagian timur kota Gaza pada pagi hujung minggu lalu mencetuskan balasan serangan roket daripada pejuang Palestin.
Sumber-sumber Palestin mengatakan kereta kebal dan altileri IOF memasuki timur tengah Gaza menyerang dan meratakan tanah yang ada tanaman.

Sementara itu, Briged Abu Ali Mustafa, sayap bersenjata dari Barisan Popular Pembebasan Palestin menembak dua roket di penempatan timur Gaza.

Sayap bersenjata berkata serangan itu merupakan pembalasan terhadap “kejahatan penjajah” dan menyatakan ada perlbagai pilihan serangan terhadap pencerobohan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Oslo selepas 20 tahun rundingan.. kita jatuh dalam perangkap..!!!

Rabu , 22/12/2010 – Selepas 2 dekad rundingan bersama penjenyah Zionis, pelulusan pembukaan petempatan haram , perampasan tanah, Yahudinisasi kota Al-Quds dan kawasan suci umat Islam dan pengaplikasian rancangan-racangan Zionis, Pengerusi Biro Rundingan PLO, So’eb Areqaat membuat pengumuman mengejut bahawa dalam tempoh 20 tahun ini, Fatah sebenarnya telah jatuh ke dalam perangkap…!!

Agensi berita Perancis memetik kata-kata Areqaat : “kita telah duduk dalam meja rundingan hampir 20 tahun, dan hakikatnya kita telah terjatuh dalam perangkap, sementara Zionis tidak langsung mengubah apa-apa.”

Areeqat tidak hanya berhenti di situ, beliau menyambung bahawa pimpinan Fatah menyifatkan rundingan bersama Zionis adalah bersifat “merepek dan menjijikkan”, terutamanya selepas mereka ditikam dari belakang oleh Pentadbiran Amerika, yang selama ini mereka percayai, dan seruan Amerika kepada masyarakat dunia untuk tidak mengiktiraf Negara Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penternak Palestin Cedera dalam Tembakan IOF

Rabu , 22/12/2010 – Seorang lelaki Palestin cedera oleh tembakan daripada Tentera Rejim Israel (IOF) yang berpengkalan di utara semenanjung Gaza pada pagi Ahad, sumber daripada pasukan perubatan.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan kesihatan di Gaza berkata bahawa tentera IOF menembak kepada penternak yang mengembala kambing biri-biri di luar pekan Beit Lahia di utara Gaza.

Dia menambah bahawa penternak itu cedera di kaki dan dibawa ke hospital di mana keadaanny dikatakan sebagai sederhana.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Blok Perubahan dan Reformasi Menyokong Mogok Lapar Tahanan Penjara

Rabu , 22/12/2010 – Blok Perubahan dan Reformasi, parti yang mewakili Hamas di Majlis Perundangan Palestin menyatakan sokongan kepada tahanan-tahanan dalam penjara Kerajaan Palestin yang melancarkan mogok lapar untuk memprotes layanan buruk yang diterima mereka.

Parti tersebut mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) harus bertanggungjawab atas kesihatan mereka yang mogok memandangkan mogok sudah mencecah hari ke 29 dan boleh mengancam nyawa mereka.

Tujuan mogok tersebut adalah untuk mendedahkan realiti penyeksaan dan penderaan yang dialami para tahanan di penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Konvoi Asia Ke Gaza Tiba di Syria

Rabu , 22/12/2010 – Ketua Front perjuangan rakyat Palestin, Kholid Abdul Majid menegaskan kepentingan kempen sokongan Asia untuk Palestin. Beliau juga memuji peranan Syria dalam memberikan pelbagai kemudahan bagi bantuan perpaduan rakyat Palestin.

Penyataan ini dikeluarkan oleh Abdul Majid ketika kenyataan akhbar berhubung pengiriman konvoi Asia 1 yang diadakan oleh jawatankuasa pemantau muktamar nasional Palestin, Sabtu (18/12) di kem pelarian Palestin di Yarmuk, Damsyik. Beliau memuji peranan Syria terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penjajahan Zionis selain memberikan bantuan kemanusiaanya melalui jalan darat.

Di pihak lain, Badrudin Syarqi, delegasi India mengungkapkan harapanya agar dapat diizinkan memasuki Gaza. Mereka terdiri dari 15 negara Asia dan dari pelbagai latar belakang agama dan mazhab berkeinginan masuk Gaza. Syarqi menegaskan bahawa tujuan konvoi tersebut adalah mencari alternatif untuk pembebasan Gaza dan memberikan kefamahaman kepada rakyat Asia tentang isu Palestin dan masalah sebenar Gaza.

Konvoi Asia ini terdiri dari 200 relawan yang berasal dari 15 negara Asia seperti India, Pakistan, Indonesia, Malaysia, Afghanistan, Bahrain, Iran, Syria dan Lebanon. Mereka berangkat dari New Delhi India pada 2 Desember lalu dan tiba di Syria pada Isnin 20 Disember.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri menyeru untuk menyokong hak-hak Palestin berbanding perundingan dengan Zionis Israel

Isnin , 20/12/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, juru bicara Hamas, telah mendesak negara-negara Arab untuk menyokong pilihan lain setelah gagal dalam pembicaraan damai dalam memulihkan hak-hak Palestin. Dia berkata kepada PIC pada hari Khamis bahawa keputusan jawatankuasa Arab mencerminkan proses penyelesaian menemui jalan buntu.

Juru bicara itu menyebut sebuah pengumuman yang jelas tentang menghentikan perundingan dengan Israel dan tidak menyokong siapapun yang melakukan pembicaraan tersebut selain mengangkat strategi baru berdasarkan hak-hak dan sokongan Arab dan Palestin serta perjuangan mereka. Jawatankuasa tindakan lanjut Arab pada hari Rabu memutuskan untuk menghentikan rundingan dengan Israel sehingga tawaran”serius” Amerika ditetapkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis serbu kedai milik rakyat Palestin di Jerusalem, cederakan pekerja

Isnin , 20/12/2010 – Pada malam Rabu lalu, sepasukan polis rejim Zionis telah menyerbu sebuah kedai di Jerusalem, membuang barang-barang di dalam kedai itu dan menyerang para pekerja kedai itu. Manakala anak lelaki pemilik kedai itu patah kaki dalam insiden tersebut sementara pekerja yang lain ditahan.

Dalam insiden itu, pertengkaran sengit telah terjadi antara salah seorang anak lelaki pemilik kedai itu iaitu Moataz, 18, dan seorang anggota polis anti-pengganas rejim Zionis yang bernama Yamam. Insiden berlaku selepas Moataz meminta bas yang membawa pasukan polis rejim Zionis yang diletakkan di hadapan kedai itu dialihkan bagi memberi laluan kepada trak penghantar barang, kata Mahmoud Barakat, seorang lagi anak lelaki pemilik kedai itu. Pemandu bas itu meminta kerjasama 6 orang anggota polis rejim Zionis yang kemudiannya bertindak menyerbu kedai dan membaling keluar semua barang di dalam kedai itu.

Semasa kejadian, anggota polis rejim Zionis telah membelasah Ahmed Barakat dengan teruk, yang sememangnya lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Kaki kanannya dipatahkan oleh anggota polis rejim Zionis tanpa belas walaupun mereka yang hadir merayu tidak diperlakukan begitu ke atas Barakat yang lumpuh. Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis memecahkan CCTV kedai itu dan rakamannya dipadam untuk menghilangkan bukti kebinatangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

13 warga Palestin ditahan di Tebing Barat kerana disyaki aktivis

Isnin , 20/12/2010 – Tentera Israel menahan 13 warga Palestin untuk disoalsiasat pada pagi Isnin dalam kempen menjejaki aktivis di Tebing barat.

2 warga Palestin ditahan di Ramallah untuk disoalsiasat, Radio Israel melaporkan. Identiti dan organisasi mereka tidak dikenalpasti. Lagi 9 yang lain ditahan dalam sesi penangkapan di bandar Al-Khalil, sumber keselamatan Palestin menyatakan.

Numan Abdel Qadir Al Qaisiya, 21 dan Mustafa Ismail Al Qaisiya, 19 telah diculik dari kediaman mereka selepas tenter Israel menyerbu bandar Dhahiriyya. Penangkapan lain juga dilakukan dalam serbuan di bandar Dora.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati