Categories
Berita Semasa

Dua Orang Penduduk Diculik di Hebron

Jumaat, 27-01-2012 – Pada waktu pagi hari Selasa, tentera Israel telah menculik dua orang rakyat Palestin berhampiran Masjid Ibrahimi, dan membawa mereka ke lokasi yang tidak dikenalpasti, agensi berita Palestin, Maan, melaporkan.

Sumber-sumber tempatan menyatakan bahawa tentera tersebut telah menculik Ayman Al-Rajabi, berusia dua puluhan, berhampiran Masjid Ibrahimi. Tentera tersebut mendakwa lelaki itu membawa sebilah pisau.

Tentera tersebut juga menculik jihad Al-Rajabi, 26, berhampiran masjid tersebut, dan juga mendakwa beliau membawa sebilah pisau. Tambahan pula, tentera tersebut telah menceroboh Beit Ola di kampung sebelah, memecah masuk ke dalam rumah dan menculik salah seorang penduduk. Tentera tersebut juga menyerang bandar Beit Ummar, berhampiran Hebron, memecah masuk dan mencari beberapa rumah; tiada tangkapan dilaporkan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Tujuh Puluh Enam Ekar Tanah Dirampas di Bethlehem

Jumaat, 27-01-2012 – Pada hari Khamis, beberapa keluarga rakyat Palestin dikejutkan dengan keputusan untuk merampas tujuh puluh enam ekar tanah untuk kepentingan Kota Jerusalem. Tanah tersebut terletak di belakang Dinding Perbatasan di Kampung al-Khass, di bahagian timur Tebing Barat bandar Bethlehem, agensi berita Palestin, Ma’an melaporkan.

Mahkamah Israel mendakwa bahawa keputusan itu dibuat kerana tanah tersebut berada di bawah jagaan Absentee Properties Guard.

Ketua majlis kampung, Khader Hamdan, membuat kenyataan bahawa majlis tersebut, dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Penempatan, telah menyerahkan kes tersebut kepada peguam kementerian untuk menyelesaikan masalah tersebut dan membuat rayuan terhadap keputusan yang menyalahi undang-undang.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Pesawat tentera Israel menyerang di selatan dan utara Gaza

Khamis, 26-01-2012 – Pesawat tentera Israel lancarkan 4 serangan udara di kawasan terbiar di utara dan Semenanjung Gaza pada subuh Selasa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa F-16 milik Israel melepaskan 3 peluru berpandu ke arah kawasan yang tidak dihuni di utara Gaza dalam dua serangannya.

Dua lagi serangan dilancarkan di timur Khan Younis dan 2 peluru berpandu dilepaskan ke arah rumah hijau di jalan Khan Younis – Deir Al Balah dalam siri serangan Israel yang semakin menjadi-jadi di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan Toutah dan Abu Arafah selama 6 hari untuk “selesaikan penyiasatan”

Khamis, 26-01-2012 – Mahkamah Zionis dekat Bandar Al-Quds pada petang Selasa memanjangkan penahanan Timbalam Menteri Al-Quds Muhammah Toutah dan bekas Menteri Quds, Khaled Abu Arafah untuk menyelesaikan penyiasatan terhadap mereka.

Sumber hak asasi manusia menyebut bahawa hakim Mahkamah Zionis di Al-Quds memutuskan bahawa penahanan mereka akan dipanjangkan lagi 6 hari sehingga Ahad depan, untuk menyelesaikan penyiasatan terhadap mereka seperti yang diarahkan oleh Kementerian Ketenteraan.

Sumber itu turut memberitahu bahawa Zionis menahan mereka susulan dari laporan Pusat Aduan Saman di Bandar Al-Quds dengan tuduhan menjadi “penduduk tanpa izin” dala bandar Al-Quds, dan melanggar undang-undang Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel Penjara Dweik Enam Bulan Tanpa Perbicaraan

Khamis, 26-01-2012 – Badan Pendudukan Israel (IOA) telah mengarahkan penahanan Dr Aziz Dweik, speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC) , untuk dipenjara selama enam bulan tanpa perbicaraan.

Peguam speaker tersebut, Fadi Qawasme, berkata bahawa Dweik sepatutnya muncul dalam mahkamah Ofer pada hari Isnin, namun mahkamah tidak bersidang. Tambah beliau, pada hari Selasa pihak pentadbiran penjara Ofer memaklumkan kepadanya bahawa Dweik dijatuhi hukuman enam bulan dalam tahanan pentadbiran.

Pejabat speaker mengeluarkan kenyataan mengecam “hukuman menindas” tersebut kerana tiada perwajaran undang-undang dikemukakan. Kenyataan tersebut mendakwa bahawa IOA telah cuba menghalang perjalanan dan kelancaran Parlimen Palestin setelah termeterai perjanjian dalaman baru-baru ini bagi mengadakan sesi PLC pada awal Februari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Israel Halang Mesyuarat Antara Abbas dan Pemimpin Yahudi di Britain.

Khamis, 26-01-2012 – Akhbar harian Israel, Haaretz, melaporkan bahawa para pemimpin Yahudi di Britain telah membatalkan satu mesyuarat yang dijadualkan bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berikutan tekanan yang kuat dari kedutaan Israel di London, dan juga pjabat Netanyahu di Jerusalem.

Haaretz menyatakan bahawa para pegawai kerajaan Israel dan British telah mendesak pemimpin-pemimpin Yahudi agar membatalkan mesyuarat mereka bersama Abbas, dan menambah bahawa Abbas telah membuat percubaan semenjak dua tahun lepas untuk bertemu dan mengadakan perbincangan dengan pelobi-pelobi Yahudi di seluruh dunia.

Abbas bagaimanapun telah berjaya mengadakan mesyuarat bersama pelobi-pelobi Yahudi di Buenos Aires-Argentina, Paris, New York dan lain-lain bandar utama dunia.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Haniyah : Gaza Pintu Pembebasan Palestin.

Khamis, 26-01-2012 – Ismail Haniyah,Perdana Menteri Palestin menjelaskan bahawa Gaza akan menjadi pintu masuk negara bagi pembebasan Al-Aqsa dan Baitulmaqdis,dan menanti ketibaan beberapa saintis Arab ke Gaza dibawah kepungan Zionis untuk sektor saintifik.

Haniyah berkata dalam ucapannya Selasa lalu semasa Persidangan Antarabangsa Dekan Pengajian Siswazah dan Penyilidikan di Dunia Arab,yang dianjurkan oleh Universiti Al-Aqsa di Gaza,berkata bahawa selepas 50 daripada dekan di Kolej Bahasa Arab di Mesir,Sudan,Iraq,Lubnan,dan Jordan pada persidangan ini,merupakan sebahagian kecil daripada sekatan yang dikenakan oleh penduduk saintifik ke atas Gaza.

Ditujukan kepada tetamu Gaza,beliau berkata :”Anda sebagai sekatan saintifik yang dikenakan oleh penduduk Semenanjung Gaza,kerana sekatan ini adalah lebih dalam dimensi untuk mencapai semua lapisan masyarakat dari segi politik,dan ekonomi.saintifik menekankan bahawa rakyat Palestin telah berjaya untuk memecahkan pengepungan bahan arteri hidup digali oleh rakyat dibawah tanah,dan kita tidak tunduk kepada serangan politik yang dikenakan keatas kita,yang bermula terasa bahang dengan perubahan yang berlaku dalam negara hari ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Mishaal berbincang dengan wakil Sweeden tentang hubungan Hamas-Eropah

Khamis, 26-01-2012 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal telah bertemu dengan wakil dari Negara Sweeden ke Timur Tengah, Jean-Daniel Ruch di Kaherah pada malam Rabu lalu untuk membincangkan berhubung perkembangan terbaru di rantau itu terutamanya berkaitan isu Palestin.

Mesyuarat itu turut menyentuh tentang hubungan Hamas dengan Negara-negara
Eropah dalam situasi terkini yang berkaitan perkembangan di beberapa Negara Arab
serta kemunculan gerakan-gerakan Islam di Negara tersebut, kata sumber dari Palestin.

Kata sumber itu lagi, Mishaal telah memaklumkan Ruch tentang pendirian Hamas
berhubung perbincangan perjanjian damai dengan rejim Zionis, di kala kekejaman
oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, tanahair dan tempat suci mereka semakin memuncak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Dua belas rakyat Palestin Diculik oleh tentera Israel pagi Rabu

Khamis, 26-01-2012 – Dalam satu siri serangan mendadak tentera di bandar-bandar sekitar Tebing Barat pada waktu sebelum subuh pagi Rabu, tentera Israel telah menahan dua belas orang Palestin dan membawa mereka ke satu lokas itidak dikenalpasti.

Salah seorang yang ditahan ialah seorang remaja berusia 17 tahun Bahaa Mansour yang telah ditahan di rumahnya di Deir Istiya, sebuah kampung di utara the West Bank.

Turut ditahan di Deir Istiya ialah Jihad Khaled, 26, Issam Mansour, 18,yang telah ditahan di rumah mereka sewaktu mereka sedang tidur,menurut Datuk Bandar kampung, Nathmi Salman.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Lagi rumah rakyat Palestin dirobohkan di Silwan

Sabtu , 21/01/2012 – Badan Pendudukan Israel (IOA) telah menyampaikan notis perobohan kepada beberapa rumah rakyat Palestin di Silwan dalam pertempuran di kawasan Jerusalem yang diceroboh Rabu lepas. Hal itu telah mencetus perbalahan dengan penduduk tempatan.

Polis Israel mengiringi para pekerja Majlis Perbandaran yang dikawal IOA bagi mengenakan denda kepada sebilangan rakyat yang membina rumah meskipun dengan permit, dan kemudian menyerahkan notis perobohan.

Jawatankuasa Pertahanan Tanah Silwan berkata bahawa pasukan tinjauan tersebut telah menyerbu tiga pinggir bandar di Silwan, kawasan selatan Masjid Aqsa, dalam masa yang sama polis menjalankan sekatan jalanraya dan pemeriksaan terhadap penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Laporan: Otoriti Israel Gunakan Alasan Arkeologi Untuk Yahudinisasi Al-Quds

Sabtu , 21/01/2012 – Laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa arkeologi bebas menyebutkan bahawa pihak arkeologi Israel menggunakan alasan pencarian bukti sejarah untuk agenda Yahudinisasi Al-Quds dan mengukuhkan agendanya. Otoriti Israel menggali terowong di bawah Al-Quds bukan untuk tujuan ilmiah, melainkan bertujuan melemahkan syiar dan warisan penduduk Arab.

Laporan yang dikeluarkan Persatuan Amiq Shafih yang bergabung di dalamnya beberapa badan arkeologi bebas menentang otoriti arkeologi Israel dan menjelaskan sikap mereka di media, persidangan dan kunjungan ke beberapa universiti dan aktivis.

Laporan yang dikeluarkan dengan tajuk “Arkeologi Antara Kesucian dan Politik” menyebutkan bahawa otoriti Israel menggunakan alasan arkeologi untuk mencapai tujuan politik melalui penggalian yang sama sekali tidak ada alasan ilmiah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ejen perisik Israel cederakan 3 rakyat Palestin dan tahan 2 kanak-kanak di Aiswayia

Sabtu , 21/01/2012 – Ejen-ejen perisik Israel menyerbu kampung Aisawiya di Baitulmuqaddis dan menembak ke arah orang-orang awam, mencederakan 3 pemuda dan menahan 2 kanak-kanak.

Sheikh Raed Abu Rayala, ahli jawatankuasa tindakan di kampung tersebut berkata, para penduduk terkejut dengan serbuan yang berlaku pada lewat malam Rabu.

Beliau berkata, tentera-tentera yang memakai pakaian biasa, memulakan penggeledahan di farmasi-farmasi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Masri: Kami gesa pegawai Switzerland mewujudkan hubungan yang positif dengan Hamas

Sabtu , 21/01/2012 – Ahli Parlimen Hamas, Mushir Al-Masri berkata beliau dan rakan-rakannya yang melawat Switzerland menggesa para pegawai dan penggubal undang-undang Swiss untuk membantu Eropah menjalinkan hubungan yang baik dengan pergerakanHamas.

Masri yang mengetuai kumpulan bagi mempertahankan hak-hak Ahli Parlimen, memberitahu agensi berita Perancis(AFP) bahawa beliau dan penggubal undang-undang lain semasa mesyuarat yang berlainan dengan pegawai-pegawai Switzerland mengetengahkan betapa pentingnya keterbukaan Eropah terhadap Hamas.

Ahli parlimen Hamas juga berkata mereka menghadiri mesyuarat beberapa hari yang lalu antara kesatuan parlimen dan telah terpanggil untuk membentuk lobi Parlimen Eropah bagi menentang penjajahan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

OIC: Gaza perlukan 100 ribu unit rumah

Sabtu , 21/01/2012 – Gaza memerlukan 100 ribu buah rumah baru selepas berlakunya serangan oleh rejim Zionis di kawasan persisiran pantai, kata Gabungan Organisasi Islam (OIC) dalam satu laporan bulanannya berhubung situasi kemanusiaan di Gaza yang dikeluarkan pada Ahad lepas.

Organisasi tersebut menyeru Negara-negara anggotanya supaya mempercepatkan usaha memberi bantuan bagi membaik-pulih rumah-rumah yang musnah di Gaza serta membina rumah-rumah baru. Tambahnya lagi, sekatan oleh rejim Zionis yang telah berlaku selama 6 tahun di semenanjung Gaza memburukkan lagi keadaan (kekurangan
tempat tinggal). Sementara itu, beribu-ribu keluarga dilaporkan masih tidak mempunyai rumah. Setakat ini 350 buah rumah telah dibaik-pulih manakala 600 buah lagi masih dalam pembinaan.

Menurut OIC lagi, walaupun sebelum berlakunya peperangan Israel 3 tahun lalu, sebanyak 3600 buah rumah di Gaza telah dimusnahkan sewaktu pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Mangsa yang terlibat ada yang menumpang hidup di rumah saudara-mara dan ada juga yang menyewa rumah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Hamas berada di atas tahap penumpuan kepada jihad.

Sabtu , 21/01/2012 – Jurucakap bagi Gerakan Perlawanan Islam “Hamas”,Sami Abu Zuhri berkata ,”gerakan itu telah bersedia berada di atas tahap terbesar yang memungkinkan dengan gabungan jihad islam,berpandukan keperluan negara dan ini dianggap sah.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Khamis lalu yang telah mengadakan mesyuarat bagi hal ini,dan telah membincangkan banyak isu untuk didekati,dan berkata bahawa perkara ni memerlukan penumpuan yang lebih.Beliau berkata :”Terdapat keinginan oleh kedua-dua pihak yang memerlukan penumpuan yang lebih besar.”

Dari segi praktikal,Abu Zuhri mengatakan terhadap bahawa beberapa langkah prosuder mengambil masa untuk penumpuan dan berkata ,”tetapi kita berminat untuk meningkatkan tahap penumpuan terhadap isu-isu yang dibincangkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa