Categories
Berita Semasa

Yaman Mengutuk Serangan Israel terhadap Armada Gaza

Khamis, 03/06/2010 – Yaman pada hari Isnin mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel sebagai “pengganas lanun” terhadap Armada Bebas Gaza, yang mengakibatkan kematian sekitar 19 aktivis keamanan, terutama Turki.

“Kerajaan Yaman mencela dalam istilah yang paling kuat pencerobohan Israel terhadap konvoi kapal kebebasan Gaza, pembunuhan aktivis keamanan di atas kapal, dan mencederakan puluhan dari mereka. Kami menganggap tindakan seperti itu sebagai rampasan pengganas yang menyingkapkan wajah jelek pengganas Israel, “kata seorang pegawai kerajaan Yaman dipetik oleh Agensi Akhbar Quds.

Pegawai rasmi Yaman meminta Israel untuk segera membebaskan semua aktivis keamanan dan kapal yang ditahan dan memberi laluan kepada mereka hulur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“Yaman menggesa untuk segera membatalkan kepungan yang dikenakan di Gaza, pembebasan semua aktivis keamanan yang ditahan, dan membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza,”

Beberapa ahli parlimen Yaman berada bersama di dalam Armada Bebas Gaza untuk menyatakan sokongan dengan orang-orang Palestin di Gaza yang hidup di bawah kepungan Israel yang tidak adil.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Raed Shalah: Berita kematian adalah propaganda Zionis


Khamis, 03/06/2010 – Ketua Gerakan Islam, Syaikh Raed Shalah menyatakan propaganda media Zionis yang sentiasa berusaha melenyapkan beliau. Syaikh Raed berkata lagi kerja Zionis ini adalah sia-sia. Zionis tidak lagi dapat menutup kezaliman yang dilakukan ke atas konvoi keamanan.

Syaikh Raed masih dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan terima kasih juga kepada kerajaan Turki yang telah membantu banyak dalam menjayakan kovoi keamanan itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak seorang warga tua Palestin

Khamis, 03/06/2010 – Tentera rejim Zionis menembak seorang wanita tua Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza hari ini.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa kakitangan perubatan telah membawa Salma Shlouf, 65, ke hospital setelah beliau mengalami kecederaan yang agak kritikal.  Saksi mengatakan bahawa wanita itu sedang membawa binatang ternakannya berhampiran sempadan Gaza-Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Turki desak dunia bangkit tentang Israel

Khamis, 03/06/2010 – Regim Zionis-Israel harus dihukum untuk “pembunuhan berdarah” konvoi bantuan Gaza, tegas Perdana Menteri Turki pada hari Selasa. Beliau mendesak hukuman antarabangsa dikenakan terhadap tindakan regim Zionis itu dan memanggil kuasa dunia lain turut serta. Beliau yang sebelum ini memanggil pulang duta Turki di Tel Aviv dan membatalkan latihan ketenteraan bersama Turki-Israel.

“Hal ini tidak mungkin lagi sekadar pengabaian undang-undang Israel, tetapi inilah saatnya bagi masyarakat antarabangsa untuk mengatakan ‘cukup sudah’,” kata Erdogan dengan nada marah disambut tepukan gemuruh para hadirin. Beliau juga mendakwa bahawa Israel, menggunakan penipuan sebagai dasar Negara. Erdorgan turut memberitahu bahawa beliau sendiri akan menghubungi Presiden AS, Barack Obama untuk menyatakan sendiri pendirian Turki dalam isu ini.

“Turki akan menggunakan segala bentuk undang-undang antarabangsa dan diplomasi, tiada siapa harus menguji kesabaran Turki,” tambahnya. Sementara itu, seorang diplomat Turki mendakwa empat rakyat mereka terkorban dalam insiden berdarah rampasan Konvoi Gaza itu dan menambah bahawa nombor tersebut bakal meningkat. Turki pada hari Selasa telah menghantar tiga pesawat ambulans untuk membawa pulang 20 warga mereka yang cedera. Turki yang majoriti penduduknya Muslim telah menjadi sekutu Israel sejak kedua-dua Negara tersebut menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan pada tahun 1996 tetapi hubungan telah mengambil penurunan sejak Israel menyerang Gaza pada akhir tahun 2008.

sumber :  Yahoo! News
penterjemah : mujaheed929

Categories
Berita Semasa

480 aktivis telah ditahan dalam serangan maut ala komando Isnin lalu.

Khamis, 03/06/2010 – Israel telah menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditangkap dalam serangan maut komando terhadap sebuah kapal bantuan Gaza dan akan mengusir 48 yang lain, lapor radio awam Selasa lalu.

Mereka ditahan di penjara Israel selatan Asdod, sementara 48 yang lain dibawa ke lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion untuk dihantar kembali ke negara asal mereka, menurut laporan itu.

Para pegawai Israel akan menyoalsiasat tahanan sebelum memutuskan adakah mereka akan dibebaskan atau akan dihukum.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mesh’al: Arab mesti bertindak pecahkan kepungan Gaza

Khamis, 03/06/2010 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al menuntut negara-negara Arab yang mempunyai hubungan dengan regim Zionis agar memutuskan hubungan tersebut sebagai membantah serangan yang dilakukan terhadap Flotila Kebebasan. Dalam masa yang sama, beliau menganggap resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dalam hal ini amat mengecewakan bahkan akan mendorong Zionis melakukan lebih banyak jenayah pada masa akan datang.

Dalam satu sidang akhbar di ibunegara Yaman, Sanaa pada hari Selasa (1/6) selepas bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, Mesh’al berkata: “Pencerobohan Zionis terhadap flotila tersebut menjadi garis pemisah dan penentu. Adalah tidak boleh diterima lagi selepas ini sekatan dan kepungan terus dikenakan terhadap Gaza. Regim Zionis juga telah melanggar keinginan dunia, undang-undang kemanusiaan dan ajaran mana-mana agama langit.”

Beliau juga menyeru para pemimpin Arab agar mengikut pendirian ‘kafir Quraish’ yang mengambil keputusan untuk memecahkan sekatan dan kepungan yang dikenakan terhadap Rasulullah saw di perkampungan Abi Talib. Beliau juga menuntut agar diadakan mesyuarat tergempar dengan mengeluarkan resolusi mengangkat sekatan yang dikenakan terhadap Gaza. Beliau juga menyeru Presiden Mesir, Muhammad Hosni Mubarak agar membuat resolusi yang berani yang menjadi penyudah dan penutup kepada kehidupannya dengan membuka pintu sempadan Rafah secara berterusan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Eropah gesa siasatan atas tindakan ketenteraan rejim Zionis

Khamis, 03/06/2010 – Kesatuan Eropah (EU) menggesa siasatan dilakukan di atas kematian orang awam di dalam kapal-kapal bantuan ke Gaza yang ditawan tentera laut rejim Zionis semalam (Isnin). EU juga menggesa rejim Zionis membenarkan kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza belayar dengan bebas.

“Perwakilan Tertinggi, Catherine Ashton melahirkan rasa kecewa yang teramat dengan berita kematian dan keganasan yang berlaku (ke atas peserta Pelayaran ke Gaza) serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera,” kata jurucakap Ashton, Ketua Polisi Luar EU.

“Bagi pihak EU, beliau menggesa siasatan penuh dijalankan kejadian itu. Beliau menggesa pembukaan laluan bantuan kemanusiaan, barang-barang keperluan dan individu masuk dan keluar Gaza, dengan kadar segera, berterusan dan tanpa bersyarat.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Foto/Video/Muzik

Israel is a lunatic state !

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Demo serah memorandum – Pesanan Penasihat Aqsa Syarif

Categories
Foto/Video/Muzik

Terkini dari Gaza TV oleh John Herson – Aktivis akan dibebaskan.

Categories
Foto/Video/Muzik

Yvonne Ridley Melaporkan untuk Gaza TV News.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Aktivis dibawa turun dari kapal Mavi Marmara oleh rejim Zionis.

Categories
Berita Semasa

Agensi Berita gesa Israel hapus sekatan media mengenai serangan Konvoi Gaza

Rabu, 02/06/2010 – Tentera Laut Israel telah menyekat semua talian komunikasi di atas kapal Konvoi Kebebasan, menyekat isyarat telefon dan sambungan internet yang terdapat di atas kapal tersebut. Sebagai mana gambaran foto yang kini disiar berulang kali di seluruh dunia, agensi berita dari Qatar sehingga ke Malaysia menyeru Israel untuk membenarkan mereka untuk melaporkan serangan keadaan terkini di atas kapal tersebut yang telah meragut 15 orang aktivis kemanusian.

Agensi Berita Malaysia, Astro Awani meminta kerajaan Israel untuk memberikan maklumat tentang dua orang wartawan mereka di atas kapal Mavi Marmara, yang diserang oleh komando Israel pada pagi Isnin, manakal stesen TV Al-Jazeera juga meminta perlindungan bagi tiga wartawan mereka. Kedua-dua agensi berita ini mengatakan mereka terputus hubungan dengan wartawan mereka sejurus serangan ganas Israel itu. Kerajaan Israel cuba untuk mengawal dan mereka cerita berhubung serangan itu, tetapi gagal kepada kepantasan jaringan internet yang banyak menyiarkan gambar serangan ganas mereka ke atas konvoi keamanan tersebut.

Tentera Israel mendakwa, kapal-kapal tersebut telah membawa barang-barang “risiko keselamatan” – termasuk krayon, pensil, peralatan perubatan dan bahan bangunan yang dikhuatiri digunakan untuk membuat bahan letupan. Media Israel sebelum ini melancarkan kempen propaganda besar-besaran bagi menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa sekatan di Gaza tidaklah seteruk mana, namun usaha jahat mereka itu turut gagal.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Protes di Gaza membantah serangan Israel ke atas ”Freedom Flotilla”

Rabu, 02/06/2010 – Ribuan Warga palestin membantah di beberapa tempat di Semenanjung Gaza Isnin pagi, membantah serangan rejim Zionis ke atas “Freedom Flotilla” yang mengorbankan 16 aktivis dan mencederakan 60 yang lain, setakat ini.

Para penunjuk perasaan Warga Palestin membawa sepanduk mengecam jenayah Israel yang dilakukan keatas aktivis pro-Palestin yang berada di kapal itu.

Penunjuk perasaan menggesa negara Arab dan Islam untuk menyatakan pendirian tegas terhadap keganasan Israel. Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Pelabuhan Bandar Gaza, di mana sepatutnya kapal Flotilla berlabuh pagi ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Arab mengutuk kejahatan Zionis terhadap kapal bantuan Gaza

Rabu, 02/06/2010 – Pemimpin Kumpulan Arab memanggil warga Arab untuk menentukan langkah seterusnya selepas “kejahatan” rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Gaza.

Ketua Kumpulan Arab, Amr Moussa mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh tentera Rejim Zionis pada Isnin lalu terhadap sebuah kapal yang membawa bantuan untuk Gaza sebagai “kejahatan” terhadap misi kemanusiaan.

“Kami mengutuk kejahatan ini, ia mancabul hak asasi kemanusiaan.Mereka datang untuk membantu. Mereka tidak ada langsung misi ketenteraan. Setiap orang harus mengutuk kekejaman ini,” kata Moussa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa