Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menyerbu dataran Aqsa dan mengancam pengawal

Jumaat, 13/05/2011 – Seorang polis Israel menyerbu dataran Masjid Aqsa sebelum tengah malam Ahad dan mengugut pengawal-pengawalnya jika mereka tidak membuka pintu ke Perpustakaan Khatneye.

Salah seorang pengawalnya memberitahu Pusat Maklumat Quds dalam satu perbualan telefon bahawa polis tersebut mendakwa mereka ingin menggeledah perpustakaan tetapi para pengawal melarang.

Beliau berkata, polis itu mengancam untuk menangkapnya jika tidak mematuhi arahan dan seterusnya menghubungi balai polis untuk menakut-nakutkannya. Polis – polis tersebut kemudiannya meminta untuk melihat pengenalan diri para pengawal. Para pengawal tetap menolak dengan mengatakan mereka sedang bertugas sebagai pekerja di Islamic Awkaf di bawah bidang kuasa Jordan dan tiada siapa berhak meminta pengenalan diri atau menggeledah perpustakaan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesh’al bertemu pemuda revolusi Mesir di Kaherah

Selasa, 10/05/2011 – Sempena beberapa siri mesyurat yang dijalankan di ibu kota Mesir, Kaherah, bersama dengan barisan rakyat dan para perwakilan Mesir untuk mencapai persepakatan dalan isu rekonsiliasi Palestin, Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mehs’al, sempat meluangkan masa dengan para pemuda revolusi Mesir pada petang Ahad (8 Mei) lalu.

Di dalam pertemuan tersebut yang dihadiri para pemuda revolusi Mesir dari pelbagai latar belakang, Mesh’al mengenangkan semula bahawa fail rekonsiliasi Palestin ini melibatkan jasa Mesir, dan usaha yang diggembeleng di Kaherah untuk merealisasikannya, yang pasti tiada tanpa berlakunya revolusi Mesir tempoh hari. Katanya lagi, “kami berterima kasih kepada para pemuda revolusi Mesir yang melancarkan satu era baru, dan kebangkitan Arab kesemuanya turut memetik hasilnya bersama.”

Mesha’l turut menyentuh berkenaan revolusi ini seperti katanya, “terdapat 3 perkara yang perlu ditekankan oleh para pemuda revolusi untuk masa yang mendatang. Pertama, semangat kebangkitan dan perubahan perlu terus berkobar. Kedua, kerajaan peralihan mesti digerakkan dengan berhikmah kerana ia adalah satu proses yang kritikal, dan kami mahu supaya para pemuda mengambil berat dengan perkara ini serta terus memberikan cadangan positif kepada barisan ahli politik dan menteri. Seterusnya, menyampaikan mesej bahawa para pemuda cakna dan sedang membina pemikiran untuk membangun dan bekerja, serta tidak melupakan definisi kesatuan dalam negara dan toleransi di Mesir.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Baitawi: Israel Paling Rugi Dengan Berlakunya Persepakatan

Selasa, 10/05/2011 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari Nablus, Syaikh Hamed Baitawi, menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel sedang bekerja untuk menggagalkan persepakatan Palestin kerana penjajah adalah pihak yang paling rugi apabila pesepakatan perpaduan berjaya.

Ketua Persatuan Ulama Palestin ini mengatakan, “Tidak diragukan lagi, Zionis Israel adalah pihak yang paling rugi dengan berlakunya persepakatan. Oleh kerana itu Israel berusaha untuk menghancurkannya dengan pelbagai cara.” Beliau menjelaskan bahawa penjajah Zionis sedang berusaha menghancurkan persepakatan dengan menjadi batu api, melalui propaganda penghentian pencairan dana pajak dan cukai, memtuskan bekalan air dan elektrik serta pelbagai bentuk propaganda yang lain.

Beliau menyatakan bahawa Israel meningkatkan operasi penangkapan di Tebing Barat serta berusaha mengosongkan dewan dari kelompok Islam dan pengaruh mereka. Beliau menegaskan bahawa semua rancangan Israel akan menemui kegagalan menghadapi kehendak rakyat Palestin yang kuat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

29 senator demokrat beritahu Obama agar hentikan bantuan kepada pihak berkuasa Palestin

Selasa, 10/05/2011 – 29 senator Demokrat Amerika Syarikat (AS) memberitahu presiden Barack Obama agar menghentikan bantuan kepada pihak berkuasa Palestin seandainya Hamas menyertai kerajaan tersebut hasil daripada perjanjian damai Fatah-Hamas.

Para senator Parti Demokrat menghantar mesej tersebut kepada Obama pada Jumaat, laporan akhbar Israel menyatakan pada Ahad. Yediot Ahronot menyebut, “Surat yang dimulakan oleh Senator Robert Menendez dari New Jersey dan Bob Casey dari Pennsylvania itu ditandatangani oleh senator-senator kanan termasuk Carl Levin, pengerusi Jawatankuasa Senat dalam Perkhidmatan Bersenjata dan Daniel Inouye yang mengetuai Jawatankuasa Penyesuaian Senat.”

“Dalam surat mereka kepada presiden Obama, senator-senator Demokrat itu menulis bahawa keputusan pihak berkuasa Palestin, presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Hamas – sebuah kumpulan pengganas – akan menggugat usaha keamanan di Timur Tengah.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir mulakan perbincangan pertukaran tawanan antara Hamas dan Israel

Selasa, 10/05/2011 – Sumber maklumat Palestin mendedahkan bahawa Kementerian Luar Negeri Mesir bekerja ketika ini dalam menghidupkan kembali perbincangan pertukaran tawanan antara Israel dan Pergerakan Hamas .

Menurut Al-Jazeera Net, sumber mengatakan kementerian Mesir membuka fail ini di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat selepas menerima kepastian dari Hamas tentang kesediaannya untuk meneruskan perbincangan dalam perkara ini. Sumber tersebut menambah pegawai perisikan Mesir menawarkan formula perjanjian pertukaran tawanan yang boleh diterima oleh Hamas dan akan menghantarnya ke Tel Aviv melalui perantara Israel dalam beberapa hari akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan: Rejim Zionis dalang 42 keganasan tanah di Baitulmaqdis pada bulan April

Selasa, 10/05/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Tanah di Baitulmaqdis pada Rabu lepas melaporkan bahawa pihak keselamatan rejim Zionis telah melakukan 42 jenayah harta-benda terhadap penduduk Baitulmaqdis pada bulan April 2011.

Laporan bulanan itu melaporkan bahawa pihak keselamatan rejim Zionis memaksa penduduk tempatan memusnahkan rumah-rumah mereka sendiri dan mengugut untuk menyita beberapa buah rumah lagi bagi membina penempatan-penempatan haram Yahudi di kota suci itu. Laporan itu merekodkan 37 jenayah hak asasi dilakukan, termasuklah seorang lelaki dipaksa memusnahkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Wadi al-Jawz di Silwan. Manakala sebanyak 32 keluarga lain yang terdiri daripada 280 orang anggota keluarga telah diugut akan dihalau keluar dari rumah mereka sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi besar-besaran Hamas di Nablus sempena rekonsiliasi dan tuntutan untuk bebaskan tawanan.

Isnin, 09/05/2011 – Buat pertama kalinya sejak 4 tahun, di tengah-tengah panggilan yang menyeru kesatuan dan pembebasan tahanan politik, Hamas mengadakan perarakan besar-besaran di Bandar Nablus, Khamis (5 Mei), bermula selepas solat Maghrib di hadapan Masjid An-Nasr dekat tengah Bandar Lama dan berakhir di Duwar Shuhada’.

Menteri Hamid Al-Baitawi memberi ucapan ringkas di tengah laungan takbir, dan memberi sambutan kepada semua rakyat Palestin sempena persetujuan rekonsiliasi dan atas rasa bersyukur dengan kegembiraan yang besar tersebut, meskipun dekelilingi pelbagai tekanan dan kesempitan. Dr. Mohd Ghazal, salah seorang pimpinan Hamas pula menyampaikan kata-kata dari gerakan itu, terutamanya memberi penekanan kepada rekonsiliasi, sambil mengingatkan supaya tiada siapa yang akan tunduk di bawah tekanan Zionis ataupun tekanan luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IPS menghalang tahanan terpencil minum air selama dua hari

Isnin, 09/05/2011 – Perkhidmatan penjara Israel (IPA) telah menghalang tahanan Palestin Nasser Al-Shoki dari meminum air selama dua hari selepas mengasingkannya, menurut persatuan tahanan Palestin pada hari Khamis.

Mereka menambah dalam satu kenyataan bahawa kehidupan Shoki sedang dalam bahaya. Turut mencatatkan bahawa dia ditahan di penahanan pentadbiran sejak September 2008. Persatuan meminta pengarah penjara Jalbo, di mana Shoki sedang ditahan, untuk mempertahankan hak-haknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Laporan: Israel bunuh 22 rakyat Palestin bulan lepas.

Isnin, 09/05/2011 – Kesatuan hak asasi antarabangsa Tadamun berkata dalam satu laporan bulanannya bahawa Israel membunuh 22 warga Palestin, kesemuanya dari Semenanjung Gaza ketika serangan bersenjata dan udara yang agresif pada April lepas.

Menurut laporan itu, tentera rejim Israel menculik lebih 250 rakyat Palestin termasuk 30 kanak-kanak di kawasan-kawasan berasingan di Baitulmuqaddis serta Tebing Barat.

Mereka turut menculik dalam serangan di Perkampungan Nablus terutamanya di Kampung Awarta di mana lebih 120 wanita Palestin diculik dan dibebaskan selepas disoalsiasat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai Zionis: Jadikan Al-Quds Sebagai Ibu Kota Palestin Tidak Realistik

Isnin, 09/05/2011 – Seorang pegawai tinggi Zionis, Neir Barakat mengatakan, memilih Al-Quds sebagai ibu kota Palestin adalah sesuatu yang tidak realistik dan tidak mungkin dilakukan.

Televisyen saluran 7 Israel menyebutkan, ketua daerah Al-Quds, Near Barakat menganggap tuntutan pihak autoriti Palestin agar Israel menyingkirkan sebahagian wilayah Al-Quds untuk dijadikan ibu kota Palestin tidak realistik. Idea semacam ini tidak boleh diterapkan kerana banyak kumpulan etnik yang mendiami kota tersebut, katanya.

Pernyataan ini dikeluarkan Barakat Khamis (5/5) dalam pertemuanya dengan para wartawan di pejabatnya di Al-Quds. Beliau mengatakan, pembicaraan mengenai penghentian pembangunan di Tebing Barat masuk dalam proses perundingan sejak 1967 lalu. Ia mencakupi semua wilayah yang terletak di beberapa daerah yang masih belum jelas, sama ada berada dalam kawasan kota Al-Quds atau tidak.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Puak Palestin menandatangani perjanjian bersatu di Kaherah

Jumaat, 06/05/2011 – Puak Palestin yang dipimpin oleh Hamas dan Fatah telah menandatangani perjanjian menamatkan perpecahan kebangsaan. Sumber di Kaherah berkata kepada Pusat Maklumat Palestin pada hari Selasa.

Diantara mereka yang berkumpul untuk menandatangani adalah ketua biro politik Hamas Khalid Mishaal serta Azzam al-Ahmed dan Samir al-Rafaa’i dari Fatah, Ramadhan Shalah dari Islam Jihad, Ahmed Jibril dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (Perintah Umum), Mahir al-Tahir dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Mohammed Ibrahim dari badan perisikan Mesir.

Seorang pegawai tinggi Mesir berkata bahawa Mesir dijemput untuk menghadiri upacara menandatangani pada hari Rabu di kementerian luar negeri Arab. Turut dijemput ialah mereka yang datang dari China, Russia, Turki, dan negara-negara Eropah, Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa dan Setiausaha PBB Ban Ki-moon, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu, dan Naib Presiden Pertama Suruhanjaya Eropah Cathy Ashton.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mofaz desak Israel tingkatkan buruan terhadap pemimpin Hamas

Jumaat, 06/05/2011 – Shaul Mofaz, bekas menteri pertahanan Israel, telah meminta kerajaan Netanyahu meningkatkan pemburuan terhadap para pemimpin pejuang Palestin selepas Amerika Syarikat berjaya membunuh pemimpim utama Al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan.

“Jika usaha pengganas berterusan di Semenanjung Gaza, pemimpin Hamas harus tahu mereka menjadi sasaran pembunuhan,” ancam Mofaz, juga ahli Knesset Israel,. “Keabsahan ini tak diragukan lagi.”

Dalam acara berasingan, seorang ahli Knesset dari parti Kadima telah menyatakan Amerika Syarikat telah mengguna pakai strategi Israel untuk membunuh Osama bin Laden, dengan mensasarkan pemimpin organisasi pengganas yang dituduh sebagai “strategi yang telah terbukti berkesan sepanjang tahun”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik MP Romain dari rumahnya

Jumaat, 06/05/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menculik seorang penggubal undang-undang Hamas yang juga merupakan seorang ahli Parlimen, Ali Romanin pada waktu Subuh, Selasa lepas di Bandar Jericho.

Isterinya memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa berdozen anggota IOF telah menyerbu masuk ke dalam rumah mereka di Kampung Awja, utara Jericho pada kira-kira pukul 1 pagi dan menggeledah rumah mereka dengan ganasnya.

Katanya lagi, apabila IOF menjumpai Romanin, mereka mengepung dan membawanya ke satu tempat yang tidak diketahui. Romanin telah dibebaskan 5 bulan lepas dari penjara rejim Zionis selepas dipenjarakan selama 4 ½ tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pimpinan Hamas bertemu Al-Arabi dan Mousa di Kaherah

Jumaat, 06/05/2011 – Delegasi pimpinan tertinggi Hamas diketuai oleh Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al, mengadakan pertemuan pada hari Selasa (3 Mei) bersama dengan Menteri Luar Mesir, Dr. Nabil Al-Arabi, untuk membincangkan perkembangan terbaru situasi Palestin masa kini.

Wartawan Pusat Infrmasi Palestin memberitahu bahawa “Khaled Mesh’al bersama dengan delegasi pimpinan telah bermesyuarat pada petang ini bersama Menteri Luar Mesir serta beberapa para diplomat. Delegasi selepas itu turut berkesempatan bertemu Setiausaha Am Liga Arab, Amru Mousa.

Delegasi Hamas ini tiba di ibu kota Mesir pada hari Ahad lalu untuk menyertai beberapa siri pertemuan bersama dengan para pimpinan Mesir, di samping untuk menandatangani persetujuan rekosiliasi dalaman negara Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Haneyya Menyeru Tamatkan Penahanan Politik, Kempen Media

Khamis , 05/05/2011 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyeru penutupan kes penahanan politik, memberhenti semua kempen media dan memperkenal budaya harmoni dalam kalangan penduduk Palestin.

Haneyya dalam pertemuannya dengan ketua editor akhbar dan pengarah TV satelit pada Isnin berkata bahawa kerajaannya bersedia untuk berkerjasama kepada perjanjian penyatuan dan segala syarat-syaratnya.

Dia menambah bahawa kerajaan akan datang hanya akan menyediakan pilihanraya presiden dan parlimen, dan bekerja untuk membina semula kawasan GAza yang telah dibom dan membuka semula Gaza yang disekat.

Perdana menteri itu menegaskan bahawa persetujuan penyatuan itu bukan jalan akhir, tapi satu pentas baru yang menunjukkan usaha dan kepercayaan untuk mendapatkan aspirasi aspirasi penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz