Categories
Berita Semasa

Wanita cedera dalam serangan pendatang ke atas kampung Einabus

Selasa , 18-12-2012 – Sekumpulan pendatang Yahudi dari yang fanatik dari penempatan Yitzhar diiringi oleh tentera rejim Israel menyerang sekumpulan orang awam Palestin di kampung Einabus, selatan Nablus.

Para saksi melaporkan bahawa seorang wanita Palestin cedera ketika serangan pendatang ke atas salah sebuah rumah di kampung itu. Serangan itu berlanjutan selama beberapa jam pada subuh Ahad. Ghasan Daglas, seorang pakar hal-ehwal penempatan di utara Tebing Barat menjelaskan bahawa puluhan pendatang Yahudi memecah masuk kediaman Hamdan Hussein di Einabus dan memecahkan perabot serta peralatan kaca.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk serangan bom udara ke atas kem pelarian Yarmouk

Selasa , 18-12-2012 – Gerakan Hamas mengutuk sekerasnya serangan berterusan ke atas kem pelarian Palestin di Syria menggunakan meriam dan pesawat pejuang.

Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa berpuluh-puluh mangsa seranagn dilaporkan hari ini di kem pelarian Yarmouk selepas jet pejuang Mig mengebom tempat tersebut. Hamas berkata bahawa ia mengutuk pencerobohan ke atas rakyat Syria dan pelarian Palestin di Syria, serta mengutuk pengeboman udara ke atas kem pelarian Yarmouk yang menyebabkan ramai pelarian terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan mencari tempat lain yang lebih selamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rizqa tolak cadangan Ashton berkenaan dengan sempada Rafah

Selasa , 18-12-2012 – Dr Youssef Rizqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Gaza mengesahkan rakyat Palestin menjangkakan Eropah akan mengangkat pengepungan ke atas Gaza dan tidak akan mendudukinya semula melalui sempadan Rafah.

Wakil tertinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negara, Catherine Ashton berkata EU sedang mempertimbangkan untuk meneruskan pengawasan pemerhati Eropah bagi mengekalkan keselamatan di sempadan Rafah, yang telah diberhentikan sejak 2005.

Rizqa memberitahu ‘Quds Press’ : “tiada justifikasi bagi cadangan Ashton. Eropah diperlukan bagi membantu kami untuk menghentikan keganasan di wilayah Gaza, bukan untuk mengepung sempadan Rafah”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

130 bangunan kerajaan musnah dalam pencerobohan Rejim Zionis

Isnin , 17-12-2012 – Lebih daripada 130 bangunan dan kemudahan kerajaan dimusnahkan dalam pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang berakhir selepas 8 hari dalam bulan November.

Yasser Al-Shanti, menteri muda wakil kerja berkata dalam sidang akhbar Selasa lepas, kementeriannya telah mengumpul maklumat daripada pelbagai kementerian sebelum mendedahkan angka tersebut.

Beliau menerangkan bahawa tiga masjid telah musnah sepenuhnya manakala 46 buah masjid yang lain rosak sebahagian daripadanya, juga diberitahu lima tanah perkiburan turut musnah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Issawi kritikal ketika dibawa ke hospital

Isnin , 17-12-2012 – Pengurusan hospital di penjara Ramle Israel telah membawa tahanan yang sedang mogok lapar bernama Samer Al-Issawi ke Pusat Perubatan Assaf Harofeh Selasa lalu selepas kesihatannya semakin teruk.

Kakak Samer, Shireen berkata abangnya telah dibawa dalam keadaan kesihatan yang sangat buruk serta mengalami beberapa gejala yang serius sejak kebelakangan ini. Samer, yang telah 135 hari mogok lapar telah mengalami penurunan kadar denyutan jantung yang mendadak, penyusutan tulang, kesukaran bernafas dan gangguan sistem saraf, kata Shireen.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas sebuah kediaman warga Palestin di Hawara

Isnin , 17-12-2012 – Tentera rejim merampas sejak 2 hari lalu sebuah kediaman warga Palestin di Bandar Hawara di selatan kota Nablus di utara Tebing Barat dan menjadikannya pusat ketenteraan sebelum keluar malam semalam.

Fahd Fakhouri, anak kepada pemilik rumah itu menyatakan bahawa rejim menyerbu kediaman mereka di Bandar Hawara dekat stesen janakuasa pada malam Ahad serta menjadikan tingkat 3 sebagai pusat ketenteraan untuk memantau kawasan sekitarnya, kata Fahd.

Warga Palestin itu menambah bahawa tentera Israel yang meninggalkan rumah mereka semalam telah memaksa ahli keluarga memadamkan lampu pada waktu malam dan membiarkan pintu utama terbuka selama 2 hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tender Baru Bagi Pembinaan Rumah di Utara Baitulmuqaddis

Isnin , 17-12-2012 – Pihak berkuasa Israel telah memberikan tawaran untuk meluaskan kawasan penempatan di Ma’ale Adumim pada tanah berkeluasan dua puluh dunum yang dirampas bagi pembinaan unit rumah yang baru di utara Baitulmuqaddis.

Ahmad Sob-Laban, penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal penempatan Israel mengeluarkan kenyataan akhbar mendedahkan bahawa tender ini bertepatan dengan kelulusan pembinaan 3426 unit rumah di kawasan E1, dimana Jawatankuasa Perancangan Kawasan dan Pembinaan Israel di Tebing Barat telah meluluskan dua projek beberapa hari lalu. Kelulusan pertama meliputi pembinaan 2176 unit rumah dikawasan tanah berkeluasan 1250 dunum, dan yang selebihnya termasuklah pembinaan 1250 unit rumah dikawasan yang berkeluasan 935 dunum.

Beliau menambah, kedua-dua projek tersebut adalah sebahagian daripada enam projek yang telah dirancang untuk pembinaan 3682 unit rumah baru dikawasan E1, termasuklah pembinaan kawasan industri dan projek infrastruktur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Ahrar Kecam Tindakan Penduduk Zionis Aniaya Keluarga Tawanan Nufhah

Isnin , 17-12-2012 – Pusat kajian tawanan dan Hak Asasi Manusia mengecam tindakan kumpulan penduduk Zionis yang menganiaya keluarga tahanan Palestin yang baru pulang menziarahi keluarga mereka di penjara Nufhah.

Pada waktu yang sama, terjadi penganiayaan di dalam penjara Nufhah oleh tentera dan pengawal penjara. Mereka memutuskan beklan elektrik di sejumlah ruangan sel tawanan. Selain itu mereka dilarang keluar dari sel dan tidak perlu mengikuti semua kegiatan penjara.

Pengarah pusat kajian Al-Ahrar, Fuad Khafasy mengatakan, apa yang dilakukan tentara dan penduduk Zionis yang berterusan menganiaya penduduk Palestin bertujuan menekan mereka dan keluarganya agar menghentikan tindakan bersepadu tawanan terhadap Suarwanah dan Isawi yang sedang kritikal dalam tindakan mogoksejak lima bulan lalu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Ashqar: Program TV mengenai pembunuhan Yassin mencerminkan kebankrapan Israel

Isnin , 17-12-2012 – Ahli Parlimen Gerakan Hamas, Ismail al-Ashqar, berkata bahawa siaran program TV mengenai pembunuhan pengasas Hamas Sheikh Ahmed Yassin, lebih daripada lapan tahun lalu, membuktikan kebankrapan Israel.

“Ini hanya membuktikan tahap tidak berperikemanusiaan mereka, dimana pemimpin politik dan ketenteraan Israel berhempas pulas untuk membunuh seorang lelaki tua berkerusi roda,” kata Ashqar, mengulas mengenai program televisyen Israel tentang pembunuhan Syeikh Yassin.

Mengenai objektif Israel di sebalik siaran sebuah program memperincikan perancangan untuk pembunuhan Syeikh Yassin, Ashqar berkata, “Ini adalah sebuah negeri yang telah hidup atas pembohongan dan kepahlawanan pengillusian dan sedang cuba untuk menunjukkan bahawa ia adalah mampu membunuh pemimpin itu dan ikon Hamas. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Guru mogok lapar di kejarkan ke hospital

Rabu, 12-12-2012 – Seorang guru yang telah dipecat di Ramallah dikejarkan ke hospital pada Ahad selepas keadaan kesihatannya semakin teruk setelah enam hari melancarkan mogok lapar.

Sumber terdekat di Kementerian Pelajaran Ramallah berkata, Ayman Kawarik tidak makan dan minum semenjak enam hari yang lalu. Berpuluh-puluh guru telah melancarkan mogok lapar pada Selasa yang lepas selepas mereka tidak diambil bekerja oleh Kementerian Pelajaran walaupun telah memenuhi kriteria yang dinyatakan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Mishaal: rundingan pertukaran merupakan jalan untuk membebaskan para tahanan GAZA

Rabu, 12-12-2012 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertekad untuk membebaskan para tahanan Palestin dari penjara rejim Israel melalui penangkapan tentera Israel dan melaksanakan rundingan pertukaran tahanan.

Ia dinyatakan dalam ucapannya pada Ahad ketika mesyuarat bersama puluhan keluarga kepada tahanan, keluarga para syuhada, mereka yang cedera dan juga tokoh-tokoh kebangsaan di Gaza.

Mishaal menyeru semua pihak di Palestin agar mengambil tanggungjawab untuk mengakhiri perpecahan dan mencapai perdamaian berasaskan rasa hormat terhadap para pejuang Palestin, demikian katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnah Rumah di Baitulmuqaddis dan Kemudahan Lain di Nablus

Isnin , 10-12-2012 – Sebuah rumah di kejiranan Tur dekat Wilayah diduduki, Baitulmuqaddis telah dirobohkan oleh sebuah jentolak tentera Israel, pada pagi Selasa atas alasan ia dibina tanpa permit dan telah memukul jurugambar Jerusalemite ketika sedang membuat liputan tentang kejadian tersebut.

Sumber tempatan memberitahu pemberita di kota suci tersebut, bahawa jentolak milik Majlis Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis telah merobohkan banggunan dua tingkat yang berkeluasan 90 meter persegi, milik Mohammed Abu Hawa yang dikatakan dibina tanpa permit.

Sumber tersebut menyatakan pertempuran tercetus semasa proses merobohkan banggunan tersebut diantara penduduk tempatan dan tentera Israel yang mengiringi jentolak tersebut, namun tiada kecederaan dan tangkapan dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Hamas Lebih Kuat dari Sebelumnya

Isnin , 10-12-2012 – Bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel melalui perjanjian pertukaran tahanan, Abdullah Abu Shalbak menyatakan bahawa gerakan Hamas semakin kuat, lebih matang dan lebih mampu dari sebelumnya. Namun di waktu yang sama Hamas perlu menanggung beban lebih besar dan semakin bertambah tanggungjawabnya.

Abu Shalbak mengatakan, “Gerakan Hamas membuktikan kepada dunia bahawa gerakan ini dari tahun ke tahun bertambah matang, sama ada dalam bidang politik atau ketenteraan malahan dalam bidang sosial. Sebagaimana kesedaran para anggota dan pemimpinnya bertambah besar selari dengan bertambahnya hari.”

Mengenai janji pembebasan para tahanan dari penjara Israel, beliau menegaskan bahawa gerakan Hamas telah berjanji untuk membebaskan para tawanan dari penjara Zionis Israel dan memenuhi janji itu melalui perjanjian pertukaran tawanan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Penjawat awam yang dipecat mengadakan bantahan di Ramallah

Isnin , 10-12-2012 – Puluhan penjawat awam yang dipecat daripada pekerjaan mereka kerana fahaman politik masing-masing telah menganjurkan bantahan pada hari Selasa di hadapan ibu pejabat Kementerian Penerangan di Ramallah, pusat Tebing Barat, bagi menuntut pekerjaan mereka semula.

Penunjuk perasaan telah menyerahkan surat bantahan terhadap pengecualian mereka dari sektor awam kepada kabinet yang termasuk juga di dalam tuntutan tersebut permintaan mereka untuk kembali semula kepada pekerjaan asal seperti pekerja-pekerja lain menegaskan mereka tidak akan menerima sebahagian daripada penyelesaian sahaja.

Mereka juga membawa sepanduk yang yang mengandungi tuntutan untuk membenarkan mereka kembali ke sektor awam dan menikmati semula hak asas yang telah ditetapkan dalam piagam antarabangsa dan undang-undang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin ingin mendapatkan status tahanan perang.

Isnin, 10-12-2012 – Para tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan kempen mendapatkan status sebagai tahanan perang setelah Palestin diperakui sebagai pemerhati bukan ahli di PBB. Para tahanan tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa menuntut layanan sebagai tahanan perang dan pejuang kebebasan yang diculik dan ditahan secara rawak oleh rejim. Mereka berkata mereka sedang mempersiapkan usaha untuk menuntut layanan sebagai tahanan perang dan menolak tindakan ketenteraan dan undang-undang penjara yang menidakkan perjuangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati