Categories
Berita Semasa

IOF menghantar warga Palestin yang diikat dengan bom ke dalam terowong

Rabu, 20-12-2023 – Seorang warga Palestin ditahan oleh tentera rejim zionis (IOF) di Semenanjung Gaza dilaporkan diikat dengan bahan letupan sebelum dikerah masuk ke dalam sebuah terowong yang kononnya digunakan oleh Hamas.

Hakim, 30 tahun, memberitahu Middle East Eye (MEE) yang tentera rejim menggunakan beliau sebagai perisai manusia ketika mereka memburu pejuang Hamas bawah tanah.Beliau yang hanya ingin dikenali dengan nama pertama, telah dibebaskan dua hari lalu dan menyatakan yang beliau merupakan salah seorang daripada puluhan lelaki yang dipaksa menanggalkan pakaian oleh tentera rejim di dalam gambar dan video tersebar.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

207 orang awam syahid dalam 17 pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza

Isnin, 18-12-2023 – Kementerian kesihatan di Gaza berkata pada hari Selasa bahawa tentera pendudukan Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza sejak beberapa jam yang lepas, termasuk di Rafah, yang mengakibatkan kematian syahid sekurang-kurangnya 207 orang awam dan kecederaan 450 yang lain.

Dalam satu sidang akhbar, jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra menegaskan bahawa terdapat sebilangan besar mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan rumah atau terbaring di atas jalan raya.

Jurucakap Qudra memberitahu wartawan bahawa angka kematian akibat serangan Israel, yang telah berlangsung selama 67 hari, meningkat kepada 18,412 syahid, manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 50,100.

Qudra berkata lagi bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) berterusan menghalang ambulans daripada memindahkan mangsa yang cedera dan menyebabkan berdarah sehingga mati.

Jurucakap itu mengesahkan bahawa IOF menyerbu Hospital Kamal Adwan hari ini selepas mengepung dan mengebomnya selama beberapa hari dan memaksa pesakit lelaki, kakitangan perubatan dan orang awam berkumpul di halaman kemudahan itu.

Beliau menambah bahawa IOF mengarahkan pegawai hospital untuk menyerahkan senjata api milik pengawal keselamatan hospital itu, dan memberi amaran bahawa tentera Israel akan menggunakan senjata ini untuk memalsukan tuntutan terhadap hospital seperti yang telah dilakukan dengan Hospital Al-Shifa.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi

Categories
Berita Semasa

Hari ke-67 pencerobohan…Penjajah meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

Isnin, 18-12-2023 –

Selasa 12 Disember 2023 7.39 pagi,

Pasukan pendudukan Zionis meneruskan pencerobohan kejam dan berdarah mereka pada hari ini Selasa, di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-67 berturut-turut, mereka melancarkan beratus-ratus serbuan, memperhebatkan bedilan artileri dan jalur halang api, dan melakukan pembunuhan kejam dengan memusnahkan rumah dari atas kediaman mereka, dalam rangka jenayah pembunuhan beramai-ramai genosid, di tengah-tengah situasi bencana kemanusiaan, dengan meneruskan pencerobohan
tanah dan menyerang mereka.

Sekurang-kurangnya 4 orang mati syahid dalam pengeboman pendudukan sebuah rumah milik keluarga Miqdad di Jalan Al-Qudra di kejiranan Al-Amal, barat Khan Yunis.

Kereta kebal Israel menyerbu Sekolah Al-Farabi bertentangan dengan klinik Bani Suheila berhampiran Bulatan Kerajaan Bani Suheila, dan tentera menyerang pelarian yang berada di dalamnya, memaksa lelaki dan pemuda untuk menanggalkan pakaian dan bertelanjang serta menahan sebahagian daripada mereka, membebaskan selebihnya selepas menyerang mereka dan mengarahkan mereka pergi ke barat Khan Yunis.

Seorang telah terbunuh syahid dan yang lain cedera akibat tembakan dron Israel ke atas orang awam yang melalui Khan Yunis.

Sekurang-kurangnya 9 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga Abu Riyash di kem pelarian Al-Shaboura di Rafah.

Pesawat perang Israel melancarkan dua serbuan di Jalan Masoud, timur Jabalia, di utara Semenanjung Gaza, dan terdapat kerosakan besar terhadap harta benda rakyat. Ramai yang terbunuh syahid dan yang lain cedera apabila pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah di kawasan Al-Sidra di kejiranan Al-Daraj di Bandar Gaza.

Tiga orang korban syahid tiba di Hospital Eropah Gaza di Khan Younis dari timur bandar berikutan serangan oleh pasukan penjajah Israel. Sejumlah orang awam cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Beberapa kecederaan tiba di hospital Kuwait di Rafah selepas serangan Israel berhampiran sempadan dengan Mesir di Rafah. Tentera pendudukan menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Gaza, selepas mengepung dan membedilnya selama beberapa hari.

Ashraf al-Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan, berkata bahawa pasukan pendudukan Israel sedang mengumpulkan orang lelaki, termasuk kakitangan perubatan, di halaman hospital, menyatakan kebimbangan bahawa mereka akan ditangkap dan kakitangan perubatan akan ditangkap atau dibubarkan.

Beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk bertindak segera bagi menyelamatkan dan melindungi nyawa mereka yang berada di hospital.

Beliau menegaskan bahawa pendudukan Israel yang menyerang Hospital Kamal Adwan meminta pentadbiran hospital dan kakitangan perubatan untuk menyerahkan senjata kepada pengawal keselamatan hospital itu, dan ini bermakna mereka mahu membenarkan penyerbuannya ke hospital dan membuat pembohongan baru dan kami bimbang ini akan digunakan sebagai alasan terhadap
kakitangan perubatan dan hospital.

Kemudian, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa pendudukan Israel menahan pengarah Hospital Kamal Adwan dan membawanya ke destinasi yang tidak diketahui di luar hospital.

Beberapa orang terbunuh akibat pendudukan Israel membedil sebuah rumah milik keluarga Abu Al-Rus di kem Al-Nuseirat. Dua orang terbunuh dan yang lain cedera apabila pendudukan menyasarkan sekumpulan rakyat di timur Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Dua orang terbunuh dan yang lain cedera akibat bedilan artileri Israel ke atas Khan Yunis. Sumber perubatan melaporkan ketibaan 20 orang syahid, termasuk kanak-kanak, akibat serangan pendudukan di beberapa rumah di Rafah pada waktu subuh hari ini, dan 12 orang, termasuk 6 kanak-kanak, akibat pengeboman pendudukan sebuah rumah milik keluarga perang di kejiranan Al-Zohour, utara Rafah..

Pagi ini, Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis melaporkan ketibaan 19 orang syahid, termasuk 4 wanita dan seorang kanak-kanak, selain 57 kecederaan, termasuk 10 kanak-kanak dan 10 wanita.

Seorang terbunuh syahid dan 6 orang awam cedera apabila pendudukan menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Wahba berhampiran Kolej Sains dan Teknologi, selatan Khan Yunis.

Pesawat perang Israel melakukan beberapa serbuan ke atas Khan Yunis, bersempena dengan bedilan artileri berat dan berterusan. Pesawat perang pendudukan mengebom pada waktu subuh hari ini sebuah rumah milik Al-Shaer di kawasan al-Batnu Al-Samin, selatan Khan Younis

Tentera rejim Zionis Israel melepaskan bom ringan ke udara Gaza sempena serangan ke atas pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza. Beberapa orang awam cedera akibat serangan Israel ke atas sebuah rumah milik keluarga Sobh di Rafah. Artileri Israel membedil kawasan berasingan di Jabalia al-Balad, utara Gaza..

Seorang kanak-kanak terbunuh akibat pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Ketua Pengarah Kesihatan di Gaza, Dr. Munir Al-Barsh, mengumumkan bahawa 3 kanak-kanak kehilangan nyawa akibat kekurangan oksigen di Hospital Kamal Adwan dan berkata: Kami mempunyai 12 orang kanak-kanak dalam unit rawatan rapi dan 6 bayi pramatang.

Jumlah pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 18,205 orang dan 49,645 kecederaan sejak 7 Oktober lalu, berdasarkan perkembangan terbaharu Kementerian Kesihatan pada petang Isnin.

Kementerian Kesihatan berkata bahawa pendudukan melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai pada waktu lalu, di kawasan perumahan dan tempat perlindungan, termasuk kawasan yang didakwa pendudukan sebagai selamat.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

GMO: 86 wartawan maut dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu

Isnin, 18-12-2023 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) berkata sekurang-kurangnya 86 orang wartawan Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu. Dalam satu kenyataan dari GMO, kematian terbaru yang melibatkan wartawan Palestin ialah Mohamed Abu Samra dan terbunuh dalam serangan Israel pada Ahad lalu.

“Pembunuhan Israel ke atas wartawan Palestin adalah cubaan untuk mengaburkan naratif penduduk Palestin dan menutup semua kebenaran” kenyataan dari GMO. GMO juga berkata bahawa 6 orang wartawan Palestin telah ditahan ketika serangan darat Israel di Gaza. Serangan itu merupakan pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

GMO menyeru seluruh persatuan wartawan dan media Arab, wilayah dan antarabangsa untuk bersama mengutuk kezaliman Israel terhadap wartawan Palestin serta menekan pihak berkuasa Israel untuk melepaskan semua tahanan wartawan yang di dera dan di seksa.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hakimah

Categories
Berita Semasa

WHO dan Persatuan Palang Merah Digesa Untuk Bertindak Selepas Rejim Zionis Melancarkan Serangan Ke Atas Hospital Kamal Adwan

Isnin, 18-12-2023 – Pada hari Selasa minggu lepas, Rejim Zionis menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza, selepas mengepung dan mengebomnya selama beberapa hari.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata bahawa tentera Israel mula mengumpulkan warga lelaki, termasuk kakitangan perubatan, di halaman hospital. Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan kemungkinan pihak rejim Zionis mwnculik dan membunuh beberapa daripada mereka.

Qudra merayu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kesatuan Palang Merah bertindak segera bagi menyelamatkan dan melindungi nyawa mereka yang berada di hospital.

Petang semalam, Pengarah Hospital Kamal Adwan berkata bahawa rejim berkenaan mengebom secara langsung wad bersalin di premis berkenaan yang membunuh dua wanita bersama dua anak mereka dan memotong kaki wanita ketiga.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Usaha Israel menghapuskan penentangan Hamas di Gaza adalah sia sia – Abdul-Hakim Hanini

Isnin, 18-12-2023 – Pegawai kanan Hamas, Abdul-Hakim Hanini, memaklumkan bahawa pertempuran sengit di Gaza dan Jenin serta keberanian dan kejituan semangat pejuang di sana sekali lagi membuktikan kepada semua orang di serata dunia bahawa usaha untuk membasmi penentangan adalah bayangan yang tidak akan tercapai.

Hanini menegaskan dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa bahawa penentangan Palestin setiap hari menunjukkan sesuatu yang baru berkaitan kemampuannya untuk menghadapi pencerobohan Israel dan pasukan penjajahnya, juga untuk mempertahankan tanah air mereka dan Masjid Al-Aqsa, serta bersedia untuk semua kemungkinan, walau apa pun harganya.

Beliau menekankan bahawa persiapan yang memakan masa bertahun-tahun di medan latihan tidak sia-sia, merujuk kepada kemampuan perjuangan aras tinggi dalam mengemudi serangan dan mengejutkan musuh di semua wilayah.

Hanini menggesa rakyat Palestin keseluruhannya untuk terus mara ke depan dan berwaspada dalam menghadapi serangan pasukan kependudukan Israel (IOF) dan para setinggannya, untuk tetap teguh dalam menghadapi segala konspirasi untuk meleburkan isu Palestin, dan untuk percaya terhadap kemampuan mereka dalam mengatasi cabaran dan krisis di atas jalan menuju satu kebebasan mutlak.

Pegawai kanan Hamas itu memuji rakyat di Jenin dan kem pelarian mereka atas keteguhan dan keutuhan yang tidak pernah goyah, dan penentangan, yang dipimpin oleh Briged Al-Qasam, iaitu sayap bersenjata Hamas, atas keberanian dan kegagahan mereka dalam menangkis pencerobohan Israel.

IOF telah meneruskan kempen ketenteraan berskala besar mereka di Jenin dan kem pelariannya, di mana mereka menahan sejumlah pemuda, sementara mengebom sebuah lokasi di kawasan Al-Sibat, di bandar lama Jenin, serta meledakkan sebuah rumah di kawasan Jourat al-Dahab berhampiran kem tersebut.

Pertembungan dan pertempuran sengit berlaku antara pasukan Israel dan pejuang penentang, yang mensasarkan kenderaan IOF dengan bom buatan sendiri dan menembak peluru ke arah para tentera ketika mereka mara ke dalam bandar.

IOF mengerahkan lebih banyak bantuan ketenteraan dari kem pelarian Salem ke kem di Jenin, sambil menyerbu beberapa daerah di kawasan tersebut dengan melakukan operasi sabotaj di jalan-jalan dan harta benda warga, merosakkan kedai-kedai perdagangan dan menghancurkan bahagian hadapan kedai-kedai mereka.

IOF mengelilingi hospital-hospital di dalam bandar dan menghalang pergerakan pasukan perubatan dan pertolongan cemas, dalam usaha yang semakin meningkat untuk menghalang kerja pasukan perubatan, di mana ini dianggap sebagai jenayah perang antarabangsa.

Bulldozer Israel meratakan beberapa jalan di sekitar kem Jenin, merosakkan infrastruktur, dan menghancurkan beberapa kenderaan.

Empat warga Palestin gugur syahid semasa serbuan IOF di Jenin pagi ini.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Categories
Berita Semasa

Dalam masa 24 jam… Al-Qassam memusnahkan 28 kenderaan pendudukan dan menyerang tentera Zionis dari jarak sifar

Rabu, 13-12-2023 – Briged Syuhada Izz al-Din al-Qassam berkata dalam laporan tentera petang ini bahawa ia memusnahkan 28 kenderaan pendudukan Zionis dalam tempoh 24 jam yang lalu. Mujahidin Qassam juga menghapuskan sejumlah askar Zionis dari jarak sifar, dan menjalankan operasi heroik dalam konteks menghadapi pencerobohan pendudukan, dengan serangan peluru berpandu secara berterusan pada hari ke-59 Pertempuran Banjir Al-Aqsa.

Laporan Al-Qassam menyatakan perkara berikut: “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, mujahidin Al-Qassam dapat memusnahkan sepenuhnya atau sebahagiannya 28 kenderaan tentera di semua medan pertempuran di Semenanjung Gaza. Mereka menyasarkan tentera Zionis yang menembusi penumpuan dan kedudukan kawasan dengan peluru anti-kubu dan alat anti-kakitangan, dan bertempur dengan mereka dari jarak sifar.” Mereka menyebabkan kematian tertentu di sana, dan mereka juga memusnahkan kepekatan tentera dengan peluru mortar berkaliber berat, dan mengarahkan serangan peluru berpandu yang kuat ke pelbagai sasaran dan dengan julat yang berbeza dalam entiti Zionis.

Dalam laporan awal hari ini, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mujahidinnya menyerbu pasukan Zionis yang ditempatkan di Izbat Beit Hanoun dari salah satu terowong Qassam dengan bom dan mesingan, membunuh dan mencederakan anggota pasukan itu. Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal Zionis yang menembusi barat Jabalia dengan peluru “Al-Yassin 105”.

Briged Al-Qassam mengebom menduduki Beersheba dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.

Briged Al-Qassam menyasarkan kenderaan kejuruteraan Zionis “Owl” menembusi timur Beit Lahia dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.

Briged Al-Qassam mengumumkan sasaran pasukan khas Zionis yang bersembunyi di dalam sebuah bangunan dengan peluru anggota di Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza. Sekali lagi, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mujahidinnya bertempur dengan pasukan khas Zionis dan membunuh serta mencederakan sebilangan daripada mereka di kawasan Al-Faluga di utara Semenanjung Gaza.

Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mujahidinnya menyasarkan pasukan khas Zionis dengan “bom petir” dan membunuh anggota pasukan yang masih tinggal dengan mesingan dari jarak sifar di kawasan Al-Faluga di utara Semenanjung Gaza. Briged Al-Qassam mengumumkan pertempuran sengit dengan pasukan pendudukan di kawasan Al-Faluga di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, menyasarkan 5 kenderaan menyusup dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.

Ia juga mengumumkan pertempuran dengan pasukan khas Zionis dan beberapa daripada mereka terbunuh di kawasan Al-Faluga di utara Semenanjung Gaza. Tayeb Al-Qassam menyasarkan sebuah kereta kebal Zionis dengan sejumlah askar di sekelilingnya di kawasan Al-Faluga dengan peluru “Al-Yassin 105”, membunuh dan mencederakan sejumlah askar.

Briged Al-Qassam memusnahkan kepekatan musuh di selatan Kota Gaza dengan peluru mortar berkaliber berat, dan mengebom penempatan Netivot dan Sderot dengan penyelamat roket.

Briged Al-Qassam mengebom Tel Aviv dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam. Briged Al-Qassam mengumumkan sasaran 3 kenderaan Zionis di paksi timur Gaza dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.

Ia juga mengumumkan pengeboman “Ashkelon” dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam. Ia mengumumkan pengeboman kepekatan musuh di tapak tentera “Isnad Sufa” dengan peluru berpandu salvo.

Briged Al-Qassam berkata dalam laporan tentera: Mujahidinnya telah menghapuskan sejumlah tentera musuh dari jarak sifar di kawasan Sheikh Radwan dan mereka kembali ke pangkalan mereka dengan selamat.

Dalam laporan lain, Briged Al-Qassam mengesahkan bahawa mujahidinnya, dari pagi tadi hingga saat ini (11:30 pagi), dapat menyasarkan 5 kereta kebal Zionis dan 5 pengangkut kakitangan di paksi timur Gaza dengan “Al-Yassin 105” peluru berpandu.

Ia juga mengumumkan pengeboman Kibbutz “Nirim” dengan sistem peluru berpandu “Rajum” jarak dekat 114 mm, dan pengeboman kepekatan musuh di timur penempatan “Majin” dengan peluru berpandu salvo.

Bagi pihaknya, Briged Al-Quds, sayap tentera Gerakan Jihad Islam, mengumumkan bahawa mujahidinnya melancarkan pertempuran sengit dengan tentera musuh di barisan hadapan di utara Semenanjung Gaza dan timur Gaza, dan menyasarkan sejumlah Zionis. kenderaan tentera dengan peluru Tandom dan RPG.
Di samping itu, tentera pendudukan mengakui – hari ini, Isnin – bahawa tiga askarnya terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza, dan yang keempat cedera parah, berikutan pengumumannya tentang apa yang disebutnya perluasan operasi daratnya di seluruh Strip, manakala sumber penentangan mengesahkan bahawa kerugian pendudukan adalah lebih besar daripada itu. Dan dia sengaja menyembunyikan kerugian ini sambil mendedahkan beberapa daripadanya secara beransur-ansur.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dan Pertembungan dalam Serbuan Rejim Zionis Terhadap Kem Pelarian Balata di Nablus

Rabu, 13-12-2023 – Konfrontasi dan pertembungan bersenjata terjadi pada pagi Rabu di Kem Pelarian Balatan berdekatan kawasan bandar Tebing Barat Nablus selepas diserang oleh Rejim Zionis (IOF).

Sumber tempatan menyatakan bahawa IOF telah menyusup masuk Kem Balata dan mengepung sebuh rumah lantas mencetus pertembungan bersenjata dan pihan pertahanan yang juga berjaya menyerang semula dengan bahan letupan. Tentera Pertahanan Israel kemudian dihantar juga ke kem terbabit.
Pergaduhan turut dilaporkan ketika peredaran keluar IOF daripada kem dan telah menyebabkan
tiga orang rakyat Palestin cederah parah ditembak oleh IOF. Mereka dihantar ke Hospital
Rafidiya.

Sumber perubatan turut melaporkan bahawa seorang lelaki berumur 25 tahun telah ditembak di
pinggang, seorang ditembak di kepala dan kecederaan tersebut amat parah. Rejim Zionis menghantar banyak lagi personel yang diiringi oleh dua jentera dan mereka bertindak meninggikan jalan dalam kem sebagai salah satu polisi infrastruktur memusnahkan kem pelarian terutamanya di Tebing Barat di kawasan Jenin, Tulkarem dan Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq

Categories
Berita Semasa

Puak penyokong Palestin mohon tindakan segera hentikan pencerobohan di Gaza

Rabu, 13-12-2023 – Wakil-wakil puak Palestin dan para pemimpin yang mengambil bahagian dalam muktamar solidariti untuk rakyat Palestin di Johannesburg, Afrika Selatan, menyeru masyarakat antarabangsa dan negara-negara bebas di dunia untuk mengambil tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan ganas askar Israel dan perang genosida terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Peserta dan hadirin dari Palestin di muktamar tersebut memuji ketabahan rakyat Palestin yang menentang rancangan Isreal untuk mengusir orang-orang Palestin di Gaza, dan memberi pujian demi pujian terhadap pejuang penentang di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta penyokong pro-Palestin di seluruh dunia.

Peserta muktamar menyeru usaha berterusan dilaksanakan untuk membuka lintasan sempadan Rafah secara kekal dan tanpa syarat untuk menerima bantuan kemanusiaan, bantuan kecemasan, dan bantuan perubatan ke Semenanjung Gaza yang terkepung dalam keadaan bencana kemanusiaan yang berlaku.

Hadirin juga mengucapkan terima kasih kepada Afrika Selatan dan menghargai peranannya yang bersejarah dalam menyokong rakyat Palestin, merujuk kepada kedudukan sokongan bekas pemimpin Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela yang mendukung dan merestui rakyat Palestin dan hak warganegara mereka untuk kebebasan dan keadilan.

Para perwakilan muktamar memuji Kempen Global untuk Kembali ke Palestin terhadap peranannya yang efektif dan inisiatif-inisiatif yang bertujuan untuk menyokong hak-hak sah rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Categories
Berita Semasa

Euro-med: 9 Daripada 10 Yang Terbunuh Di Gaza Ialah Orang Awam

Khamis, 07-12-2023 – Dakwaan tentera Israel bahawa setiap individu bersenjata atau ahli puak yang terbunuh telah mengakibatkan kehilangan dua nyawa orang awam adalah palsu, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada hari ke-60 kempen genosida berterusan Israel di Jalur Gaza.

Menurut statistik awal yang diberikan oleh Pemantau Euro-Med, berdasarkan dokumentasi lapangan, sekurang-kurangnya sembilan daripada 10 kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel adalah kematian orang awam.

Bilangan kematian orang Palestin telah meningkat kepada 21,022 sejak bermulanya perang di Jalur Gaza. Jumlah itu termasuk yang hilang di bawah runtuhan yang peluangnya untuk hidup hampir tiada, termasuk 8,312 kanak-kanak dan 4,270 wanita. 19,660 daripada mangsa yang terbunuh ialah orang awam.

Menurut kumpulan hak asasi manusia itu, angka ini dengan jelas menolak dakwaan Israel, kerana 60% daripada yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. Empat puluh peratus daripada yang terbunuh adalah lelaki, majoriti di antaranya (65%) ialah orang awam dan warga tua.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah

Categories
Berita Semasa

Seorang datuk yang bersedih meratapi jasad cucunya yang syahid di Gaza.

Khamis, 07-12-2023 – Pengguna media sosial bertindak balas terhadap air mata kesedihan yang ditumpahkan oleh seorang datuk warga Palestin yang bersedih, selepas cucunya syahid semasa pengeboman kejam Zionis yang menyasarkan semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Datuk yang patah hati itu muncul dalam satu klip video yang ditujukan kepada cucunya yang syahid semasa dia terbaring tidak bergerak dipapah tangannya, dibalut dengan kain kafan berlumuran darah, selepas pencerobohan biadab Zionis di Semenanjung Gaza, yang semakin rancak selepas pemberhentian gencatan senjata kemanusiaan.

Datuk berkata dengan suara yang tersekat-sekat, bunyi derau penindasan muncul dari surat-suratnya yang menyedihkan:

“Saya pernah mengatakan bahawa esok perang akan berakhir, Datuk, dan kamu akan pergi ke tadika dan mendapat gred tertinggi”

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin

Categories
Berita Semasa

Badran Menyelar Pentadbiran Amerika Atas Pembebasan Israel Dari Jenayahnya Di Gaza

Khamis, 07-12-2023 – Ahli Jawatankuasa Politik Hamas, Husam Badran, dengan tegas mengecam kenyataan Jabatan Negeri Amerika Syarikat yang membebaskan rejim Zionis daripada pertuduhan jenayah genosida terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Badran berkata bahawa pentadbiran Amerika Syarikat membebaskan negara penjajahan itu daripada tanggungjawabnya terhadap pembunuhan besar-besaran penduduk dan pengeboman hospital di Gaza.

“Ketegasan Amerika dalam memberikan perlindungan kepada penjajahan atas perilaku Nazi dan jenayahnya terhadap rakyat kami di Gaza serta genosida terhadap keluarga Palestin semakin membuktikan keterlibatan langsungnya dalam pertempuran yang mematikan rakyat kami,” tegas pegawai Hamas itu.

Beliau menambah bahawa keteguhan pentadbiran Amerika dalam memberikan perlindungan kepada negara penjajahan Israel atas jenayahnya “bukan sahaja menandakan permusuhan terhadap rakyat Palestin, tetapi juga terhadap rakyat Arab dan orang Islam serta masyarakat bebas di seluruh dunia.”

Beliau menyalahkan pentadbiran Amerika yang dipimpin oleh Joe Biden sepenuhnya atas peningkatan pembunuhan dan jenayah genosida Israel terhadap kanak-kanak, wanita, dan penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Dengan jerangkap samar, puting beliung, dan peluru berpandu anti-personel. Al-Qassam terus mengebumikan Rejim Zionis di pasir Gaza.

Khamis, 07-12-2023 – Semenanjung Gaza, pada hari ke-60 pertempuran taufan Al-Aqsa, dan meletupkan sejumlah besar kereta kebal di tengah-tengah pertempuran dan operasi penembak tepat dari jarak sifar, dan pelancaran bedilan roket baru.

Briged Syahid Izz al-Din al-Qassam mengatakan bahawa mujahidinnya telah bertempur sengit dengan pasukan pendudukan sejak pagi ini dalam semua tapak pencerobohan ke Semenanjung Gaza. Briged mengesahkan bahawa mereka dapat mengira jumlah atau sebahagian kemusnahan 24 kenderaan tentera di tapak pertempuran di bandar Khan Yunis.

Briged mengatakan bahawa mujahidinnya menyasarkan 18 askar dengan serangan langsung, dan penembak tepat Qassam membunuh dan mencederakan 8 askar, dan meletupkan sebuah rumah tempat pasukan khas bersembunyi.

Dia menegaskan bahawa mujahidinnya meletakkan satu lagi pasukan di lapangan terbang yang disediakan terlebih dahulu, memusnahkan gerombolan ketenteraan dengan sistem peluru berpandu jarak dekat, dan mengarahkan bedilan peluru berpandu yang sengit di pelbagai sasaran dengan jarak yang berbeza ke wilayah yang diduduki.

Dia berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya: Mujahidin kami dapat meletupkan sebuah ladang yang disediakan terlebih dahulu dengan 4 bom televisyen (anti-personel) dengan beberapa tentera pendudukan, menyebabkan mereka mati dan cedera di Khan Yunis timur.

Briged Qassam berkata pada petang Selasa bahawa mujahidinnya telah berjaya di timur Khan Younis meletupkan sebuah rumah tempat beberapa tentera Israel berlindung, dengan bom tong dan beberapa peluru TBG, yang membawa kepada keruntuhan bangunan sepenuhnya. Al-Qassam Mujahidin juga menyasarkan pasukan khas Zionis yang terdiri daripada 8 askar dengan peluru berpandu anti-anggota, yang mereka terkena secara langsung di timur Khan Yunis.

Menurut saluran rasmi al-Qassam di Telegram, mujahidin al-Qassam menyerang 6 askar Zionis dengan senapang al-Ghoul al-Qassami di kawasan al-Zanna di timur Khan Yunis, menyebabkan kecederaan pada mereka.

Briged Syahid Izz al-Din al-Qassam juga mengumumkan pada petang Selasa bahawa mujahidinnya berjaya menamatkan 10 tentera Zionis dan membunuh mereka dari jarak sifar di timur bandar Khan Yunis.

Briged Al-Qassam menyasarkan 3 jentolak tentera, sebuah kereta kebal dan dua kapal pengangkut anggota Zionis di utara bandar Khan Yunis dengan peluru “Al-Yassin 105”.
Tiga jentolak Israel, sebuah kereta kebal dan kapal pengangkut tentera juga disasarkan ke utara Khan Yunis dengan Al-Yassin 105 peluru.

Briged Qassam mengumumkan “Tel Aviv” dengan serangan roket sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai Zionis ke atas orang awam. Briged Qassam menyasarkan bilik arahan musuh di selatan Bandar Gaza dengan sistem roket Rajum jarak dekat 114mm.

Briged Qassam juga membedil tapak Kissufim dengan sistem roket Rajum jarak dekat 114mm. Briged Qassam mengumumkan sasaran jentolak tentera di timur bandar Khan Yunis dengan peluru “Al-Yassin 105”, dan sebelum itu ia mengesahkan sasaran 4 kenderaan Zionis dengan peluru “Al-Yassin 105” di timur bandar Khan Yunis.

Mereka juga mengumumkan dalam komunikasi tentera yang menyasarkan dua kenderaan Zionis dengan peluru “Yassin 105” di timur Khan Yunis Mereka mengesahkan bahawa mujahidinnya mampu memukul dua askar Zionis secara langsung dengan senapang Ghoul Qassamiya di timur Khan Yunis.

Briged Qassam mengumumkan dalam satu kenyataan tentera pada pagi Selasa bahawa mujahidinnya menyasarkan 5 kenderaan Zionis dengan peluru “Yassin 105” di timur bandar Khan Yunis. Dalam satu kenyataan awal pagi ini, Briged Qassam mengumumkan bahawa mujahidinnya menyasarkan 3 kenderaan Zionis dengan peluru “Al-Yassin 105” di timur bandar Khan Yunis.

Sebelum itu, Briged Qassam menyasarkan kereta kebal Zionis menembusi timur Khan Yunis dengan peluru berpandu ‘Al-Yassin 105’. Briged Qassam juga mengumumkan pengeboman Beersheba yang diduduki dengan bedilan roket sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.

Malam tadi, al-Qassam Mujahidin menyasarkan dua kapal pengangkut tentera dan sebuah kereta kebal Zionis dengan peluru “Al-Yassin 105” di utara bandar Khan Yunis. Sebaliknya, Briged Al-Quds, sayap tentera Jihad Islam, mengumumkan sasaran kenderaan tentera Israel dengan cangkerang RPG berhampiran kedai roti Al-Awda di Al-Taqaddum timur Khan Yunis.

Mereka juga mengumumkan bahawa mujahidinnya terlibat dalam pertempuran sengit dari jarak sifar dengan tentera musuh di sekitar masjid Abu Dalal, timur Khan Yunis.

Dalam konteks, tentera pendudukan Israel mengakui, pada pagi Selasa, pembunuhan 3 pegawai dan tenteranya dan kecederaan orang lain, dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza. Jurucakap tentera bagi tentera pendudukan berkata bahawa seorang pegawai dan dua askar terbunuh dalam pertempuran yang sedang berlangsung di Semenanjung Gaza. Seorang lagi pegawai dan tiga askar cedera parah di utara Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap tentera pendudukan melaporkan bahawa 4 pegawai dan tentera dari askar payung terjun cedera parah dalam pertempuran dengan penentangan Palestin di tengah Semenanjung Gaza pada waktu malam.

Pengumuman kematian baharu itu menjadikan jumlah tentera Israel yang diiktiraf secara rasmi terbunuh sejak bermulanya pencerobohan darat ke Semenanjung Gaza pada 27 Oktober lalu kepada 80 pegawai dan tentera dengan peluru dan peluru pejuang Palestin.

Menurut data dan statistik tentera Israel yang didedahkan, jumlah kematian tentera sejak 7 Oktober 2023, telah meningkat kepada lebih daripada 406 tentera dan pegawai Israel dan59 anggota polis Israel, selain 10 anggota Shin Bet.

Sumber mengesahkan bahawa pendudukan mempunyai kerugian yang lebih besar dan mengumumkan pendedahan secara beransur-ansur sebahagian daripada kerugiannya. Pada petang Isnin, jurucakap Briged Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan bahawa al-Qassam Mujahidin telah berjaya memusnahkan 28 kenderaan tentera secara keseluruhan atau sebahagian di semua kawasan pertempuran di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Beliau juga merujuk kepada sasaran tentera Zionis yang menembusi tempat-tempat tumpuan dan kedudukan dengan peluru berpandu anti-kubu dan alat anti-personel, melibatkan mereka dari jarak sifar, dan menyebabkan beberapa kematian. Mereka juga memusnahkan binaan tentera dengan mortar berkaliber tinggi dan mengarahkan serangan roket secara kerap di pelbagai sasaran dan jarak ke arah Zionis.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Jumlah kematian yang meningkat sehingga 16,248 di Gaza akibat peningkatan pembunuhan beramai-ramai Israel.

Khamis, 07-12-2023 – Jumlah kematian daripada pengeboman Israel di Tebing Gaza telah meningkat kepada 16,248 mangsa, yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, dilaporkan oleh Pejabat Media Kerajaan (GMO) pada petang Selasa.

Menurut GMO, 7,112 kanak-kanak dan 4885 wanita adalah antara mangsa yang dilaporkan.

77 pembunuhan beramai-ramai Israel telah dilakukan sejak beberapa jam lepas apabila Israel memutuskan untuk menyambung semula perang selepas seminggu gencatan senjata berlaku, dan membunuh 1248 orang.

GMO memperakui bahawa 7600 orang masih lagi hilang, samada berada dibawah timbunan bangunan atau mungkin nasib yang masih tidak diketahui.

286 pekerja kesihatan, 32 ahli pertahanan awam, dan 81 jurnalis telah dibunuh dalam serangan Israel

43,616 manga juga telah tercedera sejak permulaan keganasan Israel.

Pejabat Media telah menunjukkan bahawa 100 buah masjid telah dirobohkan sepenuhnya, manakala 192 masjid yang musnah sebahagiannya, selain 3 gereja.

121 bangunan kerajaan juga musnah

GMO juga menunjukkan bahawa 69 buah sekolah tidak dapat digunakan, manakala 275 buah sekolah yang lain telah rosak.

Menurut anggaran penduduk Palestin, lebih daripada 61% rumah dan unit penempatan telah hancur di Jalur Gaza, bermakna 52,000 unit rumah hancur sepenuhnya manakala 253,000 yang lain hancur sebahagiannya.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi

Categories
Berita Semasa

1 syahid, 15 cedera diserang rejim zionis di Baitulmaqdis

Khamis, 07-12-2023 – Seorang pemuda Palestin syahid dibunuh dan 15 orang yang lain cedera pada Isnin 4 Disember dalam pertempuran dengan rejim zionis di kem pelarian Qalandia dan bandar Kafr Aqab, utara Baitulmaqdis.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Ali Alqam, 32 tahun syahid akibat tembakan peluru di jantungnya.

4 orang dilaporkan kritikal akibat tembakan zionis dan telah dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan Hospital Palestin di Ramallah.

11 orang yang lain pula dibawa ke hospital berlainan, dengan 6 orang daripadanya cedera ditembak peluru hidup, 1 orang cedera akibat terkena serpihan ledakan di muka dan dada dan 1 orang lagi cedera mata akibat peluru getah.

Dalam pertempuran yang sama, puluhan yang lain juga disembur oleh rejim zionis kepada gas pemedih mata.

Rakaman video yang tersebar di internet menunjukkan askar Israel menggunakan kanak-kanak yang cedera sebagai perisai manusia.

Pasukan polis Israel dilaporkan sengaja mengganggu kawasan komersial di bandar Kafr Aqab, dengan merosakkan barangan di dalam kedai-kedai.

Mereka juga memusnahkan gerai jalanan yang menjual telur keluaran Palestin serta mengarahkan pemiliknya untuk tidak lagi menjual produk Palestin.

Pasukan polis Israel juga menyerbu ibu pejabat gabenor Baitulmaqdis di kem Qalandia dan beberapa premis perniagaan di jalan menuju ke lapangan terbang.

Dalam kejadian lain, polis Israel telah menculik 7 orang warga Baitulmaqdis dari kejiranan al-Thuri, selatan Kota Lama, dan menyerbu rumah Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Tinggi Islam di Baitulmaqdis, di kawasan kejiranan al-Suwannah.

Sehari sebelum penculikan dan penyerbuan itu, rejim zionis telah memaklumkan warga Palestin, termasuk Sheikh Sabri, tentang rancangan mereka untuk merobohkan bangunan 5 tingkat yang mereka diami di kawasan kejiranan al-Suwannah.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman