Categories
Berita Semasa

Rakyat Mesir di tahan berikutan kes di kedutaan Zionis

Sabtu , 05/11/2011 – Pihak kehakiman Mesir telah mendakwa seramai 73 orang rakyat Mesir di sebabkan insiden serangan di kedutaan besar Zionis. Mereka telah dihukum 6 bulan penjara. Kejadian berlaku apabila tentera Zionis di kedutaan itu menyerang rakyat Mesir yang berada di kawasan kedutaan itu. Rakyat Mesir telah mengadakan demonstrasi aman di kawasan itu. Hasil dari kejadian itu, pegawai kedutaan Zionis telah bertindak meninggalkan pejabat kedutaan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Notis pemusnahan diberi kepada lima keluarga di Silwan

Sabtu , 05/11/2011 – Rejim Israel (IOA) menyerahkan 5 notis pemusnahan kepada beberapa keluarga Palestin di Silwan pada Selasa, sumber tempatan menyebut.

Mereka berkata, notis tersebut diedarkan di empat kawasan di Silwan. Sumber akhbar Hebrew turut melaporkan bahawa IOA sedang meneruskan perancangan membina sebuah taman kerohanian di Silwan, dan proses ini melibatkan pemusnahan 22 kediaman di bandar itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menuntut Israel bertanggungjawab ke atas penangkapan MP Yusuf

Sabtu , 05/11/2011 – Pergerakan Hamas sangat-sangat mengutuk pendudukan Israel kerana menahan MP Hassan Yusuf dan 13 lagi rakyat Palestin pada hari Selasa.

Ia menyifatkan “skim Zionis” sebagai keganasan terhadap rakyat Palestin dan melemahkan keteguhan mereka sebagai satu usaha terdesak yang akhirnya akan gagal dalam mencapai matlamat mereka.

Dalam siaran akhbar pada hari Selasa, Hamas menuntut pihak berkuasa penjajah Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan dari kejadian itu, dan memberi amaran ia akan terus berada dalam “perkauman, dasar-dasar jenayah”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan rejim Zionis akan pertimbang hubungan dengan UNESCO

Sabtu , 05/11/2011 – Kerajaan rejim Zionis menunjukkan rasa marah terhadap keputusan yang dibuat oleh majority anggoa UNESCO pada Isnin lalu yang meluluskan permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh dalam pertubuhan kebudayaan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, Menteri Luar Negara haram Israel mengkritik keputusan berkenaan dengan mendakwa ianya akan menamatkan perbincangan ke arah perdamaian yang kini terhenti seketika. Pada hakikatnya, perbincangan terbabit tergendala disebabkan keangkuhan pihak rejim Zionis serta aktiviti terus-menerus pengYahudian dan pembinaan penempatan haram di atas tanah milik rakyat Palestin.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan menyebut; “Ini adalah tindakan berat-sebelah yang memihak kepada Palestin dan tidak akan merubah apa-apa tetapi hanya akan menyahkan kemungkinan ke arah perjanjian damai.” Ia turut mengandungi ancaman bahawa Negara haram Israel akan menghentikan kerjasama dengan UNESCO.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

“Maariv” lampu hijau untuk melancarkan serangan terhadap tanah Gaza.

Sabtu , 05/11/2011 – Akhbar Maariv Ibrani berkata pada malam Selasa ,memetik dari sumber ketenteraan.kerajaan memberikan mandat kepada ketenteraan untuk melancarkan operasi darat yang luas di semenanjung Gaza yang bertujuan untuk menyerang sasaran tertumpu kepada unsur- unsur pelancar roket dan infrastuktur”.

Akhbar itu menambah bahawa Majlis Zionis Menteri mempertimbangkan peningkaatan baru- baru ini di semenanjung Gaza sebagai “amat serius dan memerlukan rawatan radikal untuk menghentikan serangan peluru berpandu rintangan”.

Bagi pihaknya, berikrar kepada Timbalan Perdana Menteri Pertama pendudukan Zionis,”Silvon Shalom,” mensasarkan penentangan Palestin di Gaza,termasuk mensasarkan pemimpin mereka dan infrastruktur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rakyat Amerika-Israel Berketurunan Haredi Mengaku Melakukan Penyeludupan Organ Manusia

Sabtu , 05/11/2011 – Warganegara Amerika-Israel, Lewi Yizhak Rosenbaum, 60, seorang Yahudi Ortodoks (Haredi) yang tinggal di Brooklyn New York, mengaku bersalah atas kesalahan menyeludup organ manusia. Rosenbaum telah diberkas dua tahun lalu.

Istilah Haredi atau Charedi digunakan bagi menggambarkan kumpulan yang paling konservastif dalam agama Yahudi Ortodoks.

Dia membuat pengakuan semasa pembicaraannya pada hari Khamis di New Jersey dengan mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan yang dilemparkan kepadanya membabitkan penjualan haram buah pinggang kepada pelanggan-pelanggan di New Jersey, dan menerima sekurang-kurangnya $120,000 setiap kali jualan, dan juga mengaku bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam konspirasi jualan yang lain, tambah Ynet News.

Ynet menambah kenyataan bahawa Rosenbum mengaku melakukan jualan haram organ bersama-sama dengan penduduk Israel, yang menerima $10,000 setiap satu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Israel Terus Bangunkan Senjata Nuklear

Sabtu , 05/11/2011 – Satu laporan diterbitkan oleh akhbar British di London, The Guardian, pagi Isnin, mendedahkan Israel sedang mengembangkan senjata nuklear mereka, merancang untuk membangunkan peluru berpandu balistik antara benua, dan mahu meningkatkan keupayaan nuklear “serangan kedua”.

The Guardian juga melaporkan Israel mahu meningkatkan keberkesanan peluru berpandu automatik; yang direka untuk dilancarkan dari kapal selam mereka. Menurut akhbar harian Israel pula, Haaretz, Israel mempunyai tiga buah kapal selam, dan dua lagi sedang dibangunkan di Jerman. Ia juga melaporkan Israel dan Jerman sedang berbincang untuk penambahan kapal selam keenam.

Juga penting dinyatakan di sini yang Israel telah membangunkan peluru berpandu balistik antara benua darat-ke-darat “Jericho 3” yang dapat menyerang sasaran sejauh 5000 kilometer, dan merancang untuk menambah jarak sasaran.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Larang Peladang Dari Memasuki Ladang.

Sabtu , 05/11/2011 – Agensi Berita dan Maklumat Palestin melaporkan bahawa, pada hari Selasa, pihak berkuasa Israel telah melarang peladang-peladang rakyat Palestin dari memasuki ladang mereka yang terletak dibelakang Tembok Penggabungan di perkampungan Kufr Jamal, berdekatan dengan Tebing Barat Bandar Tulkarem.

Peladang-peladang tersebut memberitahu, askar-askar yang berpengkalan dipintu masuk penempatan haram “Salit”, telah menghalang mereka dan jentera mereka dari memasuki ladang kepunyaan mereka, serta memaksa mereka pulang ke rumah masing-masing.

Pintu masuk tersebut merupakan satu-satunya jalan masuk yang menghubungkan peladang-peladang itu dengan ladang mereka yang terletak dibelakang tembok berkenaan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Dweik menyeru mengadakan mesyuarat untuk mencapa satu strategi kebangsaan.

Sabtu , 05/11/2011 – Dr.Aziz Dweik,Presiden Majlis Perundangan Palestin,pemimpin-pemimpin kuasa negara dan islam dan saksi di tempat kejadian dan diwakili dalam Majlis perundangan dipanggil untuk mengadakan perbicaraan untuk mencapai satu strategi kebangsaan untuk rakyat di semua tempat kehadirannya.

Dweik ditemuramah dalam satu temu bual Isnin petang (31-10-2011) dengan Pusat Maklumat Palestin dalam keupayaan pegawai Pihak Berkuasa Palestin untuk membuat keputusan untuk menyelesaikan hasil daripada komitmen daripada masyarakat antarabangsa dan juga dengan pekerjaan dan dipanggil untuk mesyuarat semua tentera dan saksi dalam masyarakat untuk meletakkan titik pada huruf dan carta masa depan.

Berkata,”ia adalah melalui strategi ini,akan ada pandangan firma kuasa dan kegunaan dan sejauh mana orang,termasuk sejauh mana pekerjaan dan kemudian membandingkan keuntungan dan kerugian yang akan diletakkan berdasarkan strategi itu.Dan berasal dari semua pengajaran daripada semua peristiwa yang berlalu,dan yang paling baru adalah menangani pertukaran yang mulia itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Palestin membatalkan cadangan rundingan rahsia oleh pihak rejim Zionis.

Sabtu , 05/11/2011 – Semasa lawatan kali keempat ke Palestin pada minggu lepas, pihak Israel telah menghantar kertas cadangan untuk menghentikan kebuntuan proses perdamaian ketika ini dengan memulakan perundingan rahsia secara terus dengan warga Palestin, tetapi pihak berkuasa Palestin telah menolak cadangan itu.

Walaubagaimanapun, penolakan tersebut telah mendukacitakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mengatakan bahawa presiden Palestin, Mahmoud Abbas, tidak berminat untuk bedamai dengan pihak Israel.

Surat khabar Israel Maariv melaporkan pada hari Isnin bahawa cadangan Israel itu telah dikemukakan kepada keempat -empat penguasa bagi memulakan perundingan keamanan secara terus Palestin-Israel, perundingan diketuai oleh pihak Israel iaitu penasihat Netanyahu, Yitzhak Malcho sebagai pegawai yang dilantik, dan Ketua Perunding Palestin, Dr. Saeb Erekat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah

Categories
Berita Semasa

Lieberman memperbaharui panggilan menyerang Gaza untuk menggulingkan Hamas

Rabu, 02/11/2011 – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman telah memperbaharui panggilan untuk melancarkan operasi tentera besar-besaran terhadap Semenanjung Gaza untuk mengakhiri pemerintahan Hamas di sana.

Beliau memberitahu mesyuarat untuk Yisrael Beiteinu bahawa parti beliau masuk bergabung dengan parti Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di atas asas yang berakhir pemerintahan Hamas di Gaza. Beliau mendakwa bahawa Hamas mengawal peraturan permainan, membenarkan keadaan reda maka membolehkan tembakan roket apabila ia perlu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam Lanjutkan Gempur Gaza

Rabu, 02/11/2011 – PM Israel Benyamin Netanyahu, Isnin (31/10), menegaskan tidak ada penghentian serangan di sekitar Semenanjung Gaza. Hal tersebut beliau sampaikan dalam sidang fraksi Likud di Knesset. Beliau mengatakan, “Tidak ada perundingan dan pihak tentera akan terus menjalankan aktivitinya.”

Sementara itu Ketua Staff Angkatan Bersenjata Israel, Beny Gants, telah memberikan arahan agar melakukan serangan balas secara bertahap atas serangan roket dari Semenanjung Gaza. Dalam konteks berkait, ketua-ketua daerah Beer Sheba, Asdod dan Ashkelon telah memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah hingga hari ini, Selasa (1/11), ketika berlanjutan serangan roket dari Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber Zionis Israel menambah bahawa daerah lain di selatan masih menilai situasi untuk mengambil keputusan berkaitan dengan sama ada menutup sekolah sementara atau sebaliknya. Namun begitu sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa di sekolah-sekolah yang terlindung yang terletak pada jarak 7 kilometer dari Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Para pendatang bakar 2600 pohon zaitun milik rakyat Palestin dalam bulan Oktober

Rabu, 02/11/2011 – Jawatankuasa Pertanian Palestin (PARC) berkata bahawa pendatang-pendatang Yahudi membakar 2600 pohon zaitun milik warga Palestin dengan menganggarkan kerugian sebanyak 156000 dollar.

Jawatankuasa itu berkata dalam laporan bulanan yang dikeluarkan pada Isnin bahawa rakyat Palestin kerugian lebih kurang 3.5 batang pohon zaitun pada setiap jam samaada dibakar atau dimusnahkan. 53% kerugian dikenalpasti dialami di wilayah Nablus diikuti oleh wilayah Salfit sebanyak 24%, di mana kebanyakan serangan dilakukan oleh pendatang yang sebahagiannya bekerjasama dengan tentera rejim
Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Dua Pejuang Terbunuh di Selatan Gaza Menjadikan Jumlah Yang Terbunuh Seramai 12 Orang Semenjak Sabtu

Rabu, 02/11/2011 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan Tentera Udara Israel (IAF) telah mengebom sebuah kawasan di bahagaian selatan Semenanjung Gaza pada hari Ahad, membunuh dua orang pejuang rakyat Palestin. Kejadian yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza sejak hari Sabtu meningkat kepada dua belas orang.

Tentera Israel membuat kenyataan bahawa jet pejuang mereka telah melepaskan serangan peluru berpandu ke atas sekumpulan pejuang selepas mereka melancarkan serangan ke Negev Barat, tepat mengenai sasaran. Tentera tersebut menambah bahawa pejuang-pejuang tersebut telah melepaskan enam serangan mortar ke Israel pada hari Ahad, dan menuduh penentangan yang berlaku di Gaza meningkatkan lagi ketegangan.

Sumber perubatan di Gaza mengesahkan bahawa dua pejuang dari sebuah kawasan di bahagian selatan Semenanjung Gaza telah terbunuh selepas menjadi sasaran serangan peluru berpandu pihak Israel. Mereka telah dikenal pasti sebagai Yousef Abu Abdo dan Ali Al Aqqad; kedua-duanya berasal dari Khan Younis.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Berikutan Kemasukan P.A ke UNESCO; Kerajaan Netanyahu bincang untuk mengadakan bantahan

Rabu, 02/11/2011 – Selepas undian dibuat pada hari Isnin untuk membenarkan Palestin menjadi ahli penuh dalam UNESCO, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membuat keputusan untuk mengadakan bantahan bersama dengan “8 kabinet”nya pada hari Selasa ini untuk membincangkan satu siri sekatan terhadap Phak Berkuasa Palestin di Tebing Barat.

Akhbar dalam talian Israel, Haaretz, memetik kata-kata seorang ahli kabinet kanan bahawa beliau masih tidak jelas terhadap jenis sekatan yang akan dibuat oleh Israel ke atas P.A, namun beberapa cadangan telah dikemukakan.

Antara sekatan yang dicadangkan termasuklah mengadakan gangguan ke atas status VIP bagi pegawai-pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin (VIP membolehkan mereka melepasi sekatan jalan raya dan lintasan Israel), menghentikan semua proses pemindahan cukai yang dikumpulkan oleh Israel bagi pihak P.A, dan menambahkan pembinaan bagi penempatan Israel dan pengembangkan aktiviti.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas