Categories
Berita Semasa

Mishaal maklumkan Emir Qatar tentang pembangunan Palestin

Isnin , 15/08/2011 – Satu delegasi pegawai kanan Hamas yang diketuai oleh pemimpinnya, Khaled Mishaal tiba di Doha, ibu Negara Qatar pada Selasa lalu dalam satu lawatan rasmi.

Mishaal memaklumkan Emir Qatar, Sheikh Hamad Al-Thani pada sebelah malamnya tentang pembangunan di Palestin. Ezzet al-Resheq, anggota Biro Politik Hamas berkata dalam laman Twitternya bahawa perbincangan mereka berkisar tentang pembangunan di Palestin dan proses perpaduan dalaman tanpa menyatakan butir-butir lanjut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jumlah warga Tebing Barat yang enggan mematuhi panggilan meningkat

Isnin , 15/08/2011 – Jumlah rakyat Palestin yang menyertai kempen pemuda menentang pengeluaran panggilan secara rawak oleh pihak keselamatan kerajaan Palestin di Tebing Barat kini meningkat sejak perjanjian rundingan damai antara Hamas dan Fatah dimeterai.

Satu kempen pemuda Palestin yang aktif di Tebing Barat merekodkan 100 kes di mana rakyat Palestin enggan mematuhi arahan-arahan yang tidak berasas dikenakan ke atas mereka agar ke ibu pejabat keselamatan untuk soal-siasat.

Salah seorang aktivis kempen tersebut yang enggan identitinya didedahkan memberitahu Quds Press bahawa, sejak Hamas dan Fatah menandatangi rundingan di Kaherah, pihak keselamatan PA telah mempertingkatkan arahan soalsiasat ke atas rakyat Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Saluran komunikasi dipotong di Semenanjung Gaza

Isnin , 15/08/2011 – Semua bentuk telekomunikasi yang menggunakan elektrik tiba-tiba terputus di Semenanjung Gaza pada malam Selasa lalu.

Penduduk Semenanjung Gaza mengesahkan semua sambungan internet, talian tetap dan telefon mudah alih telah terputus dari dunia luar selama 15 jam. Sebuah agensi berita bebas memetik sumber Palestin dengan berkata jentolak telah menyebabkan gangguan tersebut berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Diminta Bebaskan Wartawan Aljazeera

Isnin , 15/08/2011 – Jaringan Eropah untuk Membela Hak-hak Tawanan Palestin meminta penjajah Zionis Israel segera membebaskan wartawan Palestin Samir Alawi (46) yang bekerja sebagai wartawan Aljazeera di Afghanistan. Beliau ditangkap ketika meninggalkan Tebing Barat hari Selasa lalu setelah mengunjungi keluarga di kampung halamannya.

Pihak Jaringan Eropah mengecam tindakan pasukan Zionis Israel yang menangkap dan menahan wartawan Alawi ketika hendak pergi ke Jordan setelah selesai mengunjungi keluarganya di kampung Sebastia di Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Dari sana mangsa dibawa ke markas siasatan Jamla di kota Haifa sebelum akhirnya beliau ditahan selama 4 hari untuk menjalani siasatan.

Tindakan penangkapan ini membuktikan bahawa otoriti penjajah Zionis Israel tidak menghormati kebebasan berpendapat apatahlagi Alawi datng ke Palestin khusus dalam rangka mengunjungi keluarganya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Thair seru umat Islam i’tikaf di Al-Aqsa

Khamis , 11/08/2011 – Ahli parlimen Palestin Muhammad Abu Thair, menegaskan tindakan Zionis yang sering melakukan kezaliman dan penjajahan ke atas al-Quds. Tindakan itu jelas menceroboh tempat suci kaum muslimin. Abu Thair menyeru agar umat Islam terus menerus iktikaf dan mempertahankan al-Quds dari sebarang pencerobohan oleh Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Abul-Sabeh mendesak pentadbiran Negev bertanggungjawab ke atas kehidupan tahanan

Khamis , 11/08/2011 – Menteri hal ehwal banduan Palestin Attallah Abul-Sabeh mendesak pentadbiran Israel di penjara Negev bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tahanan Palestin selepas 40 orang daripada mereka jatuh sakit akibat keracunan makanan. Abul-Sabeh menyatakan bahawa banduan yang memakan makanan Sahoor (makan yang dimakan sejurus sebelum subuh pada bulan Ramadan) yang terdiri daripada susu tamat tempoh dan daging dalam tin telah menyebabkan mereka menderita kejang perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

Menteri itu berkata bahawa kejadian ini merupakan yang kedua seumpamanya yang berlaku kurang daripada satu bulan di penjara yang sama, di mana 25 tahanan menderita keracunan makanan pada 12 Julai, 2011 selepas mereka telah diberi hamburger busuk oleh pihak penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Krisis ubat-ubatan memuncak di Gaza

Khamis , 11/08/2011 – Krisis ubat-ubatan di Gaza terus memuncak selepas diumumkan oleh Kementerian Kesihatan di Gaza pada awal Jun lepas disamping pertuduhan bahawa Kementerian Kesihatan di Tebing Barat telah menahan ubat-ubatan yang sepatutnya dihantar ke Gaza.

Para pegawai di Gaza berkata bahawa mereka masih menunggu 40% daripada ubat-ubatan yang sepatutnya diserahkan kepada mereka daripada Bank Dunia melalui pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat. Antara yang teruk terjejas akibat kekurangan ubat-ubatan itu adalah pesakit-pesakit buah pinggang dan kanser, kanak serta pesakit yang menunggu untuk dibedah.

Abdul-Lateef al-Zaeem, 40, yang mengalami kegagalan buah pinggang sejak 6 tahun lepas berkata bahawa dia diminta datang ke hospital 3 kali seminggu untuk menjalani dialysis. Katanya lagi, kebiasaanya mereka mengalami kekurangan ubat-ubatan di Hospital Shifa yang terletak di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak polis Fatah menahan 4 penyokong Hamas di Tebing Barat

Khamis, 11/08/2011 – Disebalik suasana positif yang dirasakan selepas pertemuan untuk membincangkan isu rekonsiliasi di Kaherah semalam, pihak berkuasa Fatah masih tetap meneruskan operasi penangkapa, menyaman dan menyerbu penduduk di pelbagai daerah di Tebing Barat, termasuk menahan 4 orang penyokong Hamas di Nablus, Hebron, Tulkarem dan memecah masuk rumah tahanan yang telah dibebaskan di Tubas dan menyaman isteri para tahanan di Khalil.

Menurut sumber tempatan pada hari Isnin (8 Ogos), di daerah Nablus pihak perisik telah menahan 2 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan An-Najah, Muhammad Jamal An-Nassarsarah dari Kampung Beit Fureyik dan Muaz Mousa dari Kampung Zwata selepas menyerbu rumah beliau petang semalam, yang sebelum ini mereka berdua pernah ditahan oleh pihak keselamatan Fatah. Muaz Mousa telah mengumumkan kenengganannya untuk menerima arahan dari pihak keselamatan.

Di samping itu, pihak berkuasa tempatan telah membebaskan pelajar universiti, yang pernah ditahan sebelum itu, Samer Abu Syuaib, dari Kampung Awurta selepas dipenjara selama 3 hari.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa rejim Israel (IOA) halang keluarga lawat tahanan di tanah jajahan 1948

Khamis, 11/08/2011 – Pusat kajian tahanan berkata, IOA bertindak menghalang beberapa keluarga melawat tahanan Palestin di penjara atas alasan perlanggaran undang-undang.

Para tahanan di Shatta memberitahu pusat itu bahawa polis Israel menyoalsiasat beberapa keluarga dalam lawatan mereka pada minggu lepas sebelum IOA memutuskan larangan menyeberangi garisan hijau dan tanah
jajahan 1948 bagi tempoh 5 – 17 tahun atas dakwaan penyeludupan telefon bimbit ke dalam penjara.

Penguatkuasaan larangan itu ditujukan kepada keluarga tahanan, Ali Sa’eed, Jawwad Shalhaty, Annan Shalaby, Ahmed Kafina, Abdul-Azim Abdul-Haq dan Ra’ed Al-Hindi, kesemuanya dari kota Nablus, demikian menurut kenyataan pusat tahanan pada Isnin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

PPS: Baitullaham menyaksikan 13 tangkapan dibuat dalam bulan Julai

Selasa , 09/08/2011 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) di Baitullaham, Tebing Barat berkata tentera Zionis Israel telah menangkap seramai 13 rakyat Palestin di jajahan berkenaan untuk Julai 2011, dengan kebanyakan tangkapan dilakukan di kem pelarian Doheisheh dan Husan.

Mereka banyak menggunakan kenderaan tentera, askar dan anjing polis untuk menanamkan ketakutan di kalangan wanita dan kanak-kanak dan memusnahkan kediaman, menurut PPS dalam satu kenyataan media.

PPS berkata operasi IOF yang berterusan mencari dan menangkap penduduk bertujuan untuk memprovokasi penduduk tempatan dan mewujudkan keadaan takut, ketidakstabilan, dan rasa tidak selamat di kalangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

6 rakyat Palestin terbunuh, 250 orang yang lain ditahan dalam bulan Julai

Selasa , 09/08/2011 – Yayasan Perpaduan Antarabangsa bagi Hak Kemanusiaan di Nablus telah mengeluarkan satu laporan tentang pembunuhan, pengangkapan dan serbuan oleh rejim Zionis di wilayah Palestin yang dicerobohnya pada bulan Julai 2011.

Jumlah kes yang dilaporkan adalah tambahan kepada pelbagai serangan yang dilakukan oleh pendatang haram Selasa , 09/08/2011 – Yahudi ke atas rakyat Palestin termasuk pemusnahan ladand-ladang, rumah-rumah, kerosakan harta-benda serta sekatan yang diperketatkan ke atas Gaza.

Dalam bulan Julai sahaja, sejumlah 6 orang rakyat Palestin telah dibunuh yang mana 2 orang daripadanya berasal dari Tebing Barat manakala 4 orang lagi terbunuh dalam serangan udara oleh rejim Zionis ke atas Gaza. Unit khas rejim Zionis telah menembak mati salah seorang daripada mereka ketika mangsa tersebut hendak bersolat selepas mengalami kecederaan dan ditahan oleh rejim Zionis. Lebih dahsyat lagi, rejim Zionis telah menghalang ambulans Palestin daripada menghantar mangsa ke hospital.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Miles of Smiles akan hantar 3 lagi konvoi bantuan ke Gaza

Selasa , 09/08/2011 – Dr. Issam Yousef, Koordanator Umum bagi ‘Miles of Smiles 4’ berkata bahawa 3 lagi konvoi bantuan terbaru akan dihantar ke Gaza dalam masa 3 bulan akan datang termasuk satu daripadanya pada hujung bulan ini.

Yousef yang berkata demikian pada Isnin lalu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya dan delegasi belia antarabangsa yang memasuki Gaza bersama konvoi terbabit, menyeru agar konvoi-konvoi bantuan sepertinya terus dilakukan sehinggalah sekatan ke atas Gaza dihapuskan.

Katanya lagi, konvoi pertama dijangka tiba ke Gaza pada penghujung Ramadan ini, yang kedua akan tiba antara perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, manakala yang ketiga akan tiba semasa sambutan Aidiladha. Sementara itu, Haneyya berkata bahawa para belia di dunia ini menyokong rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mubarak mengaku tidak bersalah pada perbicaraan pertama

Jumaat, 05/08/2011 – Dari kandang hitam, bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak menafikan dakwaan ke atasnya atas tuduhan membunuh para pemprotes yang menyeru perletakan jawatannya.

Mubarak yang berada dalam keadaan tidak sihat itu dibawa dengan kerusi roda ke mahkamah untuk perbicaraan pertama atas tuduhan politik dan jenayah. Mubarak ditemani bekas menteri dalaman Habib Al-Adeli dan kedua-dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa, yang merupakan antara 6 individu terlibat dalam pembunuhan orang awam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Zionis Halang Petugas kesihatan ke Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 05/08/2011 – Persatuan ambulan Arab di kota Al-Quds terjajah menuding pihak polis Zionis sengaja menghalang petugas perubatan dan ambulan Arab memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa selama bulan Ramadhan, untuk memberikan khidmat kesihatan kepada jemaah solat tarawih dan iktikaf di dalam masjid.

Dalam keteranganya, persatuan ambulan Palestin menuding pihak polis Israel menghalang petugas kesihatan masuk Kota Lama. Mereka juga menghalang kemasukan sejumlah peralatan perubatan ke kawasan Masjid Al-Aqsha yang sangat diperlukan bagi jamaah yang sedang melakukan ibadah selama bulan Ramadhan.

Belia mengatakan kehadiran petugas perubatan ke Al-Aqsa berdasarkan kerjasama dengan pihak wakaf Al-Aqsa. Namun pihak Zionis tidak memperdulikanya dan tetap melarang kemasukan petugas kesihatan sehingga masuk campur beberapa pihak.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Shalah dihalau dari rumah kerana dituduh menggangu kawasan Zionis

Jumaat, 05/08/2011 – Pihak berkuasa Zionis Israel hari ini mengusir keluar Muhammad Ali Ibrahim Shalah serta seluruh ahli keluarganya kerana dituduh oleh Zionis Israel mengganggu ketenteraman penempatan ZIonis. Shalah kini masih dalam tahanan Zionis. Beliau akan dibebaskan sekiranya Shalah sanggup meninggalkan rumahnya kini tanpa sebarang bekalan selama 90 hari. Ini juga merupakan sebahagian taktik kotor dan zalim oleh Zionis Israel dalam menghalau rakyat Palestin dari tanah mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair