Rabu , 08-05-2024 – Gerakan Hamas berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis bahawa pembunuhan dua tahanan Palestin, termasuk Dr. Adnan al-Barash di penjara Israel, adalah satu lagi episod “jenayah perang yang dahsyat” yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Gerakan itu juga berkata ramai, termasuk doktor, seringkali ditahan oleh tentera Israel dari sekolah dan hospital dan dibawa ke pusat tahanan yang tidak mempunyai keperluan asas.
“Antara mereka adalah doktor yang jenayahnya menjalankan tugas kemanusiaan terhadap orang yang cedera dan sakit,” kata Hamas. sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Rabu , 08-05-2024 – Presiden Gustavo Petro berkata pada Rabu bahawa Colombia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, kerana pemimpin rejim itu digambarkan sebagai melakukan ” pembunuhan beramai-ramai ” dalam perang di Gaza.
“Esok (Khamis) hubungan diplomatik dengan negara Israel akan terputus … kerana mempunyai presiden yang melakukan genosid, ” Petro memberitahu ketika perhimpunan May Day di Bogota — merujuk kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Petro memberitahu ribuan penyokongnya bahawa dunia tidak boleh menerima “pembunuhan beramai-ramai dan pemusnahan keseluruhan manusia.”
“Jika Palestin mati, kemanusiaan juga akan mati, ” katanya disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai, beberapa daripadanya dilihat mengibarkan sepanduk pro-Palestin.
Petro sebelum ini telah bersama menyokong Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang juga mencetuskan kemarahan Israel kerana mengatakan kempen Gaza “bukan perang, tetapi adalah pembunuhan beramai-ramai.”
Colombia dan Brazil menyokong aduan Afrika Selatan terhadap Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, mengatakan serangan Gaza sama dengan pelanggaran konvensyen genosid.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Rabu , 08-05-2024 – Beberapa warga Palestin mengalami sesak nafas selepas menghela asap bom-bom pemedih mata dilancarkan rejim Zionis (IOF) dalam pertembungan yang meledak di bandar Qasra, selatan Nablus, pada petang Rabu.
Pertembungan tercetus setelah tentera rejim Zionis menyerbu bahagian selatan bandar tersebut, dalam kesaratan bedilan-bedilan bom pemedih mata.
Tekanan telah meningkat tinggi di Tebing Barat sejak bermulanya kekerasan Israel di Jalur Gaza, yang menyebabkan ribuan ditahan dan ratusan lagi syahid.
Dengan perang penghapusan etnik Israel terhadap Jalur Gaza kini masuk hari ke-298, 34,568 warga Palestin terbunuh dan 77,765 yang lain cedera sementara lebih kurang 1.7 juta orang terusir dari kawasan kediaman mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul
Khamis , 02-05-2024 – Pihak Euro-Med Monitor menyatakan kebimbangan ke atas banyak laporan mengenai tekanan politik yang diberi oleh Israel dan sekutunya dalam usaha untuk menghalang ICC ( Mahkamah Jenayah Antarabangsa) di Hague dalam pengeluaran waran tangkap ke atas tokoh-tokoh keselamatan dan politik.
Sebarang usaha untuk meremehkan usaha ICC, mencemar integriti dan mengutamakan kepentingan politik pihak penceroboh dari mencapai keadilan antarabangsa dan campur tangan pihak penceroboh atas mangsa. Tindakan sebegini sangat menjengkelkan menurut kumpulan hak asasi manusia dalam satu kenyataan pada hari Ahad lepas.
Berita mengenai pengeluaran waran tangkap oleh ICC ke atas pihak Israel yang terlibat dalam jenayah ke atas warga Palestin telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kebimbangan dalam keupayaan Mahkamah Antarabangsa. Usaha bertersuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk membawa tertuduh ke perbicaraan dan menjalankan hukuman tanpa tekanan oleh pihak luar yang berniat untuk menggagalkan usaha dan pelaksanaan undang-undang antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Khamis , 02-05-2024 – Pegawai Kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, dalam kenyataannya pada petang Ahad menyatakan, tindak balas Israel yang menghubungi gerakan itu melalui pengantara sedang dikaji. Masih terlalu awal untuk membuat keputusan.
Gerakan Hamas tidak akan menerima sebarang perjanjian dengan Israel yang tidak merangkumi menghentikan perang di Semenanjung Gaza, beliau menambah.
Beliau menyatakan yang gerakan itu memberitahu saudara-saudara di Mesir dan Qatar bahawa ia serius untuk mencapai perjanjian, tetapi tidak akan tunduk terhadap tekanan AS.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Khamis , 02-05-2024 – Gerakan Hamas pada hari Khamis menyampaikan amaran kementerian kesihatan tentang kekurangan kritikal bekalan bahan api ke hospital, yang mengancam gangguan bekalan elektrik di pusat-pusat rawatan, serta meletakkan nyawa ribuan pesakit dalam bahaya. Ia memerlukan perhatian segera masyarakat antarabangsa bagi memberi tekanan kepada kuasa penjajah fasis Israel untuk menarik balik sekatan kejam yang dikenakan ke atas semua aspek kehidupan di Gaza, termasuk hospital.
“Rejim Zionis telah menyasarkan hospital dan pusat perubatan di Semenanjung Gaza sejak hari pertama pencerobohan.”
Hamas menegaskan bahawa rejim Zionis kini berusaha untuk menghalang segala percubaan bagi membuka semula kemudahan kesihatan sebagai sebahagian daripada kempen genosid mereka terhadap penduduk Palestin.
Pada masa yang sama, Hamas juga menuntut siasatan antarabangsa segera dilakukan terhadap kubur besar yang ditemui dengan ratusan mayat warga Palestin yang dibunuh oleh rejim Zionis di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.
“Pasukan perubatan berterusan menemui mayat para syahid yang dibunuh oleh tentera fasis Israel dan dikebumikan di kubur besar di Kompleks Perubatan Nasser,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menggesa masyarakat antarabangsa menghantar pasukan forensik khusus bersama peralatan yang diperlukan untuk mencari mangsa yang hilang dan mengenal pasti identiti mayat.
Ia menekankan keperluan segera “untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa antarabangsa bebas bagi menyiasat jenayah kejam yang membawa kepada penemuan kubur-kubur besar mengandungi mayat pesakit, kanak-kanak, dan wanita yang terlebih dahulu melalui penyeksaan dan kekejaman, di samping tanda-tanda ada yang dikebumikan hidup-hidup.”
Agensi Pertahanan Awam Gaza berkata Khamis bahawa ia menemui 392 mayat dalam tiga kubur besar di Hospitl Nasser.
Tentera Israel berundur dari Khan Younis pada 7 April selepas operasi darat selama empat bulan di Kompleks Perubatan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Khamis , 02-05-2024 – Khalil al-Hayya, ahli biro politik Hamas, mengulangi bahawa Hamas tidak akan menerima gencatan senjata tanpa gencatan senjata yang kekal dan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan sepenuhnya.
“Hamas memainkan peranan utama dalam perbincangan ini dan antara tuntutan kami ialah gencatan senjata kekal dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza,” al-Hayya memberitahu Al Jazeera Arabic dalam satu wawancara televisyen.
Hamas serius untuk membebaskan tawanan Israel dalam rangka perjanjian yang juga akan memastikan pembebasan beribu-ribu tahanan Palestin di penjara Israel, katanya.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Khamis , 02-05-2024 – Dalam penampilan pertamanya di televisyen pada awal bulan Mac , Abu Obeida, jurucakap Briged al-Qassam Hamas, berkata bahawa “sejak bermulanya Operasi Banjir Al-Aqsa sejak 200 hari yang lalu, tentera Israeil masih berjuang untuk menyelamatkan air muka dan imej awam mereka”
Dalam ucapan yang disiarkan oleh saluran satelit Al-Jazeera pada hari Selasa, Abu Obeida menolak dakwaan Israel berkenaan kejayaan dalam menghapuskan dan memusnahkan puak penentang Palestin di Gaza, dengan menyebut dakwaan tersebut sebagai “pembohongan besar”, sambil menekankan bahawa rejim Israel “tetap terperangkap di tanah Gaza.”
“Dalam 200 hari, musuh hanya mewujudkan kemusnahan dan pembunuhan beramai-ramai… dan mereka hanya akan meraih lebih banyak kekalahan dan menanggung malu ,” kata Abu Obeida.
“Selepas 200 hari, pertahanan kita masih utuh seperti pergunungan Palestin” Abu Obeida menegaskan.
Jurucakap itu menekankan bahawa penentangan berkenaan tidak akan menggugat tuntutan rakyat dan menghapuskan hak asasi yang menuntut pengunduran tentera Israel, menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza, dan pemulangan orang awam yang kehilangan tempat tinggal ke rumah mereka.
Abu Obeida memberi amaran kepada keluarga tawanan Israel di Gaza bahawa “masa adalah singkat dan peluang adalah sedikit,” mencadangkan bahawa tahanan Israel boleh menghadapi nasib yang sama seperti Ron Arad (penerbang udara Israel yang masih hilang selepas ditangkap di Lubnan pada tahun 1986) .
Sebagai tindak balas kepada dakwaan Israel yang lain iaitu peningkatan tekanan ketenteraan ke atas Hamas di Gaza akan membawa kepada pembebasan tawanan, Abu Obeida berkata bahawa “tekanan tentera yang kononnya dikenakan ke atas Pergerakannya hanya akan mengukuhkan kepatuhan kepada kedudukan mereka dan menjadikannya lebih berazam untuk melindungi hak rakyatnya.”
Beliau menuduh rejim Israel menangguhkan pencapaian perjanjian pertukaran tahanan dan cuba menghalang usaha pengantara untuk mencapai gencatan senjata.
Beliau menyatakan penghargaan Pergerakannya terhadap setiap usaha ketenteraan dan usaha-usaha ternama yang menyokong Operasi Banjir Al-Aqsa, terutamanya dari Lubnan, Yaman dan Iraq.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Jumaat , 26-04-2024 – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendesak “siasatan yang jelas, telus dan berwibawa” mengenai kubur bersaiz besar yang ditemui di dua hospital utama di Gaza yang diserbu oleh tentera Israel dan dilanda peperangan.
Penyiasat-penyiasat yang mempunyai wibawa mesti dibenarkan melawat ke tapak-tapak tersebut, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Stephane Dujarric kepada para wartawan, dan beliau menambah bahawa lebih banyak wartawan dibenarkan bekerja dengan selamat di Gaza untuk melaporkan fakta-fakta yang sahih.
Pada awal Selasa, ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk mengatakan dia “terkejut dan terkesima” dengan pemusnahan Pusat Perubatan Shifa di Bandar Gaza dan Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis serta penemuan kubur bersaiz besar yang dilaporkan di sekitar hospital-hospital tersebut selepas tentera Israel meninggalkan tempat itu.
Beliau menyeru untuk sebuah penyiasatan yang bebas dan telus terhadap kematian-kematian tersebut, mengatakan bahawa “mengambil kira iklim kebebasan yang berterusan, penyiasat-penyiasat antarabangsa perlu dijemput bersama.”
“Hospital mempunyai perlindungan yang sangat khusus dan istimewa di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Turk. “Dan pembunuhan sengaja terhadap orang awam, tahanan, dan orang lain yang ‘hors de combat’ atau askar-askar yang tercedera dan tidak terlibat dengan perang, adalah jenayah perang.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Rabu , 24-04-2024 – Tujuh warga Palestin dilaporkan mati syahid sejak subuh Jumaat lalu, oleh peluru daripada tentera penjajah dan peneroka haram israel di Tebing Barat, selain laporan kematian seorang banduan di penjara penjajah haram Zionis, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, 75 rakyat turut cedera dalam tempoh yang sama. Di mana kebanyakannya terkena tembakan peluru hidup daripada penjajah dan peneroka haram Israel dan 14 daripadanya cedera parah.
Para syuhada menurut laporan ialah: asy Syahid Muhammad Issam Shahmawi (22 tahun), asy Syahid Muhammad Rasoul Daraghmeh (26 tahun), kedua-duanya dari Tubas, asy Syahid Jihad Afif Sidqi Abu Aliya (25 tahun) dari kampung Al-Mughir dekat Ramallah, dan syahid remaja Omar Ahmed Hamed (17 tahun) dari kampung Beitin dekat Ramallah, syahid tawanan pula ialah Abd al-Rahim Abd al-Karim Amer (59 tahun) dari Qalqilya. Manakala syuhada yang lain ialah Yazan Muhammad Fawzi Shtayyeh (17 tahun) dari Nablus, asy Syahid Abd al-Rahman Maher Bani Fadel (30 tahun), dan asy Syahid Muhammad Ashraf Bani Jameh (21 tahun) dari Khirbet al-Tawil, selatan Nablus. Beliau menjelaskan bahawa jumlah syahid di Tebing Barat, sejak 7 Oktober lalu, telah mencecah 468 syahid, dan lebih 4,800 rakyat cedera.
Berbeza di Semenanjung Gaza, pencerobohan penjajah Israel yang berterusan sejak 7 Oktober lalu telah membawa kepada kematian kira-kira 33,800 rakyat dan kecederaan lebih 76,400 rakyat. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, serangan oleh peneroka haram dan tentera penjajah juga turut meningkat di Tebing Barat, terutamanya di wilayah Nablus dan Ramallah, di mana kumpulan peneroka pelampau membakar rumah dan kenderaan di beberapa kampung dan bandar. Malah peneroka-peneroka haram ini turut menyerang rakyat dan harta benda mereka, menyebabkan krisis kemanusiaan dan kerugian material yang besar.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Rabu , 24-04-2024 – Jenayah Zionis dan perang pemusnahan yang telah berlangsung selama 192 hari berterusan terhadap Semenanjung Gaza dan penduduknya tidak berhenti pada bila-bila masa Ia telah menyasarkan segala-galanya dan tidak meninggalkan sebatang pokok, batu, atau manusia tanpa sasaran Ia untuk kemusnahan. Di sebalik semua ini, pendudukan berusaha untuk menjadikan Semenanjung Gaza sebagai kawasan yang tidak boleh didiami dan mengasingkannya dari dunia luar.
Salah satu sektor yang paling penting yang disasarkan oleh pendudukan jenayah ialah “sektor komunikasi dan perkhidmatan Internet.” Dari saat pertama, ia berusaha untuk memusnahkan perkhidmatan ini kerana kepentingannya yang melampau dalam menguruskan kehidupan seharian penduduk Gaza, hingga ke menunjukkan bahawa mendapatkan perkhidmatan Internet di Semenanjung Gaza menjadi risiko, akibatnya tidak dapat diketahui ramai yang mati syahid di Gaza semasa mencari “isyarat panggilan” atau mendapatkan perkhidmatan Internet; Lebih daripada itu, krew teknikal syarikat telekomunikasi yang cuba memulihkan perkhidmatan dan mengekalkan apa yang telah disabotaj oleh musuh telah syahid.
Oleh itu, sejak 7 Oktober, pendudukan telah menjadi sebahagian daripada pengenaan hukuman kolektif terhadap penduduk Semenanjung Gaza, dengan memutuskan komunikasi, air, dan elektrik, manakala pengeboman berterusan Israel di pelbagai kawasan di Semenanjung telah memusnahkan infrastruktur. dan menyebabkan sumber Internet dan perkhidmatan komunikasi tidak berfungsi.
Disebabkan gangguan perkhidmatan penting dalam kehidupan rakyat Gaza sejak hari pertama perang, penduduk Semenanjung Gaza mencari alternatif untuk mendapatkan Internet, melalui cip dan cip elektronik daripada syarikat telekomunikasi Israel, yang memaksa mereka pergi ke kawasan yang berhampiran dengan sempadan dengan wilayah yang diduduki, pantai atau kawasan yang tinggi; Ini adalah kawasan di mana terdapat risiko tinggi menjadi sasaran tentera pendudukan, yang meletakkan nyawa mereka dalam bahaya, dan inilah yang berlaku dalam banyak kes.
Dengan alternatif ini, bahayanya terletak, kerana lelaki muda Awad Al-Masraei mengatakan bahawa dia terpaksa membeli iPhone canggih yang menyokong cip elektronik, dengan jumlah yang sangat tinggi, sambil menambah bahawa ia hanya berfungsi di pantai atau kawasan tinggi, yang bermaksud mereka boleh terkena tembakan dari bot-bot senjata Israel.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Rabu , 24-04-2024 – Pada malam semalam dan subuh Isnin, tentera Rejim Zionis (IOF) menculik sejumlah warga Palestin di Tebing Barat, ketika pertelingkahan berlaku di beberapa kawasan.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima orang warga ketika serbuan ke atas rumah-rumah di bandar Kafr al-Labad, timur Tulkarem dan seorang lagi daripada bandar berdekatan, Anabta.
Para pejuang dilaporkan bertempur dengan tentera rejim di bandar Anabta town dan menghidupkan alat letupan di kenderaan mereka, manakala pertelingkahan ganas tercetus di antara para pemuda tempatan dan tentera di Kafr al-Labad.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Rabu , 24-04-2024 – Pemimpin Revolusi mengatakan dalam pernyataannya, “Rakyat Islam Iran yang terhormat, yang mencintai para syuhada, sebagai tanggapan atas pelbagai kejahatan rejim Zionis,termasuk serangan terhadap Kedutaan Besar Republik Islam Iran di Damsyik dan syahidnya para pemimpin dan penasihat ketenteraan Iran, para pahlawan Angkatan Udara dengan sokongan kekuatan lain dan dalam rangka menghukum rejim jenayah Zionis sepanjang Operasi “Janji-Nya Benar,” dengan simbol suci “Ya Rasulullah,” sebuah operasi militan luas terhadap sasaran di wilayah penjajah Israel dengan puluhan roket dan dron.
”Pemimpin Iran menambah, “Perrincian operasi ini yang dijalankan dengan persetujuan Dewan tertinggi Keselamatan Nasional dan di bawah pengawasan Staf Umum Angkatan Bersenjata serta sokongan dari mereka yang bersemangat dari Republik Islam Iran dan sokongan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata akan segera menarik perhatian rakyat Iran yang heroik dan masyarakat bebas di dunia.”
Selain itu, pada hari Ahad lalu, Pemimpin Revolusi Iran memperingatkan Amerika Syarikat bahawa sokongan atau penglibatan apa pun dalam mensasarkan kepentingan Iran akan menghasilkan respons tegas dan penyesalan daripada Iran.
Pemimpin Revolusi Iran mengatakan dalam pernyataannya, “Kami memperingatkan pemerintah Amerika bahawa sokongan atau penglibatan apa pun yang merugikan kepentingan Iran akan menghasilkan tanggapan tegas dari Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip
Rabu , 24-04-2024 – Rejim Zionis Israel menculik seorang wanita Palestin pada pagi Isnin di pos kawalan tentera di Barat Laut bandar Nablus dalam dakwaan cubaan beliau untuk melancarkan serangan. Saksi kejadian melaporkan askar rejim Zionis menahan seorang wanita di pos kawalan Deir Sharaf sebelum membawanya ke tempat yang tidak dikenal pasti. Media yahudi mendakwa wanita yang ditahan itu memegang pisau dan cuba menikam askar di pos kawalan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Isnin, 15-04-2024 – Majlis Perbandaran Gaza telah mengulangi amarannya tentang bahaya penyebaran penyakit kulit akibat peningkatan mendadak kewujudan serangga hasil daripada pencerobohan dan perang pemusnahan yang dilakukan oleh Israel di Semenanjung Gaza, serta lambakan sisa buangan di jalanan dan limpahan kumbahan ke dalam kolam pengumpulan air hujan di kejiranan Sheikh Radwan.
Majlis Perbandaran menegaskan dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis bahawa pengumpulan lebih daripada 90,000 tan sisa di jalanan dan kemusnahan infrastruktur di bandar, bersama-sama dengan penutupan stesen kumbahan, telah menyebabkan kebocoran air sisa ke jalanan, menyebabkan peningkatan ketara dalam pembiakan nyamuk berbahaya.
Ia menjelaskan bahawa kekurangan bekalan racun serangga yang diperlukan dan suhu tinggi telah menyebabkan peningkatan dalam pembiakan serangga, “mengakibatkan peningkatan penyakit kulit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, serta gangguan tidur akibat gigitan nyamuk.”
Majlis Perbandaran menyeru institusi dan organisasi tempatan serta antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan semua entiti yang berkaitan, untuk membantu memerangi pembiakan serangga dan mengehadkan kesannya.
Ia juga menyebut bahawa pencerobohan dan perang pemusnahan yang dilakukan oleh rejim Zionis sejak 7 Oktober tahun lalu telah menyebabkan bencana kesihatan dan alam sekitar yang besar di Gaza, serta kehabisan sumber bahan api, membawa kepada kelumpuhan kerja perbandaran dan gangguan perkhidmatan penting, terutamanya perkhidmatan kutipan sisa, kumbahan dan air.
Tentera rejim Zionis meneruskan pencerobohannya di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober dengan sokongan Amerika dan Eropah, di mana pesawat tenteranya mengebom hospital, bangunan, menara, dan rumah orang awam Palestin, lantas membunuh kebanyakan penduduk yang terperangkap di dalam binaan-binaan tersebut , sambil juga menghalang kemasukan air, makanan, ubat, dan bahan api.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom