Categories
Berita Semasa

Israel Ubah Pagar Kota Lama Al-Quds Dengan Simbol Kuil dan Bintang David

Jumaat, 31/12/2010 – Yayasan Al-Aqsa menyatakan, Israel meneruskan kerja jahat terhadap sejarah peradaban dan peninggalan Islam dan Arab di kota Al-Quds, Israel terus berusaha menghapus warisan ini dalam operasi pemalsuan dan Yahudinisasi.

Dalam laporan akhbar Rabu (29/12) pihak yayasan Al-Aqsa menyebutkan bahawa Israel mendakwa projeknya adalah untuk memperbaiki dan menjaga tembok kota lama Al-Quds namun telah mengubah sejumlah bebatuan dan menggantinya dengan batu yang bergambar simbol Yahudi Talmud yang membentuk kuil dan bintang David.

Yayasan Al-Aqsa menegaskan, Israel berusaha menghancurkan warisan peninggalan Islam dan Arab, mereka menyatakan Israel tidak berhak menyentuh warisan ini, apatah lagi sehingga mengubah pagar bersejarah ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Khan Younis syahid diserang Zionis

Khamis , 30/12/2010 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada hari Selasa (28 Disember) bahawa seorang penduduk zon timur Khan Younis, Hassan Abu Ar-Rouk (22 tahun) syahid akibat terkena peluru rejim Zionis yang dilepaskan bersama gas pemedih mata ke arah warga Khan Younis, sementara 4 orang dilaporkan mengalami sesak nafas.

Adham Abu Salimah, jurucakap media bagi Biro Tertinggi Ambulans dan Kecemasan dalam kenyataan untuk Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Hassan Abu Ar-Rouk disahkan syahid akibat kecederaan di muka dan kedua kakinya akibat tembakan peluru dan meriam ke atas penduduk awam di kawasan tersebut.

Beliau menambah : 4 orang mangsa yang mengalami kesesakan nafas, 3 daripadanya dikejarkan ke Hospital Eropah dan 1 ke Hospital Nasir berada dalam keadaan stabil.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Permohonan Kuwait Mengakhiri Krisis Kepulangan Delegasi PLC ke Gaza

Khamis , 30/12/2010 – Speaker Parlimen Kuwait, Jassem al-Khafari berhubung dengan pegawai Mesir untuk meyakinkan mereka supaya membenarkan delegasi ahli Parlimen Palestin (PLC) melalui kawasan Mesir ke Semenanjung Gaza.

Sumber istimewa memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa delegasi parlimen yang diketuai oleh Dr. Ahmed Bahar, timbalan speaker PLC I, akhirnya dibenarkan pulang ke Gaza pada malam Isnin yang lepas.

Pihak berkuasa Mesir telah meletakkan syarat bahawa timbalan itu hanya boleh pergi menunaikan haji di Arab Saudi dan kemudian pulang tetapi delegasi itu membuat kunjungan ke Algeria, Libya, Syiria, Yaman, dan Kuwait yang merupakan destinasi terakhir sebelum ke Kaherah dan kemudianya pulang ke Gaza.

Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman melaporkan bahawa delegasi itu pergi dan tinggal bersama Khaled Mishaal.

Delegasi yang diketuai oleh Bahar itu disertai oleh Jamila al-Shanti, Younis al-Astal, Abdul Rahman al-Jama dan Mohammed Shihab.

Delegasi itu juga berbincang dengan pegawai Arab bahawa penduduk Palestin kesusahan lebih-lebih lagi di kawasan Gaza yang dikepung serta memohon parlimen Arab untuk menyokong isu Palestin.

Mereka menghadiri banyak persidangan dan forum tentang tahanan dan solidariti Afro-Arab di samping seminar untuk menggerakkan usaha dalam menyokong penduduk dan isu Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Fatah Tunda Pelantikan Dahlan Hingga Siasatan Selesai

Khamis , 30/12/2010 – Jawatankuasa pusat gerakan Fatah, Selasa (28/12) memutuskan untuk menarik jawatan komandan kudeta, Muhammad Dahlan dari Bahagian Kebudayaan dan Informasi gerakan Fatah. Sebagai gantinya, Nabil Abu Radinah dilantik untuk meneruskan tugas Dahlan hingga proses sisatan terhadap Dahlan selesai.

Keputusan ini diambil setelah jawatankuasa pusat yang dipimpin presiden Mahmud Abbas di Ramallah membahaskan beberapa isu, di antaranya status Muhammad Dahlan.

Ia merupakan pertama kali gerakan Fatah menyiasat secara rasmi Muhammad Dahlan. Sebelum ini mereka menolak sama sekali untuk menyiasat Dahlan namun ia dilaksanakan setelah mendapat persetujuan dari Abbas untuk membentuk jawatankuasa khusus bagi memeriksa bidang keamanan, pendanaan dan politik.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis membunuh rakyat Palestin di Selatan Gaza

Khamis , 30/12/2010 – Pasukan pendudukan haram Israel (IOF) melepaskan peluru hidup dan bom gas terhadap rakyat Palestin di Timur Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza. Serangan itu telah membunuh seorang dan mencederakan empat yang lain.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu PIC bahawa Abul Hassan Ruk, 22, terkena serpihan peluru di wajah dan kakinya dan terbunuh di tempat kejadian.
Dia mengatakan bahawa empat yang lain dirawat kerana sesak nafas di kawasan yang sama.

Tiga hari sebelum itu tentera zionis IOF membunuh tiga lagi warga Palestin di Khan Hounis iaitu Abul Ruk dan dua ahli Briged Quds, dari sayap bersenjata Jihad Islam ketika berhadapan dengan kemaraan tentera zionis di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneyya mahu Liga Arab halang pencerobohan Israel

Khamis , 30/12/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menghantar mesej kepada Amer Mousa, Setiausaha Agung Liga Arab meminta untuk mengemukakan aduan ke Majlis Keselamatan PBB berikutan ancaman serius tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Mesej yang diperolehi oleh PIC mendesak Mousa memikul tanggung jawab saudara seagama untuk bergerak ke semua peringkat sehingga pendirian Arab terhasil untuk menyemak semula pencerobohan Israel terhapda rakyat Palestin yang masih menderita kesan daripada perang terdahulu.

Haneyya berkata, tidak ada yang dapat meramalkan pengkhianatan Israel terutamanya ketika mereka mengeksploitasi kecenderungan masyarakat dunia terhadap peristiwa tertentu bagi memulakan pencerobohan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Parti Berhaluan Kiri Turki Tunjuk Perpaduan Dengan Palestin

Khamis , 30/12/2010 – Ratusan ahli parti berhaluan kiri di Turki melanda jalan-jalan pada Isnin malam di Padang Taqsim di Istanbul untuk memperingati ulang tahun kedua perang Israel di Jalur Gaza.

Para peserta mengangkat bendera Palestin dan papan tanda menyeru memboikot produk Israel dan memecah pengepungan di Gaza. Mereka melaungkan slogan anti Israel dan anti AS.

Brazil Carlos Latuff kartunis terkenal, yang dikenali untuk berdiri menyokong Palestin turut turun mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Dia memberitahu dalam demonstrasi tersebut meminta Perdana Menteri Turki Recep Erdogan untuk memutuskan hubungan dengan Israel, dan menyeru untuk memboikot semua syarikat yang menyokong Israel seperti Star Bucks, McDonalds, Burger King dan lain-lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa kebangsaan: Rejim Zionis bertanggungjawab atas nyawa tahanan penjara, Asfour

Rabu , 29/12/2010 – Jawatankuasa Tinggi Kebangsaan untuk Tahanan Penjara sepakat bahawa pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) mesti bertanggungjawab penuh nyawa pesakit yang bernama ahmed Asfour yang sebelum ini dipenjarakan di Penjara Ramon tetapi kini sedang dirawat di Hospital Penjara Ramon selepas keadaan kesihatannya merosot dengan kritikal.

Jurucakap jawatankuasa itu, Riyadh al-Ashqar berkata Asfour berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan teruk akibat terkena serpihan besi senjata dalam Perang Israel yang terakhir. Keadaan itu menyebabkan kesemua jari Asfour terpaksa dipotong manakala pankreas dan sebahagian besar ususnya terpaksa dibuang.

Sejak kehilangan pancreas, Asfour mengalami diabetes dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Dia terpaksa makan dan menukar pakaian dengan bantuan orang lain, kata Ashqar lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel meratakan desa Araqib untuk kali ke lapan

Rabu , 29/12/2010 – Tentera Israel dengan bantuan armada buldoser telah meratakan desa Araqib yang terletak antara bandar Raht dan Bir Sabe’ sejak awal pagi Khamis, menurut rakyat Palestin di bandar Negev yang turut dijajah.

Penjajah Israel memaksa penduduk desa itu keluar dari rumah mereka yang baru didirikan setelah mereka ditekan kira-kira sebulan sebelum itu. Mereka turut disekat daripada menyelamatkan barang peribadi mereka di dalam rumah mereka sendiri. Sebahagian daripada keperluan mereka diangkut oleh lori sementara rumah dan isinya diselongkar.

Penyokong rakyat Palestin tiba di lokasi tersebut untuk bergabung dengan penduduk tempatan. Di antaranya delegasi Islam yang dipimpin oleh Sheikh Raed Salah, yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Blok Parlimen Hamas Seru Bebaskan Semua Pemogok Lapar

Rabu , 29/12/2010 – Blok parlimen Hamas menuntut agar melepaskan semua tahanan penjara yang sedang mogok lapar di penjara Palestin di Tebing Barat selepas keadaan kesihatan mereka mencapai tahap yang membimbangkan.

Juru bicara blok MP Mushir Al-Masri menegaskan pada hari Rabu bahawa mereka yang sedang mogok lapar di penjara PA tidak menghentikan aksi mogok mereka sebagaimana dinyatakan oleh pasukan keselamatan PA dan mencabar Fatah untuk membiarkan para tahanan tersebut muncul di televisyen jika mereka jujur tentang tuntutan mereka.

MP Masri berkata Presiden Mahmoud Abbas ditanggungjawabkan sepenuhnya atas nyawa tahanan tersebut dan semua tahanan yang dipindahkan antara penjara dan hospital merupakan bukti penyeksaan dilakukan.

Juru bicara pihak Hamas menyeru Fatah untuk menamatkan hubungan politik dan keselamatan dengan negara haram Israel dan memberi amaran Abbas dan Fatah bahawa rakyat Palestin tidak akan memiliki belas kasihan pada mereka yang bersekongkol dengan musuh mereka dan akan dibawa ke muka pengadilan samada cepat atau lambat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Qabha : 6 tahanan teruskan mogok lapar sehingga permintaan mereka dipenuhi.

Rabu , 29/12/2010 – Menteri Penjara dalam Kerajaan Palestin ke-sepuluh, Ir. Wasfi Qabha memberitahu bahawa 6 orang tahanan di penjara Fatah di Ramallah bertegas meneruskan mogok lapar mereka sehingga keadilah ditegakkan, manakala Dr. Ghassan Zauqan menghentikan mogok laparnya dan berkata bahawa tindakan meminum susu, air dan garam tidak bermakna mogok lapar tidak dilakukan.

Qabha dalam kenyataan khas pada hari Khamis (23 Disember) untuk Pusat Informasi Palestin berkata bahawa 6 tahanan tersebut adalah : Mahnad Nayrouj, Wesaam Al-Qawasmi, Majd Abeed, Ahmed Al-Aweiei, Muhammad Suqyah dan Wael Al-Baitor, meneruskan mogok lapar mereka yang telah berjalan selama 28 hari sehingga ke saat ini.

Qabha menekankan lagi bahawa di sana terdapat salah faham berkenaan tindakan para tahanan yang meminum susu dan air, kerana menurut golongan yang pernah ditahan di penjara Zionis dan menjalankan mogok lapar, maklum bahawa tindakan tersebut adalah masih termasuk dalam mogok lapar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Fatah gunakan idea rekonsilasi untuk realisasikan agenda Zionis

Rabu , 29/12/2010 – Ismail Asyqar, wakil ahli parlimen HAMAS menegaskan terdapat perkara yang di sembunyikan di sebalik rekonsilasi yang di cadangkan oleh Fatah. Ismail menegaskan Fatah cuba memenangi hati rakyat Palestin dengan menampakkan cadangan untuk berbaik dengan HAMAS.

Dalam waktu yang sama, cadangan Fatah itu hanya akan memudahkan untuk merealisasikan objectif Zionis. Ini terbukti dengan penangkapan dan kezaliman ke atas aktivis HAMAS masih di teruskan oleh Fatah.

Fatah kini mendakwa mereka memperjuangkan hak dan nasib rakyat Palestin, namun masyarakat Palestin sudah sedia maklum tingkah laku Fatah. Ismail sekali lagi menolak dialog antara HAMAS dan Fatah, bila mana ahli HAMAS masih ditangkap, kezaliman ke atas wanita dan kanak-kanak dan turut menyerbu masuk rumah wakil rakyat HAMAS.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Dua penduduk Palestin cedera parah dalam serangan Israel di Al-Khalil

Rabu , 29/12/2010 – Dua penduduk Palestin cedera parah di tangan pasukan Zionis Israel (IOF) di bandar Al-Khalil Khamis pagi lalu, lapor saksi.

Sumber berkata tentera IOF menembak ke arah sebuah kenderaan di mana dua pemuda Palestin sedang memandu ke daerah Kiryat Arba. Sumber menyatakan salah satu daripada mereka terdapat beberapa kesan peluru di dada dan kaki sementara yang lain luka parah ditembak di kepalanya sambil menggambarkan keadaan mereka sebagai “sangat serius”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Proses meluaskan penempatan Yahudi meningkat 65 peratus

Rabu , 29/12/2010 – Lebih separuh penempatan Yahudi di Palestin sedang diperluaskan dalam kadar 65 peratus lebih cepat daripada tahun lepas, demikian menurut laporan organisasi Israel, Peace Now pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 1,700 unit dibangunkan di penempatan Yahudi sejak tamatnya pembekuan binaan penempatan 3 bulan lepas. Kebanyakan pembinaan dilakukan di kawasan berdekatan garisan hijau. Pembinaan juga sudah bermula di beberapa kawasan terpencil seperti Tabuh, Talmun dan Ofera.

Sementara itu, Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan drastik dalam proses pemusnahan kediaman warga Palestin pada tahun ini dengan penambahan 45 peratus berbanding sebelumnya. “Israel memusnahkan 396 kediaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada tahun ini berbanding 275 rumah pada tahun lepas,” kata Maxwell Gellard, koordinator PBB di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rezqa: Israel meningkatkan keupayaan Ketenteraan untuk persediaan terhadap serangan di Gaza.

Rabu , 29/12/2010 – Dr. Yousef Rezqa, penasihat politik bagi Perdana Menteri Palestin berkata pada rabu bahawa Israel sedang meningkatkan kewujudan ketenteraannya di sekitar Semenanjung Gaza untuk menghasilkan pandangan media yang cukup tentang membunuh penduduk Gaza menggunakan ruang udara.

“Ketika kami sedang hampir dengan ulang tahun kedua perang kedua (dengan Israel), Israel bercadang untuk meningkatkan tindakan ketenteraan terhadap Gaza,” kata Rezqa dalam satu kenyataan media. “Peningkatan itu tampak nyata dengan kedudukan Batalion ke-9 di sepanjang sempadan Gaza, yang dilengkapi dengan Sistem Pertahanan Aktif menentang Misil yang dikenali sebagai ‘Windbreaker'”.

Rezqa menjelaskan bahawa Israel tidak mahu Gaza untuk membangun di bawah pimpinan Hamas, kerana menganggap Hamas tidak mengiktiraf kewujudan Israel, dan menyeru pembebasan penuh tanah Palestin.

“Peningkatan keupayaan tentera juga kelihatan dengan beberapa pergerakan tentera di Tel Aviv dan bahagian lain, dengan persediaan terhadap serangan misil ke Tel Aviv, dan tindakan terbaru Israel yang membunuh Jamal al-Namnam dan 5 lagi para pejuang di Dir al-Baleh, serta arahan ketenteraan menentang pemimpin Hamas,” katanya. Arahan itu ialah ‘yang pertama sejak perang terakhir ke atas Gaza’, berdasarkan pendapat Israel.

Rezqa menafikan kenyataan Israel bahawa rakyat Palestin mempunyai Misil anti-Kereta Kebal Cornet, yang mampu membidik sasarn sejauh 4 kilometer.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz