Categories
Berita Semasa

Terkini : 39 orang doktor masuk ke Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Jawatankuasa Kerajaan Menentang Sekatan Israel berkata seramai 39 doktor Arab dan Mesir telah dibenarkan masuk ke Gaza melalui Rafah pada hari Sabtu dengan 11 trak penuh dengan ubat-ubatan.

Alaa al-Batta jurucakap jawatankuasa berkata lagi sebanyak 5 ambulans turut dibenarkan masuk hasil sumbangan Algeria, Libya, dan Kesatuan Doktor Arab. Bagaimanapun tiada bantuan makanan dibenarkan masuk dan menggesa Mesir membuka sempadan Rafah dengan mutlak. Beliau berkata lagi Mesir harus menyegerakan bantuan ubatan dan makanan untuk membantu mangsa kekejaman Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

Categories
Foto/Video/Muzik

Penyerang Sevilla Frederic, Kanoute didenda kerana baju T bertulis Palestin.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah mendenda penyerang Sevilla Frederic , Kanoute kerana telah mendedahkan kemeja T dengan perkataan bertulis “Palestin” selepas beliau menjaringkan gol kemenangan 2-1 menentang Deportivo pada perlawanan Rabu lalu (7/1/09).

sumber : http://www.guardian.co.uk/football/feedarticle/8226348
penterjemah : gunx

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas respon inisiatif Mesir di Kaherah.

Isnin ,12/01/2009 – Delegasi Pergerakan Hamas dari dalam dan luar bertemu dengan pihak berkuasa Mesir di Kaherah pada Ahad mengenai pendirian mereka terhadap inisiatif Mesir berkenaan usaha damai di Gaza. Delegasi tersebut terdiri daripada Emad Al-Alami dan Mohamad Nasr, Biro Politik dari Damaskus dan Dr. Jamal Abu Hashem, Dr. Saleh Al-Bardawil dan Ayman Taha dari Gaza.

Categories
Berita Semasa

700 roket pejuang Palestin hujani Israel.

Isnin ,12/01/2009 – Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.

Categories
Berita Semasa

12 mayat Palestin ditemui pasukan perubatan di Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Pasukan perubatan telah menemui 12 anggota badan penduduk Palestin akibat serangan yang telah dilakukan oleh angkatan tentera Israel di barat daya bandar Gaza pada hari Sabtu lalu manakala empat sekeluarga yang lain telah terbunuh semasa kereta kebal rejim Zionis merobohkan rumah mereka di utara bandar itu.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Israel akan meneruskan serangan fasa ke 3 di Gaza ?

Isnin ,12/01/2009 – Pada hari Ahad (11/1/2009),  dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza, Al Jazeera melaporkan.

Categories
Berita Semasa

90 ahli Parlimen Mesir mendesak hentikan jualan gas kepada Israel.

Isnin ,12/01/2009 90 orang ahli parlimen Mesir telah meminta agar dipercepatkan satu draf undang2 agar dihentikan jualan gas asli kepada Israel kerana membantah jenayah pencerobohan di Semenanjung Gaza.Permintaan itu telah ditanda tangani oleh 90 orang MP mendesak mahkamah Mesir mengharamkan eksport seumpama itu.

Categories
Berita Semasa

CNN sahkan Israel yang mencabul gencatan senjata.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Hari ke-15 serangan, jumlah kematian di Gaza 811 orang.

Ahad ,11/01/2009 – Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.

Categories
Berita Semasa

Qaradawi: Mesir enggan menerima delegasi cendiakawan Islam.

Ahad ,11/01/2009 – Dr Yousef Al-Qaradawi, ketua cendiakawan Islam, berkata Mesir enggan menerima satu delegasi dari pertubuhan itu yang diaturkan untuk menemui Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa keadaan tidak sesuai untuk lawatan seumpama itu.

Categories
Berita Semasa

Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”

Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Lebih 5000 orang banjiri kedutaan US.

Bendera Palestin berkibar.
Bendera Palestin berkibar.

Antara ribuan yang hadir.
Antara ribuan yang hadir.

Kasut lambang kebaculan rejim Zionis.
Kasut lambang kebaculan rejim Zionis.

Simbolik mayat bayi di bawa.
Simbolik : Replika mayat bayi di bawa.

Hancur hancur Israel !
Hancur hancur Israel !


sumber foto : baithori

Categories
Foto/Video/Muzik

Apa komen Yahudi Anti Zionis tentang Gaza ?

Categories
Analisis

Mubarak perlu diajar !

oleh Maszlee Malek

Ramai yang terus mengutuk Israel…malah majoriti penduduk dunia, hatta penduduk AS yang kerajaan mereka menyokong penuh rejim tersebut. Pelbagai alasan tidak logik yang dikemukakan rejim Zionis di media-media barat tidak mendapat imbangan dari kenyataan di pihak Palestin sendiri. Malangnya, sudut yang terlindung di dalam siri ‘holocaust’ terhadap rakyat Gaza ini amat nyata. Rejim Husni Mubarak yang merupakan rakan utama Israel di dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dibiarkan sahaja.

Categories
Berita Semasa

Sumber Israel: Tembakan Katyusha dari Lubnan melanda Utara Israel.

Jumaat ,09/01/2009 – Tentera Israel berkata beberapa bedilan dari Lubnan telah mengenai sasaran di Nahariya dan Shlomi utara Israel berdekatan sempadan Lubnan yang mengakibatkan 5 orang Israel cedera. Hamas dan Hezbollah berkata mereka tidak terlibat dalam serangan ini.

Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk berlindung buat seketika waktu untuk langkah-langkah keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  juara786