Categories
Berita Semasa

Pelepasan Tentera Israel Bergantung Kepada Kebebasan Tahanan Palestin

Khamis, 21-10-2021 – Gerakan penentang Palestin, Hamas, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin bahawa mereka tidak akan berusaha untuk membebaskan tahanan Palestin di penjara Israel.

Kenyataan itu menandakan ulang tahun kesepuluh perjanjian pertukaran tahanan Wafa Al-Ahrar. Kumpulan itu menganggap pembebasan tahanan Palestin sebagai tugas agama, negara, dan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap Ketua Jawatankuasa Pemeliharaan Pemakaman Islam Al Quds

Khamis, 21-10-2021 – Pasukan penjajah Israel, Selasa (19/10) menangkap Mushtafa Abu Zahrah, ketua Jawatankuasa pemeliharaan pemakaman Islam di kota Al-Quds terjajah dan menggeledah beberapa rumah di kota Silwan serta memaksa sebahagian peniaga menutup kedai mereka.

Menurut sumber di Al-Quds, pasukan perisikan Israel menangkap Abu Zahrah dari kawasan Al-Mashrara dan membawanya ke salah satu pusat penyiasatan.

Pasukan Israel menyerbu kawasan kota Silwan, menurunkan bendera Palestin dan panji-panji faksi Palestin yang terpasang di kawasan tersebut.

Selain itu, kedai milik warga Palestin di situ diarah ditutup dengan cara paksa.

Kejahatan dan pelanggaran terus meningkat dilakukan oleh pasukan Israel dan kelompok Yahudi di sejumlah kawasan kota Al-Quds akhir-akhir ini. Ia selari dengan tindakan penggalian di kawasan pemakaman Yusufiyah serta meningkatnya pencerobohan terhadap Masjid al Aqsa oleh kelompok esktrimis Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel culik gadis Palestin, serang kanak-kanak

Khamis, 21-10-2021 – Polis Israel pada tengah hari hari Isnin telah menculik seorang gadis warganegara Palestin atas tuduhan berniat untuk melaksanakan operasi menikam dengan pisau berdekatan penempatan haram di utara Baitulmuqaddis.

Polis Israel mendakwa gadis Palestin itu menghampiri pintu masuk utama ke penempatan Har Adar dan mengacukan pisau sebelum pihak tentera menjatuhkan dan menahannya.

Sumber Palestin mengatakan bahawa tentera Israel menahan seorang gadis yang tidak dikenal pasti selepas melepaskan tembakan ke arahnya, namun dia tidak cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi Rosakkan Tanah Palestin, Musnahkan Pokok Zaitun

Rabu, 20-10-2021 – Sekumpulan peneroka Yahudi merosakkan harta benda milik warga Palestin di bandar Marda, utara Salfit, di sebelah utara Tebing Barat pada Subuh hari Rabu.

Menurut sumber setempat, para peneroka menyelinap masuk ke kampung dan merosakkan tayar kenderaan milik mereka. Mereka juga menggunakan cat semburan untuk menulis slogan perkauman dan ancaman bunuh di dinding dan kereta.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Regim Zionis Israel merampas bot nelayan di perairan selatan Gaza

Rabu, 20-10-2021 – Pasukan tentera laut Regim Zionis Israel pada hari Selasa pagi merampas dengan kejam sebuah kapal nelayan Palestin semasa kehadirannya di luar pantai wilayah Rafah, di selatan Jalur Gaza yang terkepung.

Ketua pasukan nelayan, Nizar Ayyash mengatakan, kapal nelayan itu berada di tepi pantai Rafah ketika sebuah kapal perang Israel merampasnya, sambil menambah bahawa kapal itu telah digunakan oleh nelayan untuk tujuan navigasi dan pencahayaan pada waktu malam.

Ayyash menambah bahawa kapal tersebut adalah milik nelayan dari Rafah dan rampasan tersebut mengakibatkan nelayan palestin itu terhalang mata pencarian mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Enam tahanan Palestin mogok lapar

Rabu, 20-10-2021 – Enam tahanan Palestin meneruskan mogok lapar di penjara Israel bagi membantah penahanan tanpa bicara mereka, menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan.

Pemogok lapar paling lama ialah tahanan Kayed Fasfous, yang mogok lapar selama 90 hari bagi membantah penahanannya tanpa bicara, diikuti oleh Muqdad Qawasmeh (83 hari), Alaa Aaraj (66 hari), Hesham Abu Hawwash (57 hari), Rayeq Besharat (52 hari), dan Shadi Abu Akr (49).

Hasan Abed Rabbo, peguam suruhanjaya itu berkata, keadaan kesihatan Kayed al-Fasfous, yang dirawat di Pusat Perubatan Barzilai Israel, semakin teruk dan juga telah kehilangan 30 kg.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penjajah Israel Meneruskan Penggeledahan dan Penangkapan Di Tebing Barat

Rabu, 20-10-2021 – Pasukan penjajah Israel, Rabu (13/10) melancarkan penggeledahan dan penangkapan di sejumlah kawasan berbeza di Tebing Barat.Salah satunya penggeledahan rumah calon anggota legislatif dari kumpulan Al-Quds.

Di Nablus, pasukan Israel menangkap seorang pemuda, Murad Khidir dari kota Beita dan bekas tawanan Musa Doglas dari kota Barqah utara.

Di Qalqilia, pasukan Israel menggeledah rumah calon legislatif Yasir Hamad serta menyita 1300 shekel dan sebuah kenderaan milik putera sulungnya.

Dalam masa yang sama, pasukan Israel menggeledah rumah bekas tawanan Muhsin Sharim dan Yasir Hamad dari kota Qalqilia, serta menyelongkar dan merosakkan perabotannya.

Di Betlehem, pasukan Israel menangkap Ahmad Mohammad Nashr (28), Ahid Yusuf Husain Shomali (22) dari kota Bet Sahur, Betlehem timur, Mahmud Ali Mahmud Dauri (17) dan Qusay Musa Nauri (17) dari kawasan Nawaura timur.

Di Ramallah, pasukan Israel menangkap Yanal Haisham Hamid dari kota Silwan Utara, Ramallah timur.

Di Hebron, pasukan Israel menangkap Mohamad Rafan Shalibi dari kota Bet Amar, Hebron utara.

Penangkapan terus berterusan hampir setiap hari, di sejumlah kawasan berbeza di Tebing Barat dan Al-Quds terjajah. Zionis Israel menyasar dan merosakkan rumah-rumah warga awam.

Biro media Hamas di Tebing Barat mencatatkan pelanggaran yang dilakukan penjajah Israel sepanjang September lalu, mencapai 2694 kes, meningkat 40% dibandingkan September 2020 lalu.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Penahanan terbaru Rejim Israel di Tebing Barat, Baitulmuqaddis

Rabu, 20-10-2021 – Rejim Israel pada pagi hari Rabu lepas melaksanakan serbuan berskala besar dan gerakan penahanan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis  

Dua orang pemuda ditahan di Nablus termasuk seorang bekas tahanan, menurut sumber tempatan. Seorang calon pilihan raya tempatan Baitulmuqaddis turut ditahan selepas rejim Israel secara ganas menyerbu rumahnya di Qalqiya, merampas keretanya dan wang tunai berjumlah 1,300 shekels.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan warga Emiriah menormalkan tindakan mencerobohi dataran Aqsa

Khamis, 14-10-2021 – Sekumpulan warga Emiriah menyerbu Masjid Aqsa pada pagi Isnin dengan dikawal polis. Menurut sumber tempatan, mereka diiringi oleh polis ketika memasuki masjid menerusi Pintu Huta, berkeliaran di dataran dan keluar menerusi pintu al-Asbat.

Pada masa yang sama, lebih 130 pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa dan menceroboh datarannya dengan perlindungan polis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Cedera Terkena Tembakan Zionis di Tebing Barat

Khamis, 14-10-2021 – Seorang pemuda Palestin cedera pada waktu subuh hari Selasa lalu ketika pasukan rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya di bandar Tamun, selatan Tubas di Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu Quds Press bahawa sejumlah besar tentera Israel telah menyerbu kota Tamun, dan bertempur dengan pemuda-pemuda tempatan.

Mereka menambah bahawa Zionis telah melepaskan peluru hidup ke arah pemuda-pemuda tersebut, lantas mencederakan salah seorang dari mereka di kakinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Haram Masuk Al-Aqsa, Buat Ritual Senyap

Khamis, 14-10-2021 – Puluhan peneroka haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari Selasa pagi di bawah perlindungan polis yang ketat.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa para peneroka haram menerobos lokasi tersebut melalui Pintu Al-Mughrabi, barat daya Masjid, dan melakukan “tiual ibadah yahudi secara senyap di halaman Al-Aqsa.

Jentolak pendudukan Israel telah merobohkan sebahagian perkuburan Yusufiya yang bersejarah di Masjid al-Aqsa timur beberapa hari lalu yang mencetuskan konfrontasi yang ganas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

PRC desak PBB siasat semula pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila

Khamis, 14-10-2021 – Pusat Pemulangan Palestin (PRC) telah mendesak PBB untuk membuka semula fail pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila 1982, melakukan siasatan terperinci ke atasnya, dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab di mahkamah khas antarabangsa.

Perkara ini hadir bersama satu laporan yang diserahkan baru-baru ini kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan pembunuhan beramai-ramai itu yang berlaku di Beirut 39 tahun lepas, apabila tentera militia sekutu Israel menyerbu kem pelarian Sabra dan Shatila di barat Beirut dan membunuh 3,500 orang kebanyakannya warga Palestin.
Menurut PRC, laporan berkenaan telah ditambah ke dalam arkib rasmi UNHRC di bawah kod rujukan A_HRC_48_NGO_68-EN.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Enam Tahanan Palestin Mogok Lapar

Khamis, 14-10-2021 – Enam tahanan Palestin meneruskan mogok lapar di penjara Israel sebagai protes terhadap penahanan mereka, menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan. Tempoh mogok lapar terpanjang adalah oleh tahanan Kayed Fasfous, yang melakukan mogok lapar selama 90 hari sebagai tunjuk perasaan atas penahanannya tanpa tuduhan atau perbicaraan, diikuti oleh Muqdad Qawasmeh (83 hari), Alaa Aaraj (66 hari), Hesham Abu Hawwash (57 hari), Rayeq Besharat (52 hari), dan Shadi Abu Akr (49 hari).

Hasan Abed Rabbo, peguam Suruhanjaya berkata, keadaan kesihatan Kayed al-Fasfous yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Barzilai Israel merosot dengan ketara berikutan penurunan berat badannya sebanyak 30 kilogram.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Rosakkan Kenderaan Penduduk Palestin Berhampiran Beit Iksa

Rabu, 13-10-2021 – Pada hari Sabtu lalu segerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis telah merosakkan sejumlah kenderaan milik penduduk Palestin berhampiran perkampungan Beit Iksa, barat laut Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Menurut sumber tempatan, peneroka haram dari Har Harmmm memecah tingkap beberapa kereta penduduk Palestin yang diletak di kawasan berhampiran.

Sumber tersebut menjelaskan bahawa pemilik terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kawasan berhampiran Har Shmuel setelah pasukan polis Israel menutup jalan menuju ke Beit Iksa.

Ini bukan kali pertama para peneroka haram menyerang kenderaan warga Palestin dari Beit Iksa.Beberapa bulan yang lalu, mereka membakar dan mensabotaj banyak kereta milik penduduk tempatan di kawasan yang sama.

Kira-kira 2,000 orang Palestin tinggal di Beit Iksa dan mereka benar-benar terpisah di belakang tembok pemisahan Israel. Mereka terdedah kepada gangguan dan keganasan secara sistematik oleh peneroka haram dan pihak tentera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Usaha Israel untuk cuba memecahkan Aqsa akan menerima kesan buruk

Rabu, 13-10-2021 – Gerakan Hamas memberi amaran terhadap sebarang usaha untuk memecahkan Masjid Aqsa akan memberikan kesan buruk kepada rejim.

Ia disebut dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Hamas pada ulang tahun ke 31 peristiwa pembunuhan di Aqsa yang berlaku pada tahun 1990.

“Hari ini, kami menyaksikan usaha berterusan oleh kumpulan kuil untuk mengulang sejarah dengan mencemarkan Masjid Aqsa dan kesuciannya dengan perlindungan rejim,” kata Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati