Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel Serah Notis kepada MP Salhab

Jumaat, 17/12/2010 – MP Hamas Dr Azzam Salhab mengatakan pada hari Rabu bahawa tentera Zionis Israel mengendalikan pos pemeriksaan di pintu masuk ke Masjid Ibrahimi di pusat bandar Al-Khalil menahannya sebelum memasuki masjid bersama isteri dan anak-anak.

Dia menambah dalam satu kenyataan bahawa tentera zionis menahannya sebentar sebelum membenarkan dia untuk masuk tetapi menyerahkan notis selepas keluar dari masjid untuk bertemu dengan seorang pegawai perisikan pada tarikh 22 Disember.

Ahli parlimen itu dibebaskan dari tahanan Israel hanya empat bulan yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kenyataan Pertemuan Terakhir Tidak Berasas

Jumaat, 17/12/2010 – Pemimpin Gerakan Hamas Dr. Shalah Bardawil menegaskan bahawa apa yang dinyatakan gerakan Fatah berkenaan pertemuan yang akan diadakan akhir bulan Disember ini sebagai pertemuan terakhir antara kedua belah pihak adalah pernyataan yang tidak berasas. Beliau menegaskan bahawa pertemuan terakhir adalah yang menghasilkan kesepakatan dan kesefahaman antara kedua belah pihak.

Dalam satu kenyataan kepada wartawan Infopalestina, Rabu (15/12), Bardawil mengatakan, “Komunikasi yang diadakan dengan gerakan Fatah menghasilkan persetujuan untuk mengadakan pertemuan akhir bulan ini. Namun sehingga kini belum ada kepastian waktunya untuk pertemuan itu.”

Bardawil meminta gerakan Fatah memberi komitmen dengan persyaratan nasional, menghentikan kerjasama keamanan dengan penjajah dan berhenti membantu penjajah. Beliau menegaskan bahawa masalah ini adalah masalah fundalmental yang harus direalisasikan.

Pertemuan Hamas dan Fatah pada akhir bulan Disember ini akan membincangkan isu keamanan. Ini kerana ia adalah isu yang tergantung dan merupakan perkara prioriti dalam diskusi dan pembahasan. Beliau menyatakan bahawa gerakan Fatah dalam pertemuan terakhir tidak berbincang secara logik, seolah-olah tidak melihat bahawa gerakan Hamas adalah gerakan Palestin terbesar yang mempunyai peranan dalam pembentukan kuasa keamanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hindi: Media Massa menghadiri ulang tahun Hamas menyatakan sokongan tegas untuk berlawan

Jumaat, 17/12/2010 – Dr Mohammed Al-Hindi, ahli biro politik Jihad Islam, menyeru untuk menghentikan proses perundingan dengan Israel selepas kegagalan terbukti dalam usaha untuk penyepaduan kebangsaan.

Bercakap kepada rapat umum Hamas yang diadakan secara besar-besaran pada hari ulang tahun penubuhan di Gaza pada hari Selasa atas nama pasukan kebangsaan dan Islam, nama Hindi disebut untuk membentuk kesatuan kepimpinan nasional untuk semua golongan. Ini adalah untuk menentukan langkah-langkah politik masa depan.

Dia mengatakan bahawa kehadiran media massa dalam upacara Hamas adalah penunjuk yang jelas untuk memilih sokongan untuk berlawan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pasukan rejim Zionis Menyerbu Rumah Ahli Parlimen Halaika

Khamis, 16/12/2010 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menyerbu rumah ahli parlimen Samira al-Halaika di Pekan Shuyukh, daerah al-Khalil pada tengah hari Selasa, kata ahli parlimen itu.

Dia menambah bahawa empat kenderaan IOF berhenti di hadapan rumahnya dan memanggilnya bersama anaknya, Osama dan seorang tentera memberitahunya bahawa mereka datang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya.

Penggubal undang-undang itu berkata bahawa dia menolak ucapan itu dan berkata tidak ada perayaan pada hari itu dan menambah bahawa itu satu tindakan provokatif di jalan awam.

Dia memberitahu bahawa askar itu meletakkan penghalang di depan rumahnya dan memberhentikan sepuluh kereta dan menyoal semua yang berada di dalam kereta itu.

Pegawai keselamatan di Ramallah pada Isnin dan Selasa memanggil ratusan penduduk Palestin di al-Khalil termasuk suami ahli parlimen bersempena ulangtahun penubuhan ke-23 HAMAS. Anaknya Anas, masih di dalam tahanan IOF untuk hari ke 34 di pusat soal siasat Jalama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Hamas campur tangan untuk memperbetulkan PLO

Khamis, 16/12/2010 – Di hadapan ratusan ribu warga Palestin di Al-Kateeba Al-Khadra, Gaza sempena ulangtahun ke 23 Hamas, Perdana Menteri Semenanjung Gaza, Ismail Haneyya berkata, rundingan damai merupakan satu pilihan strategik dalam usaha membawa PLO kembali ke jalan asalnya.

Haneyya berkata Gaza tidak tergugat dengan ugutan Israel untuk mencetuskan perang akhir-akhir ini. “Kami takut kepada Allah sahaja, namun ugutan mereka ini kami iambil serius”.

Haneyya menyatakan penghormatan kepada Raed Salah yang telah dibebaskan setelah berada di dalam tahanan Israel selama 5 bulan. Penghormatan juga ditujukan kepada Abu Teir, seorang pegawai di Baitulmaqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Kerajaan Haram Israel memusnahkan rumah warga Baitulmaqdis, menyokong pembangunan 24 unit rumah Yahudi

Khamis, 16/12/2010 – Tentera Israel memusnahkan sebuah rumah warga Palestin di pinggiran kota Al-Amoud Ras di Baitulmuqaddis berdekatan bandar Silwn, pada Selasa lalu dengan alasan tiada permit.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa sekumpulan besar pasukan keselamatan mengawal pasukan tentera Israel tersebut, dan menambah bahawa mereka mengelilingi daerah tersebut dan menyekat laluan masuk dan keluar sebelum perumahan itu dimusnahkan.

Anggota keluarga warga Baitulmaqdis terpaksa berhadapan dengan pasukan keselamatan, yang bertindak kejam ke atas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kadema Minta Netanyahu Disiasat Atas Kes Rasuah

Khamis, 16/12/2010 – Parti Kadema sebagai parti pembangkang dalam pemerintahan Zionis meminta perdana menteri Israel, Benyamin Netanyahu disiasat atas kemungkinannya terlibat dalam kes rasuah dengan salah seorang anggota Knesset di parlimen Israel, Urey Ariel. Namun Kadema tidak menyokong usul pembentukan kumpulan penyiasat rasmi (TPF), berkaitan insiden kebakaran Karmel.

Ketua jawatankuasa urusan pengawasan negara di parlimen, Yoil Hasun dari parti Kadema mengatakan, pihaknya telah mengirimkan surat kepada peguam negara untuk menyiasat Netanyahu berkaitan isu dana bernilai 22 juta shekel untuk memperbaiki sekolah agama di bawah badan keagamaan nasional Israel, sebagai imbalan atas meluluskan keputusan pembentukan jawatankuasa pemeriksaan terhadap insiden Karmel yang melibatkan 43 warga Zionis terbunuh.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Regim Israel meluluskan undang-undang menolak kunjungan peguam tahanan selama setahun selepas penangkapan

Rabu , 15/12/2010 – Jabatan perundangan Israel meluluskan rang undang-undang baru yang akan menolak hak tahanan Palestin dari dilawat oleh peguam mereka selama setahun selepas penangkapan. Ia bertujuan untuk memperketat sekatan terhadap para banduan itu.

Undang-undang yang diperbaharui itu memberi kuasa kepada mahkamah Regim Israel untuk melarang tahanan Palestin dari lawatan oleh wakil undang-undang mereka selama satu tahun penuh sedangkan undang-undang yang sedia ada hanya memberi sekatan selama tiga minggu sahaja.

Menteri Keselamatan Internal Israel Yitzhak Aharonovich membawa senarai hujah untuk meyakinkan jawatankuasa perundangan Knesset untuk menyokong undang-undang yang sangat tidak masuk akal itu. Draft itu telah berkuat kuasa sebaik sahaja ia diluluskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Teater Qubatus Sakhrah dan Al Quds warnai ulang tahun HAMAS ke-23

Rabu , 15/12/2010 – HAMAS membina teater yang berlatarbelakangkan masjid Qubbatus Sakhrak dan al-Quds dalam meraikan ulang tahun ke-23 penubuhan HAMAS. Teater itu di bina di atas kawasan Katibatul Khadra. Seluruh kawasan qubbatus sakhrak dan al-Quds di awasi oleh Zionis-Israel.

Teater seluas 600m persegi mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. HAMAS mengukuhkan janji mereka dengan slogan “Kami tetap setia dengan janji kami”.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Lancar Intifadhah Kubur Untuk Lindungi Ancaman Penyitaan

Rabu , 15/12/2010 – Ketua Jawatankuasa Rakyat Palestin, Azmi Shuyukhi, mendeklarasikan pelancaran Intifadhah Kubur untuk membela wilayah yang terancam disita dan dijadikan penempatan Yahudi. Azmi menegaskan pentingnya membela wilayah Palestin dengan apa cara yang boleh untuk melawan pembukaan penempatan Yahudi.

Shuyukhi menyeru seluruh Jawatankuasa Rakyat di semua daerah Tebing Barat dan Al Quds untuk menggerakkan pembelaan terhadap wilayah yang terancam termasuk kawasan perkuburan.

Dalam pernyataannya, Isnin (13/12) Shayukhi menegaskan pentingnya melawan tindakan memusnahkan rumah dan penyitaan tanah serta pembukaan penempatan baru Yahudi. Seluruh penduduk perlu berusaha membela tanah dari dirampas Israel dan pemukim Yahudi, dengan memperluas bangunan, kembali tinggal di wilayah yang terancam disita serta dapat menguburkan mayat di wilayah tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Haaretz: Pembinaan Haram Aktif di semua Penempatan Yahudi Sejak Pembekuan Tamat

Rabu , 15/12/2010 – Akhbar Haaretz berkata pada Isnn bahawa sejak penamatan pembekuan ke atas pembinaan penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang ditawan, dan penyambungan aktiviti pembinaan pada September lepas, terdapat banyak pembinaan haram di semua penempatan.

Akhbar itu menambah bahawa pergerakan Zionis yag digelar Amana, bekerjasama dengan Majlis Yesha untuk komuniti Yahudi, melakukan pembinaan haram ini untuk penempatan.

Ia menekankan bahawa penempatan Brochin berhampiran Baitul Laham, terdapat unit perumahan baru yang sedang dibina sebagai tambahan kepada 46 unit yang sudah dalam pembinaan sedang kerja pembinaan di penempatan Beit El dimulakan sebulan lalu untuk membina 20 unit perumahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Doha akan menganjurkan persidangan pertahanan

Rabu , 15/12/2010 – Persidangan Pertahanan Baitulmaqdis 2011 akan dilaksanakan di Doha, demikian menurut penyelarasnya Mohammed Subaih kepada media pada Isnin di Kaherah.

Lebih 400 peserta dari lebih 60 negara akan berkumpul pada akhir Januari untuk membincangkan status kedudukan Baitulmaqdis dan cara-cara mempertahankan kota suci itu daripada pendudukan Israel.

Beberapa ahli daripada Liga Arab akan bertemu dengan para pegawai di Qatar pada 21 Disember bagi membuat persiapan untuk program 3 hari itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Barak: Jerusalem mesti dibahagikan, Yahudi golongan majoriti

Rabu , 15/12/2010 – Menteri Pertahanan rejim Zionis, Ehud Barak menggesa supaya wilayah jajahan, Jerusalem dibahagikan dengan majoriti adalah pendatang Yahudi bahagian barat kota itu serta kawasan-kawasan penempatan haram Yahudi sebagai wilayah autonomi rejim Zionis. Manakala kawasan kejiranan masyarakat Arab akan menjadi sebahagian daripada bakal negara Palestin.

Barak berkata demikian pada Jumaat lalu di Forum ke-7 Pusat Saban tentang Polisi Asia Tengah yang berlangsung di Washington. Katanya lagi, cadangannya untuk membahagikan Jerusalem sebenarnya telah dicadangkan oleh bekas Presiden AS, Bill Clinton pada tahun 2000.

Menteri Pertahanan rejim Zionis itu menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai pada masa depan yang akan dibuat antara rejim Zionis dan pihak-pihak Palestin mesti dinyatakan pengisytiharan bahawa konflik antara mereka telah berakhir dan kedua-dua belah pihak tidak boleh membuat sebarang tuntutan tambahan. Tambahnya lagi, pengurusan tahap keselamatan yang tinggi mesti dimasukkan dalam perjanjian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Menteri Kesihatan Gaza: 137 jenis ubat yang sangat diperlukan habis

Rabu , 15/12/2010 – Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Isnin lepas bahawa sebanyak 137 jenis ubat dan 150 jenis kelengkapan perubatan asas telah tiada lagi dalam simpanan di Gaza. Antara kelengkapan perubatan

tersebut ialah ubat yang digunakan untuk merawat pesakit kanser dan buah pinggang.

Pengarah Bahagian Farmasi kementerian itu menyeru Kementerian Kesihatan di Ramallah untuk meluluskan penghantaran ubat-ubatan ke Genting Gaza yang sekarang ini ditahan mereka. Hanya 37% kelengkapan perubatan yang diperlukan berjaya sampai ke Genting Gaza untuk tahun ini, katanya pengarah tersebut.

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Kesihatan di Gaza iaitu Ahmed Al-Ashi menyelar sekatan oleh rejim Zionis yang telah berlangsung selama 4 tahun sehingga menyebabkan situasi kritikal ini. Rejim Zionis telah menyekat semua bantuan perubatan yang diperlukan segera serta bantuan kemanusiaan daripada memasuki Genting Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel pindahkan pemimpin Hamas ke penjara Ramon

Rabu , 15/12/2010 – Setelah menghabiskan enam tahun terakhir dalam penjara, pihak berkuasa penjara Israel telah memindahkan tokoh terkemuka Hamas, Jamal Abul Haija Isnin lalu dari Ramle ke penjara Ramon di selatan Palestin, kata pusat hak asasi ahanan Ahrar .

Abu Al Haija baru-baru ini ,mengadakan mogok lapar selama seminggu, tapi berakhir ketika beliau dijanjikan untuk dibebaskan dari penjara isolasi dan lawatan keluarganya dibenarkan, menurut pengarah pusat Ahrar melalui Fuad Al Khafsh.

Abul Haija telah berada di penjara isolasi selama enam tahun dan dalam tahanan Israel selama lapan tahun. Beliau telah dinafikan hak lawatan keluarga atas alasan keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz