Categories
Berita Semasa

Sabri : Pengusiran Perwakilan al-Quds adalah permulaan kepada dasar Penghijrahan

Rabu, 23/06/2010 – Pengerusi Hal Ehwal Islam dan Khatib Masjid al-Aqsa, Syeikh Sabri menganggapkan keputusan pasukan penjajah Zionis mengusir Perwakilan Penduduk dari bandar Baitulmaqdis, sebagai langkah permulaan kepada dasar penghijrahan yg merupakan pelaksanakan kepada resolusi ketenteraan (1195) yang zalim.

Dia berkata “Jika pasukan penjajah berjaya dalam pelaksanaan resolusi ini, serta mengusir empat tokoh, ianya akan diikuti dengan langkah-langkah penghijrahan yang lain, seperti yang telah didedahkan oleh media baru-baru ini tentang kewujudan senarai 300 tokoh Baitulmaqdis, dengan matlamat untuk mengusir mereka dari kota al-Quds dan merampas kad pengenalan mereka,” dengan menegaskan lagi “bahawa kewarganegaraan (Palestin) adalah hak syar`ie yg suci dari Allah tuhan semesta alam dan bukannya dari kerajaan penjajah zionis ataupun dari mana-mana pihak berkuasa yg lain”.

Di sisi lain, Syeikh Sabri membuat kenyataan kepada (media)” Pusat Maklumat Palestin ” bahawa Keputusan kerajaan Zionis untuk membina 1600 penempatan baru (mereka) di Baitulmaqdis, adalah menunjukkan bahawa kerajaan Zionis, akan meneruskan dasar penempatan (mereka), dan tidak peduli kepada semua tekanan yang memerintahkan untuk membekukan kegiatan penempatan, dan menegaskan (lagi) bahawa pihak berkuasa Zionis tidak peduli terhadap rundingan damai atau tidak peduli terhadap proses keselamatan yg adil, dan ini menyebabkan ketegangan berterusan di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Mitchell akan berjumpa Barak pada Khamis ini

Selasa, 22/06/2010 – Sumber Israel memaklumkan bahawa Diplomat Amerika ke Timur Tengah, George Mitchell akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan kerajaan haram Zionis, Ehud Barak dan beberapa pegawai rejim Zionis pada Khamis ini.

Mitchell akan tiba di negara itu pada malam Rabu untuk memulakan rundingan baru dengan pegawai-pegawai rejim Zionis, bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan beberapa orang pegawai Palestin sebelum menuju ke Mesir. Jurucakap Menteri Luar kerajaan haram Zionis memaklumkan bahawa Mitchell akan cuba membawa rundingan damai antara rejim Zionis dan Palestin setapak maju ke hadapan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Abbas kepada diplomat AS : Kepungan mesti dihentikan

Selasa, 22/06/2010 – Bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat lepas memberitahu diplomat AS, George Mitchell bahawa AS mesti memberi tekanan kepada rejim Zionis untuk menghentikan kepungan ke atas Semenanjung Gaza.

“(Bekas) Presiden Abbas menekankan dalam mesyuarat itu betapa pentingnya usaha AS diteruskan untuk menghentikan kepungan ke Gaza,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada wartawan AP selepas perjumpaan yang diadakan di Ramallah. Ramallah merupakan pusat pentadbiran Fatah di Tebing Barat yang dijajah Zionis.

Beliau menegaskan bahawa dengan menghentikan kepungan itu, rundingan damai antara rejim Zionis dan Palestin akan membuka lembaran baru yang lebih baik. Rundingan itu telah terhenti sejak rejim Zionis menyerang Gaza selama 22 hari berturut-turut sejak Disember 2008.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Terdesak Mencari rekrut, Warga Asing Jadi Sasaran

Selasa, 22/06/2010 – Ia dahulunya kibbutz, imej-imej kutip buah-buahan dan kehidupan bersama yang menarik ramai sukarelawan Yahudi ke Israel. Sekarang ramai yang mencari suatu jenis perkhidmatan yang berbeza, iaitu yang melibatkan persediaan/senaman sebelum subuh, satu dos kem latihan dan kemungkinan beberapa tindakan barisan hadapan.

Satu organisasi baru giat mengambil beberapa orang Yahudi yang bukan warga Israel, kebanyakannya daripada Amerika, untuk berkhidmat dalam tentera Israel lantaran ia menghadapi ancaman-ancaman pada pelbagai barisan hadapan dalam sebuah rantau yang sebahagian besarnya bermusuh dengannya..

“Kami merasakan bahawa Israel berjuang untuk hidupnya, ” kata Jay Schultz, pengarah eksekutif Aish Malach, sebuah badan Israel yang baru ditubuhkan untuk membantu mendaftarkan warga asing yang berminat. Untuk ramai orang, katanya, “ini merupakan langkah/perkara yang betul pada masa yang sesuai.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : yusra

Categories
Berita Semasa

Mengurangkan Pengepungan Gaza: Penipuan dan Tidak Dapat Diterima

Selasa, 22/06/2010 – Pada 17 Jun, Pengarang Haaretz; Barak Ravid dan Tajuk Utama Reuters, “Israel akan mengurangkan kepungan terhadap tanah Gaza, berkata:

“Kabinet Pertahanan Israel bersetuju untuk mengurangkan kepungan di Genting Gaza pada hari Khamis, susulan kepada serangan ganas terhadap bantuan kemanusian flotilla yang terikat kepada penguasaan Hamas.” Dan sebetulnya, ia adalah kerjajaan yang sah.

Satu kenyataan rasmi menyebut:

Kabinet Keselamatan telah mengadakan perbincangan secara menyeluruh selama dua hari yang lepas tentang penyesuian pada polisi Israel terhadap Gaza. Ia bersetuju untuk:

* Liberisasikan sistem yang mana harta benda awam dibenarkan memasuki Gaza.

* Mengembangkan kemasukan bahan untuk projek-projek awam di bawah penyeliaan antarabangsa.

* Meneruskan prosedur keselamatan sedia ada untuk menghalang kemasukan senjata atau bahan-bahan peperangan.

* Kabinet akan menentukan langkah-langkah tambahan untuk menambah baik polisi ini pada masa-masa hadapan.

* Israel menyasarkan komuniti antarabangsa akan berusaha untuk membebaskan Gilad Shalit, tentera Israel yang ditawan pada 25 Jun 2006 berhampiran Kerem Shalom, di tenggara Rafah – satu tentera berbanding ribuan orang awam Palestin, yang ditawan oleh Israel di bawah keadaan yang sangat teruk, termasuk seksaan dan perlakuan kejam yang lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  Faizul

Categories
Berita Semasa

Presiden Mubarak Bertemu Mitchell

Selasa, 22/06/2010 – George Mitchell, Utusan Khas Amerika Syarikat untuk Timur Tengah, bertemu pada hari Sabtu dengan Presiden Mesir Mohammad Hosni Mubarak di Mesir, sebagai sebahagian daripada kunjungannya ke wilayah yang merangkumi Israel, Jordan dan Palestin.

Mereka membincangkan dalam pertemuan mereka usaha-usaha untuk menghidupkan kembali rundingan tidak langsung antara Palestin dan Israel, untuk mencapai penyelesaian antara dua negara, dan menghapuskan pengepungan di Gaza. Mitchell berkata kepada Mubarak hasil perbincangan dengan Israel dan Palestin, menunjukkan kepastian Presiden Palestin pada keperluan untuk mengangkat pengepungan yang dikenakan Israel di Jalur Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Jerman mengecam sekatan ke atas menterinya ke Gaza.

Selasa, 22/06/2010 – Negara Jerman telah membidas tindakan Israel yang menghalang Dirk Niebel (gambar), Menteri Pembangunan Jerman dari memasuki Semenanjung Gaza. Menteri tersebut telah merancang untuk berjumpa dengan pelarian palestin di Gaza semasa lawatan beliau ke kawasan bergolak itu.

Menurut Niebel, lawatannya ke Gaza tidak patut dihalang kerana ia boleh memberikan gambaran kepada masyarakat dunia bahawa Israel telah menukar strategi politiknya ke atas permasaalahan di Gaza.

Niebel telah merancang untuk melawat wilayah Palestin yang dikuasai oleh Hamas untuk berjumpa dengan pekerja bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sana.

Sementara itu di Jerman, Guido Westerwelle, Menteri Luar Jerman telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jerman kesal dengan keputusan pihak berkuasa Israel yang menghalang kemasukan menterinya ke Gaza. Selain itu, Jerman juga menegaskan bahawa ia dan negara-negara Kesatuan Eropah mahu melihat sekatan ke atas Gaza itu dihentikan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Kapal Khas Wanita Ke Gaza Dalam Waktu Terdekat

Selasa, 22/06/2010 – Sebuah pertubuhan wanita untuk pembebasan Gaza bekerjasama dengan gerakan Eropah Campaign bertekad akan mengirimkan kapal khas perempuan ke Gaza dalam waktu terdekat ini. Ia adalah sebahagian dari usaha untuk membantu 1.5 juta rakyat Gaza yang sedang terkepung di sana.

Dalam pernyataannya, Ahad (20/6) kepada wartawan Shafa, pertubuhan wanita ini menyeru semua wanita di dunia untuk menolak sekatan zalim dan bergabung bersama usaha mereka.Mereka juga menyeru agar golongan wantita membuang tanggapan bahawa sejarah kewanitaan di dunia yang umumnya pasif, kepada bergerak aktif semaksimum mungkin untuk menyokong kapal bantuan kemanusiaan tersebut.

Mereka menyatakan kebersamaan dengan wanita-wanita Gaza, para tawanan wanita dan semua yang teraniaya di seluruh pelosok negeri. Pertubuhan ini meminta semua wanita yang ingin bergabung dengan kapal ini memberi sumbangan dan mewar-warkan usaha tersebut serta mendorong semua pihak untuk bergabung dalam gerakan tersebut.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Fatah memang berazam mahu ambil tindakan ketenteraan terhadap HAMAS

Selasa, 22/06/2010 – Penganalisis politik, Hani al-Misri  (gambar) dalam satu sidang akhbar mengenai ‘Media Palestin dan peranannya menperdalamkan perpecahan Palestin’ di Ramallah, pada hari Sabtu (19/6) mendedahkan: “bahawa beberapa orang pegawai tinggi Fatah memberitahunya bahawa Fatah berazam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap HAMAS di Genting Gaza sebelum serangan ketenteraan dilancarkan beberapa bulan pada tahun 2007.

Beliau menambah: “Mereka juga berkata kepada saya, tunggulah sehingga bulan Julai atau September, kami akan memperlihatkannya kepada kamu.” Beliau seterusnya berkata: “Tetapi HAMAS telah mendahului mereka dalam hal tersebut.”

Kenyataan tersebut dibuat ketika perbincangan tentang istilah ‘tindakan penyelesaian ketenteraan’ yang digunakan HAMAS terhadap kejadian yang berlaku pada pertengahan tahun 2007 itu, manakala Fatah pula menggunakan istilah ‘rampasan kuasa’ yang dilakukan HAMAS terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merobohkan rumah di Jerusalem.

Selasa, 22/06/2010 – Pekerja dari bandar Baitulmuqaddis dan pegawai Polis Sempadan Israel telah menceroboh masuk ke beberapa buah rumah yang dimiliki keluarga Salah di Beit Safafa, Baitulmuqaddis Timur Khamis lalu dan menyerahkan perintah untuk memusnahkan rumah-rumah tersebut.

Pesanan tersebut ditujukan kepada Ismail Ali Salah, saudaranya Mahmoud, Mohammad Salah dan Tahani Mohammad Suleiman. Ismail Salah menyatakan bahawa pekerja bandar dan tentera Israel masuk ke rumahnya pada Khamis pagi dan berkata kepada keluarganya yang mereka harus pindah ke “Ramallah ataupun Hebron”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel mencederakan seorang pejuang Palestin

Isnin, 21/06/2010 – Menurut saksi dan pegawai perubatan, seorang pejuang Palestin telah mengalami kecederaan apabila kereta kebal tentera Israel menembak kedudukan mereka di semenanjung Gaza.

Kejadian itu berlaku di kawasan di mana pejuang Palestin pernah melalukan serangan ke atas Israel sebanyak dua kali bulan lepas. Jurucakap tentera Israel dilaporkan berkata pihak tentera telah melepaskan beberapa tembakan ke arah pejuang Palestin yang disyaki sedang memasang bahan letupan di pagar sempadan.

Sempadan Gaza kebiasaanya sudah kembali tenang sejak serangan ganas tentera rejim ke atas Gaza pada January 2009. Walau bagaimanapun, sekali-sekala terdapat kejadian pertempuran kecil di kawasan sempadan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Syria menyatakan serangan Israel telah meningkatkan risiko peperangan

Isnin, 21/06/2010 – Presiden Syria Bashar al-Assad dipetik sebagai berkata didalam satu temubual yang disiarkan pada hari Khamis, kerajaan “pyromania” Israel telah meningkatkan risiko peperangan serantau selepas serangan terhadap flotilla bantuan Gaza.

Serangan pada 31 Mei yang membunuh 9 aktivis Turki “telah memusnahkan peluang untuk berdamai pada masa hadapan”, Assad menyatakan dalam sesi temubual bersama BBC. Beliau juga berkata kejadian tersebut telah “membuktikan bahawa kerajaan Israel adalah satu lagi kerajaan pyromania dan kamu tidak akan mencapai keamanan dengan kerajaan seperti ini.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  rahina

Categories
Berita Semasa

Israel mengurangkan sekatan di Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Israel akan megurangkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza hari ini, sebagai usaha untuk meredakan penyebaran kritikan antarabangsa selepas berlakunya pembunuhan semasa serangan ke atas flotilla oleh komando Israel.

Menteri-menteri kabinet mengadakan menyuarat untuk menghadkan dan menyenarai pendek barang-barang keperluan, seperti simen dan besi, dimana Israel menyatakan militan-militan akan menggunakan barang-barang tersebut untuk menentang wilayah Yahudi. Walaubagaimanapun,sebagaimana yang telah dilaporkan, barang keperluan tersebut akan dibenarkan dibawa masuk tetapi ke tempat yang belum diketahui dibawah pengurusan Bangsa-bangsa Bersatu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Categories
Berita Semasa

Protes terhadap kekejaman Flotilla berterusan di Ireland

Isnin, 21/06/2010 – Pada awal pagi Isnin, 14 Jun, Pergerakan Anti Peperangan Ireland telah cuba untuk membuat sekatan di Kedutaan Israel di Dublin. Ini adalah cubaan kali ketiga sejak pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara, di mana cubaan kali pertama telah berjaya menutup kedutaan tersebut pada 4 Jun 2010.

Sebelum kedatangan para penunjuk perasaan pada hari Isnin, mereka telah dihalang oleh kehadiran pihak polis yang lengkap dengan penghadang bagi menutup laluan masuk ke kawasan Ballsbridge yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai. Walaubagaimanapun, penunjuk perasaan berjaya menyampaikan hasrat mereka dan terus melancarkan tunjuk perasaan di sekitar kawasan hadangan. Salah seorang tunjuk perasaan telah cuba melepasi hadangan namun pihak pengawal berjaya menangkapnya sebelum sempat tiba di pintu masuk kedutaan. Tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pihak polis Ireland masih mengekalkan bilangan yang ramai di Kedutaan Israel setiap hari atas keselamatan orang awam. Kerajaan Ireland melindungi kedutaan yang mana bertanggungjawab memalsukan passport Ireland beberapa bulan lalu dan telah digunakan dalam pembunuhan pegawai Hamas di Dubai. Kedutaan yang sama juga adalah kerajaan yang membunuh sekurang-kurangnya 9 aktivis keamanan Turki pada 31 Mei yang lepas dan mencederakan 50 yang lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Categories
Berita Semasa

Armada Kebebasan 2 Belayar ke Gaza Bulan Depan

Isnin, 21/06/2010 – Gabungan Armada Kebebasan mengatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk pelancaran “Armada Kebebasan 2”, yang akan belayar ke Jaluran Gaza pada pertengahan bulan depan (Julai) dan diharapkan tiba pantai Gaza beberapa hari selepas tarikh belayar.

Mazen Kahil, seorang ahli dari Kempen “Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza,” salah seorang pengasas gabungan armada kebebasan, mengatakan dalam sebuah sidang akhbar yang dilakukan oleh gabungan tersebut di Parlimen Eropah di Strasbourg: “Kami mempunyai banyak kapal sudah bersedia meninggalkan Eropah, dan kami berharap boleh berlayar menuju Jalur Gaza pada separuh kedua bulan Julai ini, “, tambahnya bahawa “Armada Kebebasan 2 ” ini akan lebih besar dari armada sebelumnya dengan jumlah aktivis keamanan dan bilangan kapal yang terlibat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen