Categories
Berita Semasa

Jordan tidak galakkan kunjung al-Quds melalui visa Israel

Selasa , 10/08/2010 – Beberapa organisasi di Jordan telah menyeru agar tidak masuk ke al-Quds melalui visa yang dikeluarkan oleh Zionis-Israel. Tidak kira sama ada rombongan itu untuk ibadah atau melancong. Mereka tidak menggalakan kerana ini hanya menguntungkan Zionis-Israel. Zionis-Israel juga telah mendapat semacam pengiktirafan dari sejumlah negara kerana mendapat rekomendasi dari negara yang berurusan untuk visa. Selain itu, terdapat galakkan dari agensi pelancongan yang menguruskan rakyat Jordan untuk mengunjungi al-Aqsa di bulan Ramadhan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Abbas Setuju Memperlahankan Suara Azan

Selasa , 10/08/2010 – Akhbar Yedeot Aharonot menyiarkan berita berkenaan tindakan kementerian Wakaf kerajaan Abbas yang menerima permintaan Zionis agar memperlahankan suara azan di Tebing Barat.

Dalam terbitan Ahad (8/8) akhbar tersebut menyiarkan berkenaan pegawai urusan sivil Entiti Zionis yang diketuai, Yuve Mardakhoi, dalam beberapa hari terakhir telah melakukan pertemuan dengan beberapa orang menteri kerajaan Abbas.Sumber tersebut menambah, pihak pemerintah Israel telah berjaya mencapai kesepakatan untuk memperlahankan suara azan di Tebing Barat. Kesepakatan tersebut sudah direalisasikan di beberapa bandar dan penempatan di Tebing Barat. Kesepakatan ini meliputi memperlahankan suara azan, mengurangkan bilangan masjid yang boleh mengadakan solat jumaat, mengurangkan jumlah masjid yang boleh melakukan panggilan azan disamping menyekat pelaksanaan solat Jumaat dengan hanya boleh dilaksanakan di satu masjid pada setiap daerah.

Ketua jawatankuasa penempatan Israel, Istzak Shadami menyatakan, langkah tersebut sangat penting dan ia sudah dimulakan di wilayah mereka. Sementara itu, kerjasama keamanan terus berlangsung dan giat diusahakan antara pemerintahan Abbas dengan pihak keamanan Zionis termasuk menangkap para aktivis masjid dan Hamas serta para muazin dan orang-orang soleh.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Lagi penahanan di Nablus

Selasa , 10/08/2010 – Tentera Zionis Israel semlm telah menahan tiga penduduk Palestin di pos pemeriksaan tentera di pintu masuk kampung Boreen Eraq, selatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Tentera Zionis Israel (IOF) telah mengenakan sekatan di kampung itu pada waktu pagi dan menghalang pergerakan penduduk dari keluar masuk ke kampung itu, menurut Abed Al-Raheem Qados, ketua penduduk kampung itu. Beliau menambah IOF menahan tiga pemuda di pintu masuk kampung tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Aktivis “Miles of Smiles 2” akan Tiba di Gaza

Selasa , 10/08/2010 – Hal ini dijadualkan bahawa penyokong konvoi perubatan Eropah, “Miles tersenyum 2,” akan tiba di Gaza Sabtu malam, Ahmed Yousef, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan untuk Memecah Pengepungan berkata.

Para penyokong yang akan memasuki Jaluran Gaza tiba di bandar Al-Arish Mesir Jumaat, dalam perjalanan mereka melalui pengkalan Rafah untuk masuk ke Gaza yang dikepung. Penyelaras Media Konvoi Rashad Al-Baz mengatakan bahawa sekitar 45 penyokong datang dari pelbagai negara Eropah, di antaranya empat orang ahli parlimen Britain.

Jurucakap itu mengatakan sekitar 50 ambulans, ubat-ubatan, peralatan perubatan bernilai satu juta Euro itu akan dihantar ke Gaza yang merupakan sumbangan dari pelbagai agensi Eropah dan amal. Penganjur konvoi ini adalah Pertubuhan “Rakan Keamanan dan Pembangunan untuk Palestin di Eropah” , Al-Baz ditambah.  Konvoi “Miles of Smiles” yang pertama membawa 100 lori kecil sarat dengan bantuan perubatan dan hampir 260 kerusi roda di samping sejumlah ambulans, 102 kereta untuk pengangkutan orang-orang cacat dan komputer bagi sekolah untuk Gaza November lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel Membakar Pokok-Pokok di Sebelah Timur Hebron

Isnin ,  09/08/2010 – Penduduk Israel membakar kawasan pertanian di sebelah timur Bandar Hebron, Tebing Barat pada hari Khamis.

Saksi mata mengatakan, penduduk Israel menyebabkan kebakaran pada kawasan tanaman anggur tersebut sebagai tanda protes terhadap rejim Zionis kerana memindahkan mereka dari kawasan yang telah mereka rampas dua minggu lalu. Sumber yang sama menambah bahawa pertelingkahan berlaku antara para penduduk dan rejim Zionis yang mengakibatkan penahanan beberapa penduduk serta pemindahan mereka dari kawasan terbabit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Kembalikan Kapal Freedom Flotilla ke Turki

Isnin ,  09/08/2010 – Akhirnya Zionis-Israel terpaksa tunduk kepada tuntutan dunia dengan memulangkan kapal-kapal flotilla yang disita. Para pemilik kapal menolak sebarang perjanjian untuk tidak menggunakan kapal mereka kembalik ke Gaza. Kapal-kapal itu akan diserahkan di perairan antarabangsa.Kerajaan Turki telah menghantar 3 kapal tunda bagi membantu kepulangan kapa-kapal.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Panggung Jenin Hidup Semula

Isnin ,  09/08/2010 – Satu hari bersejarah bagi warga Palestin apabila setelah dua tahun bekerja, panggung Jenin, di utara Tebing Barat, dibuka untuk umum. Dibina pada tahun 1957, panggung itu mendapat respon yang cukup baik. Tidak lama selepas bermulanya Intifadhah Pertama Palestin panggung itu ditutup dan menjadi gelap. Selama 20 tahun panggung itu menunggu untuk diperbaiki, idea untuk membaikinya dicetuskan oleh Marcus Vetter, pengarah filem Jerman, ketika beliau melawat Jenin untuk membuat filem di sana dan bertanya-tanya mengapa tidak ada tempat untuk menayang gambar di bandar itu.

Filem arahan Vetter, Hati Jenin, menceritakan tentang Ismael Khatib, yang merupakan isi penting dalam filem tersebut. Khatib telah menyumbangkan organ-organ Ahmed untuk menyelamatkan enam orang anak Israel. Ahmad dibunuh oleh tentera Israel yang menyerang Jenin pada tahun 2005.

Filem ini memperkenalkan keluarga Khatib, filem ini menarik ramai penyokong, seperti Bianca Jagger, bekas ikon fesyen, dan hak asasi manusia yang tinggi profil pembelaannya. PM Palestin Salam Fayyad datang untuk membuka semula panggung wayang tesebut. Upacara pembukaan dilakukan di taman panggung, dan Hati Jenin ditayangkan. Filem Hati Jenin ini dibiayai dan disokong oleh kerajaan Jerman di samping dana dari Jerman dan Eropah.

Festival ini akan berlangsung selama dua hari lagi dengan aktiviti dan filem bagi memberi peluang kepada keluarga Palestin untuk menikmati panggung wayang.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Pintu sempadan Karem Abu Salem dibuka.

Isnin ,  09/08/2010 – Para pegawai rejim Zionis hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan bantuan bahan bakar dalam jumlah yang terhad ke Jalur Gaza. Sementara itu, persimpangan Al-Montar masih terus ditutup.

“Penjajah Israel akan membuka persimpangan Abu Salem untuk membolehkan kemasukan 230-240 van yang sarat dengan bantuan dan barangan untuk sektor industri dan pertanian”, kata Raed Fatouh, pegawai rasmi sempadan Palestin. Dia menambah bahawa mereka akan menyalurkan gas memasak serta bahan api dalam jumlah yang terhad setakat yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

Pihak berkuasa rejim Zionis  membenarkan hari Rabu sebagai hari untuk penghantaran 209 van yang sarat dengan bantuan dan barang-barang dan penyaluran 191 tan gas memasak serta 173,000 liter industri solar. Selain itu, mereka membenarkan kemasukan 54 van yang sarat dengan gandum dan makanan. Walaubagaimanapun, penjajah Israel memutuskan untuk terus menutup persimpangan Al-Montar di sepanjang hari ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Lagi gangguan rejim Zionis di Tebing Barat.

Isnin ,  09/08/2010 – Jumaat lepas tercetusnya pertempuran antara penduduk dan polis Israel di Tebing Barat selepas sejumlah struktur sementara dirobohkan di luar pos kawalan Givat Ronen, berhampiran penempatan lebih besar di Kiryat Arba.

Lima keluarga penduduk diusir dalam satu serangan pagi semalan yang melihatkan 100 penduduk yang lain menunjukkan bantahan bagi menyokong keluarga terbabit. Mereka melemparkan batu ke arah polis, sehingga berlaku kekerasan yang mengakibatkan 5 penduduk cedera dan 4 yang lain ditangkap.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Nafi Lancar Serangan Roket Ke Umm Rasyrasy

Isnin ,  09/08/2010 – Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menegaskan bahawa pihaknya tidak ada kaitan dengan serangan roket terhadap kota Umm Rasyrasy (Eilat) beberapa hari lalu. Ini kerana wilayah operasi Batalion Al-Qassam hanya di dalam Palestin.

Jurucakap, Al-Qassam, Abu Ubaidah menegaskan dalam laman web rasminya semalam Khamis (5/8) bahawa pihaknya menyambut semua aksi perjuangan menyerang Israel sama ada dari Palestin atau selainnya. Namun pihaknya mengambil sikap untuk tidak menggunakan mana-mana negara Arab sebagai tapak pelancaran operasi ketenteraan. “Batas wilayah operasi kita di Palestin bersejarah”. tegasnya.

Menjawab dakwaan PM Israel Benjamin Netanyahu bahawa Batalion Al-Qassam dalang serangan roket ke kota Umm Rasyrasy (bandar Palestin yang dirampas Israel dan diberi nama Eilat), beliau menegaskan bahawa Al-Qassam tidak takut mengumumkan operasi yang dilancarkan secara terang-terangan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis (IOF) Musnahkan 7 Kubur di Jerusalem

Jumaat , 06/08/2010 – Jentera-jentera rejim Israel (IOF) di bandar Jerusalem telah memusnahkan 7 kubur di tanah perkuburan “Ma’man allah” pada pagi tadi.

Menurut beberapa orang saksi, jentera-jentera IOF tersebut mula memusnahkan kubur-kubur berkenaan dengan dilindungi oleh pihak polis dan mereka juga tidak mendapatkan lesen daripada Pergerakan Islam bagi membinanya semula. Pergerakan Islam telah memulakan pembinaan semula kubur-kubur di tanah perkuburan lama akibat hakisan berikutan perubahan cuaca dan suhu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  fatimah

Categories
Berita Semasa

230 orang pendatang Yahudi tiba di Palestin yang dijajah.

Jumaat , 06/08/2010 – Seramai 230 orang pendatang Yahudi dari negara-negara Amerika Selatan telah tiba di Israel pada pagi hari ini. Perpindahan ini diusahakan oleh sebuah pertubuhan yang berminat untuk memindahkan orang Yahudi ke Israel dan membina lebih banyak lagi penempatan di atas tanah Palestin yang dirampas oleh mereka.

Memetik kata akhbar Ibrani “Haaretz” : “Perjalanan pendatang Yahudi telah bermula dari lapangan terbang John F. Kennedy di New York sehingga mereka tiba ke Lapangan Terbang Ben Gurion pagi ini”. Majlis yang gilang gemilang yang disertakan bersama kata-kata ucapan dari Shimon Perez iaitu presiden negara haram tersebut; diadakan untuk menyambut ketibaan mereka. Kemeriahan majlis tersebut diserikan lagi dengan upacara konsert.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Antara Tentera Lubnan dan Tentera Israel

Khamis ,  05/08/2010 – Pertempuran tercetus hari ini di antara tentera rejim Israel dan tentera Lubnan berdekatan sempadan utara kawasan yang diceroboh pada tahun 1948. Akhbar bahasa Hebrew, “Yediot Ahronot” menyatakan, sebuah roket jatuh di kawasan Upper Galilee sewaktu pertempuran berlaku. Pengeboman tersebut mengakibatkan kecederaan pada dua warga Lubnan setakat ini.

Menurut laporan pihak keselamatan Lubnan, pertempuran tersebut bermula apabila peronda Israel menceroboh pekan Upper Galilee dan tentera Lubnan bertindakbalas dengan melepaskan tembakan.

Sumber yang sama juga menambah bahawa tentera rejim Israel memecah masuk dua buah rumah dan kawasan-kawasan milik tentera Lubnan berdekatan sempadan seterusnya menyebabkan kecederaan seorang tentera Lubnan dan seorang orang awam. Manakala Manar TV memetik sumber daripada pihak keselamatan Lubnan yang menyebut bahawa pihak tentera Lubnan membalas serangan tentera rejim Israel yang meletakkan penembak-penembak di Jalan Al Odeiseh.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nuridawati

Categories
Berita Semasa

Konvoi “Miles of Smiles 2″ teruskan perjalanan ke Rafah

Khamis ,  05/08/2010 – Konvoi “Miles of Smiles 2” yang membawa bantuan dari Eropah untuk rakyat Palestin telah tiba di Alexandria, Mesir. Mengikut wakil konvoi Rasya Baz, konvoi akan menuju ke al-Arish dan akan masuk ke Gaza melalui Rafah.

Konvoi kali ini membawa sebanyak 46 buah ambulans yang lengkap dengan peralatan moden dan tunai berjumlah 1juta Euro. Selain itu, seramai 100 sukarelawan mengikuti konvoi kali ini.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Agen Mossad Di Lebanon Ditangkap

Khamis ,  05/08/2010 – Kementerian Keselamatan Lebanon menahan salah seorang pegawai di perusahaan Ojero yang bertanggung jawab dalam perhubungan antarabangsa. Beliau ditangkap sewaktu sedang berhubung dengan pihak Mossad. Bukti menunjukkan bahawa beliau bekerja dengan pihak perisikan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Telefon yang beliau gunakan juga mempunyai jaringan dengan pihak Mossad.

Akhbar Al-Safir Lebanon, terbitan Isnin (2/8) menyiarkan berkenaan pihak keselamatan Lebanon sedang berbincang berkaitan pelanggaran yang dilakukan oleh perisik Israel terhadap jaringan maklumat Lebanon serta pengaruhnya terhadap informasi antarabangsa. Penangkapan ini merupakan kejayaan gemilang bahagian perisikan Lebanon dengan tertangkapnya Miladi (66 tahun) seorang pegawai di perusahaan Ojero.

sumber : COMES
penterjemah : osman