Categories
Berita Semasa

Abbas bersedia untuk menyerahkan hak rakyat Palestin sebagai ganjaran atas penyelesaian

Rabu, 20/10/2010 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaan untuk mengumumkan penamatan konflik dengan Israel dan memberikan sebahagian besar daripada Palestin yang penuh bersejarah.

Abbas, yang berbicara dalam sebuah wawancara dengan Channel TV One Israel malam tadi, mengatakan bahawa ia bersedia untuk menyatakan penamatan tuntutan Palestin dan menamatkan konflik Palestin-Israel dalam isu penyelesaian damai dapat dicapai.

Abbas yang juga pemimpin puak Fatah, mengatakan bahawa ia mengakui Israel dan menyatakan bahawa Israel berhak untuk menyebut dirinya dengan panggilan apa sahaja sama ada Yahudi atau sebaliknya. Bagaimanapun, dia mencatat Israel tidak meminta Mesir atau Jordan atau negara-negara lain untuk mengenalinya sebagai “negara Yahudi”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel membuat persiapan untuk pertemuan Abbas-Netanyahu

Selasa, 19/10/2010 – Sumber-sumber rasmi Israel telah menegaskan bahawa pertemuan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan PM Israel Benjamin Netanyahu mungkin di antara sela-sela waktu dalam forum negara-negara Mediterranean yang dijadualkan akan diadakan di Barcelona, Sepanyol.

Sumber dari pejabat Netanyahu berkata kepada media pada hari Ahad bahawa usaha untuk membawa kedua pemimpin itu bersama sedang berlangsung terutamanya selepas pertemuan puncak di Paris pada 21 Oktober yang turut mengumpulkan mereka dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Presiden Mesir Hosni Mubarak dibatalkan.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri mengatakan bahawa pertemuan puncak di Paris menunjukkan kedudukan sebenar kuasa Abbas, yang menyatakan penolakan terhadap perundingan tetapi secara senyap bergegas melakukan perundingan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Lawatan perantara Jerman tidak membawa sebarang pembaharuan kepada perjanjian Shalit

Selasa, 19/10/2010 – Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Osama Hamdan menafikan laporan televisyen tentang kedatangan perantara dari Jerman telah berjaya mengurangkan jurang dalam rundingan pertukaran tahanan.

Hamdan berkata pada Ahad, perbincangan tentang perkembangan rundingan tersebut merupakan satu usaha oleh Netanyahu untuk mengelakkan tekanan dalaman daripada keluarga Shalit serta para penyokongnya.

“Terdapat perakuan daripada sumber dalaman Israel bahawa Netanyahu merupakan alasan penangguhan rundingan tersebut. Oleh itu, Netanyahu cuba untuk menampakkan seolah-olah rundingan berjalan lancar sedangkan dia merupakan dalang yang ingin merosakkannya,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pengkalan tentera Abbas dibiayai Amerika

Selasa, 19/10/2010 – Pengkalan yang menempatkan tentera Mahmud Abbas di Harsha Sa’adah dibangunkan dan dibiayai oleh Amerika dan sekutunya. Pengkalan itu turus mendapat kerjasama Zionis di mana pihak tentera Zionis-Israel di lihat membantu mengawasi pengkalan itu. Kawasan itu pernah menjadi markas tentera Zionis pada tahun 90an. Baru-baru ini, pengkalan tersebut menerima kunjungan komandan besar tentera Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Bahar rayu Jordan membantu Gaza dalam bidang perubatan

Selasa, 19/10/2010 – Dr. Ahmer Bahar, Timbalan Speaker I dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC) merayu negara Jordan memberi bantuan kepada Genting Gaza dalam bidang perubatan serta menyeru masyarakat Arab dan Palestin bersatu menentang keangkuhan rejim Zionis.

“Kita mahukan masyarakat Arab dan Palestin bersatu-padu bagi membolehkan kita berdepan dengan keangkuhan rejim Zionis,” kata Dr. Bahar dalam satu acara yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri di sebuah hospital milik Jordan pada petang Sabtu lalu. Satu delegasi perubatan dari Jordan turut hadir
acara itu.

Dr, Bahar merayu rakyat dan kerajaan Jordan segera menyahut seruan bagi memikul tanggungjawab dan menyelamatkan penduduk Gaza selepas diperangi oleh rejim Zionis. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kehadiran anggota perubatan dari Jordan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penduduk Zionis membasahi anggur Palestin dengan air sisa buangan

Selasa, 19/10/2010 – Penduduk Zionis membanjiri ladang anggur di kampung Palestin, Beit Ummar di bandar Al-Khalil dengan air sisa merosakkan tanaman seluas puluhan dunum Ahad lalu .

Sumber-sumber tempatan melaporkan para penduduk di penempatan berhampiran Etzion membuka saluran kolam sisa buangan di penempatan mereka Sabtu malam lalu sehingga membanjiri ladang anggur di utara Beit Ummar.

Sumber mencatatkan puluhan aktivis keamanan Palestin dan aktivis asing bergegas ke daerah itu dalam usaha untuk menyelamatkan tanaman yang jika rosak akan menyebabkan kerugian yang teruk kepada petani.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menolak untuk Membenarkan Pakar Perubatan untuk Melawat Tahan di Hospital Ramla

Selasa, 19/10/2010 – Majlis Tahanan Palestin berkata bahawa Badan Penjajah Israel (IOA) menolak untuk membenarkan pakar perubatan untuk melawat pesakit Palestin yang ditahan di Hospital Penjara Ramla, dan menganggap mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa mereka.

Majlis Tahanan Palestin juga menambah dalam kenyataan mereka bahawa pesakit Palestin di hospital itu tidak diberi penjagaan kesihatan yang mencukupi dan nyawa mereka setiap masa bagai telur di hujung tanduk.

Mereka juga menenrangkan bahawa pihak berkuasa hospital memberhentikan rawatan biasa yang menyebabkan Suleiman Abu Drie, hilang kebolehan untuk bergerak kerana kecuaian perubatan. Dia juga menambah bahawa keadaan kesihatan Suleiman bertambah teruk dan pegawai penjara masih tidak membenarkan dia menjalani pemeriksaan perubatan yang sewajarnya untuk menentukan punca penakitnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

“LifeLine 5” nyatakan ketiakpuasan hati terhadap keputusan Mesir.

Selasa, 19/10/2010 – Konvoi “LifeLine 5” yang sedang menuju ke Jalur Gaza dengan membawa misi kemanusiaan iaitu memecahkan tembok halangan Gaza sejak 5 tahun lagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan Mesir yang menghalang 17 ahli untuk memasuki Mesir sebelum bertolak ke Gaza, dan memohon agar Kerajaan Mesir membuat pertimbangan semula ke atas perkara tersebut.

Antara mereka yang disenaraikan dan tidak dibenarkan memasuki Mesir, kesemua berjumlah 17 orang, kebanyakannya warga Jordan, adalah 5 warga Britain, bekas menteri Britain George Galloway, jurucakap rasmi “LifeLine 5″ Zehar Beirawi dan warga Turki yang pernah mengikuti konvoi Freedom Flotilla yang lepas.

Senarai nama yang dikeluarkan tersebut adalah amat mengejutkan dan mendapat tentangan kuat dari ahli konvoi, kerana senarai ini melibatkan individu yang tidak terlintas langsung di fikiran akan menyebabkan sebarang masaalah kepada Kerajaan Mesir seperti yang dituduh pihak berkuasa kerajaan tersebut, seperti contoh, Syeikh Ismael Nashwan, warga Jordan berdarah Palestin yang berumur 82 tahun, yang telah menyertai siri ‘LifeLine” yang lepas, di mana beliau juga hampir terbunuh dalam konvoi Freedom Flotilla tempoh hari.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouq: Kepungan Gaza Akan Berakhir

Selasa, 19/10/2010 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Dr Mousa Abu Marzouq berpendapat bahawa pengepungan Israel di Jalur Gaza menghitung hari-hari terakhir. Abu Marzouq, bercakap kepada peserta konvoi talian hayat edisi ke-5 ke Gaza pada hari Sabtu, berharap bahawa konvoi akan menyedari tujuan mereka adalah untuk memecah pengepungan itu.

Beliau memuji idea menghantar konvoi ke Gaza, dan menggambarkannya sebagai model “bijak” untuk menghancurkan pengepungan itu. Beralih ke isu penyatuan Palestin, beliau mengatakan bahawa gerakannya tidak akan undur diri dalam penyatuan in atas dasar kepentingan Palestin. Beliau berharap bahawa Fatah tidak akan menarik diri daripada dialog penyatuan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kerajaan pimpinan Haneyya kritik kenyataan Abedrabbo

Sabtu ,16/10/2010 – Jurucakap kerajaan Palestin, Taher al-Nunu mengkritik hebat Yasser Abedrabbo, Setiausaha Agung Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) yang membuat kenyataan kesediaannya mengiktiraf kewujudan kerajaan Yahudi.

Menurut Nunu, kenyataan Abedrabbo itu adalah bertentangan dengan ikrar Palestin dan kehendak rakyatnya serta boleh dianggap sebagai menikam dari belakang rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian dan wilayah pendudukan rejim Zionis sejak 1948.

Tambah Nunu lagi, kenyataan terbaru ini mengesahkan lagi dakwaan Hamas bahawa barisan pemimpin PLO tidak boleh diberi amanah melaksanakan kepentingan rakyat Palestin ataupun mendukung aspirasi mereka, suatu yang menyebabkan perlunya menstruktur semula PLO supaya kembali kepada kepentingan rakyat dan negara Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis merayu mahkamah lanjutkan penahanan seorang remaja Palestin

Sabtu ,16/10/2010 – Mahkamah rayuan tentera rejim Zionis (IOF) pada Selasa lepas meluluskan rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaraya IOF, sekaligus menafikan perintah terdahulu yang dibuat oleh mahkamah tentera yang membebaskan seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun yang ditahan di penjara rejim Zionis.

Peguam Jawad Buloos, ketua unit undang-undang di bawah Persatuan Tahanan Penjara Palestin memaklumkan bahawa kes itu bermula pada 27 September apabila IOF menangkap Sayel Abu Quaider, 15, berhampiran sekolahnya di al-Khalil atas tudahan membaling batu ke arah anggota IOF.

Remaja terbabit menafikan dakwaan itu tetapi pihak IOF mendakwa bahawa remaja terbabit telah membaling seketul batu dan hanya berdasarkan kenyataan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Beirawi: Lifeline 5 siap unuk belayar pada hari Ahad.

Sabtu ,16/10/2010 – Konvoi bantuan Lifeline 5 ke Jalur Gaza ditetapkan akan belayar ke pelabuhan Mesir Al-Arish pada Ahad pagi untuk menuju ke Gaza. Berita dilaporkan pada hari Khamis oleh juru bicara medianya Zaher Al-Beirawi.

PIC diberitahu bahawa penangguhan yang dilakukan sejak tarikh diumumkan sebelum belayar pada Jumaat pagi ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja mencari dua kapal yang lain untuk membawa penumpang dan juga bantuan. Dia tidak menolak kemungkinan terpaksa menyewa pesawat untuk membantu mengangkut para aktivis yang menyertainya dan juga bahan bantuan yang lain.

Beirawi mengatakan bahawa pihak berkuasa Mesir hanya menyebut nama bekas MP British George Galloway sebagai salah seorang yang dilarang memasuki Mesir, menambah, “Kami belum menerima sebarang kata rasmi pada setiap nama-nama dilarang yang terbaru”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Seruan kempen nasional untuk hentikan keganasan penjara Abbas

Sabtu ,16/10/2010 – Sebuah kempen peringkat nasional dilancarkan untuk mempertahankan para tahanan di penjara Abbas dekat Ramallah yang tidak henti-henti disiksa oleh pihak Fattah siang mahpun malam. Kempen ini juga membantah pencabulan hak keamanan rakyat Palestin oleh pihak Fattah yang juga masih meneruskan segala penyiksaan dan memberi layanan buruk seolah-olah mereka menghina dan mengabaikan hak kemanusiaan.

Kempen itu menyatakan, “bahawa apa yang berlaku di mahkamah dan pusat soal siasat di Khalil (Hebron) adalah sesuatu yang dingin dan memalukan, kerana badan ini bertugas bukan untuk kebaikan negara, ataupun moral, tetapi ianya berfungsi untuk melayan Zionis dan menjaga keamanan Zionis, dan perkara ini sudah tentu menaikkan lagi ketidakpuasan hati, kebencian dan kemarahan rakyat Palestin.”

Kempen yang memperjuangkan hak para tahanan penjara Fattah ini membantah dan berkata, “penindasan dan penyiksaan terus berlaku terhadap ahli keluarga dan sahabat-sahabat syuhada’, Nashaat Al-Karmi dan Ma’mun An-Natsheh”, yang menentang sekeras-kerasnya kekejaman Fattah ini, “Fattah banyak merosak dan mencabul kemuliaan dan kesucian rakyat Palestin, seperti contoh, tetapi tidak terhad kepada apa yang berlaku kepada Ala’ Ziyab, Abdel Fattah Syareem dan Wajihah Abu Eidah, serterusnya menyokong lagi kenyataan bahawa badan ini bukan berkhidmat untuk kebaikan negara, juga tidak menghargai sebahagian usaha pemimpin Fattah yang berusaha untuk mewujudkan suasana yang baik untuk proses persefahaman peringkat negara. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Fattah dan anak buahnya tidak lain adalah berkhidmat untuk Zionis, keamanan ahli-ahli Zionis dan pendatang mereka yang membakar pokok-pokok zaitun kita dan memijak kepala anak-anak Palestin.

sumber : http://www.p alestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan warga Palestin akan mogok lapar

Sabtu ,16/10/2010 – Tahanan warga Palestin di penjara Israel sedang bersedia untuk mogok lapar dan seterusnya merancang untuk melibatkan kesemua tahanan dalam usaha untuk member tekanan kepada pentadbiran penjara supaya memperbaiki keadaan di dalam penjara terutamanya daripada aspek kesihatan, pendidikan dan lawatan keluarga.

Mogok lapar tersebut akan dilaksanakan di atas nama al-Furqan, demikian menurut seorang tahanan, Yehya Sinwar yang juga ahli jawatankuasa Hamas menerusi suratnya kepada tahanan-tahanan yang lain. Sinwar turut menyatakan, mogok lapar itu bukan bermotif politik serta tiada kaitan dengan perjanjian pertukaran tahanan, sebaliknya ia berkaitan dengan penderitaan para tahanan di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel akan meratakan 22 rumah Palestin di Baitulmuqaddis untuk membina taman

Sabtu ,16/10/2010 – Dewan bandaraya di Baitulmuqaddis yang diduduki Israel meluluskan rancangan untuk membina taman Yahudi baru di kawasan yang menempatkan 22 rumah Palestin di daerah Al-Bustan yang bakal diruntuhkan.

Dalam suepucuk surat yang diserahkan kepada perdana menteri Israel, Datuk Bandar, Nir Barakat meminta Benjamin Netanyahu untuk meluluskan rancangan ini dan mencadangkan pelancaran tiga projek awam untuk penduduk Israel di empat kawasan Palestin yang lain di Baitulmuqaddis timur.

Dewan bandaraya berniat untuk melaksanakan rancangan tersebut Jun lalu, tapi dikecam oleh Palestin dan masyarakat antarabangsa yang membuatkan Netanyahu membekukan projek taman tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz