Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan PA pecah masuk rumah di Wadi al-Hariya dekat Bandar al-Khalil

Rabu, 10/11/2010 – Anggota keselamatan militia pihak berkuasa Palestin (PA) menyerbu kawasan kejiranan Wadi Al-Hariya dekat Bandar Al-Khalil pada lewat malam Selasa lepas dan dengan rakusnya memecah masuk salah sebuah
rumah penduduk di situ.

Saksi-saksi memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa sejumlah besar anggota keselamatan militia PA menyerang dengan ganasnya rumah milik Younis Amro, ayah kepada seorang tahanan penjara yang di penjara keselamatan-pencegahan. Mereka mengancam penghuni rumah tersebut dan menggerudi beberapa buah bilik di dalam rumah tersebut.

Dalam kejadian berbeza, militia PA telah menculik dua orang rakyat Palestin yang dikatakan ada kaitan dengan Hamas dan 3 yang lain daripada pergerakan Jihad Islamik di kawasan berbeza di Bandar Al-Khalil, kata sumber tempatan pada Rabu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hari ketiga mogok lapar tahanan wanita

Rabu, 10/11/2010 – Institut Mandela di Wilayah Terjajah melaporkan pada Jumaat lepas bahawa seorang tahanan wanita yang bernama Linan Abu Ghalama, yang dipenjarakan di Penjara Ha-Sharon milik rejim Zionis telah melancarkan mogok lapar sejak 3 hari lalu bagi menuntut pihak pentadbiran penjara membenarkannya ditempatkan bersama adiknya yang juga seorang tahanan penjara.

Adik Linan dipenjarkan di bilik penjara yang lain. Kedua-dua adik-beradik itu tidak pernah dibenarkan berada di dalam satu bilik yang sama.

Botheina Doqmaq, ketua Institut Mandela berkata seorang lain tahanan penjara, Nada Dirbas telah turut serta dalam mogok lapar itu sebagai sokongan terhadap Linan. Doqmaq merayu kumpulan hak asasi manusia untuk mausk campur dalam kes ini dan memastikan pembebasan Linan dan adiknya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Rakyat Sweden Tuntut Tangkap Mofaz Penjenyah Perang

Rabu, 10/11/2010 – Puluhan rakyat Sweden menunjuk perasaan pada hari Rabu di depan Institut Perhubungan Antarabangsa Sweden terhadap kunjungan bekas ketua kakitangan Israel Shaul Mofaz.

Para penunjuk perasaan melakukan demonstrasi semasa Mofaz menyampaikan pidato di institut, mengangkat poster menuntut dia ditangkap kerana melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan semasa perang Israel di Lubnan dan Gaza.
Salah satu poster ditulis, “Mofaz Pembunuh Dikehendaki Untuk Keadilan”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Akan Membina Jambatan Tentera Besar antara Plaza Buraq dan Masjid al-Aqsa

Rabu, 10/11/2010 – Yayasan Warisan dan Kepentingan al-Aqsa berkata bahawa Majlis Pembinaan dan Perancangan Israel di Jurusalem dengan sebulat suara meluluskan projek membina jambatan ketenteraan antara Dataran al-Buraq dan Pintu al-Maghariba di al-Aqsa.

Pelbagai akhbar berbahasa Hebrew memaparkan pengumuman kelulusan projek ini di mana majlis itu berkata bahawa ‘projek ini selari dengan polisi Israel dalam menyatukan Jurusalem di bawah jajahan Israel’.

Plan asas jambatan itu menunjukkan bahawa jambatan itu amat besar sehinggakan mampu digunakan oleh beribu penduduk Israel untuk melintas jambatan itu sekaigus ke dalam kawan Masjid al-Aqsa. Jambatan itu juga boleh digunakan untuk memindahkan tentera dan kenderaan mereka jika mereka bercadang untuk menyerang al-Aqsa.

Syeikh Ra’ed Salah, ketua pergerakan Islam, telah memberi banyak amaran tentang pembinaan jambatan itu sebelum ini, iaitu pertama kali apabila rejim Israel mula memusnahkan Pintu al-Maghariba.

Yayasan al-Aqsa memberi amaran dalam kenyataanna pada rabu bahawa projek ini menunjukkan Israel mempunyai niat jahat terhadap al-Aqsa dan merayu agar negara Arab dan Islam untuk bergerak menyelamatkan Jurusalem dan al-Aqsa sebelum ia terlambat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menangkap lima kanak-kanak Palestin di Silwan

Rabu, 10/11/2010 – Polis Israel telah menyerbu kota Silwan, selatan Masjid Aqsa di Baitulmaqdis, Rabu lalu dan menangkap lima kanak-kanak Palestin. Saksi melaporkan bahawa polis tersebut mengambil kanak-kanak itu dari rumah mereka selepas menyembur gas pada keluarga mereka.

Kanak-kanak tersebut berusia antara 13 dan 18 tahun. Silwan adalah target dari kempen keganasan Israel dan baru-baru ini menyaksikan banyak serbuan oleh pihak polis yang memfokuskan pada penangkapan kanak-kanak dan membuat tuduhan bahawa mereka melemparkan batu pada penduduk Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Abu Arafah : Zionis dakwa pembatalan pertemuan Parlimen Al-Quds berkait dengan pembebasan Gilad Shalit.

Rabu, 10/11/2010 – Khaled Abu Arafah, bekas Menteri Biro Al-Quds mendedahkan maklumat bahawa Zionis menuduh pembatalan perjalanan Parlimen Al-Quds mempunyai kaitan dengan syarat pertukaran pembebasan tahanan, seperti yang dipersetujui Zionis iaitu pembebasan seorang tentera Zionis yang berjaya ditawan faksi pertahanan Palestin, Gilad Shalit, sebagai syarat pembebasan ratusan tahanan Palestin.

Abu Arafah menjelaskan dalam sidang media bahawa tindakan Zionis menyingkirkan 3 wakil Al-Quds dan Menteri Biro Al-Quds sebagai, “perkara yang memalukan yang dilakukan Zionis di hadapan masyarakat dunia dan forum antarabangsa, tetapi pada masa yang sama tiada satu pun wakil Zionis yang ingin bertanggungjawab, dan ini kerana Zionis mahu keluar dari membincangkan isu ini.”

Abu Arafah dan para menteri Al-Quds yang masih bertahan sehingga hari ke-125 di Pejabat Palang Merah Al-Quds menyatakan bahawa, “para diplomat Arab, pegawai Palestin dan diplomat Eropah menyampaikan maklumat bahawa pihak Zionis mendakwa pembatalan sidang parlimen kami mempunyai kaitan dengan tuntutan pembebasan tawanan mereka, Gilad Shalit yang ditahan oleh pertahanan Palestin di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel sabotaj industri pelancongan di timur Baitulmaqdis

Rabu, 10/11/2010 – Para peniaga di Baitulmaqdis menyalahkan tentera rejim Israel kerana mensabotaj kegiatan pelancongan terutamanya di kota lama. Sabotaj tersebut dilakukan dengan mengalihkan perhatian pelancong ke kawasan Yahudi.

Ahli-ahli Persatuan Industri dan Barangan Antik di kota suci, Alfred Raad berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu bahawa bahagian timur Baitulmaqdis sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan pelancongan meski tiada peperangan atau penahanan politik sepanjangan 3 tahun ini.

Beliau mendakwa bahawa pemandu – pemandu pelancong Yahudi mengawal pasaran serta mengalihkan arah pergerakan para pelancong. Pelancong-pelancong berbelanja di Israel sebelum tiba di Baitulmaqdis, kata Raad. Beliau menambah, pemandu pelancong Yahudi membawa para pelancong melawat Gereja Holy Sepulcher atau Via Dolorosa sebelum kedai-kedai dibuka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bahar berangkat untuk menunaikan haji di ketua delegasi parlimen

Rabu, 10/11/2010 – Lima-ahli delegasi parlimen dipimpin oleh wakil ketua pertama dari dewan perundangan rakyat Palestin meninggalkan Gaza pada hari Rabu dalam perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan Ibadah Haji.

Pengurus Perhubungan Awam PLC Mumen Bseiso berkata, para delegasi akan bertemu dengan tokoh-tokoh Arab dan Islam serta tokoh politik untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin serta saranan untuk menyokong rakyat Palestin.

Sementara itu, terdapat sumber mengatakan kepada PIC bahawa pemimpin Hamas, Dr Ismail Radwan dan juru bicara Sami Abu Zuhri serta Fawzi Barhoum, turut meninggalkan Gaza untuk melakukan haji.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kemasukan Bahan Pembinaan PBB di Gaza Masih Disekat

Khamis, 04/11/2010 – Pada Selasa, ketika trak-trak makanan dan barangan komersil memasuki Semenanjung Gaza menerusi laluan selatan, Kerem Shalom, kemasukan tersebut telah dilengahkan oleh tentera Israel.

Berita Ma’an melaporkan, menurut Pejabat Penyelarasan dan Hal-Ehwal Kemanusiaan PBB, kadar import semasa adalah dikawal berdasarkan syarat-syarat baru hasil pengepungan oleh rejim Israel pada Jun 2010. Kadar import berkurangan 40% berbanding sebelum kepungan Israel.

Import bahan untuk pembinaan semula masih lagi dikawal ketat oleh pegawai rejim Israel. Kadarnya terhad melainkan untuk projek yang dilaksanakan di bawah seliaan antarabangsa. Berdasarkan maklumat OCHA, 1.7% projek pembinaan yang diluluskan di Gaza, Israel hanya membenarkan penggunaan bahan-bahan diperlukan dalam kuantiti yang kecil.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Washington cadang Zionis sewa tanah Jordan

Khamis, 04/11/2010 – Radio Zionis melaporkan Amerika Syarikat telah mencadangkan kepada Zionis agar menyewa tanah lembah Jordan selama beberapa untuk menempatkan rakyat Palestin setelah perjanjian damai dimeterai. Tujuan di sebalik perancangan ini adalah untuk membendung kemasukan senjata ke Palestin yang kebanyakkan melalui lembah.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Menghalang Rakyat Palestin Menghampiri Ladang di Hebron

Khamis, 04/11/2010 – Pada pagi Jumaat, tentera rejim Israel menghalang petani Palestin dari bekerja di ladang mereka, yang bertentangan dengan Tembok Pemisah, di bahagian barat bandar Beit Ula, barat laut Hebron.

Issa al-Emleh, koordinator Kempen Kebangsaan Menentang Tembok, melaporkan bahawa tentera Israel menutup pintu masuk dan jalan menghala ke lembah al-Gelmoun, barat Beit Ula. Penutupan itu menghalang petani dan ahli Kempen Kebangsaan Menentang Tembok daripada menghampiri tanah mereka, yang terletak bersebelahan tembok itu.

Penduduk cuba untuk menhampiri ladang dan dusun mereka dalam usaha untuk menyediakan tanah bagi menanam pokok Zaitun. Al-Emleh juga menambah bahawa askar itu terus menghalang petani Palestin daripada menuai hasil di kebun mereka, dengan papan tanda bahawa kawasan itu merupakan ‘Zon Tertutup Ketenteraan’.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Zionis luluskan projek Jambatan Gerbang Maghribi

Khamis, 04/11/2010 – Tabung Warisan dan Sejarah Al-Quds atau nama tersiratnya ” Biro Perancangan dan Pembangunan Daerah Zionis dalam Al-Quds” mengumumkan dalam kenyataanya pada hari Selasa (2 November), plan yang telah diluluskan beberapa hari yang lalu, iaitu rancangan membina Jambatan Pertahanan Ketenteraan di antara Tembok Buraq dan Gerbang Maghribi dalam Masjid Al-Aqsa.

Sebuah akhbar Hebrew pada Jumaat lalu menyiarkan kelulusan projek seperti plan asal. Biro telah memberi respon terhadap kelulusan ini seperti, “projek ini bertepatan dan konsisten dengan politik Israel iaitu untuk menyatukan Al-Quds di bawah pentadbiran Israel, khususnya dekat kawasan Dinding Barat.

Perkara penting yang perlu dilihat dalam projek ini adalah jambatan yang luas ini mampu menampung ribuan pelancong asing, pendatang haram Zionis dan kumpulan-kumpulan Yahudi Masjid Al-Aqsa. Besar kemungkinan jambatan ini boleh digunakan untuk memindahkan sejumlah besar alatan dan kenderaan ketenteraan kerana rekaan jambatan ini memang dirancang untuk membolehkan laluan bagi kenderaan tentera dan polis merentasinya dalam waktu yang sama, seperti yang telah didedahkan oleh As-Syeikh Raed Salah (pemimpin Hamas) dan Yayasan Al-Quds berulang-ulang kali sejak 2007 lagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Fayyad Telah dihalang dari memasuki Jerusalem Untuk mendirikan Sekolah Baru

Khamis, 04/11/2010 – Menteri Keselamatan Umum ragim Israel, Yitzchak Aharonovitch, mengeluarkan keputusan menghalang Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, dari memasuki Baitulmuqaddis untuk membangunkan sekolah Palestin baru di Jerusalem Timur.

Dr Fayyad bercadang melawat dua buah sekolah Arab untuk merayakan renovasi mereka. Dia juga merancang untuk memulakan sebuah projek jalan baru di lingkungan Arab di bandar.

Ketiga-tiga projek tersebut dibiayai oleh Pihak Berkuasa Palestin, sedangkan kerajaan Israel menganggap projek ini sebagai “kesalahan terhadap kedaulatan Israel di Jerusalem”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Front Rakyat: Pengkhianatan Besar Jika Iktiraf Israel

Khamis, 04/11/2010 – Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap entiti Israel merupakan pengkhianatan terhadap hak sejarah bangsa Palestin. Mengabaikan hal itu merupakan pengkhianatan besar yang patut dipersoalkan dan dilihat secara undang-undang dan revolusi.

Pihak Front mengatakan, Selasa (2/11) pada peringatan 93 tahun Deklarasi Balfour, bahawa “Palestin adalah milik seluruh rakyat Palestin, tanpa mengurangkan walau satu inci pun dari wilayahnya. Kita tegaskan bahawa hak rakyat kita untuk kembali merupakan hak sempurna dan tidak berkurang, tidak boleh diperdagangkanan, ditukar dan diganti dengan pampasan”.

Front memperbaharui penolakan mutlaknya terhadap perundingan yang memberikan legitimasi kepada Israel menguasai tanah air, wilayah dan rumah rakyat Palestin. Front menuntut perundingan Palestin untuk kembali kepada pilihan rakyat Palestin. Pilihan perjuangan dan perlawanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pejabat Israel Membatalkan Perjalanan Ke Inggeris Setelah Terancam Dengan Penangkapan

Khamis, 04/11/2010 – Setelah diberitahu oleh Kementerian Luar Negeri UK bahawa dia boleh menghadapi penangkapan saat tiba di Inggeris, Menteri Kabinet Israel Dan Meridor memutuskan untuk membatalkan perjalanannya. Ini kerana Meridor berperanan dalam serangan 31 Mei Israel atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan sembilan aktivis kemanusiaan dibunuh oleh tentera Zionis.

Meridor adalah Menteri Perisikan dan Tenaga Atom Israel, telah betemu dengan Perdana Menteri Binyamin Netanyahu beberapa hari sebelum serangan terhadap kapal bantuan, menurut saksi Netanyahu semasa penyiasatan rasmi dilakukan. Selama pertemuan itu, Meridor dan 7 menteri yang lain dipercayai membincang dan merancang tindakan Israel terhadap bantuan kapal.

Isi perbincangan tidak diketahui kerana kerajaan Israel telah menolak untuk membuat transkrip awam, tetapi percaya bahawa potensi serangan tentera terhadap kapal itu dibahas.

Israel telah menolak untuk menyertai dalam penyiasatan antarabangsa ke dalam serangan terhadap kapal bantuan, dan telah menolak untuk melepaskan ratusan laptop, kamera, video dan perakam yang dimiliki oleh para aktivis dan disita oleh tentera Israel selama serangan itu. Mereka bagaimanapun mengeluarkan beberapa video yang telah ditapis untuk media.

Para pegawai Israel di bawah tekanan daripada negara di seluruh dunia kerana perlakuan mereka terhadap rakyat Palestin, termasuk tiga tahun pengepungan panjang terhadap rakyat Gaza, di mana mereka telah menghalang kemasukan semua, tetapi barang yang paling asas – bahkan mencegah penduduk dari membina semula selepas pencerobohan Israel yang menghancurkan tahun lalu yang berlangsung tiga minggu dan mengakibatkan kematian 1,400 orang Palestin dan 5 orang Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ameen