Categories
Berita Semasa

Parti utama UK terima usul tolak larang hubungan dagang dengan penceroboh Yahudi

Khamis, 23-09-2021 – Parti Demokrat Liberal British, sebuah parti utama telah membuat undian sebulat suara yang menyokong UK melarang sebarang hubungan dagang dengan penempatan haram Israel di dalam wilayah Palestin yang diduduki.
Usul tersebut telah diluluskan oleh parti tersebut pada persidangan tahunannya termasuk “komitmen untuk segera mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas berdaulat oleh kerajaan UK berdasarkan sempadan pada tahun 1967”.

Usul tersebut turut menggesa kerajaan UK untuk melarang syarikat-syarikat daripada beroperasi di dalam penempatan haram di wilayah yang diduduki dan untuk memastikan rakyat Palestin menerima layanan yang sama seperti rakyat Israel berhubung kunjungan bebas-visa ke UK.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas: peristiwa Gilboa menggambarkan kelemahan keselamatan Israel

Rabu, 22-09-2021 – Gerakan Hamas memberi penghormatan kepada wira yang berjaya melarikan diri dari penjara Gilboa, yang menunjukkan kemampuan Palestin untuk menentang penjajahan dalam apa keadaan sekali pun.

“Walaupun mereka ditangkap semula, peristiwa itu tetap menjadi bukti kelemahan sistem keselamatan zionis dan kegagalannya menghadapi kesungguhan pejuang Palestin,” Hazem Qasem, jurucakap Hamas menyatakan dalam kenyataan akhbar pada Ahad.

“Apa yang para tahanan tersebut lakukan merupakan tindakan pejuang serta pencapaian yang akan dirakamkan dalam sejarah perjuangan Palestin,” Qasem menjelaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lancar Kempen Tangkapan Besar-Besaran di Tebing Barat

Rabu, 22-09-2021 – Rejim Zionis melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam hari Ahad dan waktu subuh hari Isnin.

Di Qalqilya, rejim itu menangkap bekas tahanan Abdel Naser al-Rabi, setelah menyerbu dan menggeledah rumahnya. Dia menjalani hukuman di penjara Israel selama lebih dari 7 tahun. Di Tulkarem, Rejim Zionis telah menangkap Baraa ‘Mazeed, Yusuf Hannun dan Tamer Nassar, juga setelah menyerbu dan menggeledah rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : neina mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mogok Lapar Qawasme Masuk Bulan Ketiga

Rabu, 22-09-2021 – Mogok lapar yang dijalankan oleh Mikdad Qawasme di penjara Israel telah memasuki bulan ketiga pada hari Isnin lalu, sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbirannya, yang dijalankan tanpa perbicaraan atau tuduhan.

Qawasme, 24 tahun, seorang bekas tahanan, ditangkap oleh rejim Zionis pada bulan Januari tahun ini dan ditahan di bawah tahanan pentadbiran selama enam bulan, yang kemudiannya telah diperbaharui selama enam bulan lagi.

Qawasme mengalami keadaan kesihatan yang merosot disebabkan mogok laparnya yang telah memasuki hari ke-61 pada hari Isnin lalu dan ditahan di ICU di hospital penjara Ramle.

Tahanan telah kehilangan berat badannya seberat 15 kilogram dan mengalami kesukaran untuk bernafas serta kesakitan di seluruh tubuh. Dia juga menderita masalah migraine, perut dan mata.

Pejabat Asra Media, yang menguruskan urusan tahanan Palestin di penjara Israel, mempertanggungjawabkan pihak berkuasa rejim Zionis atas nyawa Qawasme dan semua tahanan lain yang sedang menjalani mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan peneroka Yahudi masuk ke Masjidil Aqsa

Rabu, 22-09-2021 – Puluhan peneroka Yahudi mencemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis di bawah pengawasan polis Israel. Menurut Institusi Antarabangsa al-Quds, 48 orang peneroka memasuki tempat suci umat Islam itu melalui pintu al-Maghariba dan secara provokasi mengadakan
lawatan ke halamannya.

Para peneroka Yahudi telah meningkatkan penerokaan mereka ke kawasan suci Islam sementara pihak berkuasa pendudukan Israel menyekat pergerakan penduduk Palestin di kota suci tersebut dan menutup jalan-jalan raya dengan alasan cuti Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Jenin

Rabu, 22-09-2021 – Pemuda warga Palestin bertempur dengan rejim Zionis berdekatan pusat pemeriksaan Mevo Dotan di perkampungan Ya’bad, di barat daya Jenin pada pagi hari Ahad. Rejim Zionis melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda tersebut dan beberapa orang daripada mereka mengalami sesak nafas.

Pertempuran turut berlaku di pusat pemeriksaan al-Jalama, di timur laut Jeni, yang menyaksikan beberapa pertempuran berlaku kebelakangan ini. Rejim Zionis menahan anak Hilal Salah, 15 dan Ziad Abu Salah dari perkampungan Ya’abad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan

Categories
Berita Semasa

Lebih 250 penceroboh masuk ke masjid al-Aqsa

Selasa, 21-09-2021 – Sejumlah puak pelampau penceroboh Yahudi pada waktu pagi hari Khamis mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, 257 orang penceroboh masuk ke masjid tersebut melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis.

Sebahagian penceroboh turut melaksanakan sembahyang mengikut ajaran kitab Talmud semasa kunjungan mereka di tapak suci Islam itu, dengan kebanyakannya di bahagian timur masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Serangan Gas Pemedih Mata, Pelajar Alami Sesak Nafas

Selasa, 21-09-2021 – Rejim Zionis dilaporkan menyerbu perkampungan Tayasir dan melancarkan tabung gas pemedih mata ke arah pelajar sekolah menengah, pada Selasa.

Kakitangan Bulan Sabit Merah menangani sekurang-kurangnya 30 mangsa, dengan beberapa daripada mereka dipindahkan ke hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin cedera teruk setelah dikatakan menikam para pendatang di Baitulmuqaddis

Selasa, 21-09-2021 – Seorang remaja Palestin cedera teruk akibat tembakan Israel setelah dikatakan mencederakan tiga pendatang Yahudi di Baitulmuqaddis pada petang Isnin, demikian menurut laman sesawang berita Hebrew.

Namun laporan lain menyatakan dua pendatang cedera dalam kejadian tikaman di stesen bas utama Baitulmuqaddis.Menurut polis rejim, seorang pemuda berusia 17 tahun dari al-Khalil memasuki sebuah kedai di Jalan Jaffa di Baitulmuqaddis dan menikam dua orang Yahudi Israel dengan pisau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelajar Palestin mengalami kesukaran bernafas dalam serangan gas air mata Zionis

Selasa, 21-09-2021 – Menurut sumber tempatan, tentera Zionis telah menyerbu kampung Tayasir di Tubas pada hari Selasa dan menembak gas pemedih mata ke arah sekumpulan pelajar sekolah menengah di kampung tersebut.

Sekurang-kurangnya seramai 30 orang oelajar yang mengalami kecederaan telah menerima rawatan daripada pihak Bulan Sabit Merah dan sebahagian daripada mereka telah dipindahkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Jentolak Rejim Zionis Ratakan Tanah di Timur Gaza

Selasa, 21-09-2021 – Jentolak tentera Israel mara ke kem pelarian al-Maghazi timur di Semenanjung Gaza pada hari Selasa pagi minggu lepas. Menurut sumber setempat, jentolak itu memasuki pintu gerbang al-Serhi dan meratakan tanah pertanian Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pemuda Cedera Parah Akibat Tembakan Rejim Zionis di Bethlehem

Isnin, 20-09-2021 – Seorang pemuda Palestin cedera parah setelah Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya di persimpangan berhampiran blok penempatan Etzion, selatan Bethlehem pada pagi Isnin.

Menurut sumber setempat, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pemuda itu atas tuduhan percubaannya untuk menikam seorang Israel.

Pemuda itu dikenali sebagai Mohamed Kamal yang berusia 27 tahun dari bandar Beit Fajjar di selatan Bethlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Beri Amaran Protes Tindakan IPS

Rabu, 15-09-2021 – Gerakan Tawanan Palestin mengeluarkan amaran protes besar-besaran, sekiranya khidmat penjara Israel (IPS) tidak menamatkan penindasan terhadap para tahanan hingga Jumaat hadapan.

Perkara ini dinyatakan semasa demonstrasi pro-tahanan anjuran warga Palestin diluar ibu pejabat Palang Merah, bersama bekas tahanan dan kumpulan hak asasi manusia.

Pegawai kanan Angkatan Demokrat Ibrahim Mansour berkata, tahanan Palestin dikenakan hukuman yang melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin parah ditembak Israel selepas menikam peneroka Yahudi di Jerusale

Rabu, 15-09-2021 – Seorang remaja Palestine cedera parah akibat ditembak oleh Israel selepas beliau didakwa mencederakan tiga orang peneroka Yahudi di Jerusalem pada petang Isnin. Hal ini turut dilaporkan beberapa laman web Ibrani.

Namun begitu, terdapat lapran berita lain yang mengatakan bahawa hanya dua orang peneroka sahaja yang cedera serangan yang berlaku di stesen bas Jerusalem.

Menurut polis Israel, remaja berusia 17 tahun dari al-Khalil itu telah memasuki sebuah kedai di Jalan Jaffa, Jerusalem  dan menikam dua peneroka tersebut menggunakan sebilah pisau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Berpuluh penceroboh Yahudi masuk ke al-Aqsa

Rabu, 15-09-2021 – Berpuluh orang penceroboh Yahudi masuk ke masjid al-Qasa di Baitulmuqaddis yang diduduki di bawah perlindungan polis Israel pada pagi hari Isnin.

Menurut laman web berita al-Qastel, penceroboh tersebut masuk ke dalam tapak suci itu melalui pintu al-Maghariba dan mendengar penerangan berkenaan kuil tersebut. 

Polis Israel membenarkan penceroboh Yahudi masuk ke dalam masjid al-Aqsa dua kali sehari, pada waktu pagi dan tengah hari, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu, sambil mengenakan syarat yang ketat ke atas pengunjung Muslim yang mahu masuk ke masjid itu pada waktu yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan