Categories
Berita Semasa

Mesir jumpa simpanan senjata ke Gaza

Sabtu, 03/04/2010 – Pasukan keselamatan Mesir telah menjumpai dan merampas beberapa simpanan senjata dan mortar di utara Sinai yang dipercayai untuk diseludup ke Gaza.

Akhbar Hari Ketujuh melaporkan pada hari Khamis simpanan senjata tersebut termasuklah 100 roket antikapal, 45 roket pelancar bom, dan 40 bahan letupan.  Sumber dari pasukan keselamatan Mesir mengatakan penyeludup menyimpan senjata daripada bekas peperangan yang terdahulu untuk diseludup ke Gaza. Tiada penahanan dibuat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ameen

Categories
Foto/Video/Muzik

Pandora dalam filem Avatar seperti Gaza.

Categories
Berita Semasa

Sebaran risalah berbunyi “Tunggu tindak balas esok” di edar semalam.

Jumaat , 02/04/2010 –Pesawat Israel telah menjatuhkan risalah di beberapa wilayah berbeza di Semenanjung Gaza Rabu lalu sebagai amaran yang keselamatan penduduk Palestin akan terancam berikutan pembunuhan dua tentera Israel pada Jumaat lepas.

Pesawat Israel menjatuhkan risalah menunjukkan gambar bunga dengan tulisan yang menyebut: “Tunggu tindak balas esok”, kata sumber tempatan. Sebaran risalah itu dijatuhkan dijatuhkan di sekitar timur Younis Khan, Al-Bureij di pusat bandar Gaza dan di selatan Rafah.

TERBARU : Rejim Zionis telah pun melakukan serangan udara pada hari ini , Jumaat 2/4/2010.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Robert Fisk di Malaysia ! Esok !

Categories
Berita Semasa

Warga Haram Zionis menyerbu Masjid Al-Aqsa.

Jumaat, 02/04/2010 – Sebilangan warga haram Yahudi-Zionis telah menyerbu masuk ke masjid al-Aqsa. Zionis ini telah mendapat bantuan dari polis Zionis dan memasuki dari pelbagai pintu yang ada. Saat berita ini dilaporkan, keadaan amat kritikal. Warga haram Zionis sedaya upaya cuba memasuki kawasan suci umat Islam bagi meraikan harii “Paskah”.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel tahan 4 penduduk Palestin di Tebing Barat.


Jumaat, 02/04/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini membuat serbuan ke atas beberapa kawasan di tebing barat dan menahan empat penduduk Palestin. Sumber tempatan memnyatakan dua penduduk Palestin ditahan di Qalqilya dan dua lagi ditahan di Hebron dan Tolkarem.

Tentera Rejim Zionis turut menyerbu kem pelarian Al-Azah dan Al-Dehish di Bethlehem dan menyelongkar banyak rumah. Mereka memberi notis kepada Majed Al-Aza, 34, dan Sami Abed Al-Hameed, 50, untuk hadir ke pusat perisikan Israel di penempatan Atsuon. Mereka turut memusnahkan sebuah kereta milik Soliman Al-Afandi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Serbuan oleh pelampau Yahudi ke Masjid Aqsa dinafikan.


Jumaat, 02/04/2010 – Hatem Abdel Kader bersama pegawai di Kementerian Wakaf menafikan laporan beberapa agensi berita tempatan yang mengatakan pelampau Yahudi hari ini menyerbu Masjid Aqsa. Abdel-Qader mengatakan “laporan tersebut tidak benar sama sekali dan situasi di dalam masjid Al-Aqsa dan sekitarnya sepi dan tidak berlaku sebarang kemalangan.

Begitu juga penjaga Masjid Al-Aqsa, mereka juga menegaskan bahawa situasi di sekitar masjid sangat tenang, dan apa yang berlaku hari ini hanyalah kemasukan puluhan wartawan asing dan Israel yang dikenali sebagai pelancongan “asing” ke halaman masjid dan tiada juga sebarang rompakan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Beku penempatan haram sebagai tukaran kepada rundingan terus.

Jumaat, 02/04/2010 – Sumber politik negara haram Israel memberitahu bahawa pentadbiran Amerika telah meminta negara haram Israel untuk membeku projek penempatan haram di Jerusalam sebagai tukaran untuk memaksa Presiden Mahmoud Abbas menerima rundingan terus dengan Israel.

Akhbar Ha’aretz melaporkan pentadbiran Amerika sedang berusaha memujuk negara-negara Arab untuk membuka semula rundingan antara negara haram Israel dan Palestin dan menyokong Presiden Mohmoud Abbas dalam rundingan dimana beberapa buah negara Arab sudah pun menyatakan sokongan ke arah rundingan terus sekiranya Israel bekukan projek penempatan haram di Jerusalam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Kumpulan ‘Penjaga Bukit Kuil Zionis’ bersedia ceroboh Masjid al-Aqsa

Jumaat, 02/04/2010 – Kumpulan ‘Penjaga Bukit Kuil Zionis’ mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu (31/3) yang menyeru agar satu perarakan besar dilakukan pada hari esok, Khamis di Bandar Lama di al-Quds menghala ke Masjid al-Aqsa sempena Hari ‘Passover’ Yahudi. Kumpulan itu juga menyeru agar Masjid al-Aqsa dirobohkan bagi membina kuil Yahudi di atas runtuhan tersebut.

Kumpulan itu mengeluarkan kenyatan tersebut melalui laman webnya dengan mengatakan ia akan berarak menuju ke bukit Kuil pada 1 April sambil membawa seruan tuhan dan bangsa Israel “Binalah kuil itu sekarang!”

Kumpulan itu juga menambah, “di tempat ini kita wajib berdemonstrasi menentang sebarang bentuk tekanan antarabangsa terutamanya daripada Presiden Amerika, Barrack Obama yang mahu membahagikan al-Quds dan menjadikannya sebagai ibunegara Palestin serta membahagi-bahagikan bumi Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Kelahiran kembar siam pertama di Gaza.

Jumaat, 02/04/2010 – Fenomena pelik dan jarang telah muncul untuk pertama kalinya di kawasan Palestin iaitu kembar “Siam” telah dilahirkan, dua bayi perempuan (Rittal, dan Retag) telah melekat dan bercantum antara satu sama lain di hospital “Mubarak” di Khan Younis, yang mana telah mengejutkan para doctor kerana ianya merupakan kali pertama berlaku.

Tiada siapa menjangkakan yang pembedahan casarean untuk wanita itu bertukar menjadi satu keadaan yang jarang dilihat di dunia. Doktor yang menbantu kelahiran kembar tersebut, Dr. Abu Amooneh melahirkan rasa terkejut selepas menyambut kelahiran bayi tersebut, dan beliau menyatakan “ini merupakan kes kembar Siam yang pertama yang kami saksikan di Gaza dan kami tidak tahu untuk mengendalikannya kerana doktor di sini tidak bersedia untuk perkara ini”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Ahli Mossad ditangkap menggunakan paspot palsu.

Jumaat, 02/04/2010 – Menurut sumber berita Algeria, pihak keselamatan mereka telah berjaya menahan seseorang yang bekerja sebagai pengintip “Mossad” Israel, yang mana memiliki paspot palsu Sepanyol.

Bedasarkan maklumat yang diterima, pihak keselamatab Algeria telah menahan pengintip zionis yang menggunkan nama “Alberto” (35 tahun) di tengah Bandar Hassi Messaoud, berhampiran pejabat kajian Mesir yang memiliki kontrak dengan syarikat minyak. Dia telah berjaya memasuki Algeria dengan menggunkan paspot palsu Sepanyol, spekulasi menyatakn yang dia juga menggunakan pengenalan palsu Sepanyol, menerimas visa melalui salah satu kedutaan Algeri di Eropah, sebelum tiba di ibu negara Algeria, melalui Bandar Barcelona. Pihak berkuasa Algeria masih menyiasat bagaimana suspek dapat memiliki visa ke Isarael semasa memegang paspot palsu Sepanyol, namun terdapat campurtangan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat apabila “Alberto” meminta bantua kedutaan Amerika akibat dari kurang hubungan kerjasama antara Algeria dan entiti Israel.

Sumber juga memetik pihak berkuasa berkata: Agen “Mossad” fasih bertutur dalam bahasa Arab, bergerak dalam kejiranan yang terkenal dan mengaku seorang Muslim dengan menyatakan bahawa dia pernah menyertai solat Jumaat di Masjid Bilal bin Rabah and duduk di kafe awam, dan menunjukkan sifat – sifat seorang Arab. Sumber lain menyebut, pembantu ketua “FBI” John Pistole yang melawat Algeria khamis lepas, dalam misi untuk menilai kes pengintip Israel dengan kerajaan Algeria kerana umum tahun tiada sebarang ikatan atau komunikasi antar Algeria dan Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

NGO bergabung membantah Israel menghalang perjalanan 4 ahli Parlimen Poland.

Jumaat, 02/04/2010 – Pencabulan terhadap 4 Ahli Parlimen Poland berlaku di Lapangan Terbang Ben Gurion bila meninggalkan Isreal selepas melakukan lawatan ke kawasan yang dijajah (Semenanjung Gaza dan Tebing Barat) adalah penghinaan yang tidak dapat digambarkan, seperti yang dilaporkan oleh Brussels-based European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) hari ini.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka menyebabkan penerbangan mereka tertangguh adalah dilakukan dengan sengaja dan tanpa sebab,” kata Dr. Arafat Shoukri, pengerusi kempen tersebut. “Ini adalah satu contoh lagi pencabulan terancang Israel di peringkat antarabangsa, untuk menghalang mereka dari melihat sendiri keadaan tempat tersebut. Bagaimanapun, pegawai – pegawai dari Eropah yang telah melabur dengan signifikannya dalam memenuhi keperluan asas masyarakat Palestin – kewajipan itu sebenarnya harus dimulakan oleh pihak yang menjajah – dan memiliki hak untuk menilai situasi. Komuniti dunia harus membantah sekers – kerasnya.”

Ahli Parlimen tersebut turut disertai oleh Jolanta Hipinska, president penasihat undang – undang parlimen Poland untuk rakyat Palestin, telah melawat Semenanjung Gaza melalui Mesir bersama ECESG pada Januari lepas, dan kemudiannya ke Tebing Barat untuk bertemu dengan wakil Majlis Perundangan Palestin. Semasa meninggalkan Israel melalui Lapangan Terbang Ben Gurion, delegasi tersebut telah menjalani pemeriksaan yang cukup lama dan terpaksa menangguhkan penerbangan mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

9 cedera ketika memperingati Hari Tanah di Gaza.

Jumaat, 02/04/2010 – Askar rejim Zionis menembak penduduk Gaza yang memperingati Hari Tanah Rakyat Palestin ketika mereka menganjurkan beberapa demontrasi di Bandar-bandar sekita Semenanjung Gaza.

Askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah peserta-peserta yang berdemontrasi secara aman sehingga mencederakan 5 orang. Seorang daripadanya cedera ketika berdemontrasi di timur Kem Al-Maghazi sementara 8 lagi di Khan Younis, di tengah-tengah Semenanjung Gaza. Kesemua mereka yang tercedera sedang menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Popular Penentang Tembok Keselamatan, sebagai memperingati Hari Tanah Rakyat Palestin.

Peserta demontrasi yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Diar Al-Blah untuk menerima rawatan. Menurut sumber perubatan, 3 daripada mereka yang cedera merupakan anggota keluarga Al-Najar yang berasal dari Khan Younis, salah sorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Pengumuman Ceramah Palestin di Masjid Sy Ali, Padang Balang , KL.

Categories
Berita Semasa

Zionis hadkan kemasukan ke Al-Aqsa.

Khamis, 01/04/2010 – Zionis hari ini menghadkan perjalanan dari Tebing Barat dan kemasukan ke Masjid al-Aqsa untuk memberi peluang masyarakat Yahudi meraikan perlepasan perlepasan (dari Mesir) sepanjang minggu. Tindakan ini meningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Polis Zionis menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menghalang umat Islam menunaikan solat di masjid suci itu. Lelaki Muslim yang berumur kurang daripada 50 tahun dihalang menunaikan solat di masjid itu. ini menyebabkan umat Islam, yang muda dan tua terpaksa menunaikan solat di tepi-tepi jalan di Jerusalem.

Kerajaan rejim Zionis juga meningkatkan kawalan kemasukan ke Israel dari Tebing Barat yang dijajah, menutup pintu masuk kepada orang awam, kecuali bagi kes-kes yang memerlukan bantuan perubatan, kemanusiaan serta para professional dan pelajar yang mempunyai permit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa