Categories
Berita Semasa

Bot maritim rejim Zionis Israel menyerang nelayan Palestin di perairan Gaza.

Rabu, 27-07-2022 – Rejim Zionis Israel pada pagi Isnin telah menyerang bot nelayan Palestin di bahagian utara dan kawasan pertengahan perairan  kepungan Tebing Barat dan memaksa mereka untuk kembali ke daratan.

Menurut sumber tempatan, bot penyerang Israel melepaskan tembakan mesingan bertalu-talu serta gas pemedih mata kearah bot nelayan ketika berada beberapa batu nautika dari persisiran perairan as-Sudaniya dan al-Waha di utara Gaza.

Sementara itu, nelayan-nelayan yang menangkap ikan di persisiran an-Nuseirat dan az-Zawaida di pertengahan Gaza juga terlibat dalam serangan rejim Zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Lebih 190 Peneroka Cemari Al-Aqsa

Rabu, 27-07-2022 – Puluhan peneroka Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem di bawah kawalan pasukan polis pada pagi Isnin sehingga tengah hari.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 191 peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya dengan kawalan polis.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF serbu rumah, culik warga Palestin di Tebing Barat

Rabu, 27-07-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menculik sejumlah warga Palestin pada subuh Isnin ketika serbuan ke atas rumah-rumah di kawasan berbeza di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang warga daripada keluarga  Abu Arqoub setelah menggeledah rumahnya di bandar Birzeit, utara Ramallah, dan menyerahkan arahan panggilan soal siasat oleh Shin Bet.

IOF turut menculik dua pemuda dari bandar al-Khalil setelah menyerbu rumah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Front Demokratik: British Tutup Kejahatan Zionis, Terus Musuhi Palestin

Rabu, 27-07-2022 – Front Demokratik Untuk Pembebasan Palestin mengatakan tindakan kolonial yang dipraktikan British dalam mandatnya terhadap Palestin telah menyebabkan bencana dan malapetaka bagi bangsa Palestin di samping projek Zionis yang memicu kepada penjajahan Palestin tahun 1948.

Pihak Front menyatakan bahawa seratus tahun mandat Kolonial British dengan penjajahan Palestin oleh British dan perjanjian Balfour telah melahirkan projek Zionis yang mereka dukung untuk mendirikan entiti Israel di bumi Palestin.

Deklarasi ini menyebutkan bahawa British akan terus melanjutkan permusuhannya terhadap bangsa dan hak-hak Palestin serta menutup kejahatan Zionis terhadap bangsa Palestin yang menurut organisasi Hak Asasi Manusia sebagai kejahatan perang dan kemanusiaan dimana para pimpinan Israel harus diseret ke mahkamah antarabangsa dan mendapatkan hukuman atas kejahatannya.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Dua pekerja Tebing Barat cedera akibat tembakan rejim Israel

Rabu, 27-07-2022 – Dua orang pekerja Palestin cedera terkena peluru hidup pada pagi hari Isnin apabila tentera penceroboh Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah mereka di persimpangan utama Tebing Barat di selatan al-Khalil.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel di persimpangan ad-Dhahiriya (Mitar) melepaskan tembakan ke arah perhimpunan pekerja Tebing Barat, mencederakan dua daripada mereka di bahagian bawah kaki.

Pekerja yang cedera dikenali sebagai Numan Awawdeh dan Ahmed Salameh dari wilayah al-Khalil.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas : Israel Harus Menanggung Akibat Bagi Tahanannya Yang Ditangkap

Selasa, 26-07-2022 – Gerakan Hamas menegaskan bahawa Israel tidak akan mendapat semula tentera tawanan tanpa menanggung akibat perbuatan kejam mereka itu.

Sumber dipetik dari kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Gerakan itu pada hari Rabu ketika ulang tahun kelapan penangkapan askar Israel Shaul Oron oleh Briged al-Qassam Hamas.

“Isu banduan akan tetap menjadi keutamaan kami, dan kami akan terus berusaha untuk
membebaskan mereka dengan segala cara,” kata Hamas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Peneroka Ektremis Serang Pengembala Palestin di Masafer Yatta

Selasa, 26-07-2022 – Sekumpulan peneroka ektremis Yahudi menyerang beberapa pengembala Palestin di Masafer Yatta, selatan al-Khalil di Tebing Barat pada pagi Khamis.

Pegawai tempatan Fuaad al-Amour berkata peneroka dari penempatan haram berhampiran kawasan Jawaya di Masafer Yatta menyerang beberapa pengembala tempatan, termasuk seorang kanak-kanak.

Ketika kejadian pengembala-pengembala sedang melepaskan lembu untuk meragut di kawasan itu apabila peneroka menyerang dan memaksa mereka meninggalkan padang ragut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kempen #FreeAhmadManasra tular di media sosial

Selasa, 26-07-2022 – Rangkaian Kesihatan Mental Global Palestin melancarkan petisyen antarabangsa menggesa pembebasan segera seorang pemuda Palestin Ahmad Manasra setelah enam tahun didera secara sistematik di penjara Israel.

Lebih kurang 430,000 tandatangan direkodkan setakat ini.

Rangkaian itu menyeru semua rakan antarabangsa dalam isu kesihatan mental dan semua yang inginkan kebaikan menandatangani petisyen itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menubuhkan enam pos di seluruh Tebing Barat

Selasa, 26-07-2022 – Pergerakan penempatan sayap kanan Nachala mendakwa pada hari Rabu bahawa beribu-ribu pengikutnya menyahut seruan baru-baru ini untuk membina pos di tanah Palestin dan mula menubuhkan beberapa daripadanya di seluruh Tebing Barat.

Media Ibrani memetik Nachala sebagai berkata bahawa enam pos pendatang telah ditubuhkan pada hari Rabu di tanah yang diilhamkan berhampiran penempatan Psagot dan Neria di Ramallah, penempatan Kiryat Arba di al-Khalil, dan penempatan Barkan dan Revava di Salfit.

Menurut laman web Haaretz, beribu-ribu pendatang, kebanyakannya remaja, mendirikan khemah di enam lokasi di seluruh Tebing Barat yang diduduki pada hari Rabu, sebagai sebahagian daripada rancangan berbulan-bulan oleh kumpulan Nachala untuk menubuhkan pos penempatan baharu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Lebih 120 penceroboh Yahudi cemari al-Aqsa

Selasa, 26-07-2022 – Sekumpulan besar penceroboh Yahudi ekstremis mencemari Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Khamis dan kemudian pada sebelah petang.

Menurut laman web berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 127 orang peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah iringan polis.

Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam, para peneroka menerima ceramah daripada para rabbi tentang dakwaan kuih di atas gunung dan beberapa daripada mereka melakukan sembahyang mengikut ajaran Talmud secara provokatif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan dalam serangan oleh pendatang di Nablus

Jumaat, 22-07-2022 – Puluhan pendatang Yahudi melakukan beberapa serangan di bandar Burin, selatan Nablus, di utara Tebing Barat pada petang Selasa.

Sumber tempatan melaporkan yang para pendatang menyerang kediaman warga Palestin di Burin, membakar puluhan pokok zaitun, dan memusnahkan sejumlah kenderaan.

Serangan itu dilakukan dengan perlindungan tentera rejim, sumber itu menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pesawat perang Israel menyasar tapak penentangan di Semenanjung Gaza

Jumaat, 22-07-2022 – Pesawat perang Israel melancarkan serangan ke atas kedudukan milik penentangan Palestin di Semenanjung Gaza pada petang Selasa.

Wartawan PIC berkata bahawa beberapa serangan di tapak penentangan disaksikan di kawasan Beit Hanoun Gaza.

Sekurang-kurangnya tiga serbuan telah dilakukan, tambah wartawan PIC itu.

Tentera Regim Israel mendakwa bahawa serangan udara itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap tembakan dari kawasan Palestin pada awal Selasa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Normalisasi dengan Israel adalah kejahatan besar

Jumaat, 22-07-2022 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal menyifatkan normalisasi hubungan Arab dengan negara penceroboh Israel sebagai “kejahatan melampau yang mesti dihadapi dengan segala cara yang mungkin.”

Mishaal membuat kenyataan dalam ucapan yang disampaikannya pada malam belia yang diadakan baru-baru ini di Istanbul dengan dihadiri anak muda dari 40 negara Islam.

Mishaal menggesa belia negara Islam bekerja untuk pertumbuhan negara mereka, berkongsi kebimbangan rakyat mereka dan menyumbang kepada perjuangan Palestin menentang penceroboh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lepaskan Tembakan Kepada Petani di Selatan Gaza

Khamis, 21-07-2022 – Rejim Zionis menyerang petani Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung pada pagi Isnin , dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber setempat melaporkan bahawa tentera Israel di pos tentera di belakang pagar sempadan telah melepaskan tembakan mesingan ke arah petani dan ladang mereka di timur Khan Yunis di selatan Gaza. Kesemua petani melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dari kawasan sasaran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF mengenakan sekatan pergerakan baru di bandar Nablus

Khamis, 21-07-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menutup beberapa jalan di bandar Hawara, selatan Nablus, di utara Tebing Barat pada pagi Isnin.

Datuk Bandar Hawara Muin Dhamidi menyatakan yang jentolak tentera Israel menutup jalan-jalan di kampung-kampung kawasan barat, dan menyekat pergerakan keluar dan masuk ke bandar itu.

IOF turut membina semula berek tentera di atas bumbung bangunan di bandar itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati