Categories
Berita Semasa

Hamas : Penahanan Rojoub oleh Israel adalah pencabulan undang-undang antarabangsa.

Isnin , 06/12/2010 – Hamas menentang keras tindakan Zionis menahan seorang menteri, Naif Ar-Rojoub, pada hari Rabu (1 Disember) lalu, selain menahan 10 lagi menteri lain daripada Majlis Legislatif. Hamas mengecam bahawa tindakan tersebut adalah jenayah terhadap barisan wakil rakyat Palestin, dan mencabuli undang-undang antarabangsa.

Menurut sumber rasmi Hamas yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, “Penahanan Naif Ar-Rojoub yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara Zionis kurang dari 5 bulan setelah ditahan selama 4 tahun, dan larangan dari kempen “Daituniah” yang menghalangnya memberi khutbah di masjid kesemuanya membuktikan kepincangan koordinasi keselamatan Zionis yang cuba menghapuskan sesiapa sahaja yang berdiri mewakili rakyat Palestin, memperjuangkan hak mereka dan hak negara Palestin.”

Sumber itu meneruskan : “Sesungguhnya kami semua daripada Hamas, menentang penahanan Ar-Rojoub, dan kami meminta agar sistem keselamatan Abbas-Fayyad dihentikan serta merta. Kami juga menyeru kesemua organisasi yang memprjuangkan hak kemanusiaan, barisan parlimen, barisan NGO di seluruh dunia untuk segera campur tangan dan memberi tekanan terhadap Zionis untuk membeaskan kesemua wakil-wakil rakyat yang ditahan, dan menghentikan segala jenayah yang mereka lalukan terhadap barisan perwakilan suara rakyat Palestin ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas Kutuk Penahanan Rajoub Langgar Undang-undang Antarabangsa

Jumaat , 03/12/2010 – Hamas mengecam keras tentera Zonis (IOF) dalam penahanan MP Nayef Al-Rajoub di Al-Khalil pada Rabu serta menahan 10 ahli parlimen Palestin yang lain.

Sebuah sumber yang bertanggung jawab di Hamas mengatakan dalam siaran akhbar bahawa penahanan baru ahli parlimen tersebut, yang dibebaskan dari penjara Israel hanya lima bulan lepas setelah empat tahun dipenjarakan, adalah “kejahatan yang keji”.

Akhbar itu melaporkan bahawa MP tersebut menjadi sasaran kempen keselamatan daripada militia keselamatan Ramallah untuk mencegah beliau daripada berkhutbah di masjid-masjid.

Gerakan Hamas mendesak pihak berkuasa Ramallah untuk berhenti dari bekerjasama dalam hal keselamatan dengan IOF, dan menyeru kepada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, parlimen, dan orang-orang merdeka di dunia untuk campur tangan dan memberi tekanan ke atas Israel dalam melepaskan ahli parlimen mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Yahudi akan serbu al-Aqsa hari ini

Jumaat , 03/12/2010 – Yayasan al Aqsa di Palestin menyatakan terdapat seruan oleh Yahudi agar menyerbu al-Aqsa hari ini. Serbuan itu juga bertepatan dengan perayaan Yahudi iaitu Hanoka atau perayaan penyucian sinagog. Yahudi turut menawarkan sejumlah wang bagi mereka yang ikut menyertai aktiviti yang bertentangan dengan hak rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Tidak Ada Jaringan Al Qaeda di Gaza

Jumaat , 03/12/2010 – PM Palestin, Ismail Haniyah memperingatkan tentang “penipuan besar” yang dilakukan penjajah Zionis terhadap dunia, melalui propaganda yang menyebutkan adanya jaringan Al Qaeda di Semenanjung Gaza. Hal itu dilakukan untuk membenarkan serangan baru ke Semenanjung Gaza. Haniyah menafikan dengan keras adanya jaringan Al Qaeda di Semenanjung Gaza.

Hal itu disampaikan Haniyah dalam pertemuan dengan sejumlah wartawan media antarabangsa di Semenanjung Gaza, Rabu (1/12). Haniyah juga menafikan aksi pejuang Palestin yang melakukan serangan ke Israel dari wilayah Mesir.

Haniyah mengatakan, “Tujuan penjajah Israel menuduh para syuhada Palestin yang mereka bunuh sebagai anggota jaringan Al Qaeda adalah untuk mendapat simpati awam dan untuk mendapatkan sokongan Amerika serta badan-badan antarabangsa untuk melancarkan serangan ke Semenanjung Gaza.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan Seorang Wanita Palestin Ketika Melawat Abangnya yang Ditahan

Jumaat , 03/12/2010 – Pasukan Penjajah Israel (IOF) yang mengawal penjara Nafha menahan seorang ibu Palestin ketika melawat abangnya Jamal al-Hur di penjara itu, kata saudara kepada keluarga itu.

Mereka berkata bahawa Mariam al-Hur pergi melawat abangnya, yang dipenjara 3 tahun penjara, tetapi ditahan oleh Ejen Perisikan dan pasukan pendakwa raya memohon mahkamah pada Selasa untuk melanjutkan tempoh tahanan wanita itu.

Mariam al-Hur, ibu kepada beberapa kanak-kanak, berasal dari Kampung Sourif, utara al-Khalil, dan telah berkahwin dengan seorang lelaki daripada Kampung Beit Kahel.

Pendawa raya Israel menyatakan bahawa Mariam menyeludup bahagian telefon bimbit untuk abangnya. Saudaranya walaubagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan memohon pembebasan Mariam. Tentera IOF menahan Jamal al-Hur kerana berkerja dengan Pasukan Sourif yang dituduh bertanggungjawab ke atas beberapa serangan ke atas Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Prof Dhouqan mogok lapar di penjara Abbas

Jumaat , 03/12/2010 – Profesor Ghassan Dhouqan, pensyarah di Universiti Najah di Nablus, telah mengisytiharkan mogok lapar di penjara PA di Tebing Barat bagimemprotes penahanannya, kata isterinya.

Um Mu’adh berkata suaminya mogok lapar sejak hari pertama dia ditahan di rumahnya walaupun keadaan kesihatannya teruk kerana menderita pelbagai penyakit termasuk asma dan sakit kronik di belakang, gigi, dan kaki. Isterinya mengatakan suaminya telah turun berat badan sebanyak 20 kilogram selama tiga tahun di penjara tahanan di bawah pentadbiran penceroboh Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas mendakwa pihak berkuasa Palestin dan Israel bekerjasama untuk mengusir Hamas dari Tebing Gaza

Jumaat , 03/12/2010 – Gerakan Hamas berkata, penculikan ahli-ahli parlimennya di Tebing Gaza dan serbuan di kediaman dan pejabat merupakan perancangan teliti Israel dan pihak berkuasa Palestin (PA) untuk melenyapkan Hamas dari Tebing Barat.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) pada Rabu bahawa ahli-ahli parlimen yang diculik Israel itu telah diganggu oleh pihak keselamatan PA yang telah menyerbu kediaman dan pejabat serta turut menahan saudara mara dan kenalan mereka.

Abu Zuhri menekankan bahawa perancangan ini tidak akan berjaya mematahkan gerakan Hamas di Tebing Barat. Manakala dalam satu kejadian berasingan, pihak keselamatan militia PA menculik 8 warga Palestin yang berhubungan baik dengan Hamas di Kota Nablus, Ramallah, Baitulmaqdis dan Salfit, demikian menurut sumber tempatan pada Rabu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel (IOA) memerintahkan pengasingan sementara penduduk Silwan

Khamis, 02/12/2010 – Polis Israel di penempatan haram Baitulmuqaddis telah memberi notis kepada Adnan Ghaith, seorang aktivis pembela tanah Silwan, agar dia tidak mendekati penempatan haram Baitulmuqaddis. Arahan yang tidak masuk akal itu berkuatkuasa selama empat bulan.

Polis pendudukan haram menghubungi Ghaith melalui telefon pada hari Ahad dan memberi perintah,dimana dia mempunyai 14 hari untuk mengajukan pertimbangan. Sementara itu, Ghaith mengatakan bahawa dia akan memerangi perintah itu dengan menggunakan segala undang-undang yang ada. Dia menggambarkan perbuatan regim Zionis itu sebagai “menindas”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

21 organisasi antarabangsa seru warga dunia segera tangani kepungan Gaza


Khamis, 02/12/2010 – 21 organisasi majmuk melaungkan seruan untuk memperjuangkan hak kemanusiaan, “tindakan terbaru masyarakat dunia ini akan memastikan kepungan berakhir dengan segera, tanpa syarat dan menyeluruh” di Gaza, dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Kesemua organisasi tersebut mengumumkan dalam laporan media bertajuk “punah harapan – kepungan berterusan di Gaza”, bahawa tindakan Zionis untuk “mengurangkan” kepungan haram ke atas Gaza atas desakan masyarakat dunia tidak sedikitpun mengubah nasib penduduk Gaza.

Di antara organisasi yang terlibat adalah organisasi Amnesty International, Pertubuhan Antarabangsa untuk hak asasi manusia dan Pertubuhan Pelarian Norway yang menyatakan bahawa, “tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel telah meringankan kepungan, tetapi masih tidak mampu menghancurkan sepenuhnya kekangan kehidupan harian yang dihadapi oleh 1.5 juta rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Keadaan Kesihatan Tahanan Terpencil Semakin Buruk Akibat Mogok Makan

Khamis, 02/12/2010 – Keadaan kesihatan Syaikh Jamal Abul Haija dan Ahed Ghulma semakin buruk setelah enam hari mogok makan, Fuad Al-Khafsh, kata pengarah pusat Ahrar untuk kajian tahanan dan hak-hak asasi manusia.

Beliau berkata pada hari Isnin bahawa peguam Mohammed Abdeen berjaya untuk melawat mereka di penjara kurungan seorang diri Ramle dan mereka mengatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk meneruskan mogok makan terbuka mereka bahkan jika itu menyebabkan kematian mereka. Mereka mengatakan bahawa “kehidupan dalam kurungan seorang diri merupakan pembunuhan secara lambat dan sistematik”.

Para tahanan mengatakan bahawa kerajaan haram Israel menawarkan mereka pindah ke tahanan seorang diri di Jalbo dan menghantar pakar untuk memperbaiki penahanan mereka, tapi mereka menolak dan berkeras bahawa mereka hanya akan keluar dari Ramle ke penjara lain dengan tahanan lain atau ke liang kubur.

Peguam mengatakan bahawa kedua-dua tahanan nampak letih, tetapi berkeras tetap dengan mogok mereka.

Khafsh berkata kehidupan mereka dalam bahaya menyeru kepada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, organisasi antarabangsa, dan media untuk segera turun dan melancarkan sebuah kempen perpaduan besar dengan para tahanan.

Abul Haija adalah salah satu pemimpin Hamas di kem pelarian Jenin sementara Ghulma dituduh tanggung jawab untuk mencederkan bekas menteri pelancongan Israel Rahba’am Ze’evi. Kedua-dua melancarkan mogok makan sejak Khamis lalu menuntut menamatkan pengasingan mereka dan membolehkan keluarga mereka untuk melawat mereka, iaitu tuntutan sah yang dijamin oleh undang-undang dan norma-norma antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin di penjara IOA lancar mogok lapar

Khamis, 02/12/2010 – Tahanan-tahanan Palestin yang ditempatkan secara berasingan di penjara Jalama milik rejim Zionis (IOA) telah melancarkan mogok lapar pada Ahad lalu bagi memprotes perlanjutan tempoh penahanan secara berasingan selama 3 bulan dan tidak dihantar ke penjara pusat walaupun (pihak IOA) telah selesai menyoal siasat mereka.

Jawatankuasa tahanan penjara Palestin berkata bahawa peguam mereka telah pergi ke penjara tersebut pada Ahad lepas untuk bertemu dengan para tahanan tetapi niat mereka telah dihalang oleh pihak pentadbiran penjara selepas memaklumkan kepada peguam itu bahawa para tahanan sedang melakukan mogok lapar. Oleh itu mereka sedang dikenakan tindakan disiplin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu pada hari Isnin (29/11/10), dimaklumkan bahawa penjara Jalama adalah pusat tahanan dan soal siasat tetapi pihak perisikan rejim Zionis sengaja menahan para tahanan di penjara itu dengan lebih lama selepas menyoal-siasat mereka sebagai satu hukuman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis- Israel usir aktivis Palestin dari al-Quds

Khamis, 02/12/2010 – Salah seorang kumpulan aktivis pembela rakyat Palestin telah diusir keluar dari al-Quds. Adnan Ghais telah diperintahkan keluar dari al-Quds untuk 4 bulan oleh Zionis-Israel. Adnan akan terus menentang keputusan zalim itu. Beliau menyatakan apa yang belaku ke atasnya benar-benar bertentangan dengan perundangan UN.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis serbu utara Gaza, banyak tangkapan di Tebing Barat

Khamis, 02/12/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) mengumpul sejumlah kenderaan tentera bagi menyerbu wilayah utara Semananjung Gaza di sebelah timur kota Beit Hanun Isnin lalu, kata saksi kepada PIC. Mereka mengatakan empat kenderaan tentera telah mengawal dua buldoser bagi meratakan tanah Palestin. Di Tebing Barat, tentera IOF menahan empat warga Palestin di berbagai daerah Tebing Barat setelah operasi mencari di rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Delegasi OIC Tiba di Gaza

Khamis, 02/12/2010 – Sebuah delegasi Organization of Islamic Conference (OIC) tiba di Semenanjung Gaza pada Ahad malam untuk lawatan beberapa hari di Gaza.

Delegasi yang mempunyai ahli seramai 23 orang termasuk 16 orang doktor, disambut oleh menteri Buruh dan Khidmat Sosial di Gaza, Ahmed al-Kurd bersama lain-lain pegawai. Lawatan ini jatuh pada masa yang sama dengan bantuan kemanusiaan OIC dan cuba menambah bantuan mereka kepada Semenanjung Gaza yang dikepung itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

130 Unit Penempatan Baru Yahudi di Selatan Al-Quds

Khamis, 02/12/2010 – Radio Israel menyiarkan rancangan pembinaan penempatan baru iaitu lebih kurang 130 unit penempatan Yahudi di kompleks Gilo Israel yang terletak di wilayah Selatan Al-Quds terjajah.

Pada pertemuan Isnin (29/11) Jawatankuasa Rancangan dan Pembangunan Israel di Al-Quds membincangkan pembangunan puluhan bangunan penempatan di wilayah Al-Quds yang telah dipersiapkan dahulu untuk dimanfaatkan dalam projek pembangunan.

Menurut para pemerhati, rancangan ini termasuk rangkaian projek Israel untuk menjadikan kota Al-Quds sebagai kota Yahudi dan merubah peta demografinya.

sumber : COMES
penterjemah : osman