Hamas Menyeru Siasatan Antarabangsa Ke Atas Amerika Mendalangi Perang Saudara.


Khamis, 6/03/08 –
Ezzat Al-Resheq, ahli biro politik Hamas menggesa satu siasatan antarabangsa dibuka bagi menyiasat dakwaaan pentadbiran Amerika mendalangi konspirasi perang saudara di Palestin yang ditunjangi oleh pemberontak Fatah Mohamed Dahlan yang menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban.

HAMAS berikrar akan menuntut bela diatas pembunuhan kanak-kanak Palestin.


Khamis, 6/03/08 –
Pergerakan HAMAS berikrar untuk membalas dendam diatas pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza, terutamanya pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Pergerakan itu di Khan Younis, selatan Gaza, mengatakan “entity Nazi” tersebut akan membayar harga yang cukup mahal kerana membunuh kanak-kanak Palestin dan akan menyesali diatas perbuatan dimana tertumpahnya darah mereka yang tidak berdosa ini.

Olmert : Hentikan Serangan Roket Terhadap Israel.


Khamis, 6/03/08 –
Setelah gagal menghentikan serangan roket-roket buatan sendiri berikutan kekejaman berterusan tentera Israel, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan petang Rabu lalu yang rejim Zionis tidak akan menyerang Gaza sekiranya kumpulan penentang dari Palestin berhenti melancarkan roket-roket buatan sendiri ke wilayah Israel.

Banduan Hamas di pindah ke Nafha.


Rabu, 5/03/08 –
Majlis Tertinggi Banduan Hamas menyelar rejim Zionis kerana memindahkan banduan Hamas, Ruhi Mushtaha dan Yahya Al-Senwar dari penjara Hadarim ke penjara padang pasir Nafha dalam konteks hukuman yang dijalankan ke atas mereka tanpa justifikasi.

Dahlan Gesa Pejuang Fatah Agar Tidak Terlibat Dalam Pertempuran Dengan Israel.


Rabu, 5/03/08 –
Ketua Pemberontak di dalam Fatah Mohammed Dahlan telah menyeru para pejuang Fatah di Gaza agar tidak terlibat atau membantu Hamas dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Dokumen Rahsia Bukti Rancangan Amerika Kobarkan Perang Saudara.


Rabu, 5/03/08 –
Sebuah Majalah di Amerika Syarikat, Vanity Fair menyiarkan dokumen rahsia Amerika yang mengandungi rancangan Amerika menggulingkan pemerintah Hamas
melalui pilihanraya umum yang akan dipercepatkan dan perang saudara.

Israel merancang serangan besar-besaran menghapuskan penghuni Gaza


Selasa, 4/03/08 – GAZA, (PIC)– Kerajaan Israel dilaporkan sedang memikirkan cara yang sah bagi mensasarkan kawasan berpenghuni di Semenanjung Gaza yang jika berlaku, akan mengenakan penderitaan yang berat terhadap penduduk awam Palestin.

Saksi Penderaan Barghouthi DiCulik.


Khamis, 28/02/08 –
Pasukan gerak am Abbas Selasa lalu telah menculik seorang jururawat lelaki yang bekerja di Hospital Khaled di Ramallah yang menuduhnya mengambil gambar kesan penderaan pada badan Sheikh Majd al-Barghouthi yang diseksa sehingga mati oleh kumpulan tersebut.

Hamas: Gaza Ibarat Bom Jangka Masa


Khamis, 28/02/08 –Abdul Latif Qanu jurucakap Hamas di utara Gaza telah memberi amaran bahawa tindakan sekatan ke atas Gaza akan membawa kepada ‘letupan’ kemusnahan dimana Israel dan negara lain di sekelilingnya yang berdiam diri akan bertanggungjawab ke atas kemusnahan ini.

Abbas Punca Gaza Semakin Tertekan.


Rabu, 27/02/08 –
Pergerakan Hamas Selasa lalu dengan tegas menuduh presiden PA Mahmoud Abbas mengagalkan semua usaha Palestin dan Arab bagi memecahkan sekatan ekonomi yang telah mencapai dua tahun di Semenanjung Gaza.

Saintis Palestin Dibebaskan Selepas Ditahan 2 Tahun Tanpa Bicara.


Selasa, 26/02/08 –Pihak penjajah Israel telah membebaskan seorang professor fizik Essam Al-Ashkar, 50, selepas 2 tahun ditahan tanpa bicara atas alasan ordinan ‘tahanan pentadbiran’.

Pembunuh Anggota Hamas Mesti Di Dakwa.


Selasa, 26/02/08 –
Pergerakan Hamas secara rasmi mendesak pembunuh tokoh Hamas di Tebing Barat, Sheikh Majd Al-Barghouthi agar didakwa, sambil memberitahu penambahan pasukan gerak am PA terhadap sebab-sebab kematiannya sebenarnya tidak berasas.

Kater: Israel Tidak Berminat untuk Gencatan.


Khamis, 21/02/08 –Damascus, Syria – Pemimpin kanan Hamas dan ahli biro Politik, Sami Kater menegaskan bahawa kumpulan pejuang Palestin bersedia untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel namun Israel sentiasa menolak tawaran tersebut.

Ubat-ubatan Tidak Sampai Ke Gaza.


Khamis, 21/02/08 –
Jurucakap Menteri Kesihatan di Gaza, Khaled Radi, menafikan kenyataan kerajaan PA yang tidak sah di Ramallah bahawa mereka menghantar ubat-ubatan yang boleh dimakan bernilai $11,000,000 ke Semenanjung itu.

Yousef: Keadaan lebih kritikal jika dunia tidak menghalang pengepungan


Khamis, 21/02/08 – GAZA, (PIC)– Dr. Ahmed Yousef, penasihat politik perdana menteri Palestin, Ismail Haneyya Rabu lalu telah memberi amaran bahawa sekiranya masyarakat antarabangsa tidak bersungguh-sungguh untuk menamatkan kepungan di Gaza dan cuba berhubung dengan Hamas, tidak lama lagi akan wujud keadaan yang teruk dan mengejutkan semua orang.