Rabu, 25-08-2021 – Rabi Yahudi pelampau Glick menjadi antara peneroka yang mencemari Masjid Aqsa di Jerusalem pada Isnin pagi.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 85 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Gerbang Maghariba dan mengelilingi kawasan tersebut diiringi polis.
Dalam masa tersebut, sebahagian peneroka menerima dakyah rabi berkenaan kononnya tapak kuil, manakala yang lain melakukan ritual Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Rabu, 25-08-2021 – Tentera Zionis Israel pada hari Isnin telah meratakan sejumlah besar tanah di Qalqilya untuk memperluaskan jalan untuk peneroka haram.
Pegawai tempatan Mohamed Abul-Sheikh mengatakan bahawa tentera Israel mula memperbesarkan Jalan 55, yang telah dibina secara haram di kawasan antara Qalqilya dan Nablus.
Pada tahun 2019, tentera Israel mengumumkan rancangannya untuk merampas sekitar 166 dunum tanah di kawasan itu untuk memperbesarkan jalan tersebut, tambah Abul-Sheikh.
Menurut rancangan Israel, projek ini akan dilaksanakan di tanah yang dirampas dari bandar Azzun, kampung Nabi Ilyas dan kota Qalqilya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 25-08-2021 – Liga Arab memberi amaran terhadap kedegilan Israel di Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa serta kebiadabannya ke atas status sah dan sejarah kota suci. Ia merupakan ancaman serius kepada keselamatan dan kedamaian antarabangsa.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Liga Arab pada ulang tahun ke 52 serangan ke atas Masjid Aqsa.
“Jenayah membakar Masjid Aqsa pada 1969, yang dilakukan oleh pelampau dan pengganas Zionis adalah perbuatan keji yang menjadi dalang kepada keganasan rejim Israel sekarang,” kata Liga Arab.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 25-08-2021 – Sekumpulan peneroka ektremis Yahudi membakar kebun zaitun di bandar Burin, selatan Nablus di Tebing Barat pada pagi Isnin.
Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, peneroka dari penempatan haram Yitzhar menyerbu kawasan pertanian di selatan Burin dan membakar puluhan pohon zaitun di kebun milik penduduk di situ Burin dan perkampungan berdekatan di selatan Nablus telah menjadi sasaran peneroka yang tinggal di penempatan haram dan kota kara di kawasan tersebut sejak sekian lama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 25-08-2021 – Sejumlah peneroka Yahudi telah meletakkan dua buah rumah bergerak di atas sebidang tanah milik rakyat Palestine di bandar Deit Istiya, sebelah darat Salfit pada Isnin lalu. Sementara itu beberapa peneroka yang lain telah mengusir petani tempatan keluar daripada tanah mereka di Gunung al-Ras yang berhampiran dengan bandar tersebut.
Menurut ketua bandar Deir Istiya, Sa’ied Zaidan mengatakan bahawa peneroka Yahudi ini telah membina 2 buah kediaman pasang siap di daerah Harikat Abu Zuhair di sebelah barat bandar itu.
Zaidan turut menambah di dalam kenyataannya, kawasan itu akan terus diancam oleh penguasaan daripada pihak Israel kerana mereka telah mula mendiri pos kawalan berhampiran penempatan haram Havot Yair.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Rabu, 25-08-2021 – Pihak berkuasa Mesir menutup lintasan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza pada hari Isnin di kedua-dua arah.
Iyad al-Bozom, jurucakap bagi kementerian dalam negeri di Gaza, berkata pada malam hari Ahad dalam satu kenyataan ringkas bahawa pihak berkuasa Mesir memaklumkan kementeriannya pada petang hari Ahad berkenaan keputusan penutupan berkenaan.
Lintasan sempadan Rafah dibuka pada setiap hari pada setiap minggu di kedua-dua arah kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 25-08-2021 – Pihak rejim Zionis telah menculik dua warganegara Baitulmaqdis setelah menemui sepucuk pistol di tangan mereka.
Media Ibrani memetik jurucakap polis perbatasan Israel yang mengatakan bahawa tentera di persimpangan Hizma di timur laut Baitulmaqdis menahan sebuah kereta yang mencurigakan lalu menggeledahnya, dan menjumpai sepucuk senapang mesin buatan sendiri yang dikenali sebagai Carlo serta beberapa peluru.
Jurucakap itu menambah bahawa dua warga Palestin dari Baitulmaqdis yang menaiki kereta itu ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat keselamatan untuk disoal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Rabu, 25-08-2021 – Pihak otoriti penjajah Israel, Isnin (23/8) membebaskan anggota parlimen Palestin yang dipenjarakan iaitu Ahmad Athwan, setelah menahannya selama 12 bulan sebagai tawanan administratif.
Sebelumnya otoriti penjajah Israel menetapkan pembebasan Aleg Ahmad Athwan, namun kemudian memperbarui penahanannya dari kota Al-Quds ke Tebing Barat, setelah menahannya selama satu tahun sebagai tawanan administratif.
Pasukan penjajah Israel menangkap Athwan pada 26 Ogos 2020, setelah menggeledah rumah yang dihuninya sejak ditahan dari Al-Quds di kota Birah. Seminggun setelah itu beliau diputuskan sebagai tawanan administratif tanpa dakwaan selama 4 bulan. Otoriti Israel kembali memperbaharui penahanan Athwan untuk kedua kalinya selama 4 bulan. Seterusnya pada 22 April lalu diperbarui untuk kali ketiga selama 4 bulan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 23-08-2021 – UNRWA menyuarakan kebimbangan tentang keadaan kehidupan yang sangat sukar di kalangan pelarian Palestin di Daraa, Syria. Keadaan mereka semakin teruk akibat kegagalan menghantar bantuan kepada mereka oleh kerana krisis yang semakin meruncing di kawasan tersebut.
Lebih kurang 30,000 orang pelarian Palestin berdaftar dengan UNRWA di selatan Syria semakin terancam, rentetan pertelingkahan di sekitar, agensi PBB itu menyatakan.
“Tembakan dan pertelingkahan yang banyak berlaku sejak 29 Julai menyebabkan kematian, kecederaan dan ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal,” UNRWA menyatakan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 23-08-2021 – Faksi-faksi dan kekuatan nasional dan Islam pada Rabu 18 Ogos, menyeru agar memobilisasi kempen besar-besaran demi mendokong tawanan administratif di penjara Israel. Mereka meminta pihak Otoriti Palestin untuk membawa masalah mereka ke forum antarabangsa dan membawa kes mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Hal ini disampaikan dalam pertemuan politik yang diselenggarakan Jawatankuasa Bebas Hak Asasi Manusia tentang situasi tawanan administratif di penjara Israel yang melibatkan perwakilan dari faksi-faksi Palestin, badan yang peduli dengan hak-hak tahanan dan aktivis solidariti.
Khalil al-Hayya, anggota biro politik Hamas, mengatakan, “Kita ketika ini berhadapan dengan dilema nasional, politik dan undang-undang. Beliau menjelaskan bahawa penahanan administratif adalah cara melanggar semua nilai dan norma undang-undang, kerana pendudukan Israel mempraktikkan semua bentuk kekerasan yang konsisten dengan kejahatannya. Salah satu bahayanya adalah merosak situasi nasional dan konfrontasi komprehensif dengan Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 23-08-2021 – Sebuah kadang lembu berdekatan hutan perkampungan Qafin, utara Tulkarem dirobohkan Rejim Zionis pada Rabu. Saudara pemilik, Khalid Ajuli memberitahu, Rejim Zionis bersama beberapa jentolak merobohkan kemudahan yang digunakan untuk ternakan dan tangki air bermula enam pagi.
Tambahnya lagi, ketika kejadian itu berlaku, pemiliknya, Nidal Abdel Rahim Ajuli sedang tidur di dalam kandang sebelum tertangkap.
Manakala sepupunya, Rashwan Nasr El-Din Ajuli turut diserang ketika sedang cuba menyelamatkan kambingnya yang berada disitu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Isnin, 23-08-2021 – Pihak Zionis Israel (IOA) pada pagi Selasa merobohkan sebuah taman asuhan kanak-kanak di bandar Beit Safa di Yerusalem dan juga sebuah rumah yang sedang dibina di bandar Tepi Barat Yatma, selatan Nablus.
Di Yerusalem, sumber tempatan mengatakan bahawa penguasa rejim Zionis Israel merobohkan sebuah taman asuhan kanak-kanak di bandar Beit Safa milik seorang penduduk tempatan bernama Mohamed Jum’ah.
Sekolah yang terletak berhampiran rumah pemiliknya dibina pada awal tahun semasa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Isnin, 23-08-2021 – Ramai warga Palestin yang tinggal di sebuah kampung yang terjejas oleh kebakaran hutan telah menolak untuk meninggalkan kediaman mereka sedang usaha memadam kebakaran masih dilakukan untuk memerangi kebakaran hutan yang besar di kawasan pergunungan di Baitulmaqdis barat yang telah memusnahkan kawasan hutan yang luas semenjak tiga hari lalu.
Setakat semalam, api mulai menghampiri perkampungan Palestin Ein Naqquba dan penduduk setempat mengadu tentang asap yang terhasil dari kebakaran, namun kemudian angin tiba-tiba bertiup ke arah yang bertentangan dengan api lalu menjauhkannya.
Ketua majlis daerah Suleiman Awadallah mengatakan pihak berkuasa rejim Zionis telah meminta penduduk kampung meninggalkan rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana kebakaran tersebut tidak lagi menimbulkan ancaman yang besar kepada mereka.
Walaubagaimanapun, Awadallah memberitahu bahawa sejumlah penduduk yang sakit serga warga emas telah dipindahkan dari kampung tersebut.
“Angin telah berhenti bertiup ke arah kawasan kampung, dan ini membantu menjauhkan api dari kami, tetapi saya tetap menggesa orang ramai untuk berhati-hati dan tetap berada di dalam rumah mereka sehingga kebakaran dapat dikawal di kawasan tersebut,” tambah pegawai tempatan berkenaan.
“Penduduk kampung enggan meninggalkan rumah mereka setelah mereka mengenang apa yang terjadi ketika (bencana) Nakba 1948, jadi mereka memutuskan untuk tinggal di rumah mereka dan menghadapi kebakaran itu,” katanya.
Desa Ein Naqquba didirikan pada tahun 1962 oleh pelarian dari kampung Bayt Naqquba, yang telah dihuni oleh militan Zionis semasa Nakba Palestin 1948.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 23-08-2021 – Rejim Zionis melancarkan serangan pada hari Selasa malam dan subuh hari Rabu di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem, di mana beberapa bekas tahanan telah ditangkap.
Di Nablus, rejim itu menyerbu bandar Qusra, tenggara Nablus, dan menangkap Othman Hassan setelah memukul, menggeledah dan mencemari rumahnya. Tentera rejim telah menyerang Ahmed Bani Shamsa dari Beita dan menahannya seketika, sebelum dibebaskan dan dibawa ke Hospital Rafidia.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 23-08-2021 – Berpuluh penceroboh Yahudi diiringi anggota polis mencemar masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi hari Rabu. Menurut sumber tempatan, 86 orang penceroboh memasuki masjid itu di dalam beberapa kumpulan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya.
Semasa lawatan mereka di tapak suci itu, penceroboh tersebut mendengar syarahan daripada rabbi tentang kuil mereka dan beberapa orang melakukan ibadat mengikut ajaran Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan