Jumaat, 28/03/08 Pergerakan Hamas Rabu lalu berpendapat mesyuarat antara menteri pertahanan Israel, Ehud Barak dan perdana menteri kerajaan tidak rasmi PA, Salam Fayad di Ramallah adalah “bersifat sekuriti tulen”.

Khamis, 27/03/08 –
Pemimpin kanan Pergerakan Hamas dan ketua Biro Politiknya, Khaled Mishaal berkata beliau telah menghubungi beberapa orang pegawai dan pemimpin negara –negara Arab dengan tujuan untuk menjelaskan berkenaan intipati deklarasi Sana’a dan memohon sokongan mereka.Pergerakan Hamas dan Fatah menandatangani inisiatif Yaman pada Ahad lepas, di Bandar Sana’a dibawah kelolaan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang menggesa dialog nasional diantara dua buah kumpulan besar di arena Palestin itu dalam usaha untuk menghentikan pergeseran politik diantara mereka.

Rabu, 26/03/08 – Blok Wartawan Palestin (PJB) Selasa lalu memberi amaran senarai jenayah yang dilakukan oleh pasukan keselamatan PA terhadap wartawan-wartawan Palestin menjadi semakin panjang dan ini adalah masanya untuk menghentikan jenayah seumpama itu.

Selasa, 25/03/08 –
Seorang pemimpin tertinggi HAMAS mengecam terhadap sebagian tokoh gerakan FATAH yang menolak kesepakatan yang sudah ditandatangani kedua belah pihak (Fatah dan Hamas) di Sanaa.
Selasa, 25/03/08 –
Ezzat Al-Resheq selaku anggota biro politik Hamas menuduh bahawa terdapat satu trend dalam kumpulan Fatah yang berusaha untuk menggugurkan perisytiharan Sana’a dan menghentikan perjanjian yang ditandatangani antara delegasi Hamas dan Fatah di bawah naungan Yaman semasa memulakan dialog untuk menamatkan pertelingkahan.

Selasa, 25/03/08 –
Wakil Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney menyatakan sebarang perdamaian antara Abbas dan Gerakan Pejuang Islam Hamas harus dengan syarat Hamas melepaskan kekuasaannya di Semenanjung Gaza. Hal tersebut dinyatakan Cheney
menjelang pertemuannya dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas, Isnin (24/03).

Selasa, 25/03/08 –
Sumber-sumber politikal Israel mengancam untuk memutuskan rundingan dengan PA Mahmoud Abbas
jika perbincangan pada hari Ahad antara Hamas dan Fatah dalam Sana’a berjaya membentuk satu perjanjian dan satu perpaduan kerajaan kebangsaan.

Isnin, 24/03/08 –
Ahli Parlimen, Jamal Al-Khudari selaku pengerusi jawatankuasa popular terhadap pengepungan, memanggil satu sidang kemuncak Arab bertujuan untuk memecahkan kepungan di Semenanjung Gaza serta membuka lintasan untuk menyelamatkan Gaza daripada “perang genocidal Zionis”.

Isnin, 24/03/08 –
Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menegaskan, Hamas menolak kedatangan kembali Pihak Keselamatan Abbas yang pernah membuat kekacauan ke Gaza.

Khamis, 21/03/08 – Osama Hamdan, ahli biro politik Hamas, menafikan berkenaan dengan kedudukan mereka yang perlu merayu untuk mesyuarat bersama ketua PA, Mahmoud Abbas bersempena persidangan Arab yang akan diadakan di Damascus, tetapi menyeru untuk dialog nasional yang komprehensif dan tidak bersyarat.Di dalam kenyataan akhbarnya kepada Quds Press, saluran komunikasi adalah diantara Hamas dan Liga Arab.

Khamis, 21/03/08 –
Pentadbiran Palestin dibawah pimpinan Ismael Haniya memutuskan untuk menyalurkan pinjaman dana bernilai ½ juta Syekal untuk membaik pulih kerosakan sekolah-sekolah di Jalur Gaza.

Khamis, 21/03/08 – Gerakan Hamas menegaskan kembali sikapnya yang sedia berdialog dengan gerakan
Fatah untuk menamatkan perpecahan dalam negeri.

Rabu, 19/03/08 –
Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin, termasuk tiga anggota Jihad Islam tercedera malam Selasa lalu selepas satu pesawat peninjauan Israel mensasarkan kenderaan mereka di bandar Beit Lahai, utara Semenanjung Gaza, sumber keselamatan dan perubatan Palestin mengesahkannya untuk wartawan PIC.
Rabu, 19/03/08 –
Pusat Kajian “Ahrar” untuk Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Dr. Aziz Dweik, Ketua
Parlimen Palestin yang ditahan oleh pihak Zionis Israel telah menghafal Al-Quran secara tuntas dan jayanya. Beliau melakukan tasmi? (mendengarkan hafalan Al-Qur’an dihadapan seorang syeikh) secara sempurna dan bertajwid.

Rabu, 19/03/08 – Menurrut Persatuan perundangan Nafha, pihak Rejim Zionis telah melanjutkan tempoh penahanan tanpa bicara keatas Ahli Parlimen, Dr. Mariam Saleh untuk beberapa bulan lagi setelah gagal mengemukakan sebarang pertuduhan keatas beliau.Ia melambangkan satu keputusan yang “tidak logic dan kejamâ€, dan menyifatkannya sebagai “satu kezaliman keatas hak rakyat Palestin untuk memilih wakil merekaâ€.