Categories
Berita Semasa

Lapan warga Palestin di tahan dalam pengasingan yang berbulan lamanya.

Isnin, 15-02-2021 – Lapan tahanan Palestin telah menderita akibat persekitaran yang teruk di dalam penjara Megiddo Israel selama beberapa bulan. Mengikut sumber Suruhanjaya Perhubungan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, tahanan yang mengalami pengasingan adalah  Emad al-Batran, Araft Efai’ya dari al-Khalil, Wael Na’rat dari Jenin, Wael al-Jaghoub dan Mahmoud Atta dari Nablus, Emad Sarhan dari Haifa, Musaab Alyan dari Jerusalem dan Ghaleb Gahanyem dari kawasan penaklukan 1948. Lapan tahanan telah disekat dari menerima kunjungan dari ahli keluarga mereka beberapa bulan dan ada di antara mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Cemar Halaman Al Aqsa

Isnin, 15-02-2021 – Peneroka haram Yahudi telah menyerbu Masjid Al-Aqsa yang suci pada pagi Selasa lalu dengan diiring perlindungan polis Israel dan melakukan upacara Talmud.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sekumpulan peneroka haram telah masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa dan membawa peta-peta “Kuil” mereka.

Serangan itu dilakukan dari Pintu Maghareba ke Gerbang al-Silsila, melalui kawasan Gerbang al-Rahma.

Masjid Al-Aqsa mengalami serangan dan pencerobohan oleh peneroka haram dan polis Zionis pada waktu pagi dan petang setiap hari, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu, polis Israel telah memperketat prosedur mereka di gerbang Masjid Al-Aqsa dan menghalang kemasukan pemuda-pemuda Palestin.

Semua umat Islam di Palestin 1948 dan penduduk Baitulmaqdis terus-menerus diseru untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa untuk menangkis serangan para peneroka haram Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap beberapa orang warga Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis

Isnin, 15-02-2021 – Rejim Zionis (IOF) menahan beberapa orang warga Palestin dalam serbuan di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Seorang pemimpin Gerakan Hamas ditangkap dari Jenin sementara seorang budak lelaki cedera dalam pertempuran di Bethlehem.

Di Bethlehem, IOF menahan Mustafa Damesa dan Islam Sabateen setelah menyerang rumah mereka.

IOF menyerbu kem pelarian Duheisheh dan pertempuran berlaku di pintu utama kem. Seorang budak lelaki berusia 17 tahun cedera akibat terkena peluru di kakinya dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Kapal Israel serang perahu nelayan Palestine di laut Gaza

Isnin, 15-02-2021 – Pasukan penjajah Israel menyerang perahu nelayan Palestine, di laut lepas Gaza. Jawatankuasa Nelayan Persekutuan dalam menyatakan kapal-kapal penjajah Israel menyerang nelayan Palestine di Barat Gaza yang berada 6mil dari pantai. Serangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada perahu nelayan namun tiada korban jiwa.

Jurucakap tentera penjajah menyatakan pihaknya berjaya menggagalkan usaha penyeludupan senjata. Aksi ini di lakukan oleh pesawat perang Israel yang mengebom sebuah perahu penangkap ikan. Akan tetapi tidak lama kemudian mereka memadamkan berita tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Lapan kematian Corona, 661 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam lepas.

Selasa, 09-02-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan lapan kes kematian baru berkaitan COVID-19, di mana 661 kes positif baru dan 419 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan laporan harian kementerian, tujuh dari mangsa kematian akibat virus adalah dari Tebing Barat dan satu dari SEmenanjung Gaza. 55 pesakit kes kritikal COVID-19 adalah penerima rawatan intensif di hospital dan 20 dari mereka telah dirawat dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

IOF memindahkan khemah, mengusir keluarga-keluarga di Himsa al-Fuqa

Selasa, 09-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Rabu menyerbu di dusun Badwi Palestin Khirbet Himsa al-Fuqa di utara Lembah Jordan sekali lagi dan memindahkan khemah-khemah baru yang dipasang oleh para aktivis pada waktu pagi.

Pegawai tempatan Abdullah Abu Rahma berkata IOF telah memusnahkan lima khemah di dusun yang miskin itu dan merampas tujuh kereta milik aktivis.

Terdahulu, IOF memusnahkan dan merampas 20 khemah dan mengusir keluarga-keluarga di kawasan itu. IOF telah memusnahkan puluhan khemah dan struktur serta mengusir keluarga-keluarga di situ beberapa kali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel lancar kempen penahanan di kawasan Arab.

Selasa, 09-02-2021 – Pada malam Rabu yang lalu, polis telah menahan beberapa orang warga Palestin yang turut serta dalam protes tunjuk perasaan di kawasan-kawasan arab yang berbeza. Ia juga termasuk bandar Tamra di Israel (tanah yang ditawan pada 1938).

Sumber tempatan berkata, sekurang-kurangnya 25 pemuda telah ditangkap setelah mereka menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di kawasan Arab sebagai tunjuk perasaan atas pembunuhan dan kecederaan yang dilakukan oleh polis Israel keatas orang Palestin. 

Para penunjuk perasaan itu juga mendakwa polis Israel telah bersekongkol dengan kumpulan penjenayah.

Polis Israel mendakwa para tahanan melemparkan batu ke arah pegawa semasa tunjuk perasaan tersebut. Protes besar-besaran mula berlaku selasa yang lalu berikutan pengebumian Ahmed Hijazi yang di tembak sehingga mati oleh polis Israel pada isnin petang.

Sementara itu, Jawatankuasa Tindak Balas warga Arab Israel meminta rakyat Arab untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan popular seperti itu pada sabtu depan di bandar Tamra.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel Lakukan Percubaan Vaksin Terhadap Tahanan Palestin?

Selasa, 09-02-2021 – Ketua bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan di Gaza, Abdun Nasher Farwanah memperingatkan berkaitan tindakan Israel melakukan percubaan vaksin Covid-19 terhadap tahanan.

Dalam keterangan akhbarnya, Farwanah mengatakan, “Saya risau tahanan Palestin di penjara Israel akan dijadikan percubaan vaksin Israel, ketika usaha Israel menutup dan menghalang pengawasan antarabangsa.”

Farwanah menambah bahawa gejala dan kesan sampingan kepada tahanan yang sudah diberi suntikan vaksin membuatkan beliau mencurigai Israel melakukan percubaan terhadap tahanan Palestin.

Farwana akhirnya meminta pihak perubatan antarabangsa yang neutral untuk memantau pemberian vaksin dan pengawasan seluruhnya.

Farwanah melanjutkan, “Kalau saya penentu keputusan, pasti akan menolak pemberian vaksin kepada tahanan Palestin tanpa ada pengawasan pihak perubatan atarabangasa yang neutral.

Keraguan dan kecurigaan sangat besar kepada mereka. Pengalaman telah membuktikan hal tersebut.

Kini tahanan Palestin di penjara Israel yang terkena Covid-19 mencapai 335 orang, kes terbanyak di penjara Raimona kemudian di Galboa dan Negev.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu tunda kunjungan ke UAE dan Bahrain

Selasa, 09-02-2021 – PM Israel. Benjamin Netanyahu mengumumkan menunda kunjungan ke UAE dan Bahrain yang telah di jadualkan pada minggu ini.

Netanyahu berkata penundaan tersebut lanjutan dari ‘lockdown’ di Israel.
Beliau menyatakan penghargaan atas undangan putera Emeriah Arab Bersatu, Muhammad bin Zayed dan Raja Bahrain, Hmd bin Isa ke atas beliau serta menyifatkan perdamaian bersejarah antara Israel bersama Abu Dabi (UAE) dan Manama (Bahrain).

Pada pertengahan Ogos lepas, Kerajaan Amerika di bawah pimpinan Donald Trump telah mengatur perjanjian normalisasi perdamaian antara UAE dengan Israel. Tidak sampai sebulan selepas itu, Trump mengumumkan pula perdamaian Israel dengan Bahrain.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

IOF akan meratakan tiga kediaman, satu kandang ternakan di al-Khalil

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Selasa menyampaikan notis pemusnahan ke atas tiga rumah dan satu kandang ternakan di selatan al-Khalil atas alasan pembinaan tidak berlesen.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour berkata, IOF menyerahkan kepada Fawzi Abu Tubaikh empat arahan ketenteraan ke atas tiga rumah dan satu kandang milik beliau di Kawasan Umm al-Amd barat bandar Yatta.

Untuk beberapa dekad, Israel telah melaksanakan polisi pengusiran dan pemusnahan rumah-rumah warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi berterusan mencemari Masjid Al-Aqsa ketika perintah berkurung.

Khamis, 04-02-2021 – Polis Rejim Zionis Israel pada pagi Rabu membenarkan segerombolan peneroka haram Yahudi untuk mencemari Masjid Al Aqsa ketika perintah berkurung masih dilaksanakan ke atas Tanah Suci Al Aqsa.

Mengikut sumber tempatan, peneroka haram memasuki masjid Al Aqsa melalui pintu Al-Maghariba dan menceroboh perkarangan masjid. Ada sumber melaporkan dikalangan peneroka haram Yahudi menjalankan upacara keagamaan Yahudi ketika mencerobohi tanah suci orang Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

IOF lancarkan kempen penahanan di Tebing Barat

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan beberapa warga Palestin pada subuh Isnin ketika pencerobohan di Tebing Barat.

Di al-Khalil, IOF menahan seorang jurutera Ismail Al-Awawda dan Abdel Halim Al-Owawi setelah menyerbu kota Dura.

Jurutera Ismail Al-Awawda ialah salah seorang tokoh terkenal di al-Khalil kerana beliau merupakan bekas timbalan ketua Sindiket Jurutera dan berada selama beberapa tahun di penjara rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel geledah Tebing Barat dan Al-Quds, sejumlah warga Palestine di tangkap

Khamis, 04-02-2021 – Pasukan penjajah Israel melancarkan penggeledahan dan penangkapan sejumlah warga Palestine di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Di Betlehem, pasukan Israel menangkap 5 warga Palestine dari Kota Taqua dan mengancam untuk mengusir mereka keluar dari kawasan setelah menggeledah dan memeriksa rumah mereka.

Sejak awal tahun ini penjajah Israel telah merobohkan 20 lokasi serta mengusir warga Palestine yang tinggal di beberapa kawasan di Kota Khidir, Betlehem.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram mencemari perkarangan Al-Aqsa.

Rabu, 03-02-2021 – Peneroka haram Yahudi meneruskan pencerobohan harian ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Selasa dan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di bawah perlindungan  polis rejim Israel.

Warga Jerusalem melaporkan beberapa kumpulan peneroka memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas kawasan tanah suci. Pencerobohan dilakuan dari pintu Maghreba ke pintu Al-Silsila melepasi pintu Al-Rahma dimana peneroka Yahudi melakukan upacara keagamaan Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Rabu, 03-02-2021 – Pasukan penjajah Zionis Israel (IOF) pada subuh Selasa menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima warga Palestin semasa serbuan di kawasan yang berlainan di Ramallah. Mereka dikenali sebagai Wisam Abul-Saqer, Diya Farroukh, Naseem Odeh, Atta Khattab dan Fadi Amra.

IOF juga menculik seorang pemuda bernama Ahmed Qasrawi di daerah Hindaf berhampiran kem pelarian Jenin serta Sheikh Manwar Bisharat dan anaknya dari bandar Tammun, selatan Tubas.

Tiga pemuda juga diculik oleh IOF dari kediaman mereka di kem pelarian Balata di Nablus. Mereka dikenali sebagai Ahmed Riyad, Ahmed Naser dan Saleh Abu Asab. Tiga warga lain ditawan semasa serbuan IOF di bandar Taffuh, sebelah barat al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen