Categories
Berita Semasa

Jordan membantah tindakan Israel memusnahkan kediaman, kedai di Silwan.

Isnin, 05-07-2021 – Kementerian Luar Jordan hari ini mengutuk pencerobohan rejim Zionis Israel dan pemusnahan kediaman warga Palestin dan bangunan komersial di timur Jerusalem, dalam daerah Silwan.

“Tindakan pemusnahan dan kempen pengusiran tidak dapat diterima dan dibantah sekeras kerasnya, melampaui batasan undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan dan tanggungjawab rejim Zionis Israel sebagai pihak penceroboh dan menghalang usaha antarabangsa dan serantau dalam mengukuhkan keamanan “ kata Menteri Luar dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa lepas.Kementerian telah menggesa Israel untuk menghentikan perancangan haram, amalan provokatif dan serangan di Silwan dan Sheikh Jarrah serta menghormati taraf yang sah dan hak sejarah di kawasan penaklukan di bandar tanah suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Tempoh Waktu Berakhir, Penjajah Israel Bersiap Merobohkan Rumah Penduduk

Khamis, 01-07-2021 – Hari Ahad (27/6) lalu menjadi hari terakhir ditentukan penjajah Israel untuk merobohkan rumah-rumah warga Al-Quds di kampung Al Bustan, baldah Silwan, kota Al-Quds Terjajah.

Sebelumnya, penjajah Israel memberikan tangguh waktu kepada keluarga-keluarga di kampung Al Bustan selama 21 hari untuk merobohkan rumah-rumah mereka sendiri atau dirobohkan Israel dan mereka dikenakan denda untuk membayar kos merobohkan rumah tersebut. Kampung Al Bustan memiliki luas 70 acre (28 hektar) yang dihuni 1550 warga. Sejak 2005, penjajah Israel berusaha merobohkan rumah-rumah di sana dengan alasan akan dibangun taman nasional di situ. Namun keluarga-keluarga Palestin yang tinggal di sana dan warga Al-Quds secara umum menghalang usaha tersebut.

Pada November 2004, pemerintah penjajah Israel di Al-Quds memutuskan untuk merobohkan rumah-rumah warga Al-Quds di kampung Al Bustan dengan alasan tidak memiliki keizinan untuk tinggal di situ. Di awal tahun berikutnya, surat dokumen perobohan rumah mula diserahkan kepada warga kampung.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kecederaan ketika pertelingkahan pada Jumaat di Tebing Barat

Khamis, 01-07-2021 – Puluhan warga Palestin cedera ketika pertelingkahan tercetus pada Jumaat di antara warga Palestin dan tentera rejim zionis (IOF) di pelbagai kawasan Tebing Barat.

Ahmed Jibril, pengarah Pusat Kecemasan Bulan Sabit Merah di Nablus, menyatakan yang IOF melepaskan tembakan peluru hidup, peluru besi bersalut getah, gas pemedih mata dan bom ke arah para pemuda di Bukit Sobeih di Beita, selatan Nablus.

Seorang warga cedera akibat tembakan peluru hidup di mulutnya dan keadaan kesihatannya dilaporkan sebagai sederhana. 17 lagi cedera akibat tembakan peluru besi bersalut getah manakal yang lain mengalami kesukaran bernafas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tiga Belas Keluarga Diancam Akan Diusir Pada Hari Ahad di Al Bustan

Khamis, 01-07-2021 – Tempoh 21 hari yang ditetapkan oleh pihak berkuasa rejim Zionis untuk 13 keluarga yang menerima perintah untuk merobohkan kediaman mereka sendiri di kejiranan Bustan di bandar Silwan di Baitulmaqdis Yang Diduduki, akan berakhir pada hari Ahad, berdasarkan undang-undang Kaminitz Israel.

Awal bulan ini, perbandaran Israel di Baitulmaqdis telah menyerahkan pemberitahuan pelanjutan notis pembongkaran rumah milik 13 keluarga Baitulmaqdis. Perbandaran Israel mengancam akan merobohkan rumah-rumah berkenaan setelah tamat tempoh akhir dan akan mendenda pemiliknya dengan kos meroboh.

Rumah-rumah berkenaan adalah di antara 100 rumah yang telah diberikan arahan meroboh oleh mahkamah Rejim Zionis tanpa menetapkan tarikh pelaksanaannya.

Ini adalah sebahagian daripada polisi pembersihan etnik dan menghapuskan kehadiran orang Arab di kawasan kejiranan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang bertujuan untuk mengubah struktur demografi di sana dan meningkatkan jumlah peneroka haram di Baitulmaqdis.

Kawasan tanah bandar Silwan adalah 5,640 dunum, termasuk 12 kawasan kejiranan di mana tinggalnya hampir 58,500 orang Baitulmaqdis. Sebaliknya, terdapat 78 pusat penempatan di mana tinggalnya 2,800 peneroka Yahudi.

Pada 25 Oktober 2017, Undang-Undang Kaminitz dikeluarkan yang menjatuhkan hukuman berat ke atas penduduk Baitulmaqdis atas pelbagai kesalahan membina, seperti mengenakan denda tinggi yang mencecah ratusan ribu atau berjuta-juta shekel, menghalang penggunaan bangunan ataupun menutupnya, meminta penduduk untuk mengosongkan rumah atau kedai mereka, serta mengeluarkan perintah meroboh terhadap mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas Keluarkan Kenyataan Tegas Kepada Israel.

Isnin, 28-06-2021 – Pada hari Selasa lepas, Gerakan Hamas telah mengeluarkan kenyataan yang tegas mengenai sekatan Israel yang sedang berlangsung di Semenanjung Gaza dan kedudukan PBB dalam hal ini berikutan pertemuan yang diadakan dengan pemimpin puak-puak penentang Palestin.

Dalam pernyataannya, kepemimpinan Hamas yang dipimpin oleh Yehya as-Sinwar memberi amaran kepada negara pendudukan Israel dan sekutunya tentang sebarang kelewatan dalam mengakhiri sekatan di Gaza dan menghormati apa yang telah dipersetujui dalam hal ini atau sebarang usaha untuk menghalang proses pembinaan semula.

“Rakyat kami dan perjuangan kami sama sekali tidak akan berdiam diri dan para musuh akan nampak bahawa kami sudah bersedia menghadapai sebarang kemungkinan dan akan memberi tentangan dengan apa sahaja cara yang kami miliki,” tegas Hamas.

“Pihak musuh tidak akan berjaya dalam polisi mereka yang menggunakan peras ugut dan paksaan, dan kami tidak akan membenarkan percubaan untuk menekan rakyat kami atau mencampurkan fail,” kata Hamas, sambil menambah bahawa “tahanan berkenaan ditukar dengan tahanan.”

Kenyataannya juga mengecam keras PBB kerana bersekutu dengan penjajahan Israel dengan mengecualikannya daripada senarai hitam dan mengkritik pendirian perutusan keamanan PBB yang memberikan sokongan kepada Israel.

“PBB adalah organisasi politik dan kemanusiaan antarabangsa yang bertanggungjawab untuk mencapai perdamaian dan menolong mereka yang berada di bawah penjajahan dan tidak bersekongkol dan menyokong kuasa penjajah terhadap orang-orang yang tidak berdaya yang mengalami berbagai bentuk pemerasan dan pengepungan.” Hamas menjelaskan.

Kenyataan itu meminta Setiausaha Agung PBB untuk berdiri bersama rakyat Palestin, menguatkuasakan berpuluh-puluh resolusi antarabangsa yang menyebelahi mereka, dan berusaha untuk mewajibkan Israel, sebagai kuasa penjajah, untuk mematuhi undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lebih 70 peneroka haram Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa.

Isnin, 28-06-2021 – Beberapa gerombolan peneroka haram pelampau Yahudi pada pagi Rabu mencemari Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan polis rejim Zionis.Menurut sumber tempatan, 73 peneroka haram memasuki perkarangan Masjid dalam kumpulan melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawasan perkarangan masjid dengan perlindungan polis . Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan harian oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

IOF serahkan notis menghentikan pembinaan kepada 20 rumah di Nablus

Isnin, 28-06-2021 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Selasa menyerahkan notis menghentikan pembinaan untuk hampir 20 buah rumah di bandar Rujib, timur Nablus, atas dakwaan ia dibina di Kawasan C.

Mufid Dweikat, ketua Dewan Rujib, menyatakan bahawa IOF dan Pentadbiran Awam menyerbu kampung, menggeledah beberapa rumah dan menyerahkan kepada pemiliknya notis agar menghentikan pembinaan rumah mereka dan arahan agar hadir ke sessi mahkamah di Beit El, demikian menurut agensi berita SAFA.

Dweikat menjelaskan yang rumah-rumah ini terletak di kawasan tenggara bandar dan kebanyakannya dibina pada beberapa tahun lepas. Beliau menambah yang sebahagiannya diduduki manakala yang lain sedang dibina.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi datang ke perkampungan Sheikh Jarrah, ancam usir mereka keluar.

Isnin, 28-06-2021 – Sekumpulan pendatang haram  yang merupakan pelampau Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel  memasuki  kawasan perumahan Sheikh Jarrah  dan bertindak mengugut  akan mengusir keluar tiga keluarga dari rumah mereka.

Pendatang Yahudi itu datang ke  rumah-rumah  yang dihuni warga Palestin dengan  diketuai   Betzalel Smotrich seorang ahli parlimen Knesset Israel yang juga  pemimpin parti agama Zionis dan pengarah pertubuhan Ateret Cohanim.

Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi cuba memecah masuk tiga buah rumah di kawasan perumahan yang dihuni keluarga Diyab, al-Kurd dan Qasem,  mengasari keluarga tersebut dan mengugut dengan mengancam akan mengusir mereka keluar  dari rumah secara paksa  dalam tempoh sebulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Peneroka Tutup Jalan di Selatan Bethlehem

Isnin, 28-06-2021 – Sekumpulan peneroka pelampau Yahudi telah menyekat jalan Jerusalem-al-Khalil berhampiran bandar al-Khader di selatan Bethlehem, selatan Tebing Barat pada petang Rabu, dan menghalang kenderaan penduduk Palestin daripada menggunakannya.

Menurut sumber setempat, peneroka yang dikawal oleh askar itu berkumpul di jalan berhampiran bandar al-Khader dan penempatan haram Neve Daniel dan melarang kenderaan penduduk Palestin bergerak di kedua-dua arah. Puluhan peneroka juga berpecah-pecah melalui bidang-bidang tanah pertanian di daerah Faghour di selatan Bethlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Abul Baha: Pejuang Jaga Isu Gaza dan Beita

Isnin, 28-06-2021 – Tokoh Hamas Said Abul Baha menegaskan, kerjasama terjalin antara pimpinan pejuang dan warga adalah perjuangan menjaga Gaza, Beita serta Jabal Sabih.

Dalam pernyataannya, Rabu (23/6) Abul Baha mengatakan, “Mereka itu merupakan penjaga hakiki isu Palestin, bangsa melahirkan pahlawan baru, Yahya Sinwar sebagai penjaga Gaza dan para pemberani Beita menjaga Jabal Sabih. Abul Baha menambah, “Palestin subur melahirkan para pejuang di Ramallah, Nablus, Al-Quds, Jenin, Uka, Haifa, Lodd dan semua kem pelarian Palestin.”

Menurut Abul Baha, ada pejuang yang telah dikenal identitinya yang membentuk perimbangan baru dan realiti perjuangan rakyat, perimbangan ini menggangu ketenangan penjajah zionis hingga tidak boleh tidur.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

COVID-19: Palestin Catat 176 Kes Baharu, 118 Pulih

Isnin, 28-06-2021 – Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah pada Rabu memberitahu, 176 kes melibatkan coronavirus dan 118 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Beliau mengesahkan laporan epidemiologi harian yang menyatakan kes jangkitan baru paling tinggi di Jalur Gaza (154) berdasarkan 3,307 pemeriksaan.

Kawasan lain yang terlibat adalah Nablus (10), Jenin (5), Ramallah dan Al-Bireh (3), pinggir Jerusalem (2), Tulkarem (1) dan al-Khalil (1).

Kailah menambah, dalam masa yang sama jumlah kes sembuh tertinggi adalah di Jalur Gaza (100) diikuti Jenin (10), Tulkarem (3), al-Khalil (3), Ramallah dan Al-Bireh (2).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Polis Israel robohkan apartment di Jerusalem

Isnin, 28-06-2021 – Sebuah pangsapuri  milik penduduk Israel yang terletak di bandar al-Issawiya di Jerusalem telah dirobohkan oleh polis Israel pada hari Rabu.

Menurut sumber tempatan, polis Israel ini telah mengarahkan jentolak untuk merobohkan sebuah pangsapuri di  dalam kawasan bangunan di al-Issawiya. Pangsapuri ini dilaporkan milik seorang warganegara yang bernama Musa Ismail Helou.

Sementara itu, Mahkamah Israel meluluskan pembongkaran terhadap rumah seorang tahanan, Montaser Shalabi yang dituduh membunuh seorang peneroka yahudi di pusat pemerikasaan Za’tara kira-kira dua bulan yang lalu. Keputusan itu diambil setelah mahkamah menolak petisyen yang dikeluarkan oleh keluarga tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel culik 20 rakyat Palestin dalam satu malam di Tebing Barat

Isnin, 28-06-2021 – Rejim Zionis pada malam semalam dan Subuh hari Rabu menculik sekurang-kurangnya 20 orang penduduk awam Palestin di Tebing Barat, kebanyakannya di al-Khalil dan Ramallah.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik tujuh orang awam dari rumah mereka di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil. Rejim Zionis turut menculik seorang lelaki dikenali sebagai Murshed ash-Shawamer, seorang penduduk bandar Dura di selatan al-Khalil, selepas dia dipintas di pusat pemeriksaan kontena di Baitullaham.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Zionis beri notis pemberhentian pembinaan kepada 20 buah rumah di Nablus

Isnin, 28-06-2021 – Rejim zionis telah mengeluarkan arahan pemberhentian pembinaan bangunan pada Selasa lalu. Hampir 20 buah rumah di bandar Rujib, timur Nablus dan beberapa kawasan yang terlibat di kawasan C telah terjejas kerana arahan ini.

Mufid Dweikat, ketua Majlis Rujib, mengatakan bahawa pasukan rejim zionis dan Pentadbiran Awam telah menyerbu kampung tersebut dan menggeledah beberapa rumah serta menyerahkan notis kepada pemilik untuk menghentikan operasi pembinaan. Menurut agensi berita SAFA, zionis turut mengeluarkan saman  dan mereka perlu menghadiri sesi pengadilan di Beit El.

Dweikat menjelaskan bahawa rumah-rumah ini terletak di kawasan tenggara bandar dan kebanyakannya telah dibina beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau menambah dalam kenyataannya, sebahagian daripada penempatan ini telah diduduki manakala sebahagian yang lain masih dalam pembinaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti


Categories
Berita Semasa

Lagi Penculikan Di Tebing Barat, Jerusalem

Isnin, 28-06-2021 – Rejim Zionis meneruskan siri penculikan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam tadi hingga subuh hari Selasa.

Menurut sumber tempatan, 13 mangsa diculik selepas kediaman mereka diceroboh dalam serbuan di bandar Qarawat Bani Hassan, barat laut Salfit. Sebilangan besar daripada mangsa adalah dalam kalangan ahli keluarga Mar’iee.

Di Nablus pula, aktivis Iyad Abu Jaish dari kampung Beit Dajan dan Islam Jaghoub dari bandar Beita turut tertangkap. Rumah tahanan Osayd Shtayyeh di kampung Salem turut mengalami perkara sama, namun tiada penangkapan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil