800 Pendatang Baru Yahudi Sampai di Palestin Yang Di Jajah

Jumaat ,18/08/2006 –
Seramai 800 pendatang baru Yahudi sampai di “Israel” pada hari Rabu (16/08) ”. Para imigran tersebut datang dari Amerika, Kanada dan England ini disambut oleh PM Israel Ehud Olmert di Tel Aviv.

Video Wawancara Sky News Bersama George Galloway.


Bagi sesiapa yang sudah bosan dengan laporan berat sebelah media-media asing, saksikan komentar telus George Galloway tentang isu Lubnan dan Palestin ini.

Klik di sini utk saksikan video tersebut.

Video Sheik Yousef Al-Qaradhawi cakap mengenai Islam dan Yahudi

Video sepanjang dua minit empat puluh saat ini adalah video Sheik Yousuf Al-Qaradhawi yang ditayangkan di Qatar TV pada 25 February 2006. Video ini memberikan sebab kenapa kita sebagai orang Islam perlu berjihad menentang orang Yahudi. Antara kata-kata beliau adalah jihad ini bukan hanya tanggungjawab orang Palestin sahaja tetapi juga tanggungjawab orang-orang Islam di merata dunia.

Klik link ini untuk lihat video

Video Sheikh Yousuf Al-Qaradhawi: Kritik Fatah, seru derma Hamas

Video penek dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Sheikh Yousuf Al-Qardhawi yang ditayangkan di Qatar TV pada 21 April 2006. Dalam video ini beliau mengkritik Fatah dan mengajak umat Islam untuk menderma kepada Hamas.

Klik link ini untuk lihat video Qardawi

Penulis Israel: Masalah Israel adalah di peringkat kepimpinan

Jumaat ,18/08/2006 –
Selepas dianugerahkan kekalahan perit oleh pejuang Hizbullah di selatan Lubnan, pemikir-pemikir Israel mula menuding jari ke arah pemimpin-pemimpin politik mereka di atas krisis terbaru tersebut.

Haneyyah Setuju Bentuk Kerajaan Campuran

Jumaat ,18/08/2006 – Perdana menteri Palestin, Ismail Haneyyah menyatakan bahawa pihaknya telah menyampaikan persetujuan kepada Mahmud Abbas berkaitan pembentukan kerajaan campuran. Namun begitu, beliau menyatakan masih terdapat beberapa isu berkait yang memerlukan
perbahasan lanjut.

Haneyya dan Dweik: Mangsa keganasan terbaru rejim Zionis

oleh : Maszlee Malik

Nama Koperal Gilad Shalit mungkin lebih dikenali ramai berbanding nama Huda Ghaliah. Siapakah Gilad Shalit?, tidak lain dan tidak bukan tentera rejim Zionis yang telah ditawan (dan bukannya diculik!) oleh para pjuang Palestin lewat operasi “al-Wahm al-Mubaddad” pada 25 Jun 2006. Demi membebaskan tentera yang juga merupakan warganegara Perachis ini, pihak Zionis telah mengorbankan ratusan rakyat Palestin, menculik tujuh orang menteri kabinet kerajaan Palestin, menculik 26 orang ahli parlimen mereka, dan juga memenjarakan tanpa bicara lebih 64 orang pegawai kerajaan di seluruh Gaza dan Tebing Barat. Di atas alasan untuk membebaskan Gilad juga, bangunan kementerian luar Palestin telah dibedil sebanyak dua kali, Universiti Islam Gaza telah diserang dan juga ratusan rumah telah dirobohkan. Tawaran para pejuang amat mudah, jika rejim Zionis mahukan Gilad, hanya bebaskan para tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam penjara-penjara Zionis yang telah menculik lebih 10,000 rakyat Palestin. Malangnya, rejim Zionis tidak mengenal etika peperangan dan juga urusan diplomasi yang bertamadun. Hanya bahasa peluru sahaja yang mereka fahami.

Kesihatan Speaker Dewan PLC bertambah teruk selepas diberi ubat oleh Israel

Khamis ,17/08/2006 – Kesihatan Dr.Aziz Duwaik, Speaker Dewan PLC bertambah buruk di penjara Kfar Yona selepas doktor Israel memberikan rawatan kepada beliau. Menurut tahanan-tahanan di penjara itu, beliau hilang pertimbangan dan tidak dapat menumpukan perhatian sebelum dirawat. Keadaan bertambah buruk selepas beliau menerima rawatan.Mereka menambah bahawa Dr.Duwaik tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling beliau selama tiga hari.

Qardhawi Seru Pemimpin Arab Hapuskan Israel

Khamis ,17/08/2006 –
Syeikh Yusuf Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menyeru pemimpin-pemimpin Arab untuk memerangi Israel dan menghapuskannya dari kawasan Timur Tengah setelah negara Zionis tersebut menjajah beberapa wilayah Arab. Ulama karismatik ini mengkritik dunia Arab yang tidak memiliki organisasi perang.

Laporan Amerika: 343 tentera rejim Zionis terbunuh

Khamis ,17/08/2006 – Sebuah laporan Amerika berkenaan kerugian Israel di Lubnan bocor kepada beberapa diplomat Lubnan dari Tel Aviv, baik sebagian judul dan rinciannya. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa sejak perang 12 Julai hingga 7 Ogos seramai 343 orang tentera rejim Zionis terbunuh dan 617 orang tercedera.

Rejim Zionis telah meluluskan pempatan baru di Jerusalem

Rabu ,16/08/2006 –
Daripada sumber yg dipercayai semalam telah mendedahkan pihak rejim Zionis yang bertanggungjawab dalam proses penempatan rakyat Israel telah meluluskan 2 projek penempatan baru di Bandar Suci itu iaitu di Silwan dan Al-Sheikh Jarah berdekatan French Hospital.

Bagaimana kita boleh membantu Lubnan dan Palestin?


Soalan:


Assalamu alaikum. Saya ingin menyertai kamu semua bagi memberikan bantuan kepada Lubnan dan Palestin, tetapi saya tidak tahu bagaimana. Bolehkah anda membantu saya tentang apakah perkara yang boleh saya lakukan?

Kamil, Yaman.

Jawapan:


Wa alaikumussalam. Saya mengalu-alukan semangat saudara yang tinggi, keprihatinan saudara serta bagaimana saudara merasai penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Lubnan dan Palestin serta usaha positif saudara untuk turut serta bagi memberikan bantuan kepada mereka.

Video latihan pejuang HAMAS di Palestin. Mesti Tonton !

Video sepanjang 19 minit yang dihasilkan oleh Al-Jazeera yang disiarkan pada 4 Julai 2006, berkenaan latihan askar Hamas, telah diberikan sarikata untuk mudah difahami. Video ini antara lainnya menunjukkan cara hamas mengatur strategi untuk buat terowong, buat bom tangan, lancarkan Al-Qassams, adun bahan letupan dan buat RPGs, Video ini juga memuatkan temuramah dengan beberapa askar dan komander termasuk komander tertinggi Muhammad Al-Deif yang baru-baru ini cederadalam serangan Israel.

Klik link ini untuk lihat video Hamas

Olmert Hentikan Serangan, Pelarian Lubnan Mulai Pulang

Selasa ,15/08/2006 –
Ribuan warga Lubnan yang menjadi pelarian akibat serangan Israel pulang ke kampung halaman mereka di selatan Lubnan. Rentetan daripada keputusan gencatan senjata yang masuk ke tahap pelaksanaan. Terutamanya setelah Olmert memutuskan untuk
menghentikan operasi militan ke selatan Lubnan. Meskipun pejabat perisikan Israel menyatakan perang atas Hizbullah akan dilanjutkan pada waktu yang sesuai.

Bridged Al-Qassam meletupkan peranti bom pada jentera Israel

Selasa ,15/08/2006 –
Bridged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, meletupkan peranti bom pada jentera berat milik Israel di Lapangan Terbang Antarabangsa di daerah Rafah, pada Isnin semalam. Lapangan terbang tersebut telah diduduki selama dua bulan oleh tentera pengganas Israel semenjak pencerobohan lalu.