Categories
Berita Semasa

Lebih 290 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Rabu, 05-10-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Khamis dan juga pada petangnya.

Sekurang-kurangnya 298 orang pendatang memasuki masjid secara berkumpulan menerusi pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan kawalan ketat polis, demikian menurut laman berita al-Qastal.

Ketika berada di tapak suci Islam itu, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah mereka mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis gandakan serbuan di Tebing Barat

Rabu, 05-10-2022 – Rejim Zionis pada hari Khamis menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat, menyerang warga Palestin dan harta benda mereka.

Rejim tersebut merobohkan rumah bergerak Palestin di kawasan Farsh Al Hawa di barat bandar al-Khalil Tebing Barat dan merosakkan harta benda di dalamnya.

Sementara itu, pelajar dan guru Palestin mengalami masalah pernafasan selepas terhidu semburan lada yang digunakan terhadap mereka oleh tentera rejim semasa serbuan ke sebuah sekolah di kawasan selatan al-Khalil.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF lepaskan tembakan ke arah para petani dan nelayan di Gaza

Rabu, 05-10-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menyasarkan petani dan nelayan Palestin yang sedang bekerja di pelbagai kawasan Semenanjung Gaza pada Rabu.

Sumber tempatan menyatakan yang tentera rejim mengawal Menara peninjau di timur Khan Younis selatan Gaza dan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata secara rambang kepada petani Palestin yang sedang bekerja di tanah mereka, memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.

Dalam kejadian berkaitan, bot bersenjata tentera laut melepaskan tembakan mesingan kepada bot nelayan Palestin di utara Semenanjung Gaza dan menghalang kerja mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh cedera dalam pertempuran di Tebing Barat

Jumaat, 30-09-2022 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera ketika pertempuran berlaku di kawasan berbeza di Tebing Barat pada petang hari Rabu.

Pertempuran tercetus sebagai protes terhadap pembunuhan empat pemuda Palestin semasa serbuan Israel di kem pelarian Jenin.

Sekurang-kurangnya 34 orang rakyat Palestin cedera dalam serangan penceroboh di kampung Madama, selatan Nablus. Serangan itu dilakukan di bawah perlindungan tentera rejim Zionis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas Berdukacita Syahid Palestin Dibunuh Rejim Zionis di Jenin

Jumaat, 30-09-2022 – Gerakan Hamas berdukacita dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Rabu ke atas “para pejuang kemerdekaan yang gagah berani yang syahid pagi ini disebabkan oleh tentera Israel yang menyerang kem pelarian Jenin.”

Hamas mengulangi bahawa tindakan pengecut pembunuhan pejuang kemerdekaan Palestin Abdul Rahman Khazem, Ahmed Alawnah, Mohammed Alwanna, dan Mohammed Abu Na’esa
tidak akan terlepas tanpa disedari.

Gerakan itu juga mengesahkan bahawa rakyat Palestin yang berikrar untuk melindungi Masjid Al-Aqsa dan menentang serangan pendudukan Israel akan terus menentang dengan apa jua cara sehingga mendapat kebebasan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Palestin adalah prioriti utama Sheikh Al-Qaradawi

Khamis, 29-09-2022 Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya menyatakan yang Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sentiasa menyokong Semenanjung Gaza dan kemaslahatan Palestin merupakan keutamaan beliau.”

 “Sheikh Al-Qaradawi berpegang dengan kepercayaan untuk tidak memberikan walau seinci pun tanah Palestin,” Haneyya berkata pada Selasa di pengebumian Al-Qaradawi di ibu negara Qatar, Doha.

Rakyat Palestin akan mencapai kejayaan dan tidak akan ada tempat untuk penceroboh di tanah Palestin, tambah Haneyya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Warga Jerusalem, Usir Seorang Lagi Dari Al-Aqsa

Khamis, 29-09-2022 Polis Israel menahan seorang pemuda Jerusalem dan memutuskan untuk mengusir seorang lagi dari Masjid Al-Aqsa pada hari Selasa. Polis Israel menahan pemuda Jerusalem Mohammad Ghaith dari bandar At-Tur di Timur Jerusalem pada petang Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Israel menyerahkan perintah pengusiran dari Masjid Al- Aqsa kepada pemuda Jerusalem, Ali Jabir selepas memanggilnya untuk siasatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Perjuangan Palestin keutamaan tertinggi Sheikh al-Qaradawi

Khamis, 29-09-2022 Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah menggariskan bahawa Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sentiasa menyokong Semenanjung Gaza dan perjuangan Palestin adalah keutamaan baginya.

“Sheikh Al-Qaradawi tidak percaya untuk menyerahkan satu inci dari tanah Palestin,” kata Haneyya pada hari Selasa dalam satu kenyataan di upacara pengebumian Al-Qaradawi di ibu negara Qatar, Doha.

“Rakyat Palestin akan mencapai kemenangan dan tidak akan ada tempat untuk penceroboh di bumi Palestin”, tambah Haneyya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Alami Luka Melecur di Penjara Ramon

Rabu, 28-09-2022 Seorang banduan Palestin cedera selepas dia membakar sel pengasingannya di penjara Ramon pada hari Ahad sebagai protes terhadap kurungannya yang berterusan selama lebih sebulan.

Keadaan tegang berlaku di penjara Ramon selepas banduan Fahd Sawalhi melecur berikutan kejadian itu, lapor Pejabat Media Asra.

“Pentadbiran penjara Israel memindahkan Sawalhi dari pengasingan penjara Damon ke pengasingan Penjara Eshel selepas memindahkannya ke hospital Soroka.” Pejabat itu juga menambah bahawa banduan di penjara Ramon telah mengancam untuk meningkatkan langkah protes mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

30 tahanan pentadbiran PFLP memulakan mogok lapar

Rabu, 28-09-2022 30 banduan Palestin dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) memulakan mogok lapar terbuka pada hari Ahad sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran mereka.

Dalam satu kenyataan, PFLP menyifatkan mogok lapar itu sebagai langkah baharu yang diambil oleh tahanan pentadbiran untuk menekan penjara Israel supaya membebaskan mereka, menunjukkan bahawa lebih ramai tahanan pentadbiran akan menyertai mogok lapar secara beransur-ansur dalam beberapa hari akan datang.

PFLP berkata bahawa perkhidmatan penjara Israel cuba berkomunikasi dengan tahanan untuk menghalang mereka daripada langkah mereka, tetapi mereka berkeras untuk melakukan mogok lapar untuk menuntut pembebasan mereka, sambil menambah bahawa “gambaran itu akan menjadi lebih jelas esok.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Ugutan ketua Shin Bet tidak menakutkan kami

Rabu, 28-09-2022 – Gerakan Hamas membalas dengan tegas terhadap ugutan terkini oleh ketua Shin Bet (Shabak) Ronen Bar ke atas pimpinannya dan Semenanjung Gaza.

“Ugutan yang dibuat oleh ketua Shin Bet Ronen Bar terhadap ketua kami Yehya Sinwar bukanlah baru,” jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata pada Ahad bagi membalas ugutan Bar. “Mereka tidak dapat menakutkan rakyat Palestin atau penentangan oleh kami.”

“Ugutan yang dibuat oleh ketua Shabak terhadap Sinwar menggambarkan keadaan politik, keselamatan dan ketenteraan yang sedang dihadapi rejim,” kata Barhoum.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Dengan Pasukan Penjajah, 1 Syahid 3 Cedera

Rabu, 28-09-2022 Seorang pejuang Palestin syahid dan tiga lainnya cedera pagi hari Ahad ketika berlaku pertempuran bersenjata dengan pasukan penjajah Israel di Nablus di Tebing Barat.

Dalam pernyataannya, kelompok Aren Al-Usud (sarang singa) mengumumkan bahawa seorang pejuang perlawanan, Saed Al-Koni gugur syahid pagi ini setelah bertembur dengan pasukan Israel di daerah Al-Ta’awon di Nablus.

Mereka menyatakan bahawa, “Dengan penuh kebanggaan dan hormat, kelompok “sarang singa” di kota Nablus meratapi gugurnya Saed Al-Koni yang syahid dalam pertempuran bersenjata. Semoga Allah Yang Maha Esa untuk melindunginya dengan rahmat dan hidayah-Nya dan tinggal di syurganya yang luas bersama para nabi, solihin dan kebaikan para sahabat”

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rumah penduduk Jerusalem terbakar dalam serbuan Zionis

Rabu, 28-09-2022 Satu kebakaran berlaku di sebuah rumah penduduk Palestin pada hari Ahad semasa serbuan oleh polis Israel di bandar Silwan di selatan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Polis Israel melepaskan bom gas pemedih mata dan bom tangan secara mengejut di rumah warga Palestin di kawasan kejiranan Ein al-Luza dan Abu Tayeh, membakar sebuah rumah milik warga Baitulmuqaddis, Nour Abu Tayeh dan menyebabkan masalah pernafasan kepada beberapa orang penduduk lain, menurut sumber tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan penceroboh Israel (IOF) menyekat pintu masuk ke perkampungan Nabi Saleh di bandar Ramallah di Tebing Barat dan mengenakan sekatan pergerakan ke atas warga Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel memusnahkan 3 buah rumah di Jericho

Isnin, 26-09-2022 – Rejim Zionis Israel telah memusnahkan 3 rumah milik warga Palestin di kawasan Rashaida Baduin  di Barat Utara Jericho pada pagi Isnin.

Hassan Meihat dari Persatuan al-Baydar untuk mempertahankan hak Baduin berkata rejim Zionis Israel menyerbu kawasan tersebut dan memusnahkan tiga buah rumah milik penduduk tempatan Palestin.

Operasi pemusnahan ini adalah sebahagian dari polisi  pembersihan etnik ke atas komuniti Baduin melanggar hak kemanusiaan dan konvensyen antarabangsa menurut beliau lagi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pejuang Penentangan Lepas Tembakan Ke Arah Pos Rejim Zionis di Tebing Barat

Isnin, 26-09-2022 – Pejuang penentangan Palestin melakukan dua operasi menembak terhadap pasukan Rejim Zionis di kawasan berbeza di Jenin.

Menurut media Hebrew, lelaki bersenjata warga Palestin telah melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera Salem di barat Jenin.

Jurucakap tentera Israel berkata bahawa sejumlah peluru ditemui di dalam pangkalan berkenaan selepas tentera mendengar tembakan dan menggeledah kawasan itu, sambil menambah usaha memburu penembak telah dilancarkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar