Categories
Berita Semasa

Peneroka Pecah Masuk Tapak Arkeologi di Sebastia

Selasa,27-04-2021 – Puluhan peneroka Yahudi menyerbu tapak arkeologi di bandar Sebastia, barat laut Nablus pada pagi hari Rabu.

Muhammad Azem, datuk bandar Sebastia, mengatakan bahawa peneroka memecah masuk ke kawasan itu, di tengah-tengah kawalan ketenteraan yang ketat oleh Rejim Zionis. Kawasan dan jalan yang menghubungkannya telah ditutup kepada warga Palestin.

Azem menjelaskan bahawa Rejim Zionis telah dikerah sejak awal pagi untuk berada di jalan-jalan di kawasan bandar dan di bumbung-bumbung rumah warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Cubaan Beli Hartanah Di Jerusalem, UAE Diberi Amaran

Selasa,27-04-2021 – Pakar hal ehwal Jerusalem, Mazen Al-Ja’bari memberi amaran atas tindakan UAE cuba membeli hartanah Palestin di Jerusalem melalui orang ketiga.

Jelas beliau, sejak beberapa bulan lalu, segelintir individu terbabit berhasrat membeli gudang jualan sekitar Kota Lama Jerusalem demi kelangsungan hidup berikutan sekatan pergerakan akibat Coronavirus yang menjejaskan ekonomi.

Memetik jaringan berita Al-Qastal, Ja’bari turut menegaskan bahawa cubaan pembelian hartanah secara haram ini diikuti rapat sebelum disahkan oleh beberapa jawatankuasa lapangan Kota Lama Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi meratakan tanah di utara Lembah Jordan

Selasa,27-04-2021 – Pada Isnin, peneroka Yahudi telah melakukan kerja-kerja meratakan tanah di Khirbet al-Hemma di bahagian utara Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan, para peneroka Yahudi ini telah membawa jentolak ke dusun dan mulai merobohkan tanah serta kawasan mereka sejak awal pagi lagi.

Penduduk setempat turut menyatakan bahawa alasan peneroka Yahudi meranapkan tanah mereka adalah bertujuan untuk membuka penempatan tambahan di kawasan tersebut.

Pada tahun 2016, peneroka haram ini telah mula mendirikan sebuah pos di al-Hemma dan semenjak itu peneroka Yahudi ini sering menggangu dan merampas tanah, kawasan pertanian serta penternakan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Israel kenakan sekatan perjalanan ke atas Sheikh Ekrima Sabri

Selasa,27-04-2021 – Perkhidmatan Dalam Negeri Israel pada hari Selasa menyerahkan perintah sekatan perjalanan  ke luar negara selama 6 bulan kepada Sheikh Ekrima Sabri, Ketua Majlis Tertinggi Islam di Jerusalem.  Menurut laporan dari laman web Arab48, perintah sekatan  ke atas Sheikh Sabri telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri. Perintah sekatan itu tidak menyatakan sebarang sebab mengapa larangan ke atas tokoh tersebut dikeluarkan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Lebih 60 peneroka mencemari Masjid Al-Aqsa.

Khamis,22-04-2021 – Segerombolan peneroka haram Yahudi pada hari Isnin mencemarkan kawasan Masjid Aqsa di kawasan taklukan Jerusalem dengan perlindungan dan kawalan polis. Masjid Al-Aqsa terdedah dengan aktiviti pencerobohan harian oleh peneroka haram Yahudi dengan pasukan polis pada pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan berlaku semalaman di antara warga Palestin dan polis rejim

Khamis,22-04-2021 – Pertelingkahan ganas tercetus pada malam semalam di kota Arab, Jaffa di antara warga Palestin dan polis rejim setelah pelampau Yahudi mengadakan perarakan jalanan.

Beberapa pemuda Palestin dilaporkan ditahan atau cedera ketika kejadian.

Polis rejim turut menyerang Sheikh Ahmed Abu Ajwa, Imam Masjid Hasan Beik di Jaffa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Sabotaj Kemudahan Air, Bakar Panel Elektrik di Nablus

Khamis,22-04-2021 – Segerombolan peneroka haram pelampau Yahudi pada petang Ahad lalu telah menyusup masuk ke kampung Asira al-Qibliya, di selatan Nablus, dan membakar papan agihan elektrik utama yang digunakan untuk menyediakan bekalan air ke kampung tersebut.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas mengatakan bahawa peneroka-peneroka berkenaan telah membakar papan kuasa utama, untuk kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua bulan, dan merosakkan pintu masuk utama tangki air yang menyalurkan air ke kampung Asira al-Qibliya.

Dua bulan yang lalu, peneroka dari penempatan haram Yitzhar telah menyusup masuk ke kampung berkenaan dan menyabotaj papan agihan elektrik yang sama serta pintu utama tangki air.

Seperti kawasan lain di Tebing Barat Yang Diduduki, kampung-kampung dan kota-kota Palestin di selatan Nablus adalah terdedah kepada serangan harian oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Pemimpin Hamas Dan Tiga Lagi Di Tulkarem

Khamis,22-04-2021 – Rejim Zionis telah menangkap salah seorang pemimpin Hamas, Sheikh Adnan Al-Hosari, setelah menyerbu rumahnya di kem pelarian Tulkarem pada hari Isnin. Keluarga Hosari melaporkan bahawa tentera rejim telah memecah masuk ke dalam rumah, memusnahkan perabot, serta merampas alat komunikasi keluarga tersebut.

Hosari, 57, tahanan yang dibebaskan, menghabiskan lebih dari 12 tahun di Penjara Israel, kebanyakannya di dalam tahanan pentadbiran. Dia dibebaskan kira-kira dua bulan yang lalu setelah berada dalam penahanan pentadbiran selama 15 bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Ikhrimah Shabri: Tekanan Terhadap Warga Al Quds Akan Memicu Ledakan

Khamis,22-04-2021 – Khatib Masjidil Aqsha, Syeikh Ikrimah Shabri menegaskan, tekanan terhadap kaum muslimin yang terus menerus di Masjidil Aqsha hanya akan memicu ledakan.Semua pihak mengetahui kejahatan Zionis Israel terus dilakukam di kota Al-Quds.

Syeikh Shabri menyebutkan, setiap kali keangkuhan zionis meningkat maka kekuatan perlawanan dan pembelaan terhadap Al-Aqsha dan hak-hak warganya akan terus meningkat. Beliau menegaskan bahawa usaha untuk mematahkan semangat juang warga Al-Quds akan berakhir dengan kegagalan.

Tokoh Palestin ini menjelaskan bahawa fenomena kehadiran jemaah ke Al-Aqsha dan kesiapsiagaan di dalamnya membuat penjajah zionis marah, sehingga mereka menangkap warga Al-Quds untuk mengurangkan keberadaan jumlah jamaah yang hadir menunaikan solat. Kejahatan zionis terlihat dengan memutuskan kabel pembesar suara kerana bimbang terhadap ramainya jamaah yang akan hadir ke Al-Aqsha.

Menurut Syekih Shabri, kawasan pintu gerbang Amod dan kawasan Sahirah serta jalan Sholahudin merupakan kawasan penting di Al-Quds, sehingga banyak pertempuran yang terjadi di kawasan tersebut.Pihak penjajah Zionis berusaha mengambil penguasaan di lokasi tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang kerja penyelenggaraan di tanah perkuburan Islam timur Yatta

Khamis, 22-04-2021 – Rejim Zionis pada hari Isnin mengarahkan kerja pembinaan di tanah perkuburan Islam di timur Yatta dihentikan. Fuad Al-Amour, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketabahan di Masafer Yatta, pada hari Ahad berkata bahawa rejim Zionis menyerbu penduduk Deirat, di timur Yatta dan mengarahkan kerja penyelenggaraan dan baik pulih di tanah perkuburan tersebut dihentikan.

Tentera rejim memberi amaran kepada penduduk bahawa jika kerja baik pulih diteruskan, satu arahan pemindahan tanah perkuburan tersebut akan dilaksanakan, menurut Amour.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Hamas: Penentangan akan berterusan sehingga pembebasan Al-Aqsa

Khamis,22-04-2021 – Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum telah menyatakan pada Ahad bahawa pertempuran untuk membebaskan al-aqsa ini akan berlanjutan dan tidak akan berakhir sehinggalah Zionis membebaskannya.

Dalam satu kenyataan bertulisnya, beliau memuji mengenai keteguhan rakyat Jerusalem dalam menghadapi perancangan dan melanggar penjajahan Israel.

Beliau meminta agar semua rakyat Palestine memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi serangan Zinonis terhadap Jerusalem dan hak-hak mereka termasuklah hak memiih dalam pilihan raya akan datang. Beliau turut mendesak rakyat Palestine terutamanya yang berada di Tebing Barat agar sering mengunjungi Masjid Al-Aqsa untuk sama-sama melindungi dan menyokong orang-orang Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Lagi Pencerobohan di Al-Aqsa

Selasa,20-04-2021 – Masjid Al-Aqsa sekali lagi dicemari 108 pendatang haram, manakala Pengerusi Masjid Omar Al-Kiswani ditahan agensi perisikan Rejim Zionis untuk siasatan lanjut.

Sumber tempatan memberitahu, 56 pendatang haram selain 52 pelajar Yahudi menceroboh Al-Aqsa dari Gerbang Al-Maghareba dengan dilindungi polis Israel.

Tindakan provokatif turut dilakukan sepanjang pencerobohan di pekarangan masjid sebelum masing-masing meninggalkan kawasan terbabit melalui Gerbang Al-Silsila.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Ribuan tahanan terus menderita di dalam penjara Israel

Selasa,20-04-2021 – Sempena Hari Tahanan Palestin, statistik menunjukkan yang 4,500 warga Palestin ditahan di 23 penjara Israel dan pusat siasatan berada dalam keadaan sukar.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh institusi-institusi tahanan itu, 41 daripada tahanan adalah wanita, kebanyakkannya di penjara Damon, manakala 140 orang kanak-kanak dan bawah umur ditahan di penjara Ofer, Megiddo dan Damon.

Jumlah tahanan yang ditahan oleh rejim zionis sebelum perjanjian Oslo dan masih ditahan telah mencapai 25, yang paling tua telah ditahan sejak 1983.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik warga Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat

Selasa,20-04-2021 – Rejim Zionis telah menculik beberapa warga Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat pada malam tadi dan waktu subuh hari Ahad.
Menurut sumber setempat, polis telah menculik dua pemuda Jerusalem ketika pertempuran dengan pemuda tempatan di Kota Lama.

Saksi berkata pertempuran ganas berlaku di beberapa kejiranan di Jerusalem, sebahagian besarnya di Bab al-Amud berhampiran Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Polis Zionis Tahan Warga Palestin, Serang Jemaah Masjidill Aqsa

Selasa,20-04-2021 – Polis Zionis Israel pada Sabtu malam menangkap seorang pemuda Palestin dan menyerang yang lain setelah mereka selesai menunaikan solat terawih di Masjidil Aqsa.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis menculik seorang pemuda bernama Ahmed Melhem di kawasan Bab al-Asbat setelah dia meninggalkan Masjidil Aqsa berikutan solat al-Tarawih.

Pasukan zionis juga menghujani warga Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan berhampiran kawasan Bab al-Amud setelah mereka menunaikan solat al-Tarawih dan meninggalkan Masjid.

Mereka juga menyerang pemuda-pemuda tempatan dengan kejam dan mencederakan sebahagian dari mereka dalam pertempuran di sekitar Masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen