
Rabu, 07/05/2008 –Persidangan ahli agama Yahudi telah mengeluarkan fatwa baru yang berbaur perkauman yang mana ia telah mengharamkan pengambil pekerja dari bangsa Arab serta menggesa mereka dihalau dari bandar.

Rabu, 07/05/2008 –Persidangan ahli agama Yahudi telah mengeluarkan fatwa baru yang berbaur perkauman yang mana ia telah mengharamkan pengambil pekerja dari bangsa Arab serta menggesa mereka dihalau dari bandar.

Selasa, 06/05/2008 –Ahli Arab Knesset, Taleb Al-Sana menyatakan skandal kewangan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert akan menjatuhkan dia sendiri, jika keputusan tentang pendakwaan terhadap beliau mengenai penglibatan beliau terbukti, maka dia tak boleh mempertahankan jawatannya.

Selasa, 06/05/2008 –Pergerakan Hamas Ahad lalu menyatakan bahawa kenyataan Setiausaha Amerika, Condoleezza Rice pada satu sidang ahkbar di Ramallah awal pagi ini memberi petanda bahawa proses perdamaian telah ‘mati’.

Selasa, 06/05/2008 –Pemimpin politik, Fatah dan ketua biro politik PLO, Farouk Kaddomi Isnin lalu mengkritik hebat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kerana memberikan kerjasama dengan Israel di dalam rundingan yang dianggap sia-sia.

Selasa, 06/05/2008 –Duta EU untuk kerajaan Israel, Ramiro Cibrian Uzal pada Isnin lalu menyatakan sekatan ekonomi Israel di Gaza yang disokong AS dan EU telah gagal dalam mencapainya matlamatnya.

Selasa, 06/05/2008 –Hamas sekali menegaskan perjumpaan antara Mahmoud Abbas dengan Ehud Olmert hanyalah sesuatu tindakan yang sia-sia. Fawzi Barhoum, yang merupakan jurucakap Hamas menyatakan perjumpaan itu semata-mata untuk memenuhi permintaan Amerika yang dicadangkan oleh Bush.

Isnin, 05/05/2008 –Pihak penjara Israel telah mengenakan denda USD 100 terhadap Amal Fayez Juma dan menghalang beliau daripada lawatan saudara mara selama 3 bulan.

Isnin, 05/05/2008 –Jawatankuasa popular mengenai pengepungan Ahad lalu telah menyatakan laporan awal menunjukkan kerugian industri perikanan setiap hari di Semenanjung Gaza dianggarkan sebanyak 70 ribu dolar ditambah dengan 30 ribu dolar kerugian setiap hari akibat para nelayan tidak mampu untuk mengeksport ikan mereka ke pasaran di luar Gaza.

Rabu, 30/4/2008 –Dr. Ahmed Bahar selaku Speaker PLC dalam satu lawatan kepada sebilangan institusi industri Palestin yang telah dimusnahkan dan ditutup di Semenanjung Gaza telah berkata kesan-kesan kepungan Israel seperti “amukan yang dilakukan oleh Israel terhadap 400 kilang di situ.”

Rabu, 30/4/2008 –Jawatankuasa anti-pengapungan telah memberi amaran bahawa jalan-jalan di Gaza kemungkinan akan di banjiri dengan air buangan dari saliran akibat krisis bahan api dan kekejaman Israel yang enggan membawa masuk sebarang bahan petroleum ke negara tersebut.

Rabu, 30/4/2008 –
Dr Mahmoud Al-Zahhar, pemimpin Hammas memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel bahawa menafikan keamanan dengan Palestin bererti ianya adalah sebuah ‘pengishtiharan peperangan’.

Rabu, 30/4/2008 –Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pada hari Ahad tindakan kongres Amerika meluluskan satu resolusi yang meminta supaya menjadikan Palestin sebegai tanah air Yahudi dan tindakan ini merupakan satu kezaliman dan berat sebelah.

Isnin, 28/4/2008 –Pergerakan Hamas dengan tegas menafikan kononnya ada rancangan untuk menjalankan satu operasi mengancam keselamatan Mesir sambil menerangkan keselamatan negara Mesir dan negara Arab lain adalah satu garisan merah yang tidak boleh dilalui.

Isnin, 28/4/2008 –HAMAS menyatakan pada Rabu lalu bahawa kemenangan yang diperolehi di politeknik Al-Khalil dalam pilihanraya universiti tersebut adalah tanda kuat bahawa pergerakan itu masih meningkat sokongannya di Tebing Barat meskipun menghadapi tentangan Rejim Zionis-PA.

Jumaat, 24/4/2008 –Subuh Khamis lalu, askar-askar Rejim Zionis telah menculik tujuh rakyat Palestin di bandar Nablus termasuk tiga lelaki sementara yang lain telah ditangkap berikutan kempen penangkapan Rejim Zionis setiap hari di kebanyakan kawasan di Tebing Barat.