
Maszlee Malik, Durham, UK
Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.





Jumaat, 28/03/08 Pergerakan Hamas Rabu lalu berpendapat mesyuarat antara menteri pertahanan Israel, Ehud Barak dan perdana menteri kerajaan tidak rasmi PA, Salam Fayad di Ramallah adalah “bersifat sekuriti tulen”. 





