Categories
Berita Semasa

1922 pesakit di Gaza dihalang terima rawatan

Rabu, 07-09-2022 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Rabu menyatakan bahawa seramai 1,922 orang pesakit di Semenanjung Gaza tidak dapat mengakses kemudahan kesihatan di Tebing Barat, al-Quds dan wilayah Palestin yang diduduki sejak tahun 1948 pada waktu yang tepat. Ini kerana pihak rejim Zionis menunda jadual perjalanan dan membatalkan kebenaran kepada mereka untuk melakukan perjalanan bagi mendapatkan rawatan.

Ia menambah bahawa pesakit kanser dan penyakit jantung menghadapi nasib buruk kerana kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa rejim lewat diperolehi sehingga berbulan-bulan lamanya. Akibatnya, sejumlah pesakit meninggal dunia sejak awal tahun ini.

Kementerian tersebut menyatakan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang hidup dalam keadaan kemanusiaan dan kesihatan yang sukar disebabkan kekurangan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kematian akibat halangan pada saluran darah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Khalil Awawda tamatkan mogor lapar

Jumaat, 02-09-2022 – Tahanan warga Palestin, Khalil Awawda menamatkan mogok lapar selama lebih 170 hari pada petang hari Rabu selepas mencapai perjanjian yang menetapkan pembebasannya pada 2 Oktober.

Dalam video yang tular di media sosial, Awawda berkata dia menangguhkan mogok laparnya dan menambah dia akan kekal di hospital untuk rawatan.

“Saya akan kekal di hospital untuk rawatan sehingga pulih sepenuhnya dan boleh berdiri dan berjalan semula,” katanya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Ketegangan di Penjara Ramon Selepas Israel Serbu Sel

Jumaat, 02-09-2022 – Keadaan ketegangan yang tinggi telah berlaku di penjara Ramon sejak pagi hari Rabu apabila pasukan khas Israel menyerbu bahagian dan selnya dan memperlakukan dengan kejam tahanan Palestin.

Menurut Pejabat Media Asra, ketegangan berlaku di penjara Ramon selepas tentera Israel menggeledah sel dan menganiaya tahanan pada waktu pagi.

Dalam konteks berkaitan, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata bahawa kira-kira 1,000 banduan Palestin akan memulakan mogok lapar besar-besaran secara terbuka di penjara berbeza pada hari Khamis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Awawdeh memasuki hari ke 172 mogok laparAwawdeh memasuki hari ke 172 mogok lapar

Jumaat, 02-09-2022 – Keadaan kesihatan tahanan Palestin Khalil Awawdeh menjadi semakin kritikal apabila tiba hari Rabu iaitu hari ke 172 beliau mogok lapar sebagai bantahan ke atas penahanannya tanpa bicara.

Menghampiri bulan keenam mogok lapar, Awawdeh kini nyawanya dalam bahaya, dengan berat kurang daripada 35 kilogram.Para doktor di Assaf Harofeh Hospital dan kumpulan hak asasi tahanan memberi amaran yang Awawdeh, bapa kepada empat orang anak daripada kampung Idhna di tebing barat itu, boleh meninggal pada bila-bila masa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Barghouti: Penentangan oleh rakyat kami semakin meningkat

Khamis, 01-09-2022 – Pegawai kanan Hamas Jasser al-Barghouthi berkata, kejadian tembakan hari ini di bandar Silwad, Tebing Barat mengesahkan yang penentangan rakyat Palestin semakin meningkat sehinggalah rejim zionis berundur dari tanah mereka.

Dalam kenyataan akhbar pada Isnin, Barghouthi menyifatkan yang operasi penentangan di Tebing Barat sebagai cara rakyat Palestin untuk mengembalikan kebebasan dan maruah mereka.

Beliau memberi amaran, sekiranya rejim zionis tetap melakukan jenayah ke atas rakyat Palestin, jumlah peluru yang ditujukan kepada kepala para tentera dan pendatang juga akan bertambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai penjara Israel serbu seksyen dua penjara Megiddo

Khamis, 01-09-2022 – Pegawai penjara Israel pada hari Isnin menyerbu dua buah bilik di seksyen dua penjara Megiddo, lapor Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Keadaan tegang berlaku di penjara berikutan serbuan penlgawai penjara, tambah PPS.

“Serangan ini adalah sebahagian daripada langkah penindasan yang semakin meningkat yang diamalkan oleh pentadbiran penjara Israel terhadap tahanan warga Palestin,” kata PPS dalam satu kenyataan akhbar, menekankan bahawa tahanan Palestin sedang bersiap sedia untuk memulakan mogok lapar terbuka sebagai protes terhadap tindakan pencabulan Israel yang berulang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Awawdeh memasuki hari ke 169 mogok lapar

Selasa, 30-08-2022 – Keadaan kesihatan tahanan Palestin Khalil Awawdeh semakin kritikal pada Ahad, hari ke 169 mogok lapar sebagai tanda bantahan ke atas penahanannya tanpa bicara.

Menghampiri bulan keenam mogok lapar, Awawdeh berada dalam keadaan kesihatan yang membahayakan nyawa, dengan berat hanya 38 kilogram.

Para doctor di Hospital Assaf Harofeh dan kumpulan hak asasi memberi amaran yang Awawdeh, bapa kepada empat orang anak dari kampung Idhna di Tebing Barat itu boleh meninggal pada bila-bila masa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai kanan Hamas bertemu Nasrullah

Selasa, 30-08-2022 –Delegasi pegawai kanan Hamas bertemu dengan Setiausaha Agung parti Hizbullah Lubnan, Hasan Nasrullah di Beirut pada hari Ahad.

Delegasi Hamas yang diketuai oleh Sheikh Saleh al-Aruri, timbalan pengerusi biro politiknya, berbincang dengan Nasrullah perkembangan terkini politik dan lapangan di Palestin, Lubnan, dan rantau ini secara amnya, menurut kenyataan parti itu.

Ia menambah bahawa konfrontasi yang dilancarkan baru-baru ini di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis telah dikaji dan dinilai bersama-sama dengan perkembangan masa depan yang diramal berlaku berdasarkan kepada konfrontasi tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tiga Tahanan Meneruskan Mogok Lapar

Selasa, 30-08-2022 – Tiga tahanan di penjara penjajah Israel meneruskan mogok lapar.Tahanan yang tertua adalah Khalil Awawida (40 tahun) dari kota Itna di kota Hebron. Beliau telah melakukan mogok lapar selama sekitar 169 hari sebagai protes terhadap penahanan administratif yang dikenakan kepadanya.

Awawida menghuni di hospital “Asaf Harofeh” Israel, keadaan kesihatannya adalah kritikal dan kemungkinan berhadapan “kematian mengejut”. Seperti yang disebutkan oleh Persatuan Tawanan.

Baru-baru ini, penjajah Israel mengeluarkan keputusan untuk “membekukan” penahanan administratif kepada beliau yang tidak bermaksud menamatkan penahanannya melainkan terdapat keputusan baru untuk membebaskannya. Sehingga kini penjajah tidak mengizinkan pihak keluarga untuk mengunjunginya.

Tawanan lain iaitu Ahmed dan Adal Musa dari kota Al-Khader di Bethlehem meneruskan mogok lapar selama 22 hari sebagai protes atas penahanan mereka secara administratif.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Palestin Menderita Akibat Keadaan Tempat Tahanan

Isnin, 29-08-2022 – Peguam Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Hanan Al-Khatib pada hari Khamis mendedahkan butiran tentang keadaan mengerikan banduan wanita Palestin yang disoal siasat dan ditahan di penjara Israel berikutan lawatan beliau ke penjara Damon.

Al-Khatib memetik tahanan Donia Jaradat sebagai berkata bahawa dia telah ditangkap pada 7 Ogos 2022 selepas rejim Zionis menyerbu rumahnya di bandar Jenin di Tebing Barat tanpa memaklumkan alasan penangkapan.

“Walaupun tangan saya patah, saya digari semasa penahanan,” kata Jaradat, sambil menambah bahawa dia kemudiannya ditahan di penjara Al Jalame untuk siasatan selama 14 hari sebelum dipindahkan ke penjara Damon.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Laporan bedah siasat: Shaham meninggal dunia akibat luka tembakan

Isnin, 29-08-2022 – Laporan bedah siasat rasmi telah mengesahkan bahawa syahid Palestin Mohamed Shaham, 21, meninggal dunia akibat tembakan peluru tajam dan dengan sengaja oleh tentera Israel ke arah mayatnya pada 15 Ogos semasa serbuan di rumahnya di kem pelarian Kafr Aqab.

Menurut keluarga syuhada tersebut, laporan itu menjelaskan bahawa dua peluru menembusi kepala dan dadanya, merobek jantung dan hati, dan satu lagi menembusi pinggangnya.

Doktor forensik menjalankan bedah siasat pada hari Rabu selepas keluarga syuhada mengemukakan permintaan berhubung perkara ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Keadaan Ngeri dan Sukar Tawanan Wanita Di Penjara Damoun

Isnin, 29-08-2022 – Penguam Jawatankuasa Urusan Tawanan dan Mantan Tawanan, Hanan Al-Khatib mengungkapkan bahawa sepanjang lawatannya ke penjara Damoun, pihaknya mendapat perincian mengerikan dan keadaan sukar yang dialami tawanan wanita akibat daripada seksaan fizikal dan psikologi bermula ketika penangkapan, sesi soalsiasat, ketika di sel penjara dan penderitaan terus menerus sepanjang masa penahanan.

Penguam Hanan Al-Khatib mengambil contoh tawanan wanita, Donia Jaradat (26 tahun), dari Jenin yang mengatakan, “Pada 7/8/2022 sekitar pukul 4:00 pagi tentera Israel menggeledah rumahnya.Tentera Israel mengepung rumah dan menahan pak Ciknya. Mereka mencabut pintu rumah,menyoal siasat identiti saya, mengambil telefon bimbit, komputer dan jam tangan pintar saya.

Mereka menggeledah rumah dan menangkap saya. Mereka melakukannya tanpa memberi alasan penangkapan dan tidak menunjukkan surat perintah penggeledahan. Tangan saya masih patah dan mereka mengikat saya.Tentera wanita menyoalsiasat saya dalam keadaan yang memalukan.”

Donia menyebutkan bahawa mereka kemudian memasukkannya ke dalam sel Penjara Al-Jalama. Sesi soal siasat berjalan selama 14 hari sebelum memindahkannya ke Penjara Damoon.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel tempatkan 50 keluarga Yahudi Ukraine di penempatan Tebing Barat

Isnin, 29-08-2022 – Pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) telah menempatkan berpuluh-puluh keluarga Yahudi Ukraine di penempatan Tebing Barat dalam tempoh enam bulan lalu, dedah akhbar berbahasa Ibrani Israel, Hayom pada hari Khamis.

Lebih 50 keluarga Yahudi Ukraine telah menetap di penempatan Gush Etzion selepas mereka melarikan diri dari perang di negara mereka, menurut Datuk Bandar Majlis Gush Etzion Shlomo Ne’eman.

“Pusat penerimaan tetamu telah ditubuhkan di penempatan tersebut dan berpuluh-puluh pangsapuri telah disewakan untuk mereka,” Ne’eman menggariskan, sambil menambah bahawa beberapa keluarga dialu-alukan terus dari lapangan terbang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Parlimen Jordan Menegaskan Kepentingan Menjaga Kesucian Al-Quds

Jumaat, 26-08-2022 – Ketua Parlimen Jordan, Abdul Karim al-Dagmi menegaskan kepentingan peranan Jordan terhadap tempat suci Islam dan Kristian di kota Al-Quds.

Dalam sidang parlimen pertama minggu ini, Isnin(22/8) al-Dagmi menyatakan kepentingan peranan Jordan dalam memelihara tempat suci Islam dan Kristian di kota Al-Quds dalam rangka mengingati pembakaran Masjid al- Aqsa ke 53.

Sebelum itu, al-Dagmi menegaskan sikap Raja Jordan, Abdullah al-Thani, bahawa melindungi Al-Quds akan tetap menjadi prioriti Jordan.

Ketua Parlimen Jordan menegaskan perlunya menghormati status sejarah dan undang-undang Masjid al-Aqsa dan menghentikan semua proses tidak sah dan provokatif yang menganggu kedudukan ini dan menyebabkan keadaan semakin rumit.

Seorang ekstimis Yahudi Michael Denis Rohen membakar Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969. Api merembak hingga membakar mimbar Sholahudin, mihrab tempat imam dan bangunan masjid di bahagian timur.

Hingga kini penjajah zionis terus berusaha menguasai Masjid al-Aqsa dengan mengizinkan kelompok Yahudi untuk memasukinya dalam dua waktu pagi dan siang.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Warga Jerussalam akan kekal tabah di sebalik pencabulan Israel 

Jumaat, 26-08-2022 –Timbalan Pengarah Majlis Wakaf Islam Baitulmuqaddis, Sheikh Najeh Bakirat, pada hari Isnin menegaskan bahawa penduduk Baitulmuqaddis akan tetap tabah walaupun Israel berulang kali melanggar hak mereka ke atas kediaman dan pendidikan.

“Salah satu sebab terpenting bagi ketabahan penduduk Baitulmuqaddis adalah perpaduan mereka semasa menentang jenayah rejim Israel,” kata Sheikh Bakirat dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penentangan adalah satu-satunya cara untuk mencapai kemenangan.

Sheikh Bakirat mengesahkan bahawa jenayah kejam membakar masjid Al-Aqsa 53 tahun lalu, selain menjadi punca kesedihan rakyat Palestin, akan kekal sebagai bukti keganasan kumpulan pelampau Zionis dan serangan yang tidak berkesudahan terhadap tapak suci itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan