Selasa, 04-08-2020 – Puluhan pendatang Yahudi yang diiringi oleh polis rejim pada waktu pagi memasuki Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis dan mencemarkan datarannya.
Menurut Jabatan Awqaf Islam, sekurang-kurangnya 110 pendatang menyerbu Masjid Aqsa dan berlegar-legar di datarannya dalam kumpulan berbeza.
Manakala Jawatankuasa Popular Pertahanan Masjid Aqsa telah menggesa rakyat Palestin untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Aqsa pada Hari Arafah (30 Julai) dan ketika Eid al-Adha (31 Julai).
Khamis, 30-07-2020 – Rejim Israel (IOA) pada Isnin meratakan sejumlah keluasan tanah Palestin di Bandar Burqin wilayah Salfit.
Datuk Bandar Burqin, Marwan Abdul-Rahman berkata jentolak-jentolak Israel meratakan sejumlah tanah milik penduduk di kawasan utara Bandar itu bagi membina saliran paip air sisa untuk pendatang Yahudi di penempatan haram Bruchin.
Berdasarkan statistik Palestin, IOA telah meratakan seluas 1,100 dunum tanah pertanian di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada setengah tahun pertama.
Khamis, 30-07-2020 – Pusat Media Asra telah memberi amaran bahawa tahanan Israel berada dalam keadaan berbahaya akiabt jangkitan coronavirus yang boleh mengancam nyawa tahanan Palestin, serta menuduh pihak penjara Israel tidak peduli dengan keselamatan para tahanan.
Amaran ini muncul setelah bekas tahanan Mohamed Hazeen, yang dibebaskan beberapa hari yang lalu, dinyatakan positif COVID-19. Dia berasal dari kem pelarian Qalandiya di Baitulmaqdis.
Setelah mengumumkan bahawa Hazen menderita jangkitan tersebut, pentadbiran Israel di penjara Negev menutup seksyen 22 di mana bekas tahanan berada, dan mendakwa bahawa tahanan lain di bahagian tersebut akan menjalani ujian perubatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis, 30-7-2020 – Rejim Zionis pada hari Selasa telah merobohkan tempat cuci kereta milik warga Palestin dan merampas peralatannya di bandar al-Khader, selatan Bethlehem.
Pegawai tempatan Hasan Bureijia mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu wilayah Umm Rukba di bandar itu, merobohkan tempat cuci kereta milik Ahmed Abdul-Salam dan merampas peralatan beliau dengan alasan bahawa ia dibina tanpa lesen.
Bureijia menambah bahawa Rejim Zionis telah memberitahu Abdul-Salam tentang rancangan mereka untuk merobohkan bangunan tersebut pada Mac lalu.
Dalam kejadian berasingan, Rejim Zionis telah mendirikan pusat pemeriksaan sementara dekat perkampungan pelancongan Haddad, di sebelah timur kota Jenin.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah memintas puluhan kenderaan Palestin di pusat pemeriksaan berkenaan, memeriksa identiti penumpang dan menyoal siasat ramai dari penumpang tersebut.
Rejim Zionis juga telah memperhebatkan kehadiran mereka berhampiran bandar-bandar, kampung-kampung dan pekan-pekan di Jenin.
Di Baitulmaqdis utara, Rejim Zionis telah mempertingkatkan langkah keselamatan di persimpangan Qalandiya, di mana tentera memeriksa pengenalan penumpang dan menggeledah kereta-kereta.
Khamis, 30-07-2020 – Para pelampau yahudi telah membakar sebuah masjid di kota al-Bireh di Daerah Ramallah pada Isnin yang lalu. Mereka juga telah melakar lukisan yang berunsur rasis menggunakan cat penyembur di dalam masjid tersebut.
Sumber tempatan mengatakan bahawa mereka menyelinap masuk ke kota tersebut pada waktu malam dan memenuhi dinding masjid tersebut dengan kata-kata yang bersifat melampau dan rasis keatas orang Arab dan Muslim sebelum membakar sebahagian masjid tersebut.
Penduduk Palestin di al-Bireh bergegas ke lokasi setelah mereka terhidu bau asap dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut sebelum api tersebut marak yang boleh mengakibatkan bahagian masjid yang lain juga terbakar.
Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin mengecam pembakaran ini dan tindakan ini juga menjelaskan mentaliti Israel yang rasis dan bersifat radikal. Mereka juga menuduh kerajaan Israel kerana menyokong tindakan pelampau yahudi ini.
Serangan pembakaran pelampau ini di masjid-masjid Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan ketara dalam beberapa tahun terakhir. Namun, mereka jarang disiasat oleh pihak berkuasa Israel.
Rabu, 29-07-2020 – Dua tahanan wanita Palestin sedang berada di dalam keadaan yang sangat teruk di sel pengasingan penjara Jalamah.
Tahanan-tahanan itu, Fadwa Hamada dan Jihan Hashima, sedang ditahan di dalam sel pengasingan, dipantau oleh tiga kamera keselamatan, dan keperluan asas diabaikan, demikian menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.
“Sejak kami dipindahkan ke penjara pengasingan, kami masih memakai pakaian yang sama. Mereka tidak membawa barang kami. Kami diberi sehelai baju dan ubat gigi beserta berus yang telah rosak,” Suruhanjaya itu memetik kata-kata para tahanan.
Rabu, 29-7-2020 – Pada hari Isnin lalu rejim Zionis telah menaham sejumlah warga Palestin dan bertembung dengan penduduk di beberapa kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis semasa kempen besar-besaran di waktu subuh.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 10 warganegara Palestin di kawasan yang berbeza-beza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Lebih 20 rumah warga Palestin telah diserbu dan digeledah dalam serbuan itu, tambah mereka.
Bandar Jaba di daerah Jenin telah menyaksikan konfrontasi ganas antara tentera Zionis dan penduduk tempatan yang diserang dengan gas pemedih mata dan bom tangan.
Pemberontakan lain juga meletus di Anza, sebuah kampung berdekatan di mana Rejim Zionis melepaskan peluru logam bersalut getah dan gas pemedih mata secara bertubi-tubi ke arah belia-belia tempatan yang bertindak balas dengan melemparkan batu dan botol kosong.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Rabu, 29-07-2020 – Tentera rejim zionis Israel melancarkan satu operasi terhad dengan menyeberang masuk ke dalam wilayah Semenanjung Gaza, Isnin semalam.
Sumber berita tempatan berkata, beberapa buah jentolak tentera rejim dilihat bergerak memasuki lebih kurang 100 meter ke dalam kawasan Rafah di selatan Gaza.
Sejumlah kawasan tanah pertanian milik penduduk Palestin telah ditolak bersih dalam operasi yang turut diiringi dengan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata itu. Bagaimana pun, tiada yang kecederaan dilaporkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 29-07-2020 – Sekumpulan peneroka Yahudi mencemari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang disertai oleh seorang rabbi dan pasukan polis bersenjata Israel.
Sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka tersebut melakukan ritual Talmud semasa lawatan mereka ke laman suci Islam.
Kumpulan fanatik Yahudi telah meminta untuk menodai tempat suci itu secara beramai-ramai mulai hari ini, Isnin hingga Khamis untuk menandakan pemusnahan “Kuil”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu, 29-07-2020 – Hamas menolak tawaran USD15 billion untuk menamatkan, menyerahkan Jerusalem dan mengasingkan Gaza dari seluruh Palestin, kata Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas.Dalam wawancara dengan laman web Qatar pada hari Isnin, Haneyya mengatakan bahawa pakej perjanjian itu membayangkan pelancaran projek infrastruktur utama seperti pelabuhan laut, lapangan terbang dan lain-lain di Semenanjung Gaza.
Beliau menambah bahawa pihak-pihak yang mengemukakan rancangan itu meminta balasan untuk menggabungkan sayap bersenjata Gerakan dalam pasukan polis Palestin setelah melucutkan senjata, menyerahkan Jerusalem dan mentadbir Semenanjung Gaza secara berasingan.
Pemimpin Hamas menegaskan bahawa Gerakannya tidak akan menerima apa yang disebut “Kesepakatan Abad” atau rancangan serupa lainnya.”Kami ingin mengakhiri pengepungan di Gaza dan memiliki pelabuhan laut,lapangan terbang dan projek lain tetapi hanya sebagai hak untuk penduduknya dan bukan sebagai balasan untuk melucutkan senjata atau pendirian politik tertentu,” tegas Haneyya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 29-07-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengatakan bahawa pada hari Ahad bahawa terdapat empat kematian terbaru yang berkait dengan virus Covid-19, 330 kes positif yang terbaru dan 470 masih dalam rawatan di kawasan Palestin sepanjang 24 jam yang terakhir.
224 kes terbaru ini direkodkan di wilayah Baitulmaqdis di al-Khalil, 3 di Ramallah dan al-Bireh, 8 di Tulkarem, 4 di Bethlehem, 14 di Jenin, 20 di Dablus, 11 di Jericho dan 6 di Qaqilya.
Menurut laporan harian kementerian, kadar pemulihan di kalangan pesakit Covid-19 di Tebing barat dan Baitulmaqdis telah meningkat kepada 36 peratus, kadar kes aktif pula telah menurun sehingga 53.4 peratus dan kadar kematian masih stabil dibandingkan dengan jumlah kes baru iaitu 0.6 peratus.
Oleh itu, jumlah kes aktif telah menurun kepada 8,320, sementara jumlah pesakit yang pulih telah meningkat menjadi 4,726 dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang.
12 daripada pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan perubatan intensif dan dua yang lain menggunakan bantuan alat pernafasan, menurut laporan itu.
Selasa, 28-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Ahad menculik ahli parlimen Palestin Hatem Qafisheh dan Nayef al-Rajoub dari kediaman mereka di al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, Qafisheh telah diculik dari Bandar al-Khalil dan al-Rajoub dari Bandar Dura, barat daya al-Khalil.
Tiga pemuda pula telah diculik oleh IOF di Qalqilya. Mereka dikenali sebagai Mohamed Yassin, Wisam Hamada dan Wajdi al-Shanti.
Selasa, 28-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang Yahudi didapati telah menceroboh masuk dan berkeliaran di kawasan perkarangan Masjidil Aqsa dengan diiringi anggota polis rejim Israel.
Menurut sumber berita, sekumpulan pendatang haram Yahudi dilihat berjalan-jalan di sekitar halaman masjid dan ada antara mereka yang membaca doa dalam bahasa Yahudi dengan suara kuat di hadapan pintu Maghariba.
Masjid al-Aqsa semakin kerap diceroboh pendatang Yahudi dan polis Israel samada pada waktu pagi atau petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 28-07-2020 – 25 tahanan Palestin di penjara Israel berjaya menyelesaikan masa kuliah universiti dari dalam penjara. Rata-rata mereka mendapat ijazah sarjana dari Universiti Terbuka Al-Quds untuk tahun akademik 2019/2020.
Pihak Otoriti Urusan Tahanan dan bekas tahanan, dalam siaran akhbar hari ini, (26/7) mengatakan, Program Pendidikan bagi para Tahanan di penjara Israel sebagai hasil daripada pejanjian kesefahaman yang ditandatangani antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Otoriti Tahanan Israel dengan Universiti Terbuka Al-Quds.
Jawatankuasa itu menjelaskan, pengajaran ketika ini sedang berlangsung di enam penjara, iaitu: penjara Negev, Raymond, Eshel, Gilboa, Nafha, dan Ashkelon.
Pihak Jawatankuaas menambah, usaha yang tak henti-henti dilakukan staf otoriti tahanan dan Universiti Terbuka Al-Quds untuk memberikan kesempatan kepada para tahanan wanita di kem tahanan Damona untuk menyelesaikan kulian mereka dan mendapatkan ijazah sarjana.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 28-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada petang Sabtu menculik seorang kanak-kanak perempuan Palestin berhampiran kampung Nazlet Zeid, di barat daya Jenin.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik Rima al-Kilani yang berusia 16 tahun di pusat pemeriksaan tentera berhampiran kampung yang dikenali sebagai Umm al-Rayhan.
Ayahnya, Abdul-Fattah al-Kilani, mengatakan bahawa IOF membawa anaknya ke pusat soal siasat di dalam penempatan Ariel dan kemudian memanjangkan penahanannya selama empat hari setelah membuat tuntutan palsu terhadapnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada