Khamis, 23-12-2021 – Datuk Bandar Nahalin, Hani Fanoun berkata bahawa rejim Zionis mengepung kawasan Abu Keer di timur bandar tersebut sebelum mula meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang masih belum siap dibina milik seorang penduduk tempatan.
Fanoun menambah bahawa pertempuran berlaku di antara tentera Israel dan penduduk kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 22-12-2021 – Rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Al-Silat Al-Harithiya, barat Jenin, dan memecah masuk rumah-rumah warga tempatan pada Ahad malam.
Saksi mata mengesahkan yang tentera IOF di hampir 20 buah kenderaan tentera rejim merempuh masuk bandar dan mengerahkan sejumlah besar tentera di kejiranan itu.
Para tentera menyerbu dua rumah yang dimiliki dua saudara Ghaith dan Omar Jaradat, serta bapa saudara mereka Muhammad Youssef Jarada, yang ditahan sebelum ini atas tuduhan terlibat dalam serangan tembakan pada Rabu lepas dan mengambil ukuran rumah untuk dimusnahkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 22-12-2021 – Beberapa media Israel mengungkap adanya kebenaran baru dikeluarkan militan Israel yang mengizinkan tentera Israel di wilayah Tebing Barat untuk menembak para pemuda Palestin yang melempar batu dan molotov.
Menurut Channel 11 Israel, Isnin (20/12), arahan menembak di tempat kejadian yang sebelumnya hanya diizinkan terhadap pelempar batu dan molotov yang membahayakan para tentera. Namun arahan terbaru mengizinkan tembak di tempat kejadian terhadap pelempar batu dan molotov walupun tidak membahayakan keselamatan tentera Israel.
Kebenaran ini disambut tentera Israel yang akan secara sewenang-wenangnya membunuh warga Palestin, mereka meminta supaya segera dilaksanakan di lapangan untuk menghapuskan para teroris Arab, kata mereka.kebenaran ini dalam rangkaian tindakan Israel dalam tempoh beberapa bulan terakhir berkait kebenaran penembakan yang dikeluarkan Panglima Tentara Israel, Aviv Kokhovai, terhadap mereka yang memasuki markas tentera atau kawasan penembakan yang ditetapkan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 22-12-2021 – Pihak berkuasa Israel pada hari Isnin memusnahkan semua khemah dan struktur binaan di perkampungan Araqib milik Badwi Palestin, di gurun Negev untuk kali yang ke-196, menyebabkan penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel dan pekerja dari pihak berkuasa pembangunan Badwi – yang bertanggunghawab ke atas pemusnahan itu – menyerbu perkampungan berkenaan dan menyebabkan huru-hara ke atas segala benda.
Lanjutan itu, berpuluh penduduk Badwi termasuk kanak-kanak, perempuan dan warga tua telah kehilangan tempat tinggal sekali lagi dan akan menderita akibat keadaan cuaca sejuk melampau dan hujan sementara waktu sebelum mereka berupaya membina semula rumah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 21-12-2021 – Pentadbiran penjara Ofer telah mengenakan hukuman ke atas 12 tahanan Palestin, termasuk mengasingkan mereka selama 24 jam, mendenda sejumlah 200 shekel setiap seorang serta menghalang mereka menerima lawatan.
Persatuan Tahanan Palestin (PPS) menerangkan situasi yang membawa kepada tindakan itu, dengan menyatakan yang pentadbiran penjara yang mula enggan membenarkan tahanan baru menerima pakaian musim sejuk daripada ahli keluarga mereka, walaupun terdapat perjanjian tentang ini dengan para tahanan.Para tahanan itu berada di seksyen 4 penjara, yang digunakan sebagai penjara transit.Â
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 21-12-2021 – Timbalan ketua biro politik luar negara Hamas, Mousa Abu Marzouk telah mengesahkan bahawa keutamaan pertama pergerakannya adalah untuk terus membina kekuatannya, menjelaskan bahawa laluan untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan telah diserahkan kepada pengantara di Mesir.
Dalam temu bual yang dijalankan dengannya oleh Pusat Maklumat Palestin (PIC), pegawai Hamas itu bercakap tentang beberapa isu utama yang mempengaruhi keadaan Palestin secara umum.
Menjawab soalan mengenai visi Hamas untuk memulihkan pergeseran di Palestin, Abu Marzouk berkata bahawa visi ini datang dalam konteks motivasi kendiri pergerakan itu terhadap kepentingan mencapai perpaduan nasional; dan mempunyai satu suara Palestin dan satu kepimpinan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 17-12-2021 – Dalam seminar di Istanbul pada Isnin, pengerusi Hamas di luar negara, Khaled Mishaal menyatakan gerakannya memperoleh legitimasi hasil komitmen terhadap prinsip kebangsaan Palestin.Â
Tambahnya, sempena ulangtahun ke-34 penubuhan, Hamas terus mencapai kejayaan berturut-turut dan masih teguh dengan pendirian mereka. Jelas Mishaal, perjuangan Hamas adalah sah sekaligus memperoleh legitimasi demokrasi melalui pilihanraya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Jumaat, 17-12-2021 – Pihak rejim (IOA) di timur Baitulmuqaddis pada pagi Selasa memusnahkan sebuah rumah warga Palestin dan asas sebuah rumah lagi, yang mana pemiliknya dipaksa memusnahkan rumah pada bulan lepas.
Menurut sumber tempatan, pekerja pemusnahan dikawal oleh polis rejim sewaktu menyerbu kawasan ash-Shayyah di timur Baitulmuqaddis kejiranan at-Tur, dan memusnahkan asas rumah yang dimiliki oleh keluarga Burqan.
Keluarga Burqan terpaksa memusnahkan rumah mereka pada bulan lepas bagi mengelak daripada membayar jumlah wang yang tidak masuk akal kepada perbandaran Israel jika tidak mematuhi arahan pemusnahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 17-12-2021 – Rejim Zionis melancarkan kempen serbuan dan tangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Jerusalem pada awal pagi Selasa.
Di Ramallah, askar rejim menahan lima penduduk tempatan selepas menceroboh pekan Deir Abu Mashal di barat bandar itu. Seorang anggota Gerakan Hamas juga telah dipanggil untuk siasatan di pusat siasatan Ofer.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 17-12-2021 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa melaporkan sembilan kematian baharu yang dikaitkan dengan COVID-19 (coronavirus), 343 ujian positif baharu dan 224 pemulihan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menurut laporan harian kementerian itu, tujuh daripada mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu adalah dari Tebing Barat dan dua lagi dari Gaza.
Selain itu, 57 pesakit COVID-19 yang tenat sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 16 daripadanya telah diletakkan pada ventilator.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Jumaat, 17-12-2021 – Sekumpulan peneroka Yahudi yang turut diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan perkarangan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis pada pagi Selasa kelmarin.
Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh peneroka termasuk beberapa orang askar separa tentera telah memasuki masjid dalam kumpulan yang berbeza melalui Pintu Maghriba dan melewati perkarangan di bawah kawalan pihak polis yang ketat.
Semasa lawatan mereka di Majidil Aqsa ini, para peneroka ini telah mengadakan ceramah daripada rabbi Yahudi mengenai dakwaan kuil di gunung serta beberapa orang daripada mereka telah melakukan upacara Talmud di kawasan masjid.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat, 17-12-2021 – Pihak berkuasa Israel di timur Baitulmuqaddis pada pagi hari Selasa telah merobohkan sebuah rumah milik warga Palestin dan tapak sebuah rumah lagi yang mana pemiliknya telah dipaksa merobohkan rumahnya pada bulan lepas.
Menurut sumber tempatan, krew pemusnahan diiringi polis menyerbu kawasan ash-Shayyah di timur kejiranan at-Tur di Baitulmuqaddis, dan mula memusnahkan tapak rumah dimiliki keluarga Burqan.
Keluarga Burqan terpaksa merobohkan rumah mereka pada lebih kurang sebulan lalu bagi mengelak terpaksa membayar denda yang tinggi kepada pihak perbandaran Israel sekiranya mereka gagal mematuhi perintah perobohan rumah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 15-12-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang diiringi oleh polis rejim pada pagi Isnin mencemarkan Masjid Aqsa.
Puluhan pendatang memasuki masjid dalam beberapa kumpulan melalui Pintu Maghariba dan berlegar-legar di dataran dengan kawalan ketat polis, demikian menurut sumber tempatan.Ketika keberadaan mereka di kawasan suci Islam itu, mereka mendengar ceramah oleh para rabbi tentang kuil yang kononnya ada di situ. Sejumlah daripada mereka sengaja mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 15-12-2021 – Sheikh Ra’ed Salah, ketua cawangan utara Gerakan Islam 1948 di Palestin yang diduduki, berkata bahawa beliau akan terus mengangkat budaya Arab Palestin dan mempertahankan masjid Al-Aqsa.
Sheikh Salah berkata demikian semasa sidang media yang diadakan pada tengah hari hari Isnin yang dihadiri orang ramai di bandar Umm al-Fahm selepas pembebasannya dari penjara Israel.
“Kita akan hidup dan mati mempertahankan budaya Islam, Arab dan Palestin. Budaya ini tidak akan mati atau berhenti”, katanya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 14-12-2021 – Algeria akan menjadi tuan rumah persidangan untuk semua kumpulan Palestin tidak lama lagi, demikian menurut saluran media rasmi Algeria pada Isnin.
Pengumuman itu berikutan pertemuan di Algiers pada Isnin di antara presiden Palestin Mahmoud Abbas dan presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune.
Tebboune mengumumkan dalam satu siding akhbar bersama Abbas bahawa negaranya akan membanyar sejumlah 100 juta dollar kepada pihak berkuasa Palestin dan menambah ia bertepatan dengan sokongan tidak berbelah bagi Algeria terhadap Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati