Isnin, 05/05/2025 – Pengurus aktiviti perubatan di MSF/Doktor Tanpa Sempadan, Dr. Ahmed Abu Warda, berkata larangan Israel terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza selama lebih 60 hari mengancam semua aktiviti perubatan di Semenanjung.
Abu Warda, yang kini bekerja di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, memberitahu agensi berita Anadolu bahawa terdapat “sangat sedikit hospital yang masih menyediakan perkhidmatan penuh di Gaza,” menegaskan bahawa hospital-hospital ini “mengalami kekurangan yang sangat teruk bantuan perubatan, bekalan, dan instrumen pembedahan.”
Abu Warda berkata bahawa “pekerja kesihatan dan kemanusiaan di Gaza bergantung sepenuhnya kepada bekalan dari luar negara,” menjelaskan bahawa banyak ubat-ubatan dan instrumen pembedahan “mula kehabisan.”
Beliau menegaskan bahawa banyak aktiviti akan mula merosot jika bantuan perubatan terus terputus, dan hanya akan bergantung kepada bahan dan peralatan yang ada.
Isnin, 05/05/2025 – Ketua Majlis Kepimpinan Hamas, Mohammed Darwish, telah menerima kunjungan rasmi Pemangku Menteri Luar Negeri Emiriah Islam Afghanistan, Tuan Mawlawi Amir Khan Muttaqi, dalam satu pertemuan penting yang berlangsung di Doha.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah beberapa tokoh kanan Majlis Kepimpinan Hamas termasuk Khaled Meshaal, Khalil al-Hayya, Nizar Awadallah, dan Zaher Jabarin.
Pertemuan itu membincangkan situasi terkini berhubung pencerobohan berterusan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza, termasuk tindakan kekejaman bersifat genosid dan penggunaan sekatan makanan sebagai senjata terhadap rakyat Palestin.
Dalam ucapannya, Darwish menzahirkan penghargaan terhadap pengalaman Afghanistan serta sokongan konsisten negara tersebut terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang penjajahan Israel. Beliau turut menegaskan komitmen teguh rakyat Palestin terhadap tanah air mereka dan hak-hak yang sah, sambil menekankan bahawa perjuangan akan diteruskan sehingga kebebasan dan kemerdekaan dapat dicapai.
Sementara itu, Muttaqi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi Afghanistan terhadap perjuangan rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “isu teras umat Islam.” Beliau turut menyampaikan penghargaan mendalam atas keteguhan rakyat Palestin yang terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada kezaliman.
Isnin, 05/05/2025 – Tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan maut pada malam tadi dan hari Khamis di kawasan berlainan di Semenanjung Gaza, membunuh dan mencederakan berpuluh orang awam.
Menurut sumber media tempatan, tentera rejim Israel hari ini masih meneruskan operasi meletupkan lebih banyak rumah dan memindahkan secara paksa keluarga di Semenanjung Gaza yang menambahkan lagi beban penderitaan kemanusiaan di kalangan rakyat.
Menurut wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) di Gaza, serangan Israel berterusan merentasi kawasan Semenanjung Gaza, termasuk serangan yang membunuh tiga beradik dan dua lagi rakyat di kawasan ash-Shaashi’ah di timur kem pelarian Jabalia, utara Gaza.
Rejim tentera Israel juga melancarkan serangan udara ke atas khemah yang melindungi sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal di kem pelarian An-Nuseirat di tengah Gaza yang turut meragut nyawa empat orang awam, termasuk kanak-kanak.
Mangsa keganasan rejim Israel, termasuk dua orang syahid turut dilaporkan berikutan serangan Israel ke atas perhimpunan orang awam di kawasan Qizan Abu Rashwan di Khan Yunis, selatan Gaza.
Sementara itu, beberapa orang rakyat Gaza disahkan maut selepas mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami dalam serangan baru-baru ini.
Tentera rejim Israel juga melancarkan serangan ke atas kawasan lain di Semenanjung Gaza malam tadi dan hari ini yang membunuh dan mencederakan lebih ramai orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita.
Jumaat, 02/05/2025 – Pejabat Penerangan Banduan mengesahkan bahawa ketua banduannya, Abdullah Barghouti sedang menghadapi percubaan pembunuhan secara sistematik di dalam Penjara Gilbo’ Israel. Keadaan kesihatannya kini dilaporkan telah mencapai tahap sangat kritikal yang boleh mengancam nyawanya.
Menurut maklumat terbaru itu, banduan Abdullah Barghouti sedang dipukul dengan teruk, sehingga badannya dipenuhi lebam-lebam kebiruan, di mana kepalanya juga dipenuhi darah beku, mata bengkak, dan tulang rusuk patah sehingga mengakibatkan gangguan tidur di malam hari.
Menurut laporan itu lagi, unit penyeksaan menyerbu sel diketuai oleh seorang pegawai bernama “Amir” sekaligus memukulnya sehingga beliau kehilangan kira-kira setengah liter darah setiap kali.
Tidak cukup dengan itu, anjing turut dibawa masuk selepas itu untuk memakan tubuh Abdullah yang berlumuran darah, dengan arahan, “bawa anjing masuk supaya mereka boleh berseronok dengannya.” Pasukan penyeksaan juga mencurahkan cecair pencuci pinggan mangkuk panas ke atas badan Abdullah Barghouti selepas setiap pusingan penyeksaan, menambahkan lagi kesakitan terhadap tubuhnya yang kurus kering itu.
Dia turut didera secara mental oleh pegawai itu dengan memberitahunya “Anda pernah menjadi komander, namun hari ini anda bukan siapa-siapa… anda mesti mati,” menurut kenyataan itu.
Pejabat Penerangan Banduan juga mendedahkan bahawa akibat penyeksaan itu, banduan Barghouti berulang kali koma, dengan tangannya dibalut dengan beg sampah dan kotak kertas tandas, untuk merawat dirinya, kerana tidak mempunyai sebarang cara lain.
Dia juga menegaskan bahawa banduan Barghouti tidak dapat tidur seperti biasa dan terpaksa duduk di atas lantai dengan kepala membongkok ke hadapan kerana kesakitan yang teruk. Dia tidak boleh mandi selama 12 hari dan terpaksa merendam roti dalam air dan meminumnya kerana dia tidak boleh mengunyah.
Pejabat Media Banduan menekankan bahawa penyeksaan terhadap ketua banduan, Abdullah Barghouti adalah pembunuhan secara perlahan yang dirancang, dan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap semua norma dan konvensyen antarabangsa. Beliau juga menegaskan bahawa percubaan berterusan penjajah untuk membubarkan pemimpin pergerakan banduan di dalam penjara hanya akan membawa lebih kemarahan dan mencetuskan pergolakan yang besar.
Beliau mengingatkan juga bahawa sikap berdiam diri antarabangsa yang berterusan telah menggalakkan penjajah untuk terus melakukan jenayah ini, sekaligus menjadi contengan arang di wajah mereka yang melaung-laungkan hak kemanusiaan selama ini.
Beliau turut menyeru pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, terutamanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, untuk segera campur tangan bagi melawat banduan Barghouti dan memeriksa keadaannya.
Rayuan turut diajukan supaya siasatan antarabangsa dijalankan segera dimana penjajah wajib bertanggungjawab atas jenayah ini di hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Seruan juga disampaikan untuk orang ramai, masyarakat Arab serta mereka yang masih hidup bebas di atas muka bumi ini untuk keluar beramai-ramai menyatakan kemarahan terhadap penindasan banduan-banduan di penjara Israel, memandangkan perjuangan mereka untuk mempertahankan hak mereka adalah sesuatu yang suci.
Jumaat, 02/05/2025 – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah berikan penekanan terhadap keperluan penyediaan perkhidmatan rawatan kesihatan yang selamat dan mencukupi di Tebing Barat apabila keperluan bantuan kemanusiaan di sana meningkat tinggi.
Di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Selasa, pihak ICRC memaklumkan bahawa sejak 18 bulan yang lalu, rakyat Palestin di Tebing Barat berhadapan dengan kesukaran hidup, dimana puluhan telah terbunuh dan ribuan pula cedera dan dihalau secara paksa daripada rumah kediaman mereka.
ICRC menekankan bahawa Undang2 Hak Asasi Antarabangsa memaktubkan bahawa mana2 kuasa pendudukan mestilah memastikan keamanan dan kesejahteraan semua kemudahan dan perkhidmatan perubatan di wilayah2 pendudukan, termasuk persediaan bekalan perubatan serta menyediakan keadaan yang selamat dan mudah untuk orang awam mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Mereka juga memaklumkan bahawa ICRC akan terus memberikan sokongan kepada sektor Kesihatan di Tebing Barat demi memastikan penerusan perkhidmatan kesihatan di dalam suasana yang bertambah sukar. Mereka menambah bahawa ICRC baru sahaja menghantar bekalan penting perubatan ke Kementerian Kesihatan di Nablus, termasuk bekalan penyelamatan nyawa seperti anastetik dan bekalan perubatan khusus mangsa kebakaran.
Pada masa yang sama, Ketua Pengarah ICRC, Pierre Krahenbuhl berkata pada hari Isnin lepas, malapetaka baru sudah dilepaskan di Gaza apabila perang dicetuskan semula di wilayah Palestin.
Dia menambah lagi, Gaza sedang berhadapan dan mengharungi kematian, kecederaan, penghalauan paksa yang berkali kali, kehilangan anggota2 badan, perpisahan daripada ahli keluarga, kehilangan, kebuluran dan dihalang daripada menerima bantuan dan memiliki maruah diri di skala yang amat besar.
Di ucapannya di dalam Forum Keamanan Global di Doha, Qatar, Krahenbuhl menyatakan “ Ketika umat dunia merasa lega dengan persetujuan penting perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan malapetaka perang yang dimulakan semula”.
Pada tarikh 18 Mac, rejim Israel telah memungkiri perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tawanan yang dipersetujui sejak 19 Januari. Rejim Israel memulakan semula peperangan genosid di Jalur Gaza walaupun setelah Hamas mematuhi semua syarat di dalam perjanjian tersebut. Dengan sokongan tanpa syarat yang diberikan oleh US, rejim Israel telah melakukan genosid di Gaza sejak 7 Oktober 2023 dan lebih daripada 169,000 jiwa rakyat Palestin telah syahid atau cedera dan kebanyakannya merupakan kanak2 dan wanita, manakala 11,000 jiwa pula masih hilang dan belum dijumpai.
Jumaat, 02/05/2025 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan bahawa angka syahid dalam genosida Zionis terhadap Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 52,365 manakala 117,905 yang lain cedera sejak 7 Oktober 2023.
Dalam laporan statistik hariannya, kementerian itu berkata pada hari Selasa bahawa hospital Gaza menerima 51 mayat syahid, termasuk mayat yang ditemui dari bawah runtuhan, selain 113 kecederaan dalam tempoh 24 jam yang lalu akibat perang genosida Israel yang berterusan.
Kementerian itu menjelaskan bahawa angka pembunuhan Zionis terhadap Semenanjung pada 18 Mac telah meningkat kepada 2,273 syahid manakala 5,864 yang lain cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa perang yang berterusan selama 18 bulan kepada 170,270 syahid dan cedera.
Ia menyatakan bahawa beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan rumah yang musnah dan di jalan raya, kerana krew ambulans dan pasukan pertahanan awam tidak dapat menghubungi mereka.
Jumaat, 02/05/2025 – Rejim Zionis (IOF) menyerbu halaman Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil, mengukuhkan kehadiran mereka di sekelilingnya dan di kawasan kejiranan sekitar Kota Lama, sebagai persediaan menghadapi pencerobohan besar-besaran oleh peneroka esok dengan alasan cuti Yahudi.
Menurut sumber tempatan, IOF memperketatkan pusat pemeriksaan tentera dan memasang pintu elektronik menuju ke tapak suci itu. Mereka juga menutup beberapa pasar di Kota Lama untuk melindungi peneroka yang dijangka menyerbu Masjid dan koridornya esok.
Penutupan Masjid termasuk dalam kerangka pembahagian temporal dan ruang, di mana pendudukan telah merampas secara kekal kira-kira 36% ruangnya. Masjid ditutup sepenuhnya selama sepuluh hari setahun di bawah justifikasi cuti Yahudi, merampas hak jemaah Palestin untuk mengamalkan aktiviti keagamaan.
Rabu, 30/04/2025 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel ketika serbuan ketenteraan rejim zionis ke kejiranan Um Al-Sharayet di Al-Bireh pada petang Isnin, manakala seorang pemuda ditahan dalam satu serbuan berbeza di Al-Eizariya, timur laut Baitulmuqaddis.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan, dalam satu kenyataan ringkas, yang seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun, cedera akibat tembakan peluru hidup ketika serangan zionis di Um Al-Sharayet di Al-Bireh.Sumber tempatan melaporkan yang tentera rejim menceroboh kejiranan dengan ganas, menyebabkan pertelingkahan dan tembakan senjata api serta gas pemedih mata.
Rabu, 30/04/2025 –Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel Itamar Ben-Gvir memutuskan pada hari Isnin untuk menutup pejabat Dana dan Sumbangan di Baitulmaqdis yang diduduki, dengan mendakwa bahawa dana dan sumbangan itu beroperasi bagi Pihak Berkuasa Palestin.
Gabenor Baitulmaqdis menganggap keputusan Ben-Gvir sebagai langkah agresif yang datang dalam dasar pendudukan yang sistematik, untuk melemahkan kehadiran Palestin di ibu kota yang diduduki, dan sebahagian daripada perang terbuka yang dilakukan pendudukan terhadap institusi Baitulmaqdis.
Dalam satu kenyataan yang diterima Pusat Maklumat Palestin, ia menegaskan bahawa dakwaan pendudukan untuk mewajarkan keputusan yang tidak adil ini adalah palsu dan tidak berasas.
Beliau berkata bahawa kerja Dana dan Sumbangan Jerusalem terhad kepada kerja sosial, kemanusiaan dan amal sahaja, dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti politik.
Gabenor Baitulmaqdis menambah bahawa serangan terang-terangan seperti itu tidak akan berterusan jika bukan kerana masyarakat antarabangsa berdiam diri berhubung pelanggaran serius Israel terhadap semua norma dan konvensyen antarabangsa yang menjamin kebebasan tindakan sivil dan kemanusiaan.
Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa keputusan pendudukan untuk menutup Pejabat Dana dan Sumbangan Jerusalem adalah satu lagi manifestasi pembunuhan beramai-ramai, pemindahan dan aneksasi.
Dalam satu kenyataan, organisasi itu menganggap keputusan itu sebagai sebahagian daripada penutupan berterusan semua institusi, persatuan dan organisasi yang beroperasi di Baitulmaqdis yang diduduki yang menyediakan perkhidmatan amal dan kemanusiaan kepada penduduk Baitulmaqdis, dan lanjutan daripada jenayah Yahudi ke atas Baitulmaqdis.
Kementerian itu menyatakan bahawa keputusan ini mengenakan sekatan tambahan ke atas kehidupan penduduk Jerusalem, memaksa mereka berhijrah dari kota suci mereka di bawah kuasa pendudukan.
Kementerian Luar Negeri menganggap masyarakat antarabangsa bertanggungjawab atas kegagalannya melaksanakan resolusi legitimasi antarabangsa, khususnya yang berkaitan dengan situasi di Baitulmaqdis.
Rabu, 30/04/2025 – Pejabat Media Kerajaan memberi amaran pada petang Isnin mengenai pertambahan kes kekurangan zat makanan yang kritikal di Semenanjung Gaza, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan bayi, memandangkan perang pemusnahan Israel, penutupan lintasan dan pencegahan kemasukan bantuan.
Media kerajaan mengesahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Palestin bahawa jumlah kes yang sampai ke hospital dan pusat perubatan, akibat kekurangan zat makanan serius, 65 ribu kes, daripada 1.1 juta kanak-kanak di Semenanjung Gaza menderita kelaparan setiap hari.
Beliau menegaskan bahawa Pendudukan menjadikan kes kelaparan dan menghalang bantuan sampao, sebagai cara peperangan yang sistematik, yang bertujuan untuk membunuh mereka yang hadup di Semenanjung Gaza, secara terang-terangan melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa dan kemanusiaan.
“Media kerajaan” menganggap Pendudukan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk dan membahayakan nyawa ratusan ribu kanak-kanak, wanita dan orang tua, kerana kekurangan makanan, ubat-ubatan dan air.
Beliau juga menganggap masyarakat antarabangsa dan institusinya bertanggungjawab untuk berdiam diri mengenai jenayah ini dan tidak mengambil langkah pencegahan untuk mempertanggungjawabkan pemimpin pendudukan Israel, yang mengamalkan pelanggarannya dengan kejam dan berterusan.
Pejabat memperbaharui tuntutannya untuk pembukaan segera, semua jalan masuk ke Semenanjung Gaza.
Beliau menggesa pengenalan bantuan kemanusiaan, bekalan makanan dan perubatan, terutamanya untuk kanak-kanak dan orang sakit, untuk memastikan keselamatan nyawa dan bantuan kemanusiaan.
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan untuk membicarakan penjenayah perang Israel di hadapan tribunal antarabangsa sebagai hukuman atas pelbagai jenayah mereka, khususnya penggunaan kes kejadian kelaparan dan kebuluran sebagai senjata pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan anak-anak mereka.
Rabu, 30/04/2025 – Rejim Zionis Israel terus menerus melancarkan pembunuhan ke atas warga Palestin di Semenanjung Gaza pada petang Ahad, selepas kapal terbang perang melepaskan bom ke atas sebuah kedai makan di tengah Gaza dan sebuah kediaman di Selatan, mengakibatkan berapa warga Palestin gugur syahid.
Sumber kesihatan dan tempatan mengesahkan beberapa warga Palestin syahid dan ramai lagi cedera bila pihak penjajah mengebom Kedai Saftawi di Jalan Salah al-Din berhampiran pintu masuk kem pelarian Nuseirat dan Bureij di tengah bandar Gaza.
Sumber tempatan mengesahkan antara yang gugur syahid di Kedai Saftawi adalah Ahmad al-Saafin, Muhammad Nahid al-Jiddi, Hashem Hisham al-Saftawi dan Ibrahim Washah. Semoga Allah merahmati roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan insan yang gugur syahid di jalan Allah.
Rabu, 30/04/2025 – Peneroka Haram Yahudi memusnahkan Sekolah Zanuta di selatan Al-Khalil pada hari Ahad manakala tentera Zionis (IOF) mengeluarkan arahan merobohkan telaga air dan plot pertanian di selatan bandar Al-Khalil.
Sekolah Rendah Campuran Zanuta adalah salah satu sekolah “Sumud dan Cabaran” yang terletak di timur bandar Ad-Dhahiriya, selatan Al-Khalil. Saksi melaporkan bahawa peneroka haram menyerang sekolah itu dan mencuri harta benda.
Ketua majlis kampung Zanuta, Fayez Al-Tal berkata, sebilangan peneroka haram memusnahkan bahagian sekolah yang telah dipulihkan dengan penyertaan majlis kampung dan penduduk setempat, sebagai persediaan menyambut pelajar kembali ke kelas.
Jelasnya, peneroka haram mencuri pintu besi dari bilik darjah, papan panel, dan sekatan antara bilik darjah sebelum memusnahkan sekolah.
Beliau menyatakan bahawa peneroka telah menyerang dan memusnahkan sekolah itu beberapa kali, dan telah berusaha untuk memindahkan penduduk kampung secara paksa dengan memusnahkan rumah mereka, menyerang mereka, dan menyasarkan harta benda mereka.
Pada November 2023, peneroka membakar dan memusnahkan sekolah itu selepas serangan berulang kali memaksa lebih 250 penduduk kampung meninggalkan rumah dan tanah mereka dan keluar secara paksa pada 28 Oktober 2023.
Selasa, 29/04/2025 – Delegasi Hamas telah memberi taklimat kepada Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, mengenai perkembangan terkini usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza serta hasil lawatan terbaru pergerakan itu ke Kaherah.
Pertemuan yang berlangsung di Doha pada Ahad itu diketuai oleh pegawai kanan Hamas, Mohammed Darwish, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi Hamas.
Dalam kenyataan tersebut, Hamas memaklumkan bahawa kepimpinan mereka kini giat mengadakan siri lawatan dan pertemuan politik untuk membincangkan cadangan yang dikemukakan kepada para perantara, dengan matlamat mencapai perjanjian menyeluruh yang merangkumi gencatan senjata, pertukaran tahanan, bantuan kemanusiaan, dan usaha pembinaan semula Gaza.
Perbincangan turut menyentuh situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin parah akibat dasar kelaparan dan sekatan makanan oleh penjajah Israel.
Delegasi Hamas turut mendengar penerangan mengenai usaha Turki untuk menamatkan perang dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berhubung dan berkoordinasi secara politik dalam tempoh mendatang bagi membantu menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.
Terdahulu pada Ahad, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, mengesahkan bahawa rundingan gencatan senjata berkaitan Gaza masih diteruskan. Beliau menekankan bahawa usaha masih giat dijalankan berdasarkan cadangan terbaru yang telah mendapat maklum balas Hamas.
Dalam kenyataan yang dipetik oleh “Sanad News Agency,” Sheikh Al Thani menyatakan bahawa Qatar terus berkoordinasi dengan Mesir dan rakan lain untuk meneruskan ke fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Sementara itu, serangan genosid Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-41, di tengah-tengah kebuluran melampau dan keadaan hidup yang sangat teruk di kalangan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, perantara dari Qatar dan Mesir telah mengemukakan cadangan baru untuk gencatan senjata jangka panjang di Gaza, yang dijangka bertahan antara lima hingga tujuh tahun. Menurut media Arab, cadangan itu termasuk pertukaran tahanan, di mana Hamas akan membebaskan semua tahanan Israel sebagai balasan pembebasan tahanan Palestin, penamatan perang, serta pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza.
Qatar pernah memainkan peranan utama bersama Mesir dan Amerika Syarikat dalam mencapai perjanjian gencatan senjata sementara pada November lalu, yang merangkumi pertukaran tahanan pertama. Namun, rundingan runtuh selepas Israel meneruskan serangan.
Dalam sidang media bersama Hakan Fidan di Doha, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani menegaskan bahawa Qatar telah membincangkan serangan baru Israel ke atas Gaza dengan Turki.
Beliau mengulangi penolakan Qatar terhadap penggunaan kelaparan sebagai senjata oleh Israel ke atas rakyat Palestin, dan mengesahkan bahawa Qatar tetap meneruskan usaha perantara walaupun berdepan kempen fitnah.
Sheikh Al Thani menegaskan bahawa tujuan rundingan adalah untuk membebaskan tahanan dan menghentikan perang, sambil menyatakan bahawa pendekatan Qatar bersifat telus dan Hamas telah berulang kali menyatakan kesediaan membebaskan semua tahanan.
Beliau juga menolak tuduhan bahawa Qatar telah menghasut protes pelajar di Amerika Syarikat, menyifatkannya sebagai “tidak berasas”. Sheikh Al Thani menjelaskan bahawa hubungan Qatar dengan universiti di Amerika Syarikat hanya terhad kepada institusi yang berpangkalan di Doha, dan semua pembiayaan yang diberikan kepada institusi pendidikan atau penyelidikan dilakukan secara telus.
Menyentuh tentang peranan Qatar sebagai negara yang menyokong keamanan dan pernah menjadi perantara dalam banyak konflik, Sheikh Al Thani berkata bahawa Qatar kini menjadi sasaran kempen publisiti terancang oleh Israel.
Dalam kenyataannya, Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, menyatakan bahawa kerjasama strategik Turki dan Qatar membantu menyokong kestabilan serantau. Beliau menuduh Israel melakukan pembersihan etnik di Gaza serta menghalang penghantaran bantuan makanan, walaupun rakyat Palestin bersedia untuk menerima gencatan senjata. Fidan turut menuduh Tel Aviv bersikap keras kepala.
Fidan merakamkan penghargaan kepada Qatar atas usaha perantaraan, sambil menekankan bahawa keutamaan kini adalah untuk menghidupkan semula gencatan senjata dan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau juga menegaskan bahawa “kunci kepada keamanan” ialah dengan merealisasikan penyelesaian dua negara.
Mengenai Syria, Fidan menyatakan bahawa sekatan ke atas Damsyik menghalang kestabilan, dan Turki sedang bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk membatalkannya. Beliau turut mengesahkan koordinasi bersama Qatar bagi menstabilkan Syria, membanteras keganasan, serta menolak sebarang campur tangan atau pemilihan senjata di luar kawalan kerajaan.
Fidan menzahirkan harapan agar Syria kelak menjadi sebuah negara yang menjamin hak sama rata kepada semua kumpulan etnik dan agama.
Lawatan Hakan Fidan ke Qatar memberi fokus kepada perbincangan isu dua hala dan serantau, khususnya berkaitan Palestin dan Syria.
Selasa, 29/04/2025 – Pesawat pejuang rejim Israel telah menyerang pinggir bandar kawasan selatan Beirut di Dahiya pada petang Ahad lalu, selepas mengeluarkan amaran tentang pengeboman yang akan berlaku di kawasan itu.
Kepulan asap besar terlihat di kawasan itu selepas serangan yang menyasarkan bangunan berhampiran dengan tiga butir bom. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kira-kira sejam sebelum serangan itu, jurucakap tentera rejim pendudukan Israel mengeluarkan amaran mengatakan akan berlaku serangan udara ke atas apa yang didakwanya sebagai “fasiliti Hizbullah” di kawasan Hadath dan menggesa penduduk tempatan supaya tidak mendekati sekurang-kurangnya 300 meter dari tapak tersebut.
Awal hari ini, kementerian kesihatan Lubnan memaklumkan bahawa seorang rakyat terbunuh dalam serangan dron Israel di bandar Halta di tenggara negara itu. Sejak gencatan senjata di Lubnan berkuat kuasa pada 27 November 2024, tentera Israel telah membunuh lebih 194 rakyat dan mencederakan 486 yang lain dalam serangan di kawasan berbeza di negara Arab itu.
Isnin, 28/04/2025 – Pergerakan Hamas telah mengesa komuniti antarabangsa, PBB dan organisasi antarabangsa yang berkaitan untuk menegakkan undang-undang dan menjalankan tanggungjawab dan mengambil tindakan yang berkesan untuk menghentikan serangan rejim Zionis Israel ke atas sektor kesihatan Gaza.
Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan penutupan hospital al-Durra di timur bandar Gaza akibat serangan udara rejim Zionis pada Selasa lepas. Serangan ke atas panel solar dan wad ICU menyebabkan kerosakan kekal ke atas fasiliti dan sumber tenaga yang menyokong beberapa jabatan lain di hospital berkenaan.
Penutupan Hospital al-Durra menyebabkan peningkatan penutupan hospital akibat dari genosid sebanyak 37 hospital di Semenanjung Gaza.