
Jumaat, 29/05/2009 – Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Tebing Barat menegaskan, darah As-Syahid Abdul Majid Daudin Abu Himam, 49 tahun yang gugur Khamis lalu di Kota Dora, syahid setelahterjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel.

Jumaat, 29/05/2009 – Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Tebing Barat menegaskan, darah As-Syahid Abdul Majid Daudin Abu Himam, 49 tahun yang gugur Khamis lalu di Kota Dora, syahid setelahterjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel.

Khamis, 28/05/2009 – Knesset Israel telah meluluskan rang undang-undang mengharamkan penandaan Nakba, memaksa rakyat Palestin termasuk orang-orang Arab mengiktiraf Israel sebagai satu “Negara Demokratik Yahudi”.

Khamis, 28/05/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Rabu lalu menyatakan kerajaannya mengiktiraf perjanjian damai terdahulu antara Israel, Palestin dan negara Arab dan menuntut negara-negara Arab memulakan tindakan simbolik bagi menjernihkan hubungan dengan Israel tanpa sebarang kelewatan.

Khamis, 28/05/2009 – Sebuah organisasi yang prihatin berkenaan masalah tahanan Palestin “Waid” mengatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel telah memutuskan menghantar tahanan Palestin Mahmud Azzam dari Jenin, Tebing Barat ke Semenanjung Gaza setelah tempoh tahanannya (12 tahun) berakhir hari ini, Selasa (26/05).

Khamis, 28/05/2009 – Ketua Dewan Perundangan Dr . Ahmad Bahar menyambut kedatangan tahanan Palestin Mahmud Azzam yang berasal dari Tebing Barat yang telah dipindahkan ke Gaza setelas lengkap penahanannya selama 12 tahun. Ini salah satu tindakan Zionis Israel yang sengaja mendatangkan masalah. Tindakan Zionis Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Bahar memuji semangat para tahanan yang kental menghadapi kezaliman-kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Israel ketika berada dalam tahanan.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Khamis, 28/05/2009 – Tentera-tentera laut Israel telah menculik dua nelayan Palestin pagi Selasa lalu di selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata, dua lelaki itu diculik ketika mereka berhenti berhampiran dengan bot tentera-tentera Israel kemudiannya dibawa ke satu lokasi yang tidak dikenali.

Rabu, 27/05/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya dengan turut dihadiri oleh beberapa orang menteri menyambut para anggota yang menyertai konvoi ‘The Hope’ petang semalam (Selasa 26/5), yang menyeberangi Semenanjung Gaza kelmarin.

Rabu, 27/05/2009 – Gabi Ashkenazi, Ketua Staf Tentera Israel semasa satu mesyuarat dengan Knesset Committee pada Selasa lalu menyatakan bahawa parti Hezbollah yang bertapak di Lubnan kini mempunyai pertambahan roket dan angkatan tentera berbanding sebelum perang Lubnan yang kedua.

Rabu, 27/05/2009 – Pembinaan Tembok Annexation Israel di atas tanah keluarga Khatib telah menyebabkan 24 anggota keluarga itu berada di wilayah Israel Wall, di mana mereka dikawal dan ditahan dalam rumah. Tiada mana-man ahli keluarga itu terlibat dengan jenayah, tetapi tentera Israel mengawal mereka di bawah penahanan dalam rumah kerana tentera Israel telah membina tembok dengan keluarga tersebut berada dibahagian wilayah Israel.

Selasa, 26/05/2009 – Fernando Rossi, seorang senator Itali dan ketua konvoi ‘The Hope’ dari Eropah mengutuk keras kepungan Zionis terhadap Semenanjung Gaza, juga sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh seluruh dunia terhadap kemelaratan kemanusiaan yang sedang mengancam nyawa satu juta setengah rakyat Palestin di Gaza.
Selasa, 26/05/2009 – Gerakan Hamas, menegaskan jangan terlalu berharap dengan hasil pertemuan Mahmud Abbas dan Presiden Amerika, Barack Obama. Pertemuan tersebut merupakan penyempurnaan dari tindakan Abbas yang hanya dilihat meraih simpati atas kerugiannya selama ini kepada AS dan Zionis.

Selasa, 26/05/2009 – Shaikh Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir mengutuk penerusan penutupan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Mesir oleh regim Mesir untuk tahun ketiga berturut-turut. Beliau menganggap usaha untuk mengukuhkan kepungan itu sebagai perang yang diisytiharkan terhadap negara Islam dan sokongan kepada musuh.

Isnin, 25/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai Ismail Haneyya pada hari Ahad lalu meminta kerajaan Mesir untuk membenarkan orang Eropah konvoi mengelilingi Semenanjung Gaza. Beliau dalam kenyataannya terkejut dengan ketegasan pihak berkuasa Mesir yang menghalang konvoi tersebut meskipun ia merupakan misi kemanusiannya.

Isnin, 25/05/2009 – Sebuah pusat belia kurang upaya di Hebron yang ketika ini menempatkan 100 orang kanak-kanak akan ditutup pada bulan Jun melainkan diberi pembiayaan kecemasan bagi mencegah penutupannya.

Isnin, 25/05/2009 – Kumpulan Pemerintah Anti Sekatan dan Penyambut Delegasi menegaskan bahawa kerajaan Mesir semalam, Ahad (24/5) melarang konvoi bantuan “the hope” dari Eropah untuk memasuki Gaza.