Categories
Berita Semasa

Bantahan besar-besaran terhadap wakil rakyat Israel kerana menjadi agen anti Palestin.

Selasa, 10/02/2009 – Banyak bantahan dilaporkan daripada Pegawai Bandar, para penduduk dan Peguam Negara terhadap wakil rakyat bandar Arab Israel, Umm al-Fahm Baruch Marzel, yang merupakan ahli politik Israel dan peneroka yang telah menggunakan kedudukannya untuk mengapi-apikan sentimen anti Palestin antara golongan berhaluan kanan Yahudi di Israel.

Categories
Foto/Video/Muzik

We Will Not Go Down – Michael Heart Music Video

Categories
Berita Semasa

Wajah2 pejuang Gaza di Palestin yang telah syahid.

lagi foto di dalam….

Categories
Berita Semasa

Delegasi Pusat Kebajikan Itali terkejut dengan kemusnahanan teruk di Gaza.

Selasa, 10/02/2009 – Ahli-ahli sebuah persatuan kebajikan di Itali telah melawat selatan bandar raya Semenanjung Gaza iaitu Khan Younis Isnin lalu (9/2/09), membawa bersama mereka dua trak-trak ubat dan 500 bungkusan makanan untuk rakyat Palestin di utara dan selatan Semenanjung Gaza, sumber-sumber dalam masyarakat Islam di bandar raya itu melaporkan.

Categories
Berita Semasa

“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.

Jumaat, 06/02/2009 – ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Categories
Berita Semasa

16 orang tahanan Palestin menghidap sakit kanser dan tidak dibenar mendapatkan bantuan perubatan.

Jumaat, 06/02/2009 – Kementerian Tahanan dan Pembebasan dalam kenyataannya dalam sebuah majlis sempena hari melawan penyakit kanser antarabangsa, yang berlangsung pada 4 Februari setiap tahun mengatakan, ada 16 orang tahanan di penjara-penjara Zionis menderita sakit kanser yang pelbagai, mereka langsung tidak diberikan bantuan perubatan yang sewajarnya dari pengurusan penjara melainkan ‘tempat tinggal’.

Categories
Berita Semasa

Zionis menembak mati seorang rakyat Palestin

Jumaat, 06/02/2008 – Sumber tentera Israel petang Khamis lalu melaporkan seorang lelaki Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh askar Israel berdekatan sempadan Gaza-Israel. Tentera itu mendakwa bahawa lelaki itu membawa senjata dan cuba untuk melontar sebutir bom tangan ke arah askar Israel.

Categories
Berita Semasa

Zionis didakwa memberi ubat-ubatan yang merbahaya.

Khamis, 05/02/2009 – Wakil kementerian tahanan Palestin Riyadh Al-Ashkar telah mendakwa pihak ZIonis-Israel dengan sengaja mengunakan peralatan perubatan yang telah tercemar dan ubat yang mempunyai racun digunakan ke atas tahanan Palestin. Menurut sumber, jarum yang digunakan untuk merawat telah dicemari dengan hipatitis. Al-Ashkar menggesa WHO supaya campur tangan dan menyiasat perkara ini.

Categories
Berita Semasa

Kurd: Israel dan PA halang bantuan antarabangsa ke Gaza.

Khamis, 05/02/2009 – Ahmed Al-Kurd, Menteri Hal Ehwal Sosial menuduh penjajah Israel dan kerajaan Palestin di Ramallah menghalang bantuan antarabangsa ke Gaza. Beliau berkata yang sampai hanyalah bantuan perubatan dan itupun terhad sementara bantuan lain seperti makanan disekat dan diloggokan di sempadan Gaza. Ini akan menyebabkan bencana kemanusiaan lebih besar yang kini bergantung kepada bantuan tersebut untuk terus hidup.

Categories
Berita Semasa

Nasr : Perbincangan Kaherah buntu kerana kedegilan Zionis.

Khamis, 05/02/2009 – Muhammad Nasr, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan usaha-usaha ke arah penyelesaian yang sedang dilaksanakan di Kaherah sentiasa menemui jalan buntu kerana kedegilan Zionis dan percubaan regim tersebut untuk memaksakan syarat-syaratnya berhubung perjanjian gencatan senjata. Beliau juga menimbulkan adalah suatu yang tidak logik jika Gaza terus dikepung dan dalam masa yang sama rakyat Palestin dihalang daripada mentadbir dan mengurus negara mereka sendiri.

Categories
Berita Semasa

Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?

Khamis, 05/02/2009 – Ahmed Al Kurd, Menteri Perhubungan Sosial, pada Selasa lepas telah menuduh tentera penceroboh dan Palestinian Authority (PA) di Ramallah menghalang kemasukan bantuan kemanusian yang dihantar dari pelbagai Negara dalam cubaan mereka menawan Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Olmert dan Barak ingin serang Gaza lagi.

Rabu,04/02/2009 – Perdana Menteri Israel Ehud Olmert dan Menteri Pertahanannya Ehud Barak berkata mereka akan serang Gaza sekali lagi dalam serang balas terhadap roket buatan rumah yang dilancarkan ke arah bandar-bandar Israel yang berdekatan.

Walaupun provokasi itu mungkin tidak seberapa tetapi mereka akan mengambilnya dengan serius dan kemungkinan serang ke atas Gaza kali ini akan lebih dasyhat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap 12 penyokong Hamas hari ini.

Rabu,04/02/2009 – Tentera Zionis-Israel hari ini telah menangkap 12 rakyat Palestin di Jenin, al-Khalil dan Nablud. Mereka yang ditangkap berumur dari 15 hingga 17 tahun. Tindakan tentera Zionis-Israel yang memecahmasuk dan menggeledah rumah rakyat Palestin. Tentera Zionis-Israel turut merampas barang seperti PC, telefon bimbit dan lain-lain.

Alasan mereka ditangkap adalah kerana mereka bersama mendokong perjuangan Hamas. Operasi ini bermula sejak hari Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Al-Bardawil: Jawatankuasa undang-undang dan kumpulan pejuang bagi menyelesaikan isu tahanan politik dibentuk sebelum dialog.

Rabu, 04/02/2008 – Dr Solah al-Bardawil, seorang ahli parlimen dan anggota HAMAS menegaskan di Kaherah bahawa perbincangan masih berlangsung dengan para pegawai Mesir tentang persetujuan melaksanakan ‘tempoh bertenang’ dan gencatan senjata. Beliau turut menegaskan persetujuan juga telah dicapai untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan menyelia pembukaan pintu sempadan Rafah.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Israel akan membina terowong antara Gaza dan Tebing Barat.

Dalam satu dialog dengan pelajar di Universiti Ben-Gurion pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, mencadangkan untuk menggali sebuah terowong yang akan menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Tebing Barat Bank bagi tujuan mewujudkan apa beliau sifatkan sebagai “kesinambungan geografi”.