Dua orang terbunuh, 9 cedera dalam serangan berasingan oleh Rejim Israel


Isnin, 26/11/07 – Dalam kejadian lain yang hampir sama, sekitar 200 peneroka-peneroka Yahudi yang bersenjata telah menceroboh sebuah kampung dekat Qalqilia di Tebing Barat Ahad lalu dan memecah masuk ke rumah-rumah dan mencetuskan kemusnahan serta mengganggu penduduk kampung.

Khudari mengatakan Rejim Israel bertanggungjawab atas kematian anak Palestin


Selasa, 20/11/07 – GAZA, (PIC)– Ahli Parlimen Palestin, Jamal Al-Khudari mahu Israel bertanggungjawab atas kematian seorang kanak-kanak Palestin berumur 9 tahun di Semenanjung Gaza Isnin lalu selepas dihalang untuk membenarkannya mendapatkan rawatan dari luar walaupun keadaan kesihatannya bertambah buruk.

HAM Palestin: Pembunuhan 6 Orang Demonstrator Dilakukan Penembak Curi


Khamis, 15/11/07 – Gaza: Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) Palestin menegaskan, kes 6 orang penunjuk perasaan terbunuh sewaktu majlis peringatan kematian Yasir Arafat, Isnin lalu(12/11), dilakukan oleh penembak curi.

Hamas: Perundingan dengan Pengiktirafan terhadap Israel adalah Konspirasi


Khamis, 15/11/07 – Gaza: Elit Hamas mengingatkan bahaya pemerintah Palestin ikutserta dalam muktamar Anapolis dengan dasar usul, tertegaknya negara “Israel” dan balasannya pengiktirafan ‘Israel’ terhadap kewujudan negara Palestin. Ini merupakan kesalahan besar yang mengancam kewujudan Palestin.

Bayi Palestin 6 bulan meninggal dunia selepas Israel enngan merawatnya.


Khamis, 15/11/07 – GAZA, (PIC)– Seorang bayi Palestin berumur enam bulan mati di Hoispital Nasr, Gaza semalam selepas Israel enggan membenarkannya menerima rawatan di tempat yang diceroboh sejak 1948 itu. Sumber perubatan berkata bayi perempuan itu mati akibat sakit buah pinggang dan tidak boleh dirawat di Semenanjung Gaza yang sedang dikepung Israel. Salah seorang saudara bayi itu berkata penutupan sempadan oleh askar Rejim Israel menyebabkan mereka tidak boleh membawa bayi tersebut ke luar untuk mendapatkan rawatan lanjut sehingga membawa kepada kematian.

Wanita Palestin cedera dalam serangan Rejim Israel


Rabu, 14/11/07 – GAZA, (PIC)– Seorang wanita Palestin berumur 45 tahun tercedera dalam satu serangan Rejim Israel di pusat timuran Gaza Strip bandar Deir Al-Balah tengah hari Selasa lalu, menurut laporan sumber perubatan. Mereka berkata Aisha Hassan mengalami cedera ringan di tangannya berikutan askar-askar Rejim Israel melepaskan tembakan rambang semasa mereka melakukan serbuan. Saksi-saksi berkata sejumlah kenderaan-kenderaan Rejim Israel telah dilihat menuju ke kampung Wadi al-Salaqa dan menembak secara rambang. Saksi-saksi juga berkata Aisha sedang bekerja bersama wanita lain semasa dia ditembak.

Bekalan Ubat Di Gaza Semakin Meruncing !


Rabu, 14/11/07 –Kementerian Kesihatan dalam kerajaan Palestin pada Selasa lepas (13/11/2007) telah mengingatkan
akan kondisi kesihatan di Jalur Gaza semakin serius akibat tekan berterusan dari pihak rejim.

Mona Mansur : Kenapa Dunia Senyap ?


Selasa, 13/11/07 –Mona Mansour pada Isnin lalu (12/11/2007) memberikan amaran kepada seluruh dunia bahawa satu ‘ledakan’ akan berlaku di Timur Tengah berhubung dengan kemurungan dunia terhadap jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin oleh pihak rejim Zionis.

Hentikan Rundingan Dengan Israel.


Isnin, 12/11/07 –
Pergerakan Hamas menyeru Presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar segera menghentikan rundingan “sia-sia” dengan kerajaan Israel bagi membantah penculikan askar-askar rejim Zionis terhadap penggubal undang-undang dan tokoh-tokoh terkemuka Palestin di Tebing Barat.

Pasukan Polis Abbas Bertempur Dengan Pejuang Fatah di Nablus.


Isnin, 12/11/07 –
Polis-polis pihak berkuasa Palestin (PA) yang tidak berdisiplin dan tidak terlatih telah bertempur dengan pejuang-pejuang Fatah di kem pelarian Balata, berhampiran Nablus Isnin lalu. Sekurang-kurangnya sembilan orang kebanyakannya penduduk awam tercedera. Dua dilaporkan serius.

Bot rejim Israel menembak polis marin dan bot-bot nelayan Palestin


Selasa, 6/11/07 – Bot pemusnah Rejim Israel telah menembak kedudukan polis marin dan bot-bot nelayan Palestin menyusuri pantai Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada subuh Isnin lalu, menurut sumber-sumber tempatan diberitahu wartawan PIC.

Mish’al: Pertempuran Kami Hanya dengan Israel.


Isnin, 05/11/07 –

Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam Hamas, Khaled Mish’al menegaskan bahawa pertempuran Hamas hanyalah dengan penjajah Israel. Beliau menyeru
agar diadakan dialog nasional Palestin tanpa syarat.

Mansi : Beri Laluan Kepada Jemaah Haji Gaza.


Isnin, 05/11/07 –
Dr Yousef Al-Mansi, menteri keagamaan telah mengesahkan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan musim haji bagi jemaah Gaza dapat dilaksanakan dengan baik meskipun mendapat pelbagai masalah dari kerajaan pimpinan Fayyad.

Haneyya : Gaza Akan Dipertahankan.


Isnin, 05/11/07 –Perdana Menteri Palestin yang dilantik secara demokrasi, Ismael Haneyya Ahad lalu berjanji untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan utama penduduk Palestin dalam menghadapi komplot Amerika-Israel yang sengaja membiarkan penduduk Palestin dalam keadaan kebuluran terutama di Semenanjung Gaza, dan menekan mereka supaya menyerah kepada penjajah Zionis.

Rejim Zionis: Kita akan hadapi masalah besar jika memasuki Gaza


Jumaat, 2/11/07 – Pegawai-pegawai Rejim Zionis telah menyatakan kebimbangan mengenai keupayaan Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, setelah ia diarah untuk menghadapi Rejim Zionis yang terus mara di pinggir bandar Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan kematian dan mencederakan ramai Rejim Zionis.