
Selasa, 25/09/07 – Al-Quds: Beberapa sumber Israel menegaskan, Menteri Luarnya Tsevi Leveni kini sedang berusaha untuk terlibat dalam sidang-sidang Majlis Umum PBB dengan tujuan agar dapat mengeluarkan keputusan yang melarang Hamas ikutserta dalam pilihan raya parlimen atau presiden Palestin yang akan datang.

Selasa, 25/09/07 –Pertubuhan Nafha yang menguruskan banduan-banduan Palestin di penjara Israel telah menyeru semua pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia agar segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa MP Hamas, Fathi Al-Karawi selepas beliau pengsan dalam sel di penjara Magiddo, Israel.

Jumaat, 21/09/07 –
Pihak berkuasa kebangsaan Palestin menyuarakan kekesalannya terhadap keputusan Israel yang menganggap Ghaza sebagai “entity musuh†dan menyifatkan langkah itu sebagai penganiayaan, seterusnya akan menambahkan lagi penderitaan penduduk.

Jumaat, 21/09/07 –
Pegawai tertinggi tentera udara Iran berkata, pelancar peluru berpandu mampu mengebom Israel jika ia menyerang Iran.
Jumaat, 21/09/07 –
Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Matan Filnay memberi syarat kepada Hamas supaya menghentikan bedilan roket ke atas penempatan Israel jika mahukan perjanjian gencatan senjata sambil menegaskan bahawa perkara itu tidak mungkindin akan dapat dicapai sekarang ini.

Jumaat, 21/09/07 –
Pemangku speaker parlimen, Ahmad Bahr mengumumkan, kerajaan pimpinan Salam Fayyad telah menyekat gaji ahli parlimen Pertubuhan Pejuang Islam (Hamas) di Semenanjung Ghaza.

Jumaat, 21/09/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menjelaskan bahawa beliau menghormati Presiden Syria, Basyar Al Asad dan bersedia untuk mengadakan rundingan dengannya. Ia dinyatakan dalam kenyataan rasmi pertamanya selepas lebih sepuluh hari Syria menuduh Israel menceroboh ruang udara serta membedil wilayahnya.

Jumaat, 21/09/07 –
Israel melahirkan rasa puas hati dengan apa yang disifatkan olehnya sebagai “kekuatan menundukkan lawan†ekoran pencerobohannya ke atas Lubnan pada Julai 2006 lalu yang mana ia merujuk kepada serangan udaranya baru-baru ini ke atas Syria. Namun, ia mengumumkan telah mengambil serius ke atas ugutan yang dikeluarkan Damsyik ke atasnya.

Jumaat, 21/09/07 –
Perdana menteri yang dipecat, Ismail Haniyeh menegaskan kesediaannya untuk bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi menamatkan konflik dalaman yang berlarutan sejak Hamas menguasai semenanjung Ghaza pada Jun lalu.

Khamis, 20/09/07 –
Setiauasaha Agung Fraksi Hamas di Parlimen Palestin, Musyir El-Misri menyatakan, serangan Israel di kem al-Ain, Nablus kelmarin (18/9) adalah kesan
langsung dari pertemuan Abbas-Olmert.

Khamis, 20/09/07 –Bekas Menteri Dalam Negeri dan pegawai senior MP Hamas, Sa’aeed Siyam Rabu lalu telah memberi amaran kepada kepimpinan Fatah supaya tidak mengganggu pemimpin-pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Rabu, 19/09/07 –Sejumlah Ahli Majlis Perundangan Hamas yang telah diculik oleh askar-askar rejim Zionis lebih 18 bulan lalu serta ditahan di penjara sehingga kini menyatakan bantahan terhadap askar-askar rejim Zionis dan pihak keselamatan PA di Tebing Barat agar tidak mengganggu mereka keluarga.

Rabu, 19/09/07 –
Perdana menteri kerajaan yang sedia ada, Ismail Haneyya, dan Ahli parlimen Dr Mahmoud Zahhar, bekas menteri luar, menunaikan solat bersama-sama di masjid di Gaza, menolak dakwaan media Fatah bahawa terdapat perselisihan faham di antara mereka berdua.

Selasa, 18/09/07 –
Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Miqdad berkata, negaranya mempunyai hak untuk bertindak balas terhadap pencabulan yang dilakukan Israel ke atas ruang udaranya, cuma tegas beliau Syria yang mahu memilih masa, dan tempat untuk bertindak balas.
Selasa, 18/09/07 –
Sumber tentera Israel berkata, Israel bersiap sedia di sempadan utaranya dengan Syria dan Lubnan ekoran serangan udara yang telah dilancarkan oleh Israel ke atas Syria minggu lalu.