
Selasa, 18/09/07 –
Syria telah mengemukakan bantahan rasmi di PBB ke atas pencerobohan ruang udara utaranya oleh Israel. Walaubagaimanapun, Dasmyik di dalam memorandomnya yang diserahkan kepada Setiuasaha Agung PBB, Ban Ki Mun dan kepada Ketua Majlis Keamanan bagi bulan ini, duta Perancis, Jean Moris Riper tidak meminta supaya diambil tindakan ke atas Tel Aviv.

Selasa, 18/09/07 – Farouq Al Syar’, Timbalan Presiden Syria telah bertemu angota Knesset Israel berbangsa Arab, Said Nifa’. Nifa’ yang merupakan anggota di dalam Perhimpunan Kebangsaan Demokrasi yang diketuai oleh Azmi Bisharah menegaskan selepas pertemuan itu bahawa Damsyik tidak mahu terjerumus ke dalam kancah peperangan Israel sambil menambah, perkara itu tidak bermakna peperangan tidak akan berlaku.

Selasa, 18/09/07 –
Israel melalui Menteri Hal Ehwal Pesara telah menuduh Syria sebagai penggalak kepada keganasan, tiga hari setelah Damsyik mengumumkan bahawa pesawat gempur Israel telah menceroboh masuk ke ruang udara Syria.

Isnin, 17/09/07 –
Askar-askar rejim Zionis telah menembak mati seorang pejuang Qassam, Yousef Shaker Al-Asi, 22, di kem pelarian penduduk Palestin Balata, timur bandar Nablus dalam satu serbuan sebelum subuh Ahad lalu.

Isnin, 17/09/07 –
Dr Basem Naim, Menteri Tahanan Palestin menegaskan bahawa isu tahanan rakyat Palestin di kawasan Israel merupakan isu utama kerajaan.
Naim menyeru agar semua institusi memberi tekanan terhadap Rejim Zionis untuk membenarkan ahli keluarga tahanan melawat tahanan sempena sambutan bulan mulia Ramadhan.

Isnin, 17/09/07 –
Pergerakan Hamas pada Khamis lepas mengalu-alukan mana-mana peranan Russia dalam mengukuhkan dialog antara Pihak Palestin di dalam penolakan ketua PA Mahmoud Abbas untuk mengadakan sebarang dialog dengan Hamas selama 3 bulan.

Sabtu, 15/09/07 – Hamas dan Fatah meneruskan pertemuan tidak langsung bagi tujuan mengakhirkan pertembungan dan menghidupkan kembali kesatuan kebangsaan berikutan dengan kejadian pertengah Jun di semenanjung Gaza, yang menyaksikan pihak keselamatan Fatah dihalau oleh tentera hamas di persisiran pantai kawasan tersebut.

Jumaat, 14/09/07 – Sumber tentera Zionis berkata, Rejim Zionis bersiap sedia di sempadan utaranya dengan Syria dan Lubnan ekoran serangan udara yang telah dilancarkan oleh Rejim Zionis ke atas Syria minggu lalu.

Jumaat, 14/09/07 – Perdana menteri yang dipecat, Ismail Haniyeh menegaskan kesediaannya untuk bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi menamatkan konflik dalaman yang berlarutan sejak Hamas menguasai semenanjung Ghaza pada Jun lalu.

Khamis, 13/09/07 –
Khaled Al-Batesh, pemimpin kanan Jihad Islam di Semenanjung Gaza Rabu lalu menyatakan kepungan terhadap tentera rejim Zionis di Zikkim Selasa lepas adalah satu tindakan penentangan yang sah bagi menghadapi peningkatan pencerobohan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Khamis, 13/09/07 –
Kerajaan PA tidak sah yang diketuai oleh Salam Fayyad dan berpengkalan di Ramallah memutuskan untuk menyekat gaji 100 kaki tangan di sebuah hospital milik rakyat Eropah di Gaza termasuk pengarah hospital, Dr. Mohammed Abu Shahla.

oleh : Ainullotfi al-Fikri
Minggu ini genap ulangtahun keduapuluhlima (25) peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948, apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat orang.

Khamis, 13/09/07 –
Hamas dan Fatah meneruskan pertemuan tidak langsung bagi tujuan mengakhirkan pertembungan dan menghidupkan kembali kesatuan kebangsaan berikutan dengan kejadian pertengah Jun di semenanjung Gaza, yang menyaksikan pihak keselamatan Fatah dihalau oleh tentera hamas di persisiran pantai kawasan tersebut.

Rabu, 12/09/07 –
Selasa lalu, enam warganegara Palestin termasuk dua kanak-kanak cedera apabila askar-askar rejim Zionis menceroboh kem pelarian Jenin dan menembak sebuah bangunan yang didakwa menyembunyikan sejumlah aktivis-aktivis penentang.

Selasa, 11/09/07 –
Pergerakan Hamas Isnin lalu telah menolak satu rancangan Kementerian Luar Israel yang membayangkan sebuah negara lain yang pro-Israel untuk memerintah Semenanjung Gaza sebagai menggantikan Pergerakan Hamas.