Penyertaan Israel Dalam Forum Ekonomi Dunia Di Selar.


Rabu, 23/05/07 –

Hamas mengutuk penyertaan Israel dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Jordan yang berakhir Ahad lalu dan menganggapnya sebagai satu langkah daripada siri cubaan kumulatif rejim Arab ke arah memulihkan hubungan dengan kerajaan Israel, menurut jurucakap Hamas di Tebing Barat.

Pesakit Palestin Ditahan di Sempadan Jordan.


Rabu, 23/05/07 –Askar-askar rejim Zionis yang berpangkalan di Tebing Barat dan bersempadan dengan Jordan pada Isnin lepas telah menahan seorang pesakit Palestin yang kembali ke rumahnya di Tulkarm selepas menerima rawatan di Eropah akibat kecederaan yang dilakukan oleh mereka. Saudara-mara Omar Kamal Abu Nima, 21, berkata dia mengalami kecederaan teruk selepas serangan peluru rejim Zionis di kem pelarian Tulkarm kira-kira setahun yang lalu. Peluru-peluru rejim Zionis menembusi belakang, perut dan kakinya, menurut mereka.

Haniyeh : Mari Bersatu !!


Rabu, 23/05/07 –Perdana Menteri Palestin menggesa rakyat Palestin supaya bertahan dan bersatu di dalam keadaan seperti ini. Haniyeh mengucapkan takziah kepada para syuhada’ dalam serangan Israel serta menyeru rakyat supaya bertahan untuk menghadapi serangan Israel. Katanya,”darah para syuhada’ ini akan dituntut bela”.

Rundingan Arab-Israel Hangat.


Selasa, 22/05/07 –
Hari ini, Forum Ekonomi Antarabangsa yang berlangsung di Laut Mati, di Jordan menyaksikan hari terakhir perbincangan Arab-Israel yang hangat dalam satu forum menjurus ke arah konflik Timur Tengah.

PANAS !! Haniyeh Dan Meshal Diugut Bunuh.


Selasa, 22/05/07 –

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Afi Dikhter berkata kepada radio tentera penceroboh itu bahawa Israel akan membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshal.

Amerika Beri Lampu Hijau Kepada Israel.


Selasa, 22/05/07 –

Tajuk utama akhbar Israel pada hari ini, Isnin adalah Amerika telah memberikan lampu hijau kepada Israel supaya menerima seruan Syria untuk meneruskan rundingan damai, memberi amaran mengenai pembekalan senjata kepada Fatah di samping pengerahan tentera Arab di Ghaza

Hamas meminta pemimpin Arab lindungi pelarian Palestin.


Selasa, 22/05/07 –
Pemimpin tertinggi Hamas, Khaled Mishaal menghubungi Perdana Menteri Lubnan, Fuad Seniora dan pemimpin Arab lain melalui perbualan telefon agar menyediakan kem baru untuk pelarian Palestin bagi menggantikan Kem Pelarian Naher Al-Bared di utara Lubnan. Menurut kenyataan media Hamas, Seniora memberikan respon positif terhadap panggilan telefon Mishaal dan berjanji untuk melindungi nyawa rakyat Palestin dan rakyat Lubnan.

Haneyya menegaskan tentang kepentingan penentangan terhadap pendudukan Yahudi.


Selasa, 22/05/07 –
Isnin lalu, Ismail Haneyya menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak untuk merampas kembali tanah yang telah di ceroboh oleh pihak Zionis sambil berpendapat penentangan merupakan jalan terbaik.

Serangan udara rejim Zionis mengorbankan orang awam Palestin


Selasa, 22/05/07 –
Sebiji peluru berpandu rejim Zionis telah memusnahkan kilang simen di bandaraya Gaza sebelum subuh hari Isnin dan mengorbankan seorang orang awam Palestin dan meratakan pokok-pokok di situ, sumber masyarakat tempatan di situ.

Kesihatan tawanan wanita Palestin dalam penjara Israel semakin merosot.


Selasa, 22/05/07 –

Masyarakat Nafha yang cuba mempertahankan hak-hak tawanan-tawanan Palestin dalam penjara Israel telah menuduh kuasa penempatan Israel (IOA) menyumbang kepada kemerosotan yang pantas terhadap kesihatan tawanan wanita Palestin Faten Daraghma dalam penjara Hasharon .

Olmert Ugut Serang Hamas.


Isnin, 21/05/07 –
Perdana menteri Israel Ehud Olmert pada ahad lepas mengugut untuk melancarkan serangan terhadap gerakan Hamas dan sayap tenteranya Briget Qassam sekiranya peluru Qassam terus menerus jatuh di atas penduduk haram Israel di Semenanjung Gaza.

Rumah Anggota Hamas Jadi Sasaran Bom Rejim Zionis.


Isnin, 21/05/07 –Pesawat Israel telah mengebom sebuah bangunan di Shejaeyya bersebelahan dengan sebahagian timur Bandar Gaza petang Ahad lalu membunuh lapan orang dan mencederakan sebilangan yang lain.Bangunan yang disasarkan adalah sebuah dewan kepunyaan keluarga al-Hayya dan ia rebah di sebelah rumah pemimpin terkemuka Hamas serta ahli politik PLC iaitu Dr. Khalil al Hayya.

Hamas Umum Genjatan Senjata Sebelah Pihak.


Isnin, 21/05/07 –

Hamas mengumumkan melalui jurucakapnya, Khalil Al Hayyah dalam perbualan telefon dengan Aljazeera bahawa pertubuhan itu akan mematuhi sepenuhnya gencatan senjata bagi sebelah pihak bermula jam lapan malam. Beliau menyatakan kesediaannya untuk berunding dengan Fatah.

Ulang Tahun Musibah ke 59 Di Sambut.


Isnin, 21/05/07 –

Rakyat Palestin hari ini memperingati ulang tahun musibah yang ke-59, dalam suasana keselamatan yang tegang dihadapi oleh penduduk semenanjung Ghaza ketika Liga Arab berusaha untuk menghidupkan semula pelan damai dengan Israel.

Ahmad Syaki Punca Qawasmi Letak Jawatan.


Isnin, 21/05/07 –
Azzam Al Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Palestin mengumumkan bahawa Ismail Haniyeh akan melantik menteri kementerian dalam negeri ekoran perletakan jawatan oleh Al Qawasmi.