
Rabu, 30/05/07 –Majlis Legislatif Palestin (PLC) mengeluarkan kenyataan akhbar pada hari Isnin bahawa penguasa Israel telah memanjangkan tempoh penahanan ketua PLC, Dr. Aziz Dweik dan ahlinya Anwar Zboun.

Rabu, 30/05/07 –Dr. Ahmed Bahar selaku Speaker PLC pada Isnin lepas menyeru parlimen dunia dan semua yang inginkan keamanan supaya mendesak kerajaan Israel untuk melepaskan menteri-menteri Palestin yang telah diculik.

Selasa, 29/05/07 –
Seorang penduduk Israel wanita mati manakala seorang lagi cedera di Sdeirot, selatan Israel setelah roket Palestin yang dilancarkan dari Ghaza jatuh di atas kereta mereka berdua. Ia berlaku berikutan empat rakyat Palestin mati dalam pengeboman Israel ke atas Ghaza.

Selasa, 29/05/07 –
Perdana Menteri Palestin menggesa rakyat Palestin supaya bertahan dan bersatu di dalam keadaan seperti ini. Haniyeh mengucapkan takziah kepada para syuhada’ dalam serangan Israel serta menyeru rakyat supaya bertahan untuk menghadapi serangan Israel. Katanya,â€darah para syuhada’ ini akan dituntut belaâ€.

Selasa, 29/05/07 –
Forum Ekonomi Antarabangsa yang berlangsung di Laut Mati, di Jordan menyaksikan hari terakhir perbincangan Arab-Israel yang hangat dalam satu forum menjurus ke arah konflik Timur Tengah.

Selasa, 29/05/07 –
Tajuk utama akhbar Israel pada hari ini, Isnin adalah Amerika telah memberikan lampu hijau kepada Israel supaya menerima seruan Syria untuk meneruskan rundingan damai, memberi amaran mengenai pembekalan senjata kepada Fatah di samping pengerahan tentera Arab di Ghaza.

Isnin, 28/05/07 –
Sheik Ra’ed Salah, ketua Pergerakan Islam semasa pendudukan Jurusalem, Ahad lalu menyeru semua rakyat Palestin dan pertubuhan kerajaan Arab dan institusi swasta supaya meraikan ulangtahun ke-40 pendudukan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 25/05/07 –
Pergerakan Hamas pada Khamis lalu memberitahu bahawa usaha pihak Israel yang cuba menghapuskan pergerakan daripada arus politik Palestin akan berakhir dengan kegagalan sepertimana kempen-kempen lepas termasuk pembunuhan, penahanan dan pengusiran.

Jumaat, 25/05/07 –
Sumber Keselamatan Diplomatik Al-Quds membongkar rancangan rahsia Dewan Kabinet kerajaan Israel. Mereka mensasarkan untuk membunuh 16 pemimpin politik dan ketenteraan Hamas yang berada di wilayah Palestin ataupun di luar.
Jumaat, 25/05/07 –
Jurucakap tentera Israel memberi rasional mengenai penangkapan. Katanya, pegawai Hamas di Tebing Barat menyokong bedilan roket tersebut dari Ghaza ke Israel.

Khamis, 24/05/07 –
Ayman Thaha, Jurucakap Pergerakan Hamas mengingatkan Israel bahawa mereka akan menerima padah sekiranya berani membunuh pemimpin Hamas. “Pembunuhan terhadap Haniya dan Khalid Misyal akan mendatangkan akibat sangat buruk terhadap Israel†tegasnya. Beliau menambahkan, Hamas tidak terikat dengan tokoh tertentu, namun pembunuhan terhadap pemimpin pergerakan itu akan memberi akibat yang buruk buat mereka.

Khamis, 24/05/07 –
Pemimpin tertinggi Hamas, Khaled Mishaal Selasa lalu berbincang dengan Menteri Luar Syria, Walid Al-Moalim mengenai peningkatan serangan Israel ke atas rakyat Palestin. Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai situasi tersebut dan berbincang mengenai sekatan berterusan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak setahun yang lalu.

Khamis, 24/05/07 –
Akhbar Times telah mendedahkan mengenai perjanjian empat juta dolar antara kumpulan BG (milik Gas Britain dahulunya) dengan Israel bagi menyalurkan gas asli Palestin yang ditemui oleh kumpulan tersebut pada tahun 2000 berhampiran dengan pantai Ghaza. Simpanannya dianggarkan sebanyak trillion meter persegi.
Khamis, 24/05/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah menghubungi dalam perbualan telefon dengan Presiden Lubnan, Emil Luhud, Speaker Parlimen, Nabih Barri dan rakan sejawatnya, Fouad Siniora bagi menyelesaikan konflik Perkhemahan Sungai Al Barid, di utara Lubnan.

Khamis, 24/05/07 –Ahli politik kanan dan jurucakap Hamas di blok parlimen dalam PLC Dr. Salah Al-Bardaweel telah mengkritik apa yang dinyatakan sebagai “kemungkiran janji gencatan senjata†yang dilakukan oleh kumpulan kecil dari Fatah.