
Gaza, 24/9/2004 (infopalestine) – Sumber Rejim Zionis Israel hari ini mengesahkan laporan bahawa bandar Esderot, di negara Palestin yang dijajah semenjak 1948 (Israel) telah digegarkan dengan serangan dua roket al-Qassam.

24/9/2004, Oslo (aljazeera)- Duta Besar rejim Zionis Israel di Oslo mengecam kerajaan Norway yang membiarkan replika yang dianggap menghina negara haram Israel dipamerkan di depan bangunan persatuan pekerja Norway di Oslo.

Gaza, 24/9/2004 (al-Jazeera) – 3 kumpulan pejuang Palestin telah bergabung membentuk (Gabungan popular penentangan – Popular resistance comitee) untuk melancarkan serangan ke atas pos kawalan tentera rejim Zionis Israel di kawasan perumahan penduduk Yahudi di Moraq, utara Refah, semalam 23/9/2004.
Jumaat , 24 September 2004- COMES: Bagi membalas operasi syahid di Al-Quds, Israel telah menghancurkan rumah keluarga Syahidah Zainab Ali Abu Salim (19) di kem pelarian Palestin di Nablus pagi semalam.

sila klik (Read More…) untuk gambar berikutnya …

Seorang doktor sedang merawat Muataz Al Maoudi, 3 tahun di sebuah hospital di Utara Tebing Barat, Bandar nablus. Anak kecil ini telah di tembak di kaki semasa tentera Jahanam Israel membuat serangan di Nablus
oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)
Bagi umat manusia di seluruh dunia dewasa ini, tarikh 11 September merupakan tarikh yang mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Tarikh itu juga merupakan tarikh yang telah mengubah landskap politik dunia, lebih-lebih lagi kepada dasar luar Amerika.

Khamis, 23 September 2004-Seorang wanita
Palestin syahid semalam (doa) kerana meletupkan
dirinya sendiri dan mengorbankan 2 orang Israel dan
mencederakan 16 yang lain di satu kawasan sibuk Jerusalem.

Mordechai Vanunu ialah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk agama Kristian, warganegara Israel dan bekas juruteknik di sebuah pusat nuklear di Israel.
Keranda Pejuang Hamas, Rabah Darwish dan Nabil Ibrahim AL- Su’aidi di arak ke tanah perkuburan di kem Pelarian Buriej di selatan Semenanjung Gazza pada 21 September 2004. Mereka terbunuh ketika sebuah Helikopter Tentera Jahanam Israel melepaskan peleuru berpandu ke kenderaan mereka lewat Hari Isnin dan mencederakan lapan yang lain.

Rabu, 22 September 2004- Kesatuan sekerja Israel hari ini melakukan mogok yang mana telah melumpuhkan sebahagian besar laluan udara antarabangsa, melumpuhkan pasaran kewangan dan juga perkhidmatan awam. Sehinggakan mayat terpaksa ditangguhkan untuk ditanam.

Rabu, 22 September 2004- 10 rakyat Palestin telah ditahan dalam satu serbuan pengganas Israel di Tebing Barat iaitu di bandar Jenin.

Rabu, 22 September 2004- Kerajaan haram Israel
telah memulakan kempen untuk meyakinkan ahli UN untuk merestui tembok pemisah yang dibina di Tebing Barat sebagai “fait accompli” (sesuatu yang tidak di tarik balik)

Selasa, 21 September 2004-Ketua Biro Politik Gerakan Islam Hamas, Khaled Misy’al menegaskan, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin agar menyelaraskan program-program politik di kalangan mereka setelah pasukan rejim Zionis Israel keluar dari Jalur Gaza. Dia mengingatkan para pemimpin Pihak Berkuasa Tempatan Palestin untuk tidak bertindak gopoh dengan melucutkan senjata mereka dalam usaha memerdekakan bumi Palestin.

Selasa, 21 September 2004-Amerika akan menjual hampir 5000 unit bom kepada Israel yang mana
merupakan penjualan senjata terbesar antara 2 sekutu itu.