Categories
Berita Semasa

Rejim Israel Culik 9 penduduk Tebing Barat.

Jumaat, 14-08-2015 – Pasukan Penguatkuasa Rejim Israel melarikan 9 penduduk tempatan warga Palestin pada awal pagi Rabu dan menyaman yang lainnya di beberapa buah daerah di Tebing Barat, demikian kata satu sumber keselamatan Palestin yang merupakan seorang aktivis.

Wartawan Agensi Berita dan Informasi Palestin (WAFA) menyatakan, pasukan penguatkuasa rejim Israel menggeledah sebuah penempatan di bandar Hebron, di mana mereka telah menahan seorang penduduk warga Palestin yang dikenali sebagai Nasim al-Qawasma, 34 tahun dengan memecah masuk dan menyelongkar rumahnya.

Pasukan Penguatkuasa itu juga, turut menggeledah penempatan al-Jilda dan Adh-Dhaher yang terletak di Beit Ummar , sebuah bandar di sebelah utara bandar Hebron, di mana mereka telah memecah masuk dan menyelongkar beberapa buah rumah lagi, demikian menurut laporan Muhamad Awad, Penyelaras Media bagi Jawatankuasa Popular Anti Penempatan dan Pembinaan Tembok Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Militan Israel: Al Qassam Akan Bahayakan Pesawat-pesawat Israel

Jumaat, 14-08-2015 – Militan penjajah Zions mengatakan bahawa Brigade al Qassam telah mencipta sistem pertahanan baru untuk menghalang pesawat-pesawat kawalan jauh Israel. Militer Zionis memgesyaki bahawa sistem pertahanan tersebut didapati dari Iran. Hal itu, menurut militan Zionis, boleh membahayakan angkatan udara Israel.

Sebelumnya Brigade al Qassam telah menyatakan kejayaan menguasai dan mengambil alih pesawat tanpa pemandu Zionis yang digunakan untuk merakam, membuat risikan dan memantau. Pesawat tersebut adalah jenis “Skulark1” pada 6 Syawal 1436 atau 22 Julai 2015. Kemudian al Qassam melakukan pemeriksaan keselamatan dan teknik, seterusnya pesawat tersebut dibuka dan dipelajari sistem operasinya kemudian dirangka kembali dan digunakan untuk melakukan misi brigade.

Menurut sumber Zionis, bahawa pihak militan telah mula mengetahui tentang adanya kemampuan efektif dan sistem tertentu yang dimiliki sayap militan gerakan Hamas yang membahayakan pesawat-pesawat angkatan udara Israel. Namun tidak seorang pun tahu tahap kemampuan sebenar mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas: InsyaAllah, Peperangan Akan Dapat Bebaskan Para Tawanan

Jumaat, 14-08-2015 – Hamas menegaskan, peperangan ,merupakan satu-satunya jalan ampuh untuk kembalikan hak yang dirampas dan membebaskan para tawanan dari penjara Israel. Serta juga untuk membalas kejahatan Israel terhadap bangsa Palestin.

Jurucakap Hamas di Khan Younis, Hamad Raqb berucap, pada Selasa(11/8) lalu bahawa kekejaman Israel harus dilawan dengan jihad peperangan, dan kepada pihak yang menyokong perundingan damai dengan Israel, telah kami katakan, “Kalian tertipu, dan hanya menambah aksi ganas dan pembunuhan.”

Peperangan dengan segala kelengkapan akan berusaha untuk membebaskan para tawanan. Raqb mengatakan, “Kita yakin bahawa jentera peperangan mampu untuk mematahkan segenap pelusuk musuh walaupun mereka sangat kuat.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel culik seorang wanita dan kanak-kanak dekat Masjid Al-Aqsa.

Khamis, 13-08-2015 – Tentera Rejim Israel menculik 2 kanak-kanak di Sheikh Jarah pada petang Isnin dan pada Selasa pula, seorang wanita dan kanak-kanak warga Palestin diculik berdekatan salah satu pintu masuk Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel. Pihak tentera rejim itu juga turut menghalang wanita dan kumpulan kanak-kanak yang sedang mengadakan perkhemahan musim panas di perkarangan masjid dari memasuki ruang dalam masjid tersebut.

Menurut laporan Pusat Infomasi Wadi Hilweh di Silwan (Silwanic), pihak polis dan tentera rejim Israel menghalang lebih 300 kanak-kanak dari memasuki masjid tersebut dengan menolak keluar ramai kanak-kanak di situ dalam usaha untuk menakut-nakutkan mereka.

Pihak polis rejim Israel itu juga turut menyemak dan menghalang mana-mana wanita warga Palestin yang nama mereka telah disenaraihitamkan dari memasuki masjid berkenaan.

Pusat itu juga berkata, tentera rejim telah menculik seorang wanita dikenali sebagai Seham Odeh atas tuduhan memukul seorang tentera wanita Israel dan menculik seorang kanak-kanak, Mohammad Morad al-Bayya, 13 tahun kerana membaling telor ke arah mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pelarian di Tebing Barat Menyekat Jalan Untuk Tujuan Protes Ke Atas Krisis UNRWA

Khamis, 13-08-2015 – Rakyat Palestin di kem–kem pelarian Tebing Barat pada Selasa dilaporkan menutup jalan-jalan utama dekat kem untuk membantah kemungkinan penangguhan tahun persekolahan oleh agensi PBB.

Ahmad Abu Kheiran, ketua jawatankuasa popular di barat daya Tebing Barat berkata, para peserta protes menggunakan kerusi bilik darjah untuk menyekat jalan. Beliau berkata, protes itu merupakan yang pertama diadakan terhadap UNRWA.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Nafha Hentikan Sementara Mogok Lapar

Khamis, 13-08-2015 – Lebih 120 tahanan Palestin di penjara Nafha Israel telah menghentikan sementara mogok lapar untuk tempoh dua minggu,
selepas enam hari tanpa makanan sebagai protes terhadap Perkhidmatan Penjara Israel.

Jawatankuasa tahanan Palestin berkata tahanan telah bersetuju untuk menghentikan sementara mogok lapar
selama dua minggu, selepas bercakap dengan pihak berkuasa Israel, tetapi akan meningkatkan tindakan bantahan mereka selepas penggantungan sementara itu.

Menurut Agency Akhbar Ma’an, Nashaat al-Wahidi, wakil tahanan Fateh di Gaza, mengesahkan penggantungan itu
berikutan perjanjian dengan Perkhidmatan Penjara Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Apresiasi Hamas Pada Si Berani Yang Menikam Zionis

Khamis, 13-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Gerakan Islam Hamas mengiktiraf jasa seorang pemuda Palestin pada malam Ahad(9/8) lalu yang telah mencederakan seorang tentera Zionis dan telah menyebabkan dia tewas setelah ditembak balik para tentera Zionis.

Dalam kenyataan yang disampaikan jurucakap gerakan Hamas, Hussam Badran dalam rangka apresiasi ini, dia menegaskan bahawa saat peperangan telah bermula dengan memulakan asas di Tepi Barat.

Badran menegaskan bahawa Penjajah Zionis tidak akan menikmati keamanan di tanah yang mereka menetap mulai hari ini dan seterusnya, selama mana gerombolan penduduk Yahudi hidup di kota-kota dan desa-desa Palestin sambil melakukan kemusnahan dan selama mana tentera Zionis bertindak ganas terhadap rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Tanah Palestin terbakar Dalam Serangan Israel yang terbaru berhampiran Nablus

Khamis, 13-08-2015 – Beberapa pelampau Israel menyerang tanah pertanian Palestin di kampung Burin , selatan bandar Tebing Barat utara Nablus , dan membakar tanah pertanian tersebut .

Saksi yang menyaksikan sendiri berkata penyerang melarikan diri ke tanah jajahan haram berhampiran, terutamanya selepas penduduk kampung ternampak api dan bergegas untuk memadamkannya .

Anggota bomba Palestin tiba di tempat kejadian, sebelum tentera Israel menyerang mereka dan penduduk tempatan, dan melepaskan beberapa bom gas dan bom tangan gegaran , menyebabkan kebakaran tambahan dalam kawasan di tanah berdekatan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kadar Kematian Bayi Meningkat Pertama Kali bagi Tempoh 50 Tahun di Gaza.

Selasa, 11-08-2015 – Kadar Kematian bayi di Gaza telah meningkat untuk pertama kalinya bagi tempoh 5 dekad, demikian menurut satu kajian UNRWA. Kata Pengarah Kesihatan agensi tersebut lagi, kepungan mungkin menjadi penyumbang kepada tren tersebut.

Setiap 5 tahun, UNRWA akan menjalankan satu soal selidik berkaitan kematian bayi baru lahir di seluruh wilayah dan keputusan untuk tahun 2013 telah disiarkan minggu ini.

Angka bayi yang mati sebelum mencapai umur setahun di Gaza telah menunjukkan penurunan secara berterusan di setiap dekad yang lepas, dari 127 kematian bagi setiap 1000 kelahiran hidup pada tahun 1960 kepada 20.2 kematian pada tahun 2008. Bagaimana pun, kiraan terakhir pada tahun 2013, angka tersebut telah meningkat semula kepada 22.4 kematian bagi setiap 1000 kelahiran hidup.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

32 Tahanan Sertai Mogok Lapar; 180 Orang Sedang Mogok Dan Lebih Ramai Akan Turut Serta.

Selasa, 11-08-2015 – Ketua Jawatankuasa Tahanan Palestin Issa Qaraqe melaporkan 32 orang warga Palestin yang ditahan oleh Israel telah menyertai mogok lapar dan jumlah tahanan yang mogok buat masa ini ialah 180 orang manakala puluhan lagi dijangka akan turut serta.

Qarage berkata, pertemuan di antara tahanan dan pihak penjara Israel telah gagal, manakala Israel bertekad untuk meningkatkan tindakan menentang ke atas mereka sekiranya mereka ingin meneruskan mogok lapar.

Beliau menambah, 32 tahanan yang merupakan ahli Jihad Islam telah menyertai mogok lapar di penjara Israel Nafha dan Ramon pada petang Ahad. Jumlah tahanan yang mogok juga telah mencecah 80 orang.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Cedera Ditikam Pemuda Palestin, Suspek Mati Ditembak

Selasa, 11-08-2015 – Sumber media Zionis menyiarkan berita seorang tentera Zionis cedera setelah ditikam seorang pemuda Palestin di barat daya kota Ramallah, Tebing Barat, sementara suspek meninggal dunia setelah ditembak tentera Zionis yang ada di lokasi.

Saluran TV Zionis menjelaskan bahawa seorang pemuda Palestin menikam tentera Zionis di bahunya hingga terluka, berdekatan Barak Militer Ofer. Pasukan tentera yang ada di tempat kejadian menembak suspek dan mengenainya.

Sementara itu, sumber berita Palestin menyatakan bahawa pemuda yang meninggal dunia tersebut adalah Anas Thaha berusia 20 tahun berasal dari desa barat laut al Quds. Beliau merupakan bekas tawanan yang pernah ditahan oleh pasukan penjajah Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tawanan Hamas Siap Siaga di Balik Sel Penjara

Jumaat, 07-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Dewan Pimpinan Tinggi Tawanan Gerakan Hamas di Penjara Zionis mengumumkan sentiasa bersedia atas reaksi perang gila yang dilakukan pihak penjara Zionis terhadap tawanan perang.

Dewan Pimpinan Tinggi Tawanan Hamas berucap pada Rabu lalu, “Kepada semua Ketua gerakan di penjara dan juga individu agar bersiap sedia untuk terus berjuang dengan darah dan nyawa.”

Tawanan Hamas memberitahu, “Kami bangkitkan semangat kepada rakyat Palestin. kekuatan dan kelompok politik yang bersedia untuk membela tawanan dalam perang dan tidak meninggalkan mereka sendirian menghadapi keangkuhan dan keganasan Zionis. Ini janji bahawa setiap titis darah yang akan mengalir dalam pertempuran ini akan menjadi kutukan bagi penzalim Zionis.”

sumber : COMES
penterjemah :asyraf

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar Tahanan Palestin masuk hari ke 50.

Jumaat, 07-08-2015 – Mogok lapar Muhammad Allan sudah masuk hari ke 50, demikian kenyataan Pusat Kajian untuk Tahanan Al Asra pada Rabu yang turut mengesa supaya satu tindakan segera diambil bagi membebaskan tahanan tersebut yang dikenakan tahanan tanpa dakwaan.

Pusat itu berkata, Allan, 33 tahun menderita tekanan darah rendah dan sekarang tidak mampu untuk bergerak. Tambah Pusat itu lagi, kini beliau kehilang berat badan dengan banyaknya.

Menurut Pusat itu lagi, sebagaimana disiarkan oleh Agensi Berita Ma’an, seorang lagi tahanan Abd al-Rahman Othman dari Nablus turut melakukan mogok lapar yang memasuki hari ke 25 kerana membantah penahanannya dalam kurungan berasingan di Penjara Eshel. Beliau diasingkan sejak 2 tahun lalu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Laporan PA Keganasan Peneroka Haram Dihantar ke ICC

Jumaat, 07-08-2015 – Pihak Berkuasa Palestin telah memfailkan laporan mengenai keganasan peneroka haram dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada hari Isnin, berikutan serangan kebakaran di Tebing Barat minggu lalu yang membunuh seorang anak kecil Palestin 18 bulan.

Menteri Luar Riyad al-Maliki menyatakan kepada Ma’an News Agency bahawa fail yang telah diserahkan kepada Ketua pendakwa ICC Fatou Bensouda semasa mesyuarat di ibu pejabat Mahkamah Antarabangsa di The Hague.

Menurut surat-menyurat WAFA, mesyuarat itu membincangkan siasatan awal ICC itu menunjukkan jenayah perang mungkin di wilayah Palestin yang diduduki. Siasatan, yang dibuka pada Januari, bukan siasatan penuh tetapi pemeriksaan maklumat yang ada untuk membuat keputusan sama ada ada “munasabah” untuk meneruskan siasatan atau tidak.

Maliki memberitahu Ma’an bahawa beliau membincangkan banyak isu-isu penting yang berkaitan dengan perjuangan rakyat Palestin dan pelanggaran baru-baru Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menambah bahawa ia adalah salah satu daripada mesyuarat “terbaik” yang telah diadakan dengan Bensouda. WAFA kata Menteri Luar menegaskan bahawa “penerusan penjajahan Israel dan dasar, termasuk dasar pengembangan penyelesaian, bersama-sama dengan sewenang-wenangnya, ia memberikan kepada peneroka,” adalah menggalakkan serangan ganas seperti serangan membakar minggu lepas.

Bayi 18 bulan, Ali Saad Dawabsha, terbunuh dalam bom api yang dibuat oleh peneroka Israel di kampung Tebing Barat Douma, di selatan Nablus, pada hari Jumaat. Peneroka Israel dilaporkan memecahkan tingkap dua buah rumah di kampung itu sebelum membaling cecair yang mudah terbakar dan Molotov koktel di dalam, membunuh anak kecil yang telah terperangkap di dalam salah satu rumah dan mencedera parah ibu bapanya dan adiknya yang berusia empat tahun.

Jenayah itu telah mencetuskan kemarahan antarabangsa, walaupun ramai rakyat Palestin telah menegaskan bahawa serangan peneroka terhadap masyarakat Palestin adalah biasa dan sering terlepas dari hukuman oleh pihak berkuasa Israel.

Peneroka Israel telah dijalankan sekurang-kurangnya 120 serangan ke atas rakyat Palestin di Timur Baitulmuqaddis dan Tebing Barat sejak awal tahun ini, menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan. Hanya 1.9 peratus daripada aduan yang dikemukakan oleh rakyat Palestin terhadap serangan peneroka Israel mengakibatkan sabitan, kumpulan hak asasi manusia Israel Yesh Din dilaporkan.
ICC yang ditubuhkan pada tahun 2002, hanya badan kekal di dunia bebas untuk mencuba jenayah yang paling serius yang menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Keluarga bayi yang meninggal akibat kebakaran akan dirawat selama setahun di ICU

Jumaat, 07-08-2015 – Pengarah Hospital Tel Hashomer, di mana keluarga kepada bayi Ali Dawabsha menerima rawatan pada Isnin berkata, keluarga itu memerlukan tempoh setahun untuk rawatan di ICU sebelum boleh melepasi tahap bahaya.

Bercakap tentang keadaan sang ibu, pegawai itu menyatakan terdapat risiko kematian buat masa ini, demikian menurut PNN. Menteri Kesihatan Palestin, Jawad Awwad, mengumumkan pada Ahad yang kedua ibu bapa Dawabsha berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Sedikit perkembangan baik dikenalpasti pada adik Ali yang cedera akibat kebakaran pada kaki. Pada subuh Jumaat, bayi Dawabsha telah dibakar hidup-hidup dalam rumahnya dek perbuatan kejam pelampau pendatang Israel. Ibu bapa dan saudaranya cedera teruk.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati