Isnin , 02-11-2020 – Kuwait telah menyuarakan kekesalan ke atas usaha berterusan pihak Zionis Israel terhada rakyat Palestin dan juga keengganan untuk menarik balik penjarahan ke atas Tebin Barat.
Penyataan ini dibuat oleh wakil tetap Kuwait ke Persatuan Bangsa Bersatu, Mansour Al-Otaibi di dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan di New York pada hari isnin malam, menurut (KUNA) agensi media rasmi Kuwait. “
Pihak Zionis Israel mencari alasan untuk meneruskan penjarahan dan juga pencerobohan haram dalam perluasan, pembinaan dan ribuan penempatan haram dan pencerobohan haram “ Otaibi memberitahu ahli Majlis Keselamatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin , 02-11-2020 – Segerombolan pendatang pelampau Yahudi pada Isnin memasang kawat berduri dan meratakan sebahagian besar tanah Palestin di timur bandar al-Dhahiriya, selatan al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, para pendatang mengiringi tentera yang menyerbu dusun Zannouta hamlet ke timur bandar al-Dhahiriya sebelum memulakan pemasangan kawat berduri dan meratakan tanah milik keluarga Jabareen dan al-Tal.Manakala tentera rejim zionis menyerbu bandar al-Ramadin di selatan al-Khalil dan menggeledah beberapa rumah.
Isnin , 02-11-2020 – Beredar memo seruan di Al-Quds untuk mengintensifkan kehadiran ke Masjidil Aqsa dan bersiapsiaga di sana pada hari Khamis (29/10) dalam rangka memperingati Maulid Nabi Muhammad Saw dan bukti kecintaan kepada Rasul mulia.
Seruan disampaikan kepada mereka yang mampu hadir dan bersedia di sana untuk memperingati Maulid Nabi dan membela serta mencintai Rasulullah. Disebutkan dalam seruan tersebut: “Maulid Penyelamat Kemanusiaan, Untuk Awal Yang Baru, Datanglah Ke Al-Aqsa, Tekadkan Niat.”
Seruan disampaikan kepada sebanyak mungkin para pecinta Rasulullah di Masjidil Aqsa, membela kemuliaan Nabi, di mana beberapa hari lalu pihak berkuasa Perancis menyebarkan karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad Saw, di jalanan dan fasiliti umum setelah adanya penegasan dari Presiden Perancis Imanuel Macron bahawa negaranya tidak akan menurunkan karikatur tersebut.
Seruan membela Nabi Mulia di Masjidil Aqsa, membela tempat Isra beliau ketika pelanggaran berterusan dari pihak otoriti penjajah dan para penduduk Yahudi.
Para aktivis di laman sosial mengeluarkan hastag #Ilove Rasulullah, setelah muncul karikatur yang menghina Nabi Muhammad dengan dukungan rasmi dari pemerintah Perancis.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin , 02-11-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa lalu mengumumkan 4 kematian, 576 kes baharu, dan 389 kes sembuh baharu berkaitan coronavirus telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Kementerian berkenaan menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa kadar kes sembuh mencapai 88.2 peratus sementara kadar kes aktif mencapai 11 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.
Kes-kes baharu terbahagi seperti berikut: al-Khalil 64, Nablus 88, Bethlehem 34, Qalqilya 4, Ramallah dan Al-Bireh 42, Jenin 37, Jericho dan Al-Aghwar 22, Salfit 17, Tulkarem 38, Semenanjung Gaza 199, dan pinggir bandar Baitulmaqdis 27.
Kementerian juga memberitahu bahawa terdapat 40 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 6 yang telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.
Isnin , 02-11-2020 – Sejumlah anggota kongress Amerika akan mengusulkan RUU di Parlimen untuk memasuki Israel melalui bom tercanggih milik Amerika.
Saluran 7 Israel pada Selasa lepas menyebut RUU ini akan di usulkan di persidangan Parlimen Amerika pada Jumaat depan.
RUU ini antara lainnya bertujuan meluluskan permohonan ketenteraan Israel untuk mendapat bekalan bom tercanggih non nukliur milik persenjataan Amerika.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu , 28-10-2020 – Seorang remaja Palestin maut selepas cedera parah selepas anggota tentera memukulnya dengan hulu rifel.
Menurut sumber penduduk dan pihak perubatan tempatan, Amir Sanubar, 18 tahun yang tinggal di bandar Yatma, selatan Nablus maut akibat cedera parah setelah anggota tentera rejim menyerang mangsa dengan ganas. Kejadian tersebut berlaku dekat bandar Turmus Ayya, Ramallah.
Saksi menjelaskan, anggota tentera rejim mengejar dan memintas kereta yang dipandu mangsa pada waktu subuh di jalan berdekatan bandar Turmus Ayya, mengheretnya keluar dan terus memukul mangsa menggunakan senapang beberapa kali.
Saksi menjelaskan, anggota tentera rejim mengejar dan memintas kereta yang dipandu mangsa pada waktu subuh di jalan berdekatan bandar Turmus Ayya, mengheretnya keluar dan terus memukul mangsa menggunakan senapang beberapa kali.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu , 28-10-2020 – Pendatang pelampau Yahudi pada Sabtu menyerang penggembala Palestin di timur Yatta, Tebing Barat dan memasang dua khemah di tanah kampung Birin, timur al-Khalil.
Pegawai tempatan Rateb al-Jabour berkata, sekumpulan pendatang diiringi tentera mengejar penggembala tempatan, memaki mereka dan menghalang mereka daripada membawa ternakan meragut rumput di kawasan a-Tha’lah, Yatta.
Jabour menambah yang pendatang itu memasang dua khemah di kampung Birin, timur al-Khalil, sebagai usaha beterusan mereka untuk merampas tanah Palestin di kawasan itu.
Rabu , 28-10-2020 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, melaporkan bahawa 5 kematian yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 453 jangkitan baharu, dan 360 kes sembuh telah direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa 5 kematian dicatatkan di Tebing Barat terdiri seorang lelaki berusia 65 tahun dari Ya`bad, seorang wanita, 42, dari Jenin, seorang lelaki berusia 64 tahun dari Tulkarem, seorang wanita, 68, dari al-Khalil, dan seorang lelaki berusia 77 tahun dari Bani Naim.
Kes-kes baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (48), Nablus (104), Bethlehem (38), Qalqilya (23), Ramallah dan Al-Bireh (39), Jenin (19), Jericho dan Al Aghwar (7), Salfit (20), Tulkarem (29), Tubas (5), Semenanjung Gaza (111), dan pinggiran kota Baitulmaqdis (10), kata menteri berkenaan.
Mengenai kes sembuh, 247 kes dicatat di Tebing Barat seperti berikut: 48 al-Khalil, 15 Jenin, 9 Salfit, 23 Tulkarem, 125 Ramallah dan Al-Bireh, 27 Tubas, dan 113 di Semenanjung Gaza, katanya.
Angka kes sembuh mencapai 88.1 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 11.1 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan, kata menteri itu.
Kailah menunjukkan bahawa terdapat 41 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 8 yang telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.
Rabu , 28-10-2020 – Terjadi konfrantasi antara pemuda Palestin dengan pasukan tentera Israel di laluan utara kota Qalqilia. Menurut sumber tempatan, konfrantasi berlaku setelah tentera penjajah Israel melepaskan tembakan peluru dan gas pemedih mata kepada puluhan pemuda Palestine yang tiba di laluan utara kota Qalqilia semalam.
Pasukan penjajah Israel turut mensasarkan tembakan gas pemedih mata ke sebuah ladang ternakan yang teretak berhampiran laluan tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin , 26-10-2020 – Pihak Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis telah melaporkan lapan kematian berkaitan COVID-19, 506 kes baru dan sejumlah 609 kes sembuh di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Tiada maklumat baru dari Jerusalem diterima setakat ini.
Mengikut laporan harian kementerian , tujuh mangsa kematian berasal dari tempat berlainan di Tebing barat dan satu mangsa berasal dari Semenanjung Gaza. 34 pesakit kes kritikal COVID-19 menerima rawatan dalam wad penjagaan intensif dan lima diantara mereka ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin , 26-10-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu memusnahkan sebuah kediaman Palestin dan merampas peralatan pembinaan di bandar al-Khader, selatan Bethlehem.
Pemilik kediaman itu berkata sejumlah besar tentera Israel menyerbu dan menyekat kemasukan ke kawasan Khirbet Aliya di selatan al-Khader sebelum memusnahkan rumahnya.Beliau mengesahkan yang itu merupakan kali keempat IOF memusnahkan rumahnya dalam tempoh dua tahun, dan menambah yang peralatan pembinaan dekat rumahnya turut dirampas.
Isnin , 26-10-2020 – Tahanan Palestin Maher al-Akhras telah memasuki hari ke-88 mogok lapar sebagai tunjuk perasaan atas pendedahannya terhadap ketidakadilan pihak pentadbiran ke atas tahanan.
Menurut Pejabat Media Asra, keadaan kesihatan tahanan Akhras telah mencapai tahap kritikal di Hospital Kaplan kerana mogok laparnya yang berpanjangan dan penolakannya untuk mengambil vitamin atau cairan.
Kesihatannya digambarkan sebagai sangat membimbangkan dan bertambah buruk kerana beliau turut menderita kelemahan fizikal yang serius, kekejangan berulang dan pitam, rasa sakit di kepala dan perut yang berterusan, dan kesukaran untuk mendengar dan mengenali orang lain.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Isnin , 26-10-2020 – Bahrain telah menandatangani perjanjian kerjasama penerbangan dengan Israel dan bersetuju menghantar 11 penerbangan setiap minggu dengan laluan perniagaan tanpa had antara Bahrain dan Eilat. Selain itu, 5 perjalanan pesawat kargo setiap minggu antara dua negara tersebut mungkin akan di aktifkan.
Persefahaman ini adalah lanjutan dari MOU yang di tandatangani Israel dan UAE yang bersetuju mengadakan 28 penerbangan perniagaan setiap minggu antara Bandar Ben Gurian dengan Dubai dan Abu Dhabi. Pada awal minggu lepas, Israel dan Bahrain telah mencapai kata sepakat dalam hubungan diplomasi, iaitu sebulan setelah hubungan normalisasi dipersetujui, di mana Amerika bertindak sebagai mediator.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Ahad , 25-10-2020 – Rejim Israel pada hari Rabu merobohkan sebuah rumah Palestin dan merampas jentera pembinaan di Al-Khader, di selatan Bethlehem.
Pemilik rumah berkata segerombolan penganas Israel mnyerbu dan menutup kawasan Khirbet Aliya di selatan Al-Khader sebelum meruntuhkan rumah milik beliau.
Dia mengesahkan ini kali ke empat rejim Israel meruntuhkan rumah dia dalam tempoh dua tahun lepas dan merampas jentera pembinaan beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad