
Isnin, 25/05/2009 – Sebuah pusat belia kurang upaya di Hebron yang ketika ini menempatkan 100 orang kanak-kanak akan ditutup pada bulan Jun melainkan diberi pembiayaan kecemasan bagi mencegah penutupannya.

Isnin, 25/05/2009 – Sebuah pusat belia kurang upaya di Hebron yang ketika ini menempatkan 100 orang kanak-kanak akan ditutup pada bulan Jun melainkan diberi pembiayaan kecemasan bagi mencegah penutupannya.

Isnin, 25/05/2009 – Kumpulan Pemerintah Anti Sekatan dan Penyambut Delegasi menegaskan bahawa kerajaan Mesir semalam, Ahad (24/5) melarang konvoi bantuan “the hope” dari Eropah untuk memasuki Gaza.

Khamis, 21/05/2009 – Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh menafikan peranan Mesir yang mendokong isu Palestin. Beliau berharap Mesir dapat menangani isu Pergerakan Pembebasan Palestin (PLO) agar dapat merealisasikan kepentingan rakyat Palestin serta menjaga hak dan kelestarian mereka.

Khamis, 21/05/2009 – Hamas memberi amaran kepada pihak Zionis bahawa mereka berhak bertindak balas terhadap serangan dan perbuatan jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin. Israel telah melancarkan serangan dari udara ke atas beberapa lokasi di Gaza dan memusnahkan sebuah bengkel besi.

Khamis, 21/05/2009 – Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad telah mendedahkan plan Rabu yang “dicanai” oleh kerajaan Palestin di Ramallah dengan tujuan untuk mengganggu kestabilan di Semenanjung Gaza.

Rabu, 20/05/2009 – Para peneroka bersenjata Israel telah menyerang petani-petani Palestin yang sedang mengusahakan tanah di kawasan mereka yang terletak antara bandar Nablus, utara tebing barat dan Qalqilia pada Selasa lalu.

Rabu, 20/05/2009 – Blok “Perubahan dan Reformasi” yang mewakili HAMAS dalam Majlis Perundangan Palestin menegaskan kerajaan Fayyad yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah, Mahmoud Abbas dengan dipimpin oleh Salam Fayyad adalah tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, kerana ia tidak mendapat kepercayaan daripada Majlis Perundangan.

Rabu, 20/05/2009 – Sekumpulan penduduk Haram Israel menyerang penduduk Palestin di salah satu bahagian di bandar lama Hebron dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas rakyat Palestin agar menjadi pelarian dan rumah dan tanah mereka diambil oleh penduduk haram Israel.
Mereka melempar batu dan botol ke arah penduduk Palestin di situ tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Isnin, 18/05/2009 – Dr. Atef Adwan Deputi, pemimpin Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin akan menggagalkan semua cadangan memberi warganegara asing yang dicadangkan oleh Mahmoud Abbas. Adwan menyatakan bahawa rakyat Palestin telah lama hidup dalam “nakbah” kepahitan sejak pengusiran tahun 1948.

Isnin, 18/05/2009 – Setiuasaha Agung Liga Arab, Amr Moussa mengatakan bahawa bahaya besar sebenarnya di kawasan Timur Tengah adalah program nukleur Israel. Beliau menekankan bahawa tahun ini merupakan kesempatan terakhir bagi perdamaian dan Arab akan terus menjaga inisiatif di atas meja perundingan.

Isnin, 18/05/2009 – Jawatankuasa popular bagi menentang pengepungan telah meminta Presiden AS, Barack Obama agar menekan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan “pengepungan zalim” yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza.

Jumaat, 15/05/2009 – Dr Ahmed Bahar, penutur pemangku bagi badan legislatif Palestin, semalam mengesahkan kerajaan Palestin yang terbentuk tanpa memenangi keyakinan PLC adalah tidak sah. Bahar sewaktu berucap di satu sesi pengenalan istimewa PLC pada kehancuran bagi PLC premis di Gaza berkata, kerajaan Salam Fayyad tidak sah mengikut perlembagaan.

Jumaat, 15/05/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa seorang askar mengaku telah merampas sebuah rumah di bahagian utara Semenanjung Gaza sewaktu serangan terbaru Israel Selasa lalu.

Jumaat, 15/05/2009 – Terdapat sumber media Palestin yang menyatakan beberapa pimpinan Fatah yang menolak untuk berada bersama kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Mahmud Abbas dan diketuai oleh Salam Fayyad. Barisan kerajaan Fayyad terdiri daripada beberapa figur dari Fatah dan daripada fraksi-fraksi PLO.

Jumaat, 15/05/2009 – Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan bahawa Briged al-Qassam iaitu sayap tentera bagi HAMAS bekerja bertungkus lumus siang dan malam bagi mengosongkan penjara Zionis daripada kesemua tahanan, dan bertegas bahawa rundinganlah yang menyebabkan isu tawanan, bandar al-Quds dan pelarian tidak dihiraukan lagi.