Khamis, 8-2-2024 – Gerakan genosid Israel ke atas penduduk Semenanjung Gaza yang disokong pihak Amerika telah memasuki hari ke-123 pada hari Selasa. Serangan udara dan artileri besar-besaran terus melanda kawasan kejiranan, rumah dan pusat perlindungan serta membunuh lebih ramai orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa rejim Zionis terus menyerang pelbagai kawasan di Gaza, terutamanya Khan Yunis, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh penduduk.
Menurut sumber media, seorang pemuda maut terkena tembakan penembak tepat di pintu masuk utara Hospital Nasser. Beberapa jam sebelum itu,seorang awam turut ditembak mati di kawasan yang sama.
Tentera Israel mengebom sebuah kereta di kejiranan Khirbet al-Adas di Rafah, selatan Gaza, yang membunuh enam anggota polis.
10 lagi rakyat terbunuh dan yang lain cedera parah apabila sebuah pesawat pejuang Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga ash-Shanti di kawasan Shasha’ah di timur kem pelarian Jabalia, utara Gaza.
Tentera Israel juga menyerang dua sekolah (Hayat dan Hannawi) yang digunakan oleh keluarga yang dipindahkan sebagai pusat perlindungan di Khan Yunis, membunuh 15 orang awam dan mencederakan ramai yang lain.
Seorang lagi orang awam syahid dan beberapa lagi cedera apabila tentera Israel mengebom kawasan al-Barazil berhampiran sempadan Mesir di Rafah.
Sumber perubatan juga melaporkan bahawa tiga orang syahid telah dipindahkan pada waktu pagi ke Hospital Gaza Eropah di Khan Yunis.
Korban lain dilaporkan di beberapa kawasan berbeza di Gaza berikutan serangan udara, artileri dan tembakan Israel malam tadi dan hari ini.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis, 8-2-2024 – Pasukan pendudukan Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-122 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam,sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri pendudukan meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Isnin – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis, Zionis menyasarkan rumah, orang kehilangan tempat tinggal, dan jalan-jalan, membunuh ratusan orang & ada di antara mereka yang syahid dan cedera.
Berpuluh-puluh rakyat mati syahid dan cedera, pada petang Isnin, oleh kerana pesawat dan pengeboman yang menyasarkan kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.
Tentera Zionis telah melakukan 13 pembunuhan beramai-ramai, mengorbankan 113 mati syahid dan 205 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sumber tempatan di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa tentera pendudukan Israel meletupkan dataran kediaman di kawasan Jourat Al-Aqqad, dan memusnahkan sebuah rumah di barat Hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, yang membawa kepada kematian dan ramai yang cedera yang majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.
Persekitaran Persimpangan Al-Tayaran, barat Kota Gaza, mengalami pengeboman hebat oleh kereta kebal pendudukan, manakala pesawat tentera mengebom bandar kediaman Hamad, barat laut Khan Yunis.
Sumber perubatan berkata, 4 rakyat terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kawasan kejiranan Al-Salam, timur Rafah, selepas pesawat pendudukan itu melakukan serbuan ke atas tanah pertanian di kawasan kejiranan yang tersebut.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Khamis, 8-2-2024 – Briged Al-Qassam, sayap pertahanan bersenjata Hamas, melaporkan pejuang Briged Al-Qassam telah memusnahkan keseluruhan atau sebahagian dari 43 buah kenderaan perisai termasuk kereta kebal dalam beberapa pertempuran di Semenanjung Gaza.
Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida berkata pejuang al-Qassam telah menembak mati berdozen tentera rejim Zionis Israel dalam 17 operasi ketenteraan di seluruh Gaza. Ini termasuk 15 tentera rejim Zionis Israel yang mati ditembak jarak dekat dimana seorang pegawai dan askar mati ditembak oleh penembak hendap Briged Al-Qassam.
Abu Obeida melaporkan pejuang al-Qassam menggunakan senjata yang berbeza dalam serangan terhadap serangan rejim Zionis Israel dan kenderaan mereka, dimana serangan mortar, roket, bahan letupan dan tembakan anti-perisai dan anti-tentera.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Rabu, 7-2-2024 – Pegawai keselamatan Israel telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya konfrontasi dengan Rejim Zionis (IOF) di Tebing Barat.
Akhbar Ibrani, Yedioth Ahronoth berkata pada Isnin lalu bahawa Bahagian Perisikan Tentera IOF dan Perkhidmatan Shin Bet memberikan amaran strategik kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai peningkatan ancaman yang akan datang di Tebing Barat.
Akhbar itu menambah bahawa bulan suci Ramadan, sekitar pertengahan Mac, dijangka menyaksikan konfrontasi sengit yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan IOF kerana perang genosid yang berterusan ke atas Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Selasa, 6-2-2024 – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memberi amaran tentang bencana kemanusiaan di hospital al-Amal setelah 14 hari sekatan berterusan oleh Israel.
PRCS turut memberi amaran tentang kekurangan bekalan makanan untuk keluarga-keluarga yang diusir, manakala bahan api hanta cukup untuk seminggu bagi hospital beroperasi.
Beberapa bekalan perubatan dan ubat sudah tiada stok, dan kekurangan ubat-ubat penting untuk penyakit kronik juga kritikal, PRCS menambah.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Selasa, 6-2-2024 – Pejabat Media Gaza (GMO) mengatakan bahawa pasukan Israel telah membunuh 30 orang awam dalam kawasan yang diisytiharkan “selamat” di Deir Al-Balah, di bahagian tengah Jalur Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lepas.
“Tentera penjajahan menyerang rumah-rumah yang dilabel selamat warga dengan serangan langsung dari pesawat tentera. Mereka juga meremukkan sebuah masjid di kawasan yang sama, yang mengakibatkan kematian ramai orang awam” kata GMO.
“Kami menyalahkan penjajahan Israel sepenuhnya atas pembunuhan keji ini dan pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin kami. Kami juga menyalahkan masyarakat antarabangsa, pentadbiran Amerika, dan Presiden Biden secara peribadi atas kesinambungan pembunuhan dan jenayah yang melanggar undang-undang antarabangsa dan semua perjanjian dan konvensyen antarabangsa.”
Sejak 7 Oktober, penjajahan Israel telah memulakan peperangan yang menghancurkan di Jalur Gaza, yang telah meninggalkan bencana kemanusiaan besar dan bencana kesihatan dan alam sekitar yang besar.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Isnin, 5-2-2024 – Sekumpulan pejuang dan aktivis Baitulmuqaddis telah menyeru orang ramai menunaikan solat subuh pada hari Jumaat di halaman Masjid Al-Aqsa dan berada di tapak suci itu untuk menuntut penarikan balik sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atasnya.
Seruan pada hari Khamis menekankan keperluan pengerahan dan lawatan kerap ke Masjid Al-Aqsa bagi mempertahankan tapak suci itu dalam menghadapi rancangan tentera Zionis dan penceroboh warga Israel untuk merobohkannya bagi pembinaan kuil yang didakwa mereka.
Seruan untuk mematahkan kepungan berterusan ke atas Masjid Al-Aqsa telah diperbaharui oleh aktivis yang menekankan bahawa mobilisasi rakyat Palestin di Baitulmuqaddis yang dijajahi dan umumnya wilayah Palestin yang dijajahi semenjak 1948, pasti akan membawa perubahan terutama apabila disertai dengan ketabahan dan keteguhan hati.
Aktivis Palestin juga menyeru penyertaan dalam perhimpunan besar-besaran yang akan bermula selepas solat Jumaat sebagai solidariti bersama Gaza dan untuk menunaikan solat Subuh di masjid-masjid di Tebing Barat, Baitulmuqaddis, dan wilayah Palestin yang dijajah pasca 1948, dalam menyahut seruan yang dilancarkan oleh Abu Ubaidah, jurucakap Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas.
Dalam konteks yang sama, Hamas telah menyeru rakyat Palestin untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan besar-besaran yang akan bermula pada hari Jumaat dari serata masjid di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat untuk menyokong Gaza dan pihak pejuang kebebasan.
Polis Israel telah mengenakan langkah keselamatan yang ketat terhadap kemasukan jemaah Islam ke Masjid Al-Aqsa sejak permulaan perang genosid Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Isnin, 5-2-2024 – Rejim Zionis meneruskan serbuan dan pencabulan mereka di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Jerusalem, sambil mengakibatkan kemusnahan dan membinasakan harta benda penduduk Palestin.
Rejim itu menyerbu bandar Nablus, Jericho, Bethlehem, Al-Khalil dan Jerusalem di Tebing Barat. Rejim itu juga merampas kenderaan penduduk Palestin ketika penghinaan kepada pemilik kenderaan dilakukan di dalam keadaan cuaca sejuk di pusat pemeriksaan tentera, menghalang lalu lintas dan pergerakan orang awam.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Jumaat, 2-2-2024 – Pasukan tentera Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-115 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, tembakan meriam, melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat tentera Zionis meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Ahad – di setiap bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis dengan menyasarkan rumah, perhimpunan orang kehilangan tempat tinggal, dan jalan-jalan, membunuh ratusan orang dan ada syahid dan cedera.
25 terbunuh dalam pengeboman pendudukan sebuah rumah untuk keluarga Hamada di kejiranan Al-Tuffah, timur Kota Gaza.
Pasukan pendudukan menyasarkan tangki bahan api penjana Hospital Al-Amal di Khan Yunis dengan peluru hidup.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengumumkan (sehingga 14:00 tengah hari ini) bahawa jabatan pembedahan di Hospital Al Amal telah menghentikan operasi kerana kehabisan bekalan oksigen.
Ia mengesahkan bahawa pendudukan terus menyasar dan mengepung hospital untuk hari kelapan berturut-turut, di tengah-tengah tembakan dan tembakan berterusan di sekitar hospital. Dia berkata: Pengeboman itu menyasarkan semua orang yang bergerak di sekitar Hospital Al Amal.
Beliau menegaskan bahawa banyak keluarga telah dipindahkan ke ibu pejabat persatuan dan Hospital Al-Amal kerana ancaman pendudukan pagi ini dengan arahan pemindahan bagi mereka yang tinggal di sekitar hospital dan kejiranan Al-Amal.
Sumber akhbar melaporkan bahawa dua rakyat mati syahid dan yang lain cedera akibat pesawat Zionis yang menyasarkan sebuah apartmen kediaman di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Sumber yang sama berkata bahawa sekurang-kurangnya 5 rakyat cedera akibat dron Israel mengebom Hospital Al Awda di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Ia menunjukkan bahawa serangan ganas dan berterusan Israel menyasarkan pelbagai kawasan di bandar Khan Yunis, dan meletupkan rumah dan kemudahan di tengah bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.
Tentera Zionis mengebom rumah penduduk di beberapa kawasan di tengah Semenanjung Gaza, termasuk kawasan Juhr al-Dik, pinggir timur kem al-Maghazi, kem al-Bureij, dan bandar timur Deir al-Balah di tengah. Semenanjung Gaza.
Tentera pendudukan terus mengepung hospital Nasser dan Al-Amal untuk hari kelapan berturut-turut di bandar Khan Yunis, di tengah-tengah peningkatan serangan udara dan tembakan artileri di kawasan timur dan barat bandar itu.
Sejak pagi tadi, 4 orang syuhada telah tiba di Hospital Gaza Eropah iaitu:
Raafat Shafiq Faraj Abu Maarouf Badri Ramadan Muhammad Abu Libdeh Osama Refaat Hussein Al-Raqab Muhammad Ibrahim Muhammad Abu Rajila
Persatuan Bulan Sabit Merah mengumumkan bahawa Hospital Al-Amal menerima tiga syuhada dan empat cedera, kesemua mereka kehilangan tempat tinggal, menyatakan bahawa dua daripada syuhada telah syahid semasa percubaan mereka untuk memindahkan syuhada, yang masih terbaring di atas tanah, beberapa meter dari hospital.
Pejabat media kerajaan mengumumkan kematian syahid wartawan Muhammad Abdel Fattah Atallah dari Yayasan Media Al-Resala akibat pengeboman Israel di tengah Semenanjung Gaza.Beliau adalah syahid kedua sejak subuh hari ini selepas kesyahidan wartawan Issam Al- Lulu, penyiar dan penyampai di TV Palestin.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Jumaat, 2-2-2024 – Pergerakan Hamas mengecam sekeras-kerasnya “gabungan pemerintah fasis” di negeri yang diduduki Israel kerana mengadakan persidangan pada Ahad lalu yang menggesa aneksasi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan juga menyokong pengembangan penempatan haram. Dalam satu kenyataan pada Isnin, Hamas berkata bahawa persidangan itu “menyingkap niat tersembunyi Israel untuk melakukan jenayah pengusiran dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.”
“Penganjuran persidangan sebegitu mencerminkan entiti penyangak ini mengabaikan undang- undang dan resolusi antarabangsa, termasuk keputusan baru-baru ini yang diterima pakai oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan menggesa untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,”tambah Hamas. Pergerakan itu menyeru masyarakat antarabangsa dan PBB untuk mengambil pendirian tegas terhadap persidangan Israel ini dan mengutuk peganjurannya.
Beberapa menteri dalam kerajaan sayap kanan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersama 15 anggota Knesset dan ribuan orang menghadiri persidangan di Baitulmaqdis yang Diduduki pada malam Ahad, yang menyeru penempatan semula Yahudi di Gaza, Menteri keselamatan sayap kanan Itamar Ben Gvir dan menteri kewangan Bezalel Smotrich juga telah menyampaikan ucapan perasmian.
Persidangan itu, yang digelar “penempatan membawa keselamatan,” sebahagiannya diketuai oleh organisasi sayap kanan Nachala, sebuah kumpulan yang menyokong pengembangan penempatan Yahudi, yang dianggap haram oleh badan antarabangsa dan kemanusiaan. Persidangan itu menggesa Israel membina semula penempatan di kedua-dua Gaza dan kawasan utara Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf
Jumaat, 2-2-2024 – Ketika perang genosid Israel yang disokong AS di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-115 pada hari Isnin, serangan udara dan artileri besar-besaran terus melanda kawasan kejiranan, rumah dan pusat perlindungan serta membunuh lebih ramai orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa tentera pendudukan Israel terus menyerang kawasan berbeza di Gaza malam tadi dan pada pagi Isnin, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh rakyat.
Menurut kementerian kesihatan di Gaza, 25 orang awam mati syahid apabila tentera Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga Hamada di kawasan kejiranan al-Tuffah di Bandar Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Halimihali & Hairul Ahmad
Selasa, 30-01-2024 – Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan pada hari Ahad bahawa tentera penjajahan Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai di kawasan berbeza di Jalur Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menewaskan sekurang-kurangnya 165 orang awam dan mencederakan lebih daripada 290 orang lain, sementara sebilangan besar mangsa masih di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau terbaring di jalan.
Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan menambah bahawa jumlah kematian akibat serangan bom Israel yang berterusan, yang bermula pada 7 Oktober, meningkat kepada 26,422 syuhada dan bilangan yang cedera meningkat kepada 65,087 orang.
Sementara itu, Bulan Sabit Merah menyatakan bahawa Hospital Al-Amal yang terkepung di Khan Yunis kehabisan oksigen untuk pembedahan.
Bulan Sabit Merah menambah bahawa mereka telah berbincang dengan Palang Merah mengenai kemungkinan menyediakan laluan selamat untuk membawa silinder oksigen ke hospital.
Setiap hari, tentera Israel meningkatkan serangan udara dan darat mereka ke atas Jalur Gaza, yang telah terus-menerus diserang sejak operasi lintas sempadan dilancarkan oleh sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, pada 7 Oktober.
Selain daripada jumlah besar mangsa dan penghijrahan besar-besaran, bekalan makanan asas, bahan api, air, dan bekalan perubatan telah habis untuk 2.3 juta penduduk di Gaza disebabkan sekatan Israel yang ketat dan penghancuran besar-besaran infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lain.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Isnin, 29-01-2024 – Zionis Israel terus melakukan jenayah genosid di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-109 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, dan peluru berpandu, sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di kawasan yang pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri zionis meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Selasa – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, terutamanya Khan Yunis, menyasarkan rumah, tempat berkumpul, kemudahan awam dan jalanan, membunuh ratusan syuhada dan ramai lagi cedera.
Sekurang-kurangnya 7 rakyat Palestin yang majoritinya wanita, syahid, dan yang lain cedera, akibat pengeboman yang dilakukan oleh zionis keatas sebuah rumah di Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin& Ezatul Marini
Isnin, 29-01-2024 – Setiausaha Agung PBB António Guterres berkata penduduk Gaza menghadapi kemusnahan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. “Semua penduduk di Semenanjung Gaza lapar,” katanya.
Guterres berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa bahawa “rakyat Gaza menghadapi kemungkinan dijangkiti penyakit dan wabak yang semakin meningkat, dan organisasi kemanusiaan sedang berjuang untuk menyampaikan bantuan ke Semenanjung Gaza.”
“Kami menghadapi pemeriksaan yang sukar dan penafian yang tidak wajar untuk memasukkan barangan keperluan ke Semenanjung Gaza, dan berpuluh-puluh petugas kemanusiaan sedang menunggu kerajaan Israel untuk meluluskan visa mereka.”
Setiausaha Agung PBB memperbaharui gesaan gencatan senjata segera di Gaza. Beliau menegaskan bahawa “tidak ada justifikasi untuk hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.” “Penolakan berulang kali Israel terhadap penyelesaian dua negara, dan penafian hak rakyat Palestin untuk bernegara, memanjangkan konflik,” katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam catatan dalam akaun rasminya melalui platform “X”, (dahulunya Twitter), menegaskan bahawa “semua orang mesti mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara mereka.”
Dalam satu lagi catatan di Platform X, Guterres menyatakan bahawa “orang di Gaza mati bukan sahaja kerana bom dan peluru, tetapi kerana kekurangan makanan dan air bersih, dan hospital tanpa elektrik atau ubat-ubatan, dan ini mesti dihentikan.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Isnin, 29-01-2024 – Pasukan pendudukan Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-108 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri. di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih 90% daripada penduduk.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan tentera Israel meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Isnin – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, menyasarkan rumah, komuniti, kemudahan dan jalanan, membunuh ratusan syuhada dan ramai yang cedera.
Pasukan pendudukan mengebom sebuah rumah untuk keluarga Al-Majaida di Mawasi Khan Yunis, mengakibatkan beberapa kecederaan.
Wartawan kami mengesahkan ketibaan sejumlah syuhada dan orang yang cedera ke Hospital Syahid Al-Aqsa akibat pengeboman Zionis yang menyasarkan sebuah kereta yang membawa orang-orang pelarian yang datang dari Khan Yunis ke gabenor tengah Semenanjung Gaza.
Bagi pihaknya, Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan bahawa pendudukan Zionis sedang mengepung Hospital Al-Amal persatuan itu di Khan Yunis.
Beliau menegaskan bahawa ambulans tidak dapat pergi kearah mereka yang cedera di beberapa kawasan di Khan Yunis akibat pengeboman berterusan, memberitahu bahawa Zionis terus menembak ke arah rakyat Gaza di pintu masuk ke Hospital Al Amal di Khan Yunis.
Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza, dalam kedaan yang begitu sukar & rumit akibat daripada serangan Israel yang hebat dan tidak pernah berlaku sebelum ini, mengakibatkan lebih daripada 160 syahid dan cedera, di tengah-tengah letupan dan percubaan Israel untuk menembusi paksi barat bandar itu, dan pertempuran sengit berlaku di kalangan penentangan, yang membawa kepada pembunuhan 3 pegawai Zionis dan kecederaan 15 askar dan pegawai lain.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq