Categories
Berita Semasa

Seanad Eireann mengiktiraf Negeri Palestin

Isnin, 27-10-2014 – Kempen Persaudaraan Ireland -Palestin mengucapkan tahniah , hari ini. Seanad Eireann meluluskan usul untuk menggesa Kerajaan Ireland agar secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin.

Usul yang dibentangkan oleh Senator Averil dikuatkan dan disokong oleh Ahli Dewan Negara daripada semua pihak, dan juga oleh calon bebas. Ia telah diluluskan petang ini tanpa undi , menurut PNN . Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan , Encik Charlie Flanagan TD , akan datang sebelum Seanad pada bulan November, untuk terus membincangkan isu itu.

Jurucakap IPSC, Freda Hughes memberitahu: ” Kami mengalu-alukan langkah ini bagi pihak Seanad Eireann yang mengikuti suara yang samabaru-baru ini di parlimen British dan Sweden .

sumber : IMEMC News
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel serang nelayan di laut Gaza.

Isnin, 27-10-2014 – Tentera laut Israel meneruskan serangan ke atas nelayan-nelayan Palestin sewaktu ‘”Gaza Strip” dalam tempoh pertama dilaporkan (1-30 September 2014), termasuk 18 insiden tembakan yang mengakibatkan kecederaan nelayan sewaktu di laut.

4 insiden kejar mengejar yang mengakibatkan 11 orang nelayan ditahan dan 4 bot nelayan dan 22 jala yang dimiliki mereka dirampas dalam tempoh itu. Tentera laut Israel tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui antara kumpulan bersenjata Israel dan Palestin di bawah pemerhatian Mesir pada 26 Ogos 2014.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Pembinaan Baitulmuqaddis diteruskan

Jumaat , 24-10-2014 – Pembinaan di Baitulmuqaddis oleh Israel akan diteruskan, demikian menurut perdana menterinya Benjamin Netanyahu pada Ahad, ketika merasmikan jalan baru yang dinamakan sempena perdana menteri yang telah meninggal dunia, Yitzhak Shamir, yang terkenal dengan pendekatan agresif.

“PM Shamir menekankan setiap peluang untuk memastikan kesatuan di Baitulmuqaddis dan menjadikan ia bandar dinamik. Tentu sahaja dia mempertahankan hak Israel untuk membina di situ. Adakah mungkin, dia bertanya, yang seorang Yahudi tidak boleh membina rumah di Baitulmuqaddis? Adakah kita dilarang untuk membina di bandar sendiri sejak nenek moyang kita dahulu? Kita mesti membenarkan semua = Yahudi, Kristian dan Muslim untuk membina di Baitulmuqaddis,” kata Netanyahu. Jalan baru tersebut merupakan sebahagian daripada system jalan Baitulmuqaddis yang akan mempercepatkan tempoh perjalanan dari penempatan pendatang Israel.

Walau pun Netanyahu mengumumkan semua pihak dibenarkan membina di Baitulmuqaddis, diskriminasi terancang terhadap warga Palestin tetap ternyata di kebanyakan kawasan. Perancangan untuk zon kejiranan Palestin masih belum diluluskan meski terdapat hampir 40 peratus warga Palestin di bandar itu. Mereka hanya dibenarkan membina di kawasan yang merangkumi 9 peratus dari Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Penempatan, Tentera, Ambil Alih Bangunan dan Tanah di Silwan

Jumaat , 24-10-2014 – Sekumpulan penduduk penempatan dan tentera Israel yang bersenjata menawan dua bangunan pangsapuri dan sebuah tanah di kawasan Bath al-Hawa dalam bandar Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa Baitulmuqaddis pada subuh Isnin lalu. Menurut Pusat Informasi Wadi Hilweh (Silwanic), dua bangunan yang terdiri dari 10 pangsapuri itu telah diserang pada pukul 2 a.m. Tambah sumber itu lagi, sekumpulan penduduk petempatan menyerang kawasan pusat kejiranan di bandar dan mengambil alih dua bangunan kosong dan sebuah tanah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Penunjuk Perasaan Cedera Akibat Gas Pemedih Mata Israel di Salfrit

Jumaat , 24-10-2014 – Pertembungan berlaku antara pemuda Palestin dan tentera Israel yang berlaku di Jalan Dakhliya, Salfrit pada pagi Ahad menyebabkan beberapa laporan tentang terhidu gas pemedih mata dikeluarkan termasuk yang dilaporkan oleh wartawan, Khalid Maali.

Berdasarkan Rangkaian Berita Palestin, saksi di tempat kejadian menyatakan bahawa 5 unit tentera Israel menceroboh bandar itu, dan melancarkan gas pemedih mata dan ‘bom tangan stun’ ke arah penunjuk perasaan lalu menyebabkan kelemasan dan kecederaan kepada rakyat Palestin.

Remaja Palestin bertindak balas dengan melemparkan batu dan botol kosong ke arah tentera Israel itu sambil menyebut slogan menentang pencerobohan dan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh penduduk haram Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Ahli Majlis Knesset Yang Fanatik Gesa Memecat MK Arab, Tibi Dari Knesset

Selasa , 21-10-2014 – Ahli Knesset Israel (MK) Miri Regev dari Parti Likud Benyamin Netanyahu menyeru untuk memecat MK Arab, Dr. Ahmad Tibi dari Knesset, dan untuk melucutkan dia dari hak istimewa.

Regev berkata MK Tibi, dari Gerakan Perubahan Arab, terbang ke London “untuk meyakinkan penggubal undang-undang British untuk mengundi bagi mengikhtiraf Negara Palestin”. Pada halaman Facebooknya, Dr. Tibi membalas pernyataan Regev dalam cara menyindir dengan mengatakan: “Saya bersumpah kepada Allah, saya meminta dia untuk mengambil ubat beliau secara teratur, tiga kali sehari.”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Cuba Memujuk Ki-moon untuk Menghentikan Siasatan Antarabangsa ke atas Gaza

Selasa , 21-10-2014 – Media Isrel melaporkan hari ini bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu cuba untuk memujuk setiausaha agung PBB, Ban Ki-Moon untuk menghentikan siasatan antarabangsa tentang keganasan Israel ke atas Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Menurut Jaringan Berita Palestin, sebuah akhbar Palestin menyatakan bahawa ketika Netanyahu bersama pegawai-pegawai Israel yang lain bertemu dengan Ban Ki-Moon, mereka memujuk setiausaha agung PBB itu untuk tidak meneruskan siasatan tentang kes di Gaza sambil menyatakan bahawa Israel sedang menjalankan ‘siasatan persendirian’ yang akan ‘dilaporkan kepada PBB’.

Bagaimanapun, ketua PBB itu menekankan bahawa keputusan tentang siasatan antarabangsa itu tidak boleh ditarik balik, dan beliau berharap agar pihak Israel berkerjasama dan membantu ahli majlis dalam hal ehwal siasatan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Ya’alon Sahkan Agenda Israel Yang Pro-penjajahan, Negara Anti-Palestin

Selasa , 21-10-2014 – Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Ya’alon, menggariskan dasar rasmi kerajaan Israel dalam temu bual dengan akhbar Israel, “Hayom” pada 15 Oktober 2014. PNN mengeluarkan kenyataan dari jawapan beliau … Di Negara Palestin: “Kita perlu membebaskan diri kita dari tanggapan bahawa segala-galanya kembali hanya kepada satu pilihan iaitu yang disebut negara Palestin. Setakat yang saya tahu, biarkan mereka menyebutnya Empayar Palestin. Saya tidak peduli.

Ini adalah autonomi jika pada akhirnya ia menjadi wilayah bebas tentera. Itu bukan satu status quo, ia adalah penubuhan modus vivendi yang boleh diterima dan memenuhi kepentingan kita “. Bagi solusi dua negara: “Sebut saja apa yang anda mahu. Pemisahan politik telah berlaku, dan ia adalah sesuatu yang baik. Kami tidak mengawal kehidupan penduduk di Gaza atau Yudea dan Samaria [iaitu Pendudukan Tebing Barat]. Pemisahan ini adalah penting. Saya akan mendorong dan menguatkan kerajaan, ekonomi dan kemampuan penduduk untuk hidup secara terhormat dan selesa. Tetapi untuk mendapatkan sesuatu sebegitu perlu hitam dan putih? Negeri atau tidak ada negara? Mari kita letakkan istilah itu ke tepi. ”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin dibunuh oleh tembakan tentera rejim Israel dekat Ramallah

Selasa , 21-10-2014 – Sumber Palestin mengumumkan pada Khamis malam bahawa seorang kanak-kanak Palestin meninggal akibat cedera yang dialaminya ketika pertelingkahan di kampung Beit Liqyia, dekat pertengahan Bandar Tebing Barat Ramallah.

Bahha Samier Bader, 13 tahun sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya apabila tentera rejim menceroboh Beit Liqyia dan melepaskan tembakan kepada para penduduk dan kediaman mereka. Tembakan tersebut mengena Bahha. sumber perubatan memaklumkan bahawa Bahha tiba di pusat perubatan Ramallah setelah mengalami kecederaan serius dan meninggal kemudiannya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

17 Diculik, Puluhan Tercedera di Jurusalem.

Selasa , 21-10-2014 – Tentera dan polis diculik Israel telah menculik sekurang-kurangnya tujuh belas rakyat Palestin berhampiran Masjid al-Aqsa, di wilayah yang diduduki Baitulmuqaddis Timur, manakala ramai penduduk telah dicederakan, dalam pertempuran pada Rabu petang yang lepas.

Sumber tempatan berkata tentera menafikan kemasukkan rakyat Palestin ke Masjid al-Aqsa buat kali kedua dalam minggu ini, bagi memberi laluan kepada kumpulan fanatik Israel memenuhi kawasan tersebut.

Agensi The Maan News berkata bahawa pertembungan telah berlarutan pada petang Rabu di bandar al-Eesawiyya, Jabal al-Mokabber, dan setiap lorong-lorong dan kawasan-kawasan perumahan di Timur Baitulmuqaddis. Dilaporkan sekurangnya tujuh rakyat Palestin cedera di al-Eesawiyya apabila tentera bertindak ganas menggunakan peluru getah yang disalut besi, bom gas, dan peledak pelali.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Israel halang Muslim memasuki Al-Aqsa, dan mengenakan sekatan masa dan ruang

Jumaat , 17-10-2014 – Polis rejim Israel pada Selasa menyekat kemasukan para Muslim ke dataran masjid Al-Aqsa Mosque di timur Baitulmuqaddis, manakala dalam masa yang sama membenarkan puluhan pendatang Yahudi masuk. Polis rejim menghalang semua lelaki Palestin berusia bawah 50, termasuk ahli pekerja Al-Aqsa dari memasuki dataran. Keadaan menjadi semakin tegang di sekitar masjid sejak awal pagi akibat perletakan sejumlah besar polis rejim sekitar pintu Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Melakukan Kekacauan di al-Khalil

Jumaat , 17-10-2014 – Sekumpulan ekstrimis penduduk haram Israel, sambil diiringi tentera Israel menyerbu al-Khalil di Selatan Tebing Barat pada Ahad dan melakukan kekacauan di situ.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel itu menutup jalan Beersheba untuk memberi laluan kepada penduduk haram memecah masuk.
Sumber itu juga mengutuk penutupan jalan secara tergesa-gesa oleh pasukan keselamatan Palestin, yang berkerjasama dengan tentera Israel sebagai salah satu daripada perjanjian keselamatan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Penjajah Israel bakar masjid, tentera rejim Zionis serbu beberapa kawasan Tebing Barat.

Jumaat , 17-10-2014 – Penjajah Israel telah membakar Masjid Abu Bakr di Bandar Aqraba, selatan Nablus pada waktu subuh hari Selasa, dan menyonteng kata-kata berbau perkauman dan ancaman di dinding-dinding.

Wakil PIC menyebut seorang aktivis tempatan berkata penjajah membakar tingkat pertama masjid yang disediakan untuk ruang solat wanita.Kebakaran telah ditemui oleh penduduk tempatan yang datang untuk solat subuh dan mereka berusaha memadamkan api.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Penganalisis: Shin Bet akan mengeksploitasi kemudahan yang dirancang bagi merekrut agen-agen baru

Jumaat , 17-10-2014 – Peranti keselamatan Shin Bet Israel bakal mengeksploitasi kemudahan terkini yang disediakan kepada rakyat Gaza dengan merekrut ejen baru dan mengintip kembali gerakan pasukan Palestin , kata penganalisis.

Menurut Al- Majd, sebuah laman sesawang berkaitan keselamatan, “Kami melihat penduduk gaza telah dibekalkan dengan kemudahan risikan Israel terbaru secara terbuka”.

Walau bagaimanapun, pihak keselamatan Palestin bakal mengaplikasikan teknik dan strategi khas dalam memantau gerakan jahat Israel tersebut supaya Semenanjung Gaza kekal selamat dari ditawan, tambah laman sesawang tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

17 wanita di kalangan beratus-ratus rakyat Palestin dikurung di dalam penjara Israel

Jumaat , 17-10-2014 – Jumlah tahanan wanita Palestin yang ditahan di penjara-penjara Israel telah meningkat kepada 17 setakat ini, Pusat Pengajian Banduan dan Hak Asasi Manusia Al-Ahrar melaporkan Selasa.

Ketua al-Ahrar Center, Fuad Khuffash, berkata jumlah wanita Palestin telah mencapai 17 orang selepas pasukan penjajah Israel menahan Ihsan Dababsa bekas banduan berusia 28 tahun untuk soal siasat di pusat tahanan Etzion, berhampiran bandar Bethlehem, keluarga Dababsa memberitahu pusat tersebut.

Khuffash membunyikan loceng penggera atas keadaan tahanan mengerikan dialami oleh tahanan wanita ditahan di penjara HaSharon Israel.
Pegawai itu lantang bersuara menentang kecuaian perubatan yang sistematik yang diperlukan oleh tahanan telah lama tertakluk.

Situasi bertambah buruk bagi tahanan wanita tertua Lina al-Jarbouni, dipenjarakan di penjara Israel selama lebih daripada 13 tahun dan disahkan menghidap penyakit kronik sejak itu. Keadaan tahanan Palestin wanita berusia 16 tahun Dima Sawahra tidak ada yang lebih baik, Khuffash lagi dilaporkan, menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan gerakan-gerakan feminis untuk mengaktifkan gerakan pembebasan tahanan wanita, dalam dan luar negara, dan cuba setiap cara yang mungkin untuk mengembalikan kebebasan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen