Categories
Berita Semasa

Empat Cedera akibat serangan askar berhampiran Jenin

Selasa, 04-11-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa empat rakyat Palestin telah cedera akibat serangan tentera Israel, pada petang Selasa , di bandar Ya’bad , selatan bandar Tebing Barat utara Jenin. Salah seorang daripadanya mengalami kecederaan yang agak serius.

Ketua Dewan Bandar Ya’bad Samer Abu Bakar berkata beberapa jip tentera menyerbu kota, dan bertempur dengan skor belia tempatan.
Askar-askar melepaskan pusingan peluru hidup mencederakan empat orang pemuda, seorang didapati serius , manakala berpuluh-puluh mengalami kesan akibat menyedut gas pemedih mata.

Mahmoud as- Sa’adi , Ketua Jabatan Kecemasan Bulan Sabit Merah, berkata tiga rakyat Palestin yang cedera , dikenal pasti sebagai Sharaf Mohammad Abu Bakar , 20 tahun, (mengalami kecederaan serius ) , Abdullah Mohammad ‘ Amarna , dan Amjad Jaber Hamrsha. Mereka telah dipindahkan ke hospital kerajaan Khalil Sulaiman di Jenin .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Israel Terus Meningkat di Kawasan Yang Dijajah

Selasa, 04-11-2014 – Provokasi daripada tentera Israel dan pendatang haram Israel berterusan di kawasan Palestin yang dijajah pada Rabu dengan beberapa pencerobohan dilaporkan berlaku di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis ketika penduduk militan Yahudi memecah masuk masjid al-Aqsa melalui pintu Mughrabi.

Tentera Israel yang bertopeng telah dilaporkan menyerang seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun sebelum menahan pelajar itu di dalam sekolahnya, di bandar lama Hebron, menurut bapa pelajar itu, Arif Jabir.

Encik Jabir memberitahu Agensi Berita dan Maklumat WAFA Palestin bahawa tentera itu memasuki sekolah, menyerang dan memukul anaknya Bara’a dengan kejam sebelum membawa pelajar itu keluar dengan cara yang zalim diiringi bahasa yang kesat.

Tentera itu dengan ganasnya memasukkan Bara’a ke dalam jip tentera, mencederakannya. Bara’a kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin (PA) mula membayar gaji kerajaan Gaza yang tertangguh

Selasa, 04-11-2014 – Pada Selasa, PA memindahkan jutaan dollar ke Semenanjung Gaza untuk pembayaran pekerja kerajaan yang dulunya diterajui kerajaan Hamas yang sekian lama tertangguh, seorang pegawai Palestin memberitahu Agensi Berita Ma’an.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, wang telah dibawa masuk secara rahsia ke Gaza menerusi laluan Erez, dalam kenderaan yang dikawal ketat oleh pegawai keselamatan Gaza.

Dalam hal berasingan, Menteri Hal Ehwal Sosial berkata, setiap pekerja kerajaan akan menerima pembayaran permulaan sebanyak $1,200, bermula Rabu dan menambah yang wang itu dipindahkan rentetan pengiktirafan antarabangsa.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Militan Mesir Mula Kerja-Kerja Wujudkan Zon Pemisah Dengan Semenanjung Gaza

Selasa, 04-11-2014 – Militan Mesir pada hari Rabu (29/10) mula menrobohkan rumah-rumah dan fasiliti yang berada di sepanjang pagar sempadan dengan Semenanjung Gaza sebagai tindakan awal untuk membuat zon pemisah antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Pihak wartawan Berita France-24, mengambil keterangan daripada saksi yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan, “Jentolak-jentolak masuk daerah Barahimah di utara pintu Rafah dan merobohkan rumah-rumah di sepanjang pagar sempadan.”

Sejumlah besar penduduk di lokasi sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka sebelum didirikan zon pemisah aman di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemenang Anugerah Nobel Laureate Derma $50k untuk Pembinaan Semula Sekolah UNRWA

Selasa, 04-11-2014 – Pemenang Anugerah Nobel Peace Prize Laureate, Malala Yousafzai telah mengumumkan untuk menderma 50,000 Dollar Amerika untuk membina semula sekolah UNRWA yang musnah sewaktu pertelingkahan di Gaza. Cik Yousafzai membuat pengumuman di Stockholm di mana beliau telah pergi untuk menerima Anugerah Kanak-kanak Dunia. Jumlah tersebut ialah jumlah keseluruhan hadiah yang diterima beliau.

Gambar dan ucapan seperti yang disampaikan oleh beliau boleh didapati di laman web UNRWA bermula petang ini.

Ulasan oleh Malala Yousafzai berkaitan sumbangannya kepada UNRWA :
“Saya sangat berbesar hati mengumumkan keseluruhan wang hadiah daripada Hadiah Kanak-kanak Dunia ini akan diberi untuk membantu pelajar-pelara dan sekolah-sekolah di tempat yang sukar – di Gaza.”

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan membayar harga pembangunan semula Tebing Gaza akibat tertangguh

Khamis , 30-10-2014 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil Al-Hayyat berkata, Rejim Zionis akan menerima balasan kerana menangguhkan pembangunan semula Tebing Gaza, sambil menegaskan supaya Presiden Mahmud Abbas mengambil tindakan tegas mengadakan pilihanraya sempurna segera dan berterusan.

Beliau berucap dalam temubual secara langsung di rangkaian televisyen satelit Al-Aqsa pada petang Sabtu menegaskan, “gerakan penentangan mampu menghalang mana-mana pasukan Israel yang datang, dan berjaya mengatasi mereka dalam serangan terbaru.”

“Kesabaran rakyat Gaza semakin menipis, tidak ada cara bagi bertahan lagi, dan semua orang tahu apa maknanya jika kesabaran orang Gaza sudah hilang.” Beliau menggesa supaya Gaza diberikan peluang pembangunan semula, diberikan keperluan hidup asasi dan diangkat sekatan terhadapnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Remaja Amerika-Palestin Dibunuh oleh Tentera Israel

Khamis , 30-10-2014 – Bapanya kini berada di Amerika Syarikat; ibunya pula di Jordan, dan beliau menjadi syuhada di tanah Palestin.

‘Orwa Abdul Wahab Hammad menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi tentera Israel yang menembaknya dalam satu serangan hendap, ketika bersembunyi di belakang pokok zaitun. Peluru yang membunuhnya telah dilepaskan oleh salah seorang tentera Israel daripada jarak 400 meter, menembusi leher beliau. Remaja itu kemudiannya rebah, tidak bergerak.

Ianya bermula apabila sekumpulan remaja Palestin mendengar tembakan yang menyebabkan mereka bersembunyi menyelamatkan diri. Kemudiannya mereka kembali berkumpul sebelum menyedari bahawa Hammad tidak muncul. Mereka tidak tahu apakah yang terjadi ke atas Hammad.

Ketika inilah mereka mula tertanya-tanya tentang nasib yang menimpa Hammad, dan kenapa beliau tidak bersama mereka. Selepas tentera Israel melepaskan tembakan, mereka meninggalkan tempat persembunyian mereka dan berlari ke arah Hammad, dan menghalang penduduk serta kumpulan kami untuk memberikan bantuan serta merekodkan kejadian itu.

Remaja itu dibiarkan berdarah sehingga setengah jam, dan menghembuskan nafasnya ketika dikelilingi oleh tentera Israel yang sedang bergembira mengambil gambar dan video remaja itu dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Pasukan perubatan Palestin kemudiannya dibenarkan untuk membawa jenazah itu ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Beberapa orang rakyat Palestin Cedera Di Hebron

Selasa , 28-10-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan , pada hari Jumaat, terdapat ramai penduduk , termasuk kanak-kanak, telah cedera selepas tentera Israel menyerang sebuah tunjuk perasaan secara aman di pintu masuk utara bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing Barat yang diduduki Israel secara haram .

Saksi mata mengatakan ratusan rakyat Palestin berarak di bandar memprotes pelanggaran Israel secara berterusan itu, terutama serangan berterusan terhadap Masjid al -Aqsa di Yerusalem , sebelum tentera melepaskan berpuluh-puluh peluru logam bersalut getah dan bom gas kepada mereka.

Sumber perubatan berkata beberapa penduduk cedera, termasuk seorang kanak-kanak , 7 tahun, yang mengalami kecederaan sederhana dan dipindahkan ke rumah sakit setempat . Dalam berita berkaitan, pertempuran terjadi di kem pelarian ‘ Aida , di utara Bethlehem , setelah beberapa jip tentera Israel berusaha melakukan serangan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah :  norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Aktivis – aktivis Washington DC bangkang hummus Israel

Selasa , 28-10-2014 – Sekumpulan aktivis berkumpul di luar restoran ‘Hummus House’ di Washington DC awal minggu ini bagi mengutuk keras hubungan restoran itu dengan tentera Israel. Pelanggan – pelanggan restoran tersebut termasukla seorang lelaki yang memakai bendera Israel menyanyikan mantera seperti ‘Sabra Sabra, anda tidak berguna, tinggalkan kawasan kejiranan Georgetown’ dan ‘1,2,3,4, Sabra menyokong peperangan/ 5,6,7,8, Mereka membuat Gaza tertekan.’

Pemilik separuh daripada bahagian syarikat hummus tersebut iaitu Strauss Group di Israel, secara terbuka menaja angkatan tentera Israel Golani dan Givati yang terkenal dengan tindakan dan penyertaan mereka dalam apa yang diklasifikasikan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia sebagai jenayah perang. Sabra juga dikritik kerana tindakan Strauss Group yang memasarkan satu hidangan tradisi rakyat Palestin/Arab sebagai makanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Israel Penjarakan Warga Palestin 20 Tahun Dengan Dakwaan Rancangan Culik Warga Yahudi

Selasa , 28-10-2014 – Mahkamah Militan Israel di penjara Over mengeluarkan hukuman penjara 20 tahun terhadap tawanan Palestin, Muhammad Mundzir Ramadhan (24) dari kota Birah yang ditahan dua tahun lalu.

Ramadhan ditahan atas dakwaan terlibat dengan Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin dan memimpin kumpulan, terdiri dari 8 orang yang merancang untuk menculik warga Yahudi. Dalam hukuman disebutkan, kumpulan tersebut membeli tongkat elektrik dan paip yang berisi gas pemedih mata yang akan mereka gunakan bagi menculik warga Yahudi untuk ditukar dengan tawanan Palestin di penjara Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Puluhan cedera, ramai diculik di Baitulmuqaddis

Selasa , 28-10-2014 –Sumber perubatan Palestin di Baitulmuqaddis di timur Baitulmuqaddis telah melaporkan bahawa sejumlah penduduk telah cedera ketika pertelingkahan yang berlaku di kawasan berlainan di Baitulmuqadddis setelah solat Jumaat, apabila tentera dan polis menghalang ribuan daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

Pihak tentera menculik 3 kanak-kanak termasuk seorang budak lelaki kurang upaya. Saksi mata berkata, protes berlaku di kawasan berasingan di timur Baitulmuqaddis dan di beberapa bandar berdekatan; apabila pihak tentera menghalang ribuan orang daripada memasuki masjid Al-Aqsa dan lamannya untuk solat Jumaat.

Pertelingkahan berlaku di banyak kawasan komuniti Palestin di Baitulmuqaddis termasuk Wad al-Joz, Silwan dan bandar-bandar al-‘Eesawiyya. Radio Baitullaham 2000 mengatakan bahawa polis perisik Israel dan tenteranya menculik 3 kanak-kanak Palestin termasuk seorang budak kurang upaya dan membawa mereka ke balai polis di bandar itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melambatkan proses penyerahan jenazah syuhada.

Selasa , 28-10-2014 – Setelah penolakan mahkamah akan permohonan keluar Asy-Syahid Salwadi agar tidak membedah siasat (autopsi) badan anak mereka. Pihak polis penjajah mula memperlambat proses penyerahan jasad kepada keluarganya. Tindakan itu dipercayai bagi mengelak pengebumian dilakukan pada hari jumaat.

Berkata sumber yang merupakan keluarga terdekat Asy-Syahid kepada “Arab 48” bahawa pihak polis penjajah menolak menyerahan jasad pada petang khamis dan tengah hari berikutnya. Hal itu kerana konfrantasi yang berlaku pada hari ini dan yang semakin bertambah gerakkannya setelah pengkebumian khususnya jika dilakukan pada tengah hari jumaat.

Walaupun penolakan -apa yang dikatakan sebagai- “mahkamah Al-Sulh” di Al-Quds akan permohonan keluarga agar tidak membedah siasat jasad Asy-Syahid, pihak mahkamah tunduk atas permintaan keluarga bagi membenarkan Doktor yang mewakili pihak keluarga turut serta dalam pelaksanaan bedah siasat bagi mengelak penipuan dalam laporan atau pemasukkan maklumat palsu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muiz

Categories
Berita Semasa

Festival bakal di adakan utk meraikan keluarga para syuhada.

Selasa , 28-10-2014 – HAMAS wilayah Khan Younis mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan sebuah festival besar bagi meraikan keluarga para syuhada yang gugur di dalam peperangan “Asfin Ma’kool”.

Dalam sebuah sidang media di Pejabat informasi HAMAS di Khan Younis, pergerakan itu akan melaksanakan persiapan akhir bagi festival itu pada awal minggu hadapan. Pergerakan itu juga menjelaskan bahawa penundaan pelaksanaan festival itu adalah bagi memasukkan kesemua keluarga syuhada wilayah Khan Younis yang jumlahnya sebanyak 597 orang yang terdiri dari setiap sayap pergerakan itu dan setiap lapisan masyarakat yang bernaung dibawah pergerakan itu.

Cadangan pergerakan itu bagi memilih daerah timur untuk penganjuran festival itu di mana daerah itu adalah yang paling hampir dengan lokasi pertempuran. Daerah itu jugalah yang menyaksikan kepahlawanan anak bangsa dalam menghadapi peperangan dan memberikan pengajaran kepada musuh yang akan menjadi bukti sejarah akan keteguhan masyarakat di dalam memilih untuk melawan penjajahan sehingga pembebasan setiap inci tanah Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muiz

Categories
Berita Semasa

Laporan ISM tentang pencerobohan Huwwara

Isnin, 27-10-2014 – Lebih kurang jam 09:30, pada 22 Oktober, para pendatang dari penempatan haram Yizhar mencetuskan kebakaran di kawasan tanaman zaitun rakyat Palestin, ke atas kampung Huwwara, di luar Nablus.

Para pendatang memulakan kebakaran di puncak bukit. Penduduk dari kampung itu mula memadamkan kebakaran tetapi angin meniupkan kebakaran ke arah penempatan haram di atas bukit.

Akhirnya para pendatang itu pula cuba memadamkan kebakaran yang mereka sendiri cetuskan untuk mengelakkan bangunan haram mereka dari musnah. Pemilik kawasan tersebut, Nasser Jihad Mufdi Houwwari, memberitahu ISM tentang pengalaman sebelum ini dengan para pendatang. Pada tahun 2002, pendatang dari Yizhar menembak dua peluru di bahu Nasser.nasser meneruskan kenyataan bahawa para pendatang tersebut mengugutnya dan merosakkan harta bendanya setiap tahun. Namun, ini kali pertama mereka membakar kawasan seluas itu.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Anak Gaza Terbunuh di Wilayah Utara.

Isnin, 27-10-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang kanak-kanak terbunuh di Beit Hanoun dalam satu letupan oleh tentera Israel semasa pencerobohan terkini mengenai Gaza.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata bahawa kanak-kanak berumur 4 tahun itu telah dikenal pasti sebagai Mohammad Sami Abu Jarad. Kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius di kepala, muka, dada dan bahagian-bahagian tubuhnya apabila terkena bahan letupan ketika dia sedang bermain berhampiran Zeitoun, di Beit Hanoun .

sumber : IMEMC News
penterjemah : fauzan